next..

Romance Completed 6518

Setelah sebulan berlalu..

Keadaan Siti sudah kembali seperti sedia kala.Dia sudah mula mahu bercakap dan bergurau senda bersama keluarga Shah.Itulah yang mereka rindui.Siti kembali bekerja memandangkan dia sudah pulih sepenuhnya.Dia juga melayan Shah seperti biasa.Shah gembira melihat Siti yang sudah tidak dingin terhadapnya lagi.

Hari ini merupakan hari lahir Siti yang ke-24.Shah bercadang untuk membuat kejutan kepada isterinya sebaik sahaja balik kerja.

Siti balik ke rumah pada pukul lapan malam.Rumah Shah gelap seperti tiada orang didalamnya.Siti malas untuk memikirkan tentang itu kerana dia terlalu penat.Dia terus memberi salam dan masuk lalu membuka lampu.

Kejutan yang memeranjatkan Siti.Kejutan daripada Shah dan keluarga.Tangan Siti ditarik Syarina dan Siti disuruh duduk.Shah datang dari dapur bersama kek dan menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadanya.Siti amat terharu dengan apa yang mereka lakukan.Shah memberitahu supaya Siti meniup lilin terlebih dahulu,kemudian Shah meletakkan kek itu di atas meja dan melutut dihadapan Siti

“Awak,saya minta maaf pasal sebelum ni.Dengan apa yang telah terjadi dekat awak.Mungkin belum rezeki kita lagi untuk ada anak" Shah dengan muka yang serba salah memandang Siti

“Tak apa lah,benda dah berlaku.Lagipun semua yang berlaku pasti ada hikmah dia" Siti tersenyum

Itulah hari yang amat bermakna buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience