next..

Romance Completed 6518

Usai solat isyak,Siti bingkas bangun dan berjalan menuju ke biliknya.Siti termenung ditepi jendela seketika,dia tersentak apabila ada seseorang membuka pintu.Rupa-rupanya Amirul yang memasuki bilik itu dengan senyumannya namun tidak diendahkah Siti.Amirul melangkah menuju dimana Siti sedang duduk.
“Kenapa ni awak,ada masalah ke?" tanya Amirul
“Tak ada apa" jawab Siti lalu bingkas dari tempat duduknya

Belum sempat Siti berlalu,Amirul menarik tangannya dan kini Siti telah berada didalam dakapan Amirul.
“Kenapa ni?Ada apa-apa yang mengganggu fikiran awak ke?" tanya Amirul lagi
“Kan saya dah cakap,tak ada apa-apa tak faham ke?" kata Siti
“Saya tahu awak masih tak dapat terima apa yang berlaku sekarang,maafkan saya kalau saya penyebab awak jadi macam ni?"
“Awak tak payah nak minta maaf dekat saya,benda dah jadi pun walaupun pahit untuk saya terima hakikat orang yang saya sayangi dulu,sekarang dah menjauh dari saya"
“Saya tahu saya salah,disebabkan saya awak dan tunang awak telah putus tunang hari tu kerana pakcik Amin yang paksa awak untuk kahwin dengan saya"
“Dah lah,sekarang ni saya perlukan masa untuk terima semua ni dan saya harap awak faham"
“Baiklah,kalau itu yang awak nakkan" jawab Amirul lalu melepaskan tangan Siti dan berlalu pergi ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience