next..

Romance Completed 6518

Sebulan telah berlalu....
Hari ini Siti akan berkahwin dengan Amirul lelaki yang dia tidak cintai sama sekali.Air mata jatuh saat mendengar nama disebut ketika akad nikah dilafazkan menandakan dia telah menjadi isteri Amirul yang sah.Sungguh berat menahan sebak didada menahan derita yang dialami,bahagia yang dirasakan cuma seketika.Namun Siti kuatkan hati menerima suratan takdir yang telah ditetapkan.Siti tersentak apabila Amirul menghulurkan tangannya tanda ingin menyarungkan cincin.Dengan wajah yang sedih,dia menghulurkan tangan sambil sebelah lagi tangannya mengusap air mata.Selesai majlis akad nikah itu,mereka pun pulang ke rumah masing-masing.Ketika didalam kereta,Siti langsung tidak bercakap dengan Amirul,hanya lagu yang menghilangkan suasana sepi antara mereka.Sesampai sahaja dihadapan rumah,Siti terus keluar dari kereta.
“Jom,saya tunjukkan bilik kita"(sambil memengang tangan Siti namun ditepis oleh Siti)
“Ok ni bilik kita,awak rehatlah dulu saya ambil barang dalam kereta kejap"

Siti pun meninjau bilik ‘mereka' itu,luas,bersih,cantik,wangi.Siti pun duduk diatas katil menandakan dia penat dengan apa yang berlaku tadi.Siti pun menyimpan pakaiannya didalam almari dan pergi mandi lalu berehat kerana terlampau penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience