next..

Romance Completed 6518

Usai solat,Shah membaca doa..

“Ya Allah,kau panjangkanlah umur kami.Murahkanlah rezeki kami.Aku memohon perkahwinan ku ini supaya berkekalan sehingga ke akhir hayat.Kau berikan aku hati yang teguh mencintai dan menyayangi isteri ku seorang,supaya aku tidak mencintai wanita lain selain dia,Ya Allah"
Selesai membaca doa,Siti mencium tangannya.Mereka pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Apabila jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam,mereka masuk ke dalam bilik dan tidur.

Keesokkan harinya..

Hari ini,Izzah membawa pelbagai kuih muih yang dibelinya digerai berhadapan rumahnya.Kuih muih itu dibeli agak banyak.Izzah memandu ke arah rumah Shah.Apabila dia dipelawa masuk,dia terus memberikan kuih muih itu kepada makcik Aina.

“Eh kamu ni buat susah-susah je bawak semua kuih muih ni,kamu buat sendiri ke semua kuih muih ni?" tanya makcik Aina sambil tersenyum

“Haah makcik,saya buat sendiri" dia sengaja memberitahu begitu supaya keluarga Shah menyukai dan memujinya padahal kesemua kuih muih itu dibeli digerai yang berada tidak jauh dari hadapan rumah dia.

Dia memulakan permainan dimana dia perlu mengambil hati ibu Shah terlebih dahulu,kerana dia tahu bahawa Shah tidak dapat membantah kata ibunya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience