next..

Romance Completed 6518

“Hah,awak datang dari mana ni?Muka baru nampak,saya cari dari tadi" terjah Amirul di depan pintu sebaik sahaja Siti datang.
“Awak ni dah kenapa?Bagi salam pun tak,main terjah aje" balas Siti
“Hah awak tak jawab lagi soalan saya,awak ni dari mana aje?"
“Saya dari rumah pakcik Amin lah,kejap aje bukan lama pun"
“Awak buat apa pergi sana?Tanya pasal yang saya cakapkan tu ke" Amirul cuba meneka...
“Mana ada,saja saya pergi nak borak dengan pakcik aje" balas Siti
“Dah lah awak tak payah nak tipu saya,saya tahu lah.Hah macam mana,puas hati awak sekarang?"

Siti terus masuk ke dalam rumah dan pergi mandi kerana malas hendak bertengkar dengan Amirul.Badan lenguh,penat berfikir macam-macam membuatkan dirinya malas untuk berbalah.

Melihat Siti bersikap tidak endah dengan kata-katanya membuatkan Amirul semakin marah.Namun dia terpaksa pendamkan sahaja kerana tidak mahu dirinya dibenci oleh isterinya itu.
“Kau tengoklah nanti,aku akan burukkan Shah dekat pakcik Amin supaya kau bencikan Shah dan kau akan mencintai aku bukan SHAH!" tegas nya dengan dirinya sendiri kerana rasa tercabar dengan sikap Siti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience