next..

Romance Completed 6518

Hari cuti adalah hari untuk bermalas-malasan bagi Siti.Namun hari ini agak berbeza,cuaca pun mendung,seperti ada sesuatu yang akan berlaku.Selesai sahaja mandi,Siti pun duduk disebelah Nur.Hari ini hari lahir Nur yang ke-23 tahun.Seperti selalunya,aktiviti memasak dilakukan,semestinya Nur akan menjemput Aimil dan Shah untuk turut serta.Tepat jam 10 pagi,Aimil dan Shah datang ke rumah dan membawa kek bersama-sama.Sedang rancak mereka bercakap,tiba-tiba Amirul datang dan ingin berjumpa dengan pakcik Amin untuk memberitahu sesuatu dan mereka bercakap di tempat duduk yang disediakan didapur.
“Erm pakcik,sebenarnya saya datang ni ada niat"
“Hah niat apa,pakcik pun hairan kamu ni jarang-jarang nak pergi rumah pakcik ni,apahal nya"
“Macam ni pakcik,saya dah lama sukakan Siti"
“Oh macam tu,tapi dia tu dah bertunang dengan budak bernama Shah dan pakcik tak berapa berkenan dengan budak tu"
“Oh tak apa lah pakcik kalau dia dah bertunang,saya rasa tak elok pulak kacau hak orang"
“Eh tak ada lah,kamu ni betul ke nakkan si Siti tu,kalau kamu betul nakkan dia pakcik boleh uruskan pasal perkahwinan kamu berdua"
“Tak apa lah pakcik,tunangan orang tu pakcik,dia sendiri mesti tak setuju punya”
“Kamu tak payah risau pasal tu,pandai lah pakcik uruskannya nanti,kamu nakkan Siti ke tak?"
“Nak pakcik nak"
“Hah baguslah,kamu ikut je apa yang pakcik suruh ok?"
“Baik pakcik" lalu berlalu pergi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience