Bab 13

Romance Completed 6518

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Siti dan Nur.
‘Siapa pulak yang datang ni' Nur berfikir sejenak

“Siti,kamu tolong tengok siapa yang datang tu" kata Nur

Sebaik sahaja pintu dibuka,Siti melihat Shah berada dihadapannya dan seperti tidak berpuas hati tentang sesuatu.

“Eh Shah,masuklah" pelawa Nur

Shah masuk dan mengiringi Siti.Dia duduk dihadapan Nur dan Siti.

“Kamu cari Aimil ke?Dia dekat dapur tu ha" kata Nur lagi

“Eh taklah,bukan cari Aimil tapi saya nak jumpa Siti.Saya nak tanya sesuatu dekat dia" jawab Shah

“Oh,ha kamu berborak lah dengan Siti dulu.Nur buatkan air ya" sambung Nur lagi sambil tersenyum

Nur meninggalkan Siti dan Shah berdua diruang tamu.Keadaan yang agak janggal bagi mereka berdua.

“Betul ke apa yang saya dengar,Amirul main kayu tiga?" tanya Shah kepada Siti

“Ya,sekarang saya dah keluar dari rumah tu sejak saya tengok dengan mata saya sendiri,dia dan perempuan sedang bermesra" dengan nada yang agak sedih Siti menjawab pertanyaan Shah

“Awak bagi muka sangat dekat dia.Kali ni awak kena bertegas,awak jangan termakan janji manis dan rayuan Amirul lagi"

“Ya saya tahu.Saya dah tak tahan dengan sikap dia.Patutlah dia berubah dari haritu" Siti membalas kata-kata Shah

“Saya nasihatkan awak,lebih baik awak balik dan minta dilepaskan supaya awak tak disakiti lagi.Selagi dia tengok awak sabar dan tak ambil apa-apa tindakan,selagi itulah dia takkan berubah" nasibat Shah

Selepas sahaja Shah meminta diri untuk pulang selesai sahaja minum air yang dihidangkan oleh Nur,Siti terus mengambil kunci keretanya dan pergi ke rumah Amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience