next..

Romance Completed 6518

Selesai bercakap dengan Amirul,pakcik Amin pun masuk ke ruang tamu lagi.Namun dia hanya berdiam diri,apabila ditanya dia hanya tersenyum.Apabila sudah dipenghujung majlis,akhirnya pakcik Amin pun membuka mulut.
“Disini saya nak memberitahu sesuatu yang sangat penting pasal Siti dan Shah,pakcik tahu kamu berdua dah mengikat tali pertunangan selama enam bulan,dan ada lebih kurang enam bulan lagi yang tinggal untuk kamu berdua dan selepas itu tarikh perkahwinan kamu berdua pula akan ditetapkan.Jadi pakcik berkata secara jujur dari hati,sebenarnya pakcik kurang senang melihat Siti mengikat tali pertunangan dengan Shah"
“Maksud pakcik apa?" tanya Siti
“Pakcik nak pertunangan ini diputuskan"

Semua terkejut dengan apa yang telah dikatakan oleh pakcik Amin itu.
“Ini adalah keputusan muktamad" sambungnya lagi
“Tapi kenapa?" tanya Siti kepada pakcik Amin
“Sebabnya pakcik nak kau kahwin dengan Amirul"
“Amirul abang Aliff?" tanya Siti
“Ya"
“Kalau kau nak tahu,aku tak suka bila kau bertunang dengan budak Shah ni"
“Tapi apa salah dia?"
“Dah,kau anggap je kau dengan si budak Shah ni tak ada jodoh,nanti aku akan telefon keluarga dia untuk beritahu pertunangan kamu berdua akan diputuskan,faham!"

“(Siti berlari ke dalam bilik )"
“Apa kurangnya saya pakcik?" tanya Shah
“Aku tak suka dengan kau,itu je,lagipun aku dah ada calon untuk Siti jadi kau cari orang lain"
“Tak apa lah pakcik,kalau itu yang pakcik nak saya turutkan tapi saya tak akan gantikan Siti dalam hidup saya dengan orang lain sampai bila-bila" Shah pun berlalu pergi setelah bersalam dengan pakcik Amin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience