Bab 9

Romance Completed 6518

Walaupun bekerja jauh dari keluarga namun Shah tidak pernah melepaskan peluang apabila cuti diberikan untuk pulang ke kampung.Dahulu mungkin dia tidak perlu pergi ke tempat orang untuk bekerja,namun kerana ingin merawat hatinya yang sakit dia telah membawa diri ke sana.
Siti,itulah nama wanita yang dia cintai yang tidak mungkin dia lupakan.Terlalu dalam perasaan sayangnya terhadap wanita itu sehingga dia tidak mampu untuk menggantikan Siti didalam hatinya dengan orang lain.Dia sedar wanita itu kini telah menjadi milik orang lain,walaupun sebenarnya mereka berdua tidak ingin perpisahan itu terjadi.Namun apakan daya,takdir tidak menyebelahinya.Shah percaya ada hikmah semua ini berlaku.Sedang melayani perasaan,telefon Shah berdering...

“Assalamualaikum Shah"
“Waalaikumsalam,ye siapa ni?" soal Shah
“Saya ni Aira,yang pergi majlis perkahwinan Nur dan Aimil.Yang berjalan bersama awak tu.Ingat tak?"
“Oh Aira,ingatkan siapa tadi.Mana awak dapat nombor telefon saya?"
“Saya minta dari Rahman kawan awak"
“Oh,ha ada apa awak telefon saya ni?"
“Tak ada apa,saja kacau."
“Hurm yelah,nanti saya telefon awak balik,saya ada kerja ni"
“Okay"

Sebenarnya dia sengaja mencari alasan kerana dia tidak berapa selesa dengan perangai Aira yang terlampau gedik dan manja.Walau bermacam cara telah Aira lakukan,namun sedikit pun tidak dapat menarik perhatiannya.Malahan dia semakin meluat dengan tingkah laku wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience