next..

Romance Completed 6518

Hari berganti hari,kini genaplah seminggu Siti menghilangkan diri.Puas semua ahli keluarga mencarinya namun tidak juga dijumpai.Semua ahli keluarga Siti berasa risau.Shah yang mendengar berita kehilangan Siti itu bergegas balik dari Miri.Tepat jam enam petang,Shah sampai dirumahnya.Tanpa berehat terlebih dahulu,Shah terus keluar menaiki keretanya pergi mencari Siti,dia juga seperti yang lain yang hampa tidak menjumpai Siti.Shah memecut laju keretanya menuju ke rumah Fai,Florina dan Magreta.Namun ke semua kawan Siti itu juga tidak tahu tentang keberadaan Siti pada waktu ini.Laporan polis telah dibuat terlebih dahulu iaitu dua hari selepas Siti hilang tanpa kesan.Sehingga sekarang belum ada khabar berita dari pihak polis.

Gembira dalam sedih,itulah perumpamaan mereka sekarang sebaik sahaja Nur disahkan mengandung oleh doktor kerana kerap pening kepala.Namun Nur bersedih kerana Siti tiada disisinya ketika menerima berita itu.Dia yakin adiknya itu pasti amat gembira apabila mendengar berita gembira itu nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience