next..

Romance Completed 6518

Jam menunjukkan pukul lima petang,Nur dan Aimil sekeluarga meminta diri kerana hendak pulang ke rumah masing-masing.Mereka bersalaman dan dalam masa yang sama Shah sempat menjeling ke arah Siti yang tersenyum melayan keluarga itu.Hilang sedikit perasaan rindunya terhadap wanita itu setelah sekian lama tidak berjumpa,selepas mereka memutuskan tali pertunangan dahulu.Sebelum bergerak menuruni tangga,Shah sempat berpesan kepada Amirul.

“Kau jaga Siti baik-baik,sayang dia macam nyawa kau sendiri sebab aku taknak dia terluka lagi"
“Kau tak payah risau,aku tahu macam mana nak jaga bini aku" balas Amirul dengan senyuman sinis
“Baguslah kalau macam tu,tapi kau ingat satu perkara ni,kalau aku dapat tahu kau sakitkan hati dia.Aku takkan teragak-agak untuk rampas dia dari kau balik,kau dengar tu!"

Senyuman sinis Amirul hilang mendengar kata-kata Shah itu kerana dia yakin itu mungkin akan terjadi kalau dia menyakiti hati isterinya itu.Dia berasa amat tercabar dan sakit hati melihat Shah seakan berlagak dihadapannya.Dengan tidak membuang masa,lantas dia menarik tangan Siti masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu isterinya terus bertatapan mata dengan bekas tunangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience