next..

Romance Completed 6518

Shah balik ke rumah.Rumah kelihatan sunyi sepi,yang lain belum balik kerja.Shah masuk ke dalam bilik tapi Siti tidak ada.Dia mencari di dapur juga tidak ada.Kemudian dia melihat Siti pengsan,hanya separuh badannya kelihatan diluar.Shah segera mendapatkan Siti dan melihat banyak darah didalam bilik air itu,manakala dihadapan pintu tempat Siti terbaring ada minyak seakan sengaja dituang oleh seseorang.Dengan tidak membuang masa,Shah terus membawa Siti ke hospital.

Sampai sahaja di hospital,Siti terus dibawa dan diperiksa.Shah yang berada diluar sudah risau takut apa-apa terjadi kepada Siti.

“Ini mesti kerja kau kan!" Shah terus memarahi Izzah yang baru sahaja sampai disana bersama keluarganya.

“Tak baik kita menuduh tanpa bukti Shah" makcik Aina cuba untuk menenangkan Shah

“Shah nampak ada minyak depan bilik air Siti jatuh.Siapa yang letak?Hanya dia yang ada dirumah bersama Siti waktu tu" Shah seakan tudak dapat menahan amarahnya itu

“Ya Allah,betul ke?" makcik Aina terus duduk sebaik sahaja mendengar kata-kata Shah itu.Dia juga merasa bersalah kerana meninggalkan Siti bersama Izzah.

Doktor keluar dengan muka yang sedikit sedih

“Maafkan kami,kandungan isteri encik tidak dapat diselamatkan"

Kata-kata doktor itu membuatkan Shah terduduk tanpa kata,tanpa sedar airmatanya jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience