next..

Romance Completed 6518

Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan Amirul dan Siti yang ke satu tahun.Ia disambut meriah oleh keluarga Siti dan keluarga Amirul dirumah mereka.Diatas meja pelbagai makanan yang telah disediakan,tidak lupa juga kek yang bersaiz sederhana besar.

Amirul menjawab panggilan daripada seseorang,tanpa memberitahu dia terus mengambil kunci keretanya dan keluar.

Sejak hari itu,Amirul seakan berubah sikap.Apabila pagi,dia akan keluar awal dan balik pada lewat malam.Namun Siti berfikiran positif,mungkin Amirul kerja lebih masa.

Siti pergi ke rumah Nur untuk memberitahu tentang sikap Amirul yang telah berubah sejak kebelakangan ini.Nur menasihati supaya Siti pulang dan bertanya kepada Amirul sendiri kenapa dia bersikap begitu.

Siti meminta diri terlebih dahulu sebelum pulang.Tiba sahaja dihadapan rumah,dia melihat kereta Amirul sudah ada.Dia terus masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat Amirul sedang bermesraan dengan seorang wanita.Amirul yang menyedari kehadiran Siti,terus angkat dari tempat duduk nya dan cuba untuk menjelaskan.Namun perasaan marah dalam diri Siti membuatkan dia tidak mampu berbuat apa-apa.Siti terus mengambil pakaiannya dan memasukkannya ke dalam beg dan melangkah keluar.Keluarga Amirul yang kebetulan baru balik dari kenduri tidak mampu bersuara,kerana tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga mereka.Siti terus masuk ke dalam kereta nya dan memecut keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience