next..

Romance Completed 6518

Dua hari kemudian..

Shah bimbang terhadap keselamatan Siti.Bagaimana semua itu boleh terjadi.Dia bimbang itu ada kena mengena dengan Amirul.Lantas dia mengambil kunci kereta dan menuju ke rumah Amirul.Dia meletakkan keretanya agak jauh daripada rumah Amirul.Dia hanya berjalan kaki untuk ke rumah Amirul yang tidak jauh dari situ.Tinggal beberapa langkah lagi yang tinggal untuk dia sampai di rumah Amirul.

Tiba-tiba Amirul keluar dari rumahnya dan menuju ke kereta.Amirul seperti sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon.Shah yang berada tidak jauh dari situ hanya dapat menangkap sedikit yang Amirul perkatakan.Sebaik sahaja Amirul masuk ke dalam kereta,Shah terus berlari menuju ke keretanya dan mengekori Amirul dari belakang tanpa Amirul sedari.Hampir tiga puluh minit perjalanan,baru lah Amirul sampai ke sebuah rumah.

Shah keluar dari sana dan berasa pelik kerana rumah itu agak jauh dari orang.Apa yang Amirul lakukan disana waktu begini.Sudah lewat malam.Shah keluar dari keretanya dan cuba mendekati tempat itu.Suara kedengaran.Bukan seorang tetapi seakan berkumpulan.Dia juga dapat mendengar dengan jelas suara Siti yang merintih minta dilepaskan.

Shah kembali menuju ke keretanya,lampu keretanya dipadamkan dan kedudukan keretanya juga agak tersembunyi.Dia mencapai telefon bimbitnya dan membuat panggilan.Shah menelefon abang ipar nya yang juga seorang polis untuk membantunya.Dia juga memberitahu bahawa Siti berada disebuah rumah.Dengan tidak membuang masa,dia terus menghantar lokasi kepada abang iparnya dan meminta untuk membawa beberapa lagi anggota polis untuk pergi ke sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience