next..

Romance Completed 6518

“Awak berhenti kerja aje lah" Shah menasihati Siti untuk berehat dirumah dan tidak perlu bekerja namun Siti tidak mahu.Akhirnya dia akur dengan keputusan Siti itu kerana tidak mahu Siti tertekan.

Izzah kerap bertandang ke rumah Shah.Sehingga dia mengambil keputusan untuk bermalam disana dan mendekati Shah.

Shah dan Siti baru sahaja balik dari tempat kerja.Sebaik sahaja tiba dirumah,mereka melihat kereta Izzah berada dihalaman rumah mereka.

“Hah dah balik pun kamu berdua.Ni ha Izzah,dia nak tumpang bermalam dekat sini dua malam sebab mak ayah dia tak ada dekat rumah,so dia takut duduk dirumah sorang-sorang" makcik Aina terus bersuara sebaik sahaja Shah melangkah masuk ke dalam rumah

Shah hanya berdiam dan berlalu masuk ke dalam biliknya.Dia terus pergi mandi dan menunaikan solat bersama Siti.Usai solat,dia dan Siti menuju ke dapur untuk makan,namun niat nya terbatal setelah melihat Izzah juga duduk disana.

“Sayang pergilah makan dulu,abang tak ada selera" Shah melangkahkan kaki ke ruang tamu dan menonton televisyen

Jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam.Perut Shah berbunyi menandakan dia sedang lapar.Shah bangun dari katil dan menuju ke dapur.Shah mencuci pinggannya sebaik sahaja selesai makan.Tiba-tiba pinggangnya dirangkul oleh seseorang.Rupanya Izzah yang berada dibelakangnya dan dengan berani merangkul pinggangnya.

“Hey,kau buat apa ni" Shah melepaskan tangan Izzah yang merangkulnya tadi

“Saya tahu awak masih sayangkan saya kan" Izzah tersenyum setelah berkata begitu

“Kau jangan nak perasan sangatlah,lepas kau tinggalkan aku demi lelaki yang lebih bagus dari aku.Aku dah tak ada hati dekat kau lagi dah" Shah marah selepas mendengar kata-kata Izzah itu

Dengan tidak diduga,tiba-tiba Izzah memeluk Shah.Shah melepaskan pelukan itu dan ingin melangkah pergi.Namun langkahnya terhenti apabila melihat Siti yang sedang memerhatikan mereka.Siti terus berlari masuk ke dalam bilik.Shah yang tadi hanya terdiam mengejar Siti namun terlambat kerana Siti telah menguncikan dirinya didalam bilik.

Izzah tersenyum melihat rancangannya berjaya.

Shah meminta Siti supaya membuka pintu.Dia memberitahu bahawa Siti telah salah faham terhadap dirinya.Semua yang berlaku bukan lah seperti yang difikirkan oleh Siti.Shah dapat mendengar tangisan Siti dari luar pintu bilik mereka

“Semua lelaki sama je" itlah kata-kata yang keluar daripada mulut Siti.

Shah akur dan pergi ke dalam bilik Farehan untuk menumpang tidur untuk semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience