next..

Romance Completed 6518

Teringat akan kata-kata Amirul tadi,Siti membuka langkah menuju terus ke rumah pakcik Amin memandangkan rumah pakcik Amin hanya selang dua buah rumah dari rumah mertuanya.Langkah dilajukan,ingin mengetahui apakah sebenarnya apa yang berlaku.
“Assalamualaikum,pakcik Amin"
“Waalaikumsalam eh Siti pakcik ingatkan siapa tadi,masuklah"
“Eh tak apa pakcik kita borak dekat luar je,sebab Siti tak boleh lama-lama nanti Amirul cari"
“Hurm yelah,ada apa kamu datang ke mari?"
“Siti nak tahu satu perkara je dari pakcik,saya harap pakcik bercakap secara jujur dengan saya"
“Hurm serius betul bunyinya,hah apa yang kamu nak tanya?"
“Macam ni pakcik,apa yang pakcik tak suka dekat bekas tunang Siti dulu sampai pakcik sanggup putuskan pertunangan kami dan kahwinkan saya dengan Amirul?Pakcik tolong jujur dengan saya"
“Kau nak tahu?Hurm baiklah,macam ni.Sebenarnya aku kurang senang dengan tingkah laku Shah yang agak lembut itu,dan pakcik berfikir kalau kamu kahwin dengan dia macam mana dia nak jaga kamu kalau dia macam tu?Badan dia pun tak besar,kamu dengan dia tu tak jauh beza saiz badan" terang pakcik Amin lagi
“Tapi pakcik,dia tak seperti yang pakcik fikirkan.Dia jaga solat,jaga batas dia sebagai tunangan orang selama kami bertunang dahulu.Malah saya pernah hampir kena ragut,dia yang selamatkan saya.Kami susah senang sama-sama.Kenapa pakcik sanggup buat kami macam ni?Hanya kerana saiz tubuh badan dia kecil tak semestinya dia tak mampu untuk pikul tanggungjawab"

“Hurm sudahlah,kamu tu isteri orang buat cara macam isteri orang.Jaga aje suami kamu tu.Syurga kamu dibawah telapak kaki dia,ingat tu!"

Siti berlalu pergi dan pulang ke rumahnya dengan perasaan hampa mendengar kata-kata pakcik Amin tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience