next..

Romance Completed 6518

“Apa yang sedang berlaku ni Amirul?Kenapa isteri kamu marah sangat?Ni siapa?" tanya kak Ana kepada Amirul sambil menunding jari ke arah wanita yang berada dirumah mereka itu

“Ini semua salah faham je akak,dia tak tanya pun terus marah dekat saya macam tu sekali" jawab Amirul yang ingin menyembunyikan kebenaran

“Setahu aku,Siti pergi rumah Nur pagi tadi.Jadi kamu dengan perempuan ni je lah yang ada dekat rumah?" tanya kak Ana lagi yang tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya itu

“Hah kau siapa?Buat apa datang rumah ni?Memang korang dua aje ke dekat rumah tadi?" soal kak Ana kepada wanita itu
“Saya ni kekasih Amirul dan saya tak tahu yang dia dah berkahwin sebab dia cakap dia masih bujang" wanita itu menjawab pertanyaan kak Ana dengan perasaan serba salah

“Oh,jadi ini kerja kamu ya Amirul.Memang patut pun Siti buat kamu macam tu.Dah ada isteri tapi main kayu tiga"marah kak Ana terhadap Amirul

“Tapi kak,saya sayangkan dia dan dalam masa yang sama saya cintakan Siti juga" ujar Amirul lagi

“Sudahlah Amirul,kalau kamu cintakan Siti kamu takkan buat macam ni..Kalau kamu sayangkan dia lebih baik kamu lepaskan dia.Kamu hanya akan menyakiti dia jika kamu terus menjadi suaminya dan bermain kayu tiga,itu je aku nak bagitau kau.Kau fikirlah sendiri" kata kak Ana lalu masuk ke dapur

Amirul buntu setelah mendengar kata kakaknya tu untuk melepaskan Siti.Melepaskan itu tidak mungkin bagi dirinya tapi Siti tidak akan mahu hidup bermadu dan membiarkannya bermain kayu tiga.Kini perasaan menyesal menyelubungi Amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience