"Hye you..How are you today baby!"..Tegur lelaki mata duitan apabila bertemu wanita licik di Villa itu . Tubuh seksi wanita yang sedang mabuk itu dipeluk lalu di usap dari atas hingga ke punggung. Wanita yang mabuk itu meliuk lentok di tubuh sasa lelaki itu.
Mereka berdua bergerak ke bilik utama di tingkat 3 untuk menjalankan projek malam mereka. Lelaki itu tidak pernah melepaskan peluang kerana ini adalah sumber kewangannya. Wanita itu membayarnya dengan harga lumayan untuk memuaskan nafsu buas wanita itu.
Sampai sahaja di dalam bilik itu, pintu bilik terus dikunci lalu tubuh seksi wanita itu dibaringkan di atas katil king yang sedang merengek memanggil lelaki itu..
"Here i come baby"..Jawab lelaki itu dengan gelora jiwa yang makin meningkat apabila melihat wanita itu mendesah sambil meliuk lentok tubuh di atas katil itu..
"I want you..pleasee".. Rengek wanita itu dengan mabuk. Lalu, tubuh wanita itu ditindih perlahan sebelum masing-masing tenggelam dengan nafsu masing-masing.
Beberapa jam kemudian, Amna terjaga dari pengsan. Lalu dia melihat sekeliling..Lehernya diusap lembut apabila terasa sakit. Dengan tiba-tiba dia teringat kejadian petang tadi dimana dia sedang berlawan dengan dua orang lelaki tetapi akhirnya dunianya kelam apabila lehernya diketuk kuat.
Amna bangun dengan berhati-hati sambil itu mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata. 'Aku kena keluar dari sini'..
Amna bergerak keluar dari bilik lalu melihat kawasan luar. Kaki bergerak keluar lalu dia mencari pintu belakang di bahagian dapur. Namun, nasibnya tak baik. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari arah belakang.
"Baby! so early you wake up!".. Amna terkaku apabila mendengar suara lelaki yang berbisik di telinganya. Dan dia dapat rasakan tangan lelaki itu merayap di sekitar perutnya.
Amna tersedar lalu dengan pantas memijak kaki dan menyiku perut lelaki itu dengan kuat.
"Arghh! Why baby!".. Jerit lelaki itu..Amna berpaling lalu melihat lelaki itu..Terbeliak mata lelaki itu apabila dia salah menegur orang.
"Who are you!".. Jerit lelaki itu lalu matanya meliar melihat tubuh Amna..
Amna baru sahaja ingin bertindak melarikan diri terus sahaja terkaku apabila melihat dua orang berbaju serba hitam bertopeng berada di dekat mereka.
Wanita seksi keluar dengan pakaian tidak cukup kain. Croptop. Lalu di datang memeluk lengan lelaki itu sambil mata terarah ke Amna.
"You nak lari ke? Ish,ish,ish..Jangan mimpi!..Tangkap perempuan ni!".. Arah wanita itu.
Amna cuba untuk melawan. Tetapi, kudratnya tak cukup kuat kerana tubuhnya yang agak lemah.
"Bawa dia ke bilik khas"..Kata wanita itu lagi. Lelaki disebelahnya pula diam kerana terpesona dengan wajah Amna yang cantik walaupun kelihatan agak pucat.
"You, jom masuk"..Manja suara itu menyapa lalu mereka turut bergerak ke bilik khas.
Sampai sahaja, Amna dipaksa melutut dihadapan wanita itu. Wanita itu kini berada di atas riba lelaki kesayangannya itu. Wanita itu bermain jari disekitar pusat lelaki itu. Saja ingin menduga nafsu lelaki itu. Dia berasa geram kerana lelaki itu menatap wajah Amna dengan lama. Dia CEMBURU!
Amna pula hanya diam menekur lantai. Dia tak selesa dengan pandangan lelaki dihadapannya serta aksi mereka yang kelihatan agak intim.
"Sayang! , i dekat sini tau..You jangan nak tenung dia lama-lama".. Tegur wanita itu..
"You jealous ke baby".. Usik lelaki itu sambil mencium sekilas bibir wanita yang berada di atas ribaannya. Mana mungkin dia terlupa dengan sumber kewangannya itu. Dia cuma terpesona melihat wajah Amna. Dia seakan tertarik. Hm.
"Youu, jangan mula eh.. Nak ehem ehem dekat atas nanti..Sekarang bagi i settlekan kerja i dulu okay sayang? You just stay with me here"..Kata Wanita itu sambil mengusap lembut pipi lelaki itu.
Lelaki itu hanya mengangguk lalu menghadiahkan senyuman manis buat wanita itu sambil punggung ditepuk manja. Kedengaran ketawa kecil dipendengaran mereka berdua.
Wanita itu bangkit lalu bergerak mengelilingi Amna yang sedang di jaga oleh bodyguard upahannya.
"You tahu kenapa you ada dekat sini?".. Soal wanita seksi itu.
Amna hanya diam tanpa melihat wanita seksi itu..Dia malas ingin bertembung mata dengan lelaki yang tidak jauh dari mereka.
Namun, tiba-tiba dagunya disentuh lalu kepala terdongak ke atas.
"Aku tanya kau perempuan! Kau tahu tak kenapa kau boleh ada dekat sini?".. Tengking wanita itu dengan lantang.
Amna hanya diam lalu membalas tatapan tajam wanita itu. Dia tidak hairan malah dia langsung tidak takut.
"Baby, calm down..Takpe, nanti kita sambung okay. Bagi dia rest dulu. Dia nampak letih".. Sampuk lelaki itu sambil mengelus perlahan bahu wanita yang telah diribanya.
Wanita yang mengamuk tadi terus terdiam lalu muka monyok melihat lelaki itu tak lepas memandang wajah Amna yang tunduk..
"Bawa perempuan ni masuk bilik dia! Awas! Jangan bagi terlepas lagi. Kalau sekali lagi terlepas! Siap kau orang aku kerja kan?".. Wanita itu memberi amaran. Lantas, dia melihat Amna di bawa pergi. Wanita itu menoleh melihat wajah lelaki itu yang masih melihat bayang Amna terus di sapa.
"Youu, kalau i tahu you berminat dengan dia. Jangan salah kan i kalau dia mati depan mata you".. Marah wanita itu sebelum beredar.
Lelaki yang duduk itu terngadah sebentar sebelum dia bangkit mengejar wanita itu sehingga ke bilik beradu mereka.Dia pun sebenarnya tak tahu rasa apa. Sejak melihat wajah Amna yang pucat itu. Kadang rasa kasihan tapi tipu kalau dia tidak berminat. Dia menghela nafas panjang apabila dia terpaksa memikirkan cara untuk memujuk wanita itu.
Di rumah kediaman Syamil, Jam menunjukkan 12 malam. Masing-masing belum tidur dan masih menunggu Amna pulang. Mereka kini berada di ruang tamu. Masing-masing berasa tak sedap hati.
"Abang, sayang risau lah. Amna tak pernah balik lewat macam ni".. Ujar Akak Intan ketika itu duduk berhadapan dengan suaminya.
"Amna takde bagitahu dia keluar ke dekat sayang?"
Akak Intan mengeleng kepala. Tiada satu mesej atau chat yang diterima olehnya daripada Amna. Puas mereka menelefon Amna. Namun, tidak bersambung.
"Atau dia keluar dengan Ashraf, Abang?".. Soal Akak Intan..
"Kejap, Abang cuba call Ashraf".. Jawab Syamil lalu tangan ligat mencari nama Ashraf ditelefon.
"Hello Ashraf?"
"Ye saya"..Jawab Ashraf laju. Ketika itu, dia baru sahaja selesai menyiapkan proposal untuk meeting esok.
"Ashraf dekat mana? Amna ada bersama dengan Ashraf ke sekarang?".. soal Syamil laju.
Ashraf mengerut kening. Dia mula rasa pelik.
"Amna takde dengan saya. Saya dekat rumah."..Jawab Ashraf perlahan sambil otak ligat memikir keberadaan Amna.
"Oh yeke. Takpelah kalau macam tu".. Jawab Syamil . Hatinya semakin cemas.Risau memikirkan keadaan Amna.
"Kejap, kenapa? Amna tak balik rumah ke?".. Soal Ashraf laju.
"Aah, Abang tengah tunggu dia balik. Tapi, tak balik lagi. Dia tak pernah balik lewat malam macam ni. Kalau dia sibuk, mesti dia inform Abang dulu"..
Hati Ashraf mula berentak tak sekata. Laju.
"Dah cuba telefon dia?"..
"Dah, tapi tak bersambung"..
"Okay, takpe. Saya keluar cari dia sekejap. Apa-apa saya call Abang balik".. Kata Ashraf dengan bingkas dia bangun untuk mencapai kunci keretanya.
Talian sudah ditamatkan sebelum Ashraf memandu. Kereta dipandu di sekitar kawasan tempat kerja Amna. Matanya meliar mencari sesuatu. Apabila matanya menangkap bayang kenderaan milik Amna. Terus sahaja dia turun dan menapak ke arah kereta Amna.
Kosong!. Tiada orang di dalam kereta itu. Lantas, tangan menyeluk poket lalu menelefon rakan baik yang merupakan majikan tunangnya itu.
"Hello Syed! Sorry ganggu. Semua staf kau ada OT ke malam ni?"..
Kedengaran Syed berdehem membetulkan suara kerana dia terjaga mendengar telefon pintarnya berbunyi.
"Mana ada. Kalau OT pun paling lewat pukul 8"..
"Yang kau ni telefon aku tengah malam dah kenapa? Orang nak tidur tahu".. Tegur Syed.
Ashraf mula rasa serba salah.
"Sorry lah, Aku tengah cari tunang aku ni. Dia tak balik rumah lagi"..
Jawab Ashraf.
"Ha? Amna tak balik lagi?".. Soal Syed pelik. Setahunya Amna tak memohon dengannya untuk membuat kerja lebih masa.
"Ye, belum balik. Sekarang aku dekat office kau ni. Aku jumpa kereta dia. Tapi, aku perhati office semua dah tutup lampu".. Kata Ashraf musykil. Sambil itu dia bergerak ke kawasan berdekatan. Tiba-tiba, Kakinya terpijak satu benda milik Amna. Pen kesayangan wanita itu!.Ashraf mula syak sesuatu.
Terus segar mata Syed mendengar perkhabaran itu.
"Kau jangan main-main Ashraf! Amna takde bagitahu aku dia kerja lebih masa.Lagipun, dah malam sangat..Takkan dia tak balik lagi?".
"Buat apa aku tipu kau benda macam ni." Jawab Ashraf. Lalu mata memandang atas mencari sesuatu. Yes! ada cctv..
"Okay, so. Macam mana ni?".. Soal Syed gelabah.
"Kalau kau tak keberatan, boleh kau datang office sekejap? Aku tunggu kau dekat sini".. Kata Ashraf. Dia perlu melihat rekod cctv. Dia yakin sudah pasti ada sesuatu yang berlaku dekat Amna.
"Okay! sekejap lagi aku sampai".. Jawab Syed sambil bingkas bangun. Sempat lagi dia melabuhkan ciuman di dahi isterinya yang nyenyak tidur. Dia bersiap ala kadar sahaja lalu kaki bergerak laju keluar rumah dan memandu kereta ke pejabatnya.
Ashraf mula cari cara untuk mengesan Amna. Dia tahu pasti berlaku sesuatu dengan Amna. Lantas, dia menelefon orang upahannya untuk mengesan keberadaan Amna.
Share this novel