Bab 7

Romance Series 24827

Kring, kring..

"Hello En, Ahsraf..lunch ni busy ke?"

"Ye tak Encik Syamil. Kenapa?"

Amna mencuri dengar perbualan bossnya itu. Keningnya berkerut memikirkan siapakah En Syamil yang ditalian. 'Abang aku ke?.'

"Okay baiklah, kita jumpa lunch nanti"..

Setelah talian dimatikan, Ashraf bersuara.

"Lunch nanti ikut saya"..Ashraf tahu yang Amna memasang telinga mendengar perbualan telefon mereka tadi. Dia tak kisah.

"Okay boss"...Jawab Amna lalu menyambung kembali kerjanya.

Beberapa jam kemudian, pintu bilik tersebut diketuk dari luar. Amna bangun lalu membuka pintu. Baru sahaja dia ingin menyapa. Satu jelingan tajam diterimanya. Amna mencebik melihat perempuan yang pernah mereka bertengkar di tandas sebelum ini. 'Minah tak cukup kain, huh!'..

"Bosss..... Sayaa datangg nak minta sign boss".. Lemah gemalai suara wanita itu dengan lenggok badan dibuat untuk menggoda. Amna yang mendengar itu mencebik menyampah..Sambil mata juling ke atas.

"Ada bawa fail yang saya minta?".. Ashraf seperti biasa melayani wanita itu tanpa riak. Dia perasan wajah Amna yang meluat dan dia juga perasan Amna mengajuk gaya wanita dihadapannya itu. Ashraf menahan tawa apabila melihat Amna melihat tangan dibahu. Gayanya seperti menyampah sungguh! Nasib baik wanita dihadapannya itu tidak menoleh ke belakang. Kalau tidak, tentu berlaku pertengkaran diantara mereka.

"Adaa Encik Ashraff..Ini diaa".. jawab wanita itu dengan suara meleret.

Selagi lagi Amna tidak dapat menahan gelinya. Dia menyapu lengan bajunya kerana berasa meremang bulu roma mendengar suara menggoda wanita itu.

Setelah selesai urusan mereka, wanita itu melangkah perlahan sambil menjeling Amna sambil 'flip hair' seperi iklan rambut.. Amna pula hanya membalas dengan mata dijulingkan ke atas. Ashraf pula berkata-kata dalam hati. 'Taknak kalah jugak budak ni rupanya, berani'..

Tanpa membuang masa, Ashraf menyambung semula kerjanya. Amna pula terus saja ingin menyoal soalan.

"Boss"..

Ashraf pula memandang Amna sambil mengangkat kening.

"Boss, tak tertarik ke dengan Cik Julia tu?"..

"What do you mean?".. Ashraf menyoal pelik.

"Yelah, Cik Julia tu kan cantik, slim, seksi ,menggoda dan macam-macam lah..Boss tak tertarik langsung ke?"..

"Saya nampak awak macam tak suka je Cik Julia tu"..

Amna menahan geram. Orang tanya bukan nak jawab!..

"Saya memang tak berapa suka pun"..Jawab Amna selamba.

"Why?"..

"Sebab dia gedik, suka tarik perhatian orang.. Dan paling penting dia pun sudah tentu tak suka saya. Sebab kami pernah bertengkar"..

"Oh i see, So.. awak rasa dia sesuai dengan saya ke?".. Saja ingin tahu pendapat Amna itu.

"Maybe sesuai kot..Entahlah boss.. Kalau saya jadi lelaki, suka lah kot sebab dia pakai seksi.. Tunjuk body..Boleh cuci mata free..Tapi, saya wanita juga. So, saya meluat...hehe"

"Kenapa awak kata sesuai"..

"Dari cara dia, Cik Julia tu sebenarnya nak pikat boss tau..Sebab tu lemah gemalai bukan main tadi.. Saya kalau nak buat macam tu pun mesti buat depan suami saya..Dapat pahala"..Jawab Amna sambil tersengih.

"So, awak dah tahu jawapannya..Letakkan diri awak sebagai lelaki kalau lihat Cik Julia tu..Macam tu perasaan saya"

"Oh faham"..Jawab Amna sambil mengangguk faham.

Pada waktu rehat, Amna mengikuti bossnya keluar berjumpa dengan clientnya di restoran terdekat..

Masuk sahaja ke dalam restoran tersebut, Amna terkejut melihat abangnya disitu..

"Eh, Abang?"..Amna soal lalu tangan dihulur untuk bersalam..

Syamil mengangguk kepala sambil tersenyum menyambut salam adiknya. Lalu, tangannya dihulur kepada Ashraf.

"Jom kita order dulu"..Kata Syamil.. Ashraf mengangguk kepala. Amna duduk disebelah abangnya.

Setelah itu, Syamil terus berbincang dengan Ashraf sambil menghulurkan satu fail bersaiz A4 berwarna coklat.

"Terima kasih sebab sudi tolong saya"..

"Takde apa sangatlah, memandangkan hal ini sangat besar dan akan memberi kesan kepada perniagaan Ashraf, Jadi saya bantu mana yang boleh"..

Amna hanya diam dan memerhati sahaja tanpa menyampuk.

Ashraf sangat berbesar hati dengan bantuan yang dihulurkan oleh Abang Amna..Mereka menjamu selera sambil bersembang. Dan sudah semestinya Amna banyak mulut..

"Abang, minta diri dulu lah..Sebab Abang ada urusan lepasni"..Ujar Syamil seusai menyudahkan makanan.

"Urusan apa bang?".. Soal Amna..

"Abang nak bawa Akak Intan balik rumah family dia kejap lagi. Petang sikit baru Abang amik"..

"Okay okay, kirim salam dekat akak..Cium satu kali untuk adik dekat baby tembam tu.." Kata Amna

Syamil hanya menjeling menyampah dan setelah itu dia berpaling ke arah Ashraf lalu mereka bersalaman.

"Balik nanti jangan nak merayau tempat lain. Abang balik adik takde rumah. Siap!"..

"Alah! Abang lama ke dekat sana?"..

"Abang taktahu lagi..mungkin lewat sikit.. Apa-apa hal abang call adik..Duduk rumah diam-diam"..

"Yelah-yelah..Itu pun nak garang-garang"..Jawab Amna sambil mencebik..Syamil pula membesarkan matanya sebagai amaran.

"Saya gerak dulu Ashraf..Layan budak ni sampai esok tak gerak"..Kata Syamil sambil memandang Ashraf..

"Amna ingat pesan Abang"..Katanya lagi sebelum bergerak keluar dari restoran itu.

Amna dan Ashraf juga berlalu pergi..

Jam menunjukkan tepat 9.30 malam..Semenjak akhir-akhir ini, mereka berdua terpaksa bersengkang mata kerana mungkin rezeki bossnya, banyak tender yang mereka dapat..

Dalam mereka masing-masing sibuk. Amna dan Ashraf tidak menyedari bahawa hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam pejabat itu. Tiba-tiba eletrik terputus. Dan keadaan menjadi gelap serta merta. Amna terkejut tetapi dia tidak menjerit. Lalu, tangannya tangkas mencari telefon lalu membuka 'flashlight'..

"Boss okay ke?"..

"Saya okay".. Baru sahaja Amna ingin bergerak keluar. Terdengar bunyi tombol pintu seakan dipulas. Ashraf pula tutup lampu flashlightnya dan bergerak laju ke arah Amna..

Dan menarik wanita itu bersembunyi di bawah meja kerja Amna..Keadaan mereka sangat rapat sehingga dapat merasa bahang dan nafas mereka. Amna hanya diam sambil memasang telinga untuk mendengar gerak geri orang yang masuk.

Tuk tuk..

Pintu terbuka dan seseorang yang berpakaian hitam masuk. Dan meluru terus ke arah meja Ashraf. Lalu mengeledah laci meja seperti mencari sesuatu.

Ashraf pula dengan hati berdengup kecang sudah terkedu kerana dia berasa tubuh badan mereka bersentuhan. Lalu matanya dapat melihat wajah Amna yang sedang melekapkan telinga dimeja dengan lebih rapat. Seakan terpegun dan ada satu rasa itu hadir.

Amna pula masih leka mendengar gerak geri si pelaku. Dia mengagak bahawa si pelaku sedang leka mencari lalu matanya beralih ke sisi. Hampir sahaja hidung mereka bergesel antara satu sama lain. Tetapi, Amna sempat mengelak ke belakang. Matanya dapat menatap sepasang mata bossnya yang seakan terkaku.

Dengan pantas, Amna menepuk bahu bossnya..

"Boss boss".. bisik Amna perlahan

Ashraf tersedar lalu mengangkat kening. Cahaya dari lampu telefon Amna dikepung menggunakan tangan agar cahaya tak terbias keluar.

"Boss tahu melawan? Taekwondo or silat?".. Ashraf mengangguk kepala.

"Okay, kalau macam tu jom kita lawan dia..Saya bantu boss dari belakang"..

Ashraf hanya mengangguk kepala perlahan. Amna pula sudah keluarkan kepala mencari kelibat si pelaku.

"Saya kira 1,2,3 kita keluar tau boss".. Kata Amna lagi sambil menoleh ke arah bossnya.

"Satuu...Duaaa...Tigaa"..Kata Amna sambil berlari keluar dari meja bersama bossnya. Si pelaku terkejut lalu dalam keadaan tak bersedia. Dia terlentang terkena sepakan Amna. Seterusnya Ashraf pula mengambil alih lelaki tersebut.

Amna berlari keluar dari bilik tersebut lalu mencari peti kotak elektrik. Dan punat besar dipasang. Tup! Terang benderang kawasan kerja itu.

Amna terus berlari masuk ke dalam bilik kerjanya. Kelihatan bossnya sedang bergelut dengan si pelaku dan ditangan lelaki itu ada sebilah pisau. Mata Amna membulat lalu dengan pantas Amna menendang tinggi tangan itu dan pisau tersebut terlepas.

Belakang lelaki itu di tendang kuat sehingga tersungkur. Amna terus menekan lututnya di belakang lelaki itu. Tangan lelaki itu dipulas ke belakang sehingga kedengaran tulang.

"Siapa kau?".. Soal Amna lalu menarik topeng muka lelaki itu.

Tampang wajah itu tidak dikenali. Si pelaku masih berdiam diri.

"Siapa hantar kau?"..

"Lepaskan dia Amna"..Ashraf memberi arahan. Amna terkejut.

"Takkan nak lepaskan dia senang-senang macam ni je boss?".. Soal Amna sambil memandang bossnya muka tak puas hati.

Ashraf hanya mengangguk kepala. Amna berdecit lalu bangun dari menindih belakang lelaki itu. Si pelaku berdecit sakit.

"Tolong sampaikan salam aku dekat boss kau! Aku tahu siapa hantar kau! Kali ini aku lepaskan..Tapi, lain kali tiada jaminan untuk kau terlepas"..Kata Ashraf tenang. Ya! dia tahu siapa yang mengupah lelaki itu. Lalu, si pelaku bangun dan bergerak keluar dari bilik itu.

Amna pula diam lalu bergerak ke meja kerjanya. Beg tangan diambil, niat hati ingin berlalu sebab sakit hati dengan bossnya. Yelah! susah payah berlawan, boleh dia suruh kita lepaskan macam tu je!..

Namun langkahnya terngadah, lengannya digenggam oleh jari jemari bossnya.

"Tunggu saya! Saya hantar awak balik"..

"Saya boleh balik sendiri".. Lalu berlalu keluar.

Ashraf pula malas berdebat cepat-cepat mendapatkan begnya. Keadaan biliknya akan difikirkan esok. Dia juga letih. Lalu, dia berlari mengekori Amna dari belakang.

Dia tahu Amna pasti marah dengan dia sebab lepaskan si pelaku itu. Tapi, dia masih lagi menyiasat dan mencari bukti untuk menyeret si pengupah tersebut.

Sampai sahaja di perkarangan rumah Amna, Ashraf juga turut keluar ingin berjumpa dengan abang Amna untuk meminta maaf atas kelewatan.

Amna hanya diam lalu masuk ke bilik untuk mandi dan berehat. Dibiarkan sahaja bossnya diluar. Dia berasa keletihan mungkin disebabkan dia terpaksa menggunakan tenaga wanitanya untuk melawan si pelaku.

Amna berbaring lalu lengan diletakkan dikepala mata di pejam . Rasa ingin terlelap selepas mandi. Solat isyak dia solat di pejabat.

Ting Ting..

'Im sorry sebab saya taknak nyawa awak dalam bahaya'

Amna membaca dengan hati kosong. Dia malas nak layan , dia perlukan rehat. Sementara di sana tak senang duduk lepas melihat chatnya hanya dibaca tanpa dibalas. Lalu, dia berbuat keputusan untuk tak mengganggu Amna.

Di sebuah gudang, si pelaku diseksa dengan teruk sehingga ketua berbaju hitam bermask muka puas hati. Hatinya sangat membara melihat anak buahnya gagal untuk mendapatkan apa yang di nak..

sorry late upadate..enjoy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience