Bab 14

Romance Series 24827

"Hai Amna, busy ke malam ni?"..Soal Akak Ika ketika dipantri..

"Malam? kenapa kak?"..

"Amna boleh keluar malam ke? Nak ajak Amna dinner malam ni.."

"Ohh, hmm..Nanti Amna tanya Abang dulu..Rasanya dia bagi kot sebab Amna keluar dengan Akak kan? Akak Intan pun kenal..Tapi, apa-apa Amna inform akak balik okay!"..

"Akak nak air ke? Amna boleh bancuhkan sekali"..Soal Amna sambil memandang Akak Ika..

"Hmm, boleh jugak. hehehe"..

Amna mengangguk.."Tapi, bagi Amna hantar air untuk boss sekejap..Kejap lagi Amna datang balik"..

Akak Ika mengangguk faham..

Amna berlalu dan hantar minuman kepada bossnya..Kelihatan bossnya sibuk dengan PC dan tabnya di meja..
"Boss, ni airnya.." Ashraf mengangguk kepala..

Amna bergerak untuk keluar kembali namun langkahnya terhenti..

"Nak ke mana?"..Soal Ashraf sebelum menghirup minuman panas itu perlahan..

"Saya nak ke pantri kejap..Jumpa Akak Ika"..

Ashraf menjongket keningnya lalu mengangguk perlahan..
"Jangan lama"..

Amna mengangguk laju lalu kaki bergerak keluar.. Ashraf pula hanya memerhati sahaja langkah wanita itu..Teringat semasa kejadian Amna diserang oleh salah satu staffnya..Amna kelihatan kurang bercakap dengannya..Namun, wajahnya tenang dan tak seceria seperti sebelum ini..Dia tidak mampu berbuat apa-apa tindakan selagi Amna masih berada di syarikatnya. Risau keselamatan wanita itu tergugat..

Ashraf termenung memikirkan kehidupannya selepas Amna berhenti bekerja nanti..Tiada lagi makan paginya..Tiada lagi orang akan menghidangkan makanan untuknya, Tiada lagi orang yang akan membuatkan hari-harinya ceria dan ingin ke pejabat setiap hari..Ashraf mengeluh perlahan sebelum menyambung kembali kerja..

Dalam beberapa minit, Amna masuk sambil matanya menatap telefon..Amna leka berbalas whatsapp dari abangnya untuk meminta kebenaran dinner bersama staf malam ni termasuk Akak ika..

Baru sahaja Amna melabuhkan punggung..Telefon pintarnya berbunyi dan panggilan dari Abangnya..Tanpa banyak soal, panggilan itu dijawab..

"Assalamualaikum adik"..

"Waalaikummussalam Abang"..Jawab Amna sambil tersengih sendiri..Gelagat Amna dicuri-curi pandang oleh Ashraf..

"Adik dinner dengan siapa malam ni? Dekat mana?"

"Akak Ika ajak dinner malam ni..Adik ikut jelah..Dekat mana tu tak tahu sebab Akak Ika kata rahsia..Boleh lah abang..Kali ni je pleasee.."

"Hmm, balik pukul berapa?"..

"Adik janji balik awal..Paling awal pukul 10 kalau lewat sikit takpe kan?".. Amna saja mencuba nasib..

"Kenapa nak lewat pulak? Kalau Amna nak abang benarkan Amna keluar..Amna kena balik awal..Kalau tidak, Abang pergi sana heret Amna balik"..Tegas suara

Amna mencebik masam..

"Yelah abang..Janganlah risau..Amna bukan budak kecik lagi.."

"Haa menjawab! Orang tak bagi tu ada sebablah ..Awak tu anak dara! Tak elok keluar malam lepastu balik lewat malam"..

"Alah abang ni..Orang balik lewat pun bukan apa..Lepak sembang dengan Akak Ika je..Bukannya pergi club pun".. Bidas Amna lagi tak berpuas hati..

"Ya Allah budak ni..Last Abang tanya..Nak abang bagi Amna keluar malam ni atau tidak?"..

"Mestilah nakkk!"..Amna terjerit kuat lalu dia menekup mulut apabila perasan boss memandang wajahnya..

"Okay kalau nak, kena balik awal..No excuse!..Kalau tidak Amna duduk rumah!"..

"Yelah-yelah..Apalah Abang ni tak sporting langsung! Merajuklah dengan Abang .Okay bye!"..Kata Amna sambil menamatkan panggilan itu dengan muka masam..

Tuk tuk tuk...

"Masuk!"..Ashraf memberi arahan..

Amna dan Ashraf memandang gerangan yang mengetuk pintu..Wajah Amna automatik makin masam bercampur menyampah manakala Ashraf pula wajah tanpa riaknya melihat wanita tak cukup kain masuk dengan lenggang lenggoknya..

Amna berura-ura untuk berlalu..Marahnya masih tersisa walaupun kejadian itu sudah seminggu berlalu..Dia masih boleh bersabar kerana tidak mahu imej dan maruahnya di keji memandangkan dia masih berkhidmat dengan bossnya..

"Sit down"..Amna terlongo..Dia memikirkan kata-kata itu ditujukan kepada wanita dihadapan lelaki itu..Jadi, dia buat tak tahu..Lalu, bangun untuk berlalu..

"I said sit down..Siapa bagi kebenaran awak keluar?"..Tegas ucapan Ashraf sambil matanya memanah kearah Amna ..Kehadiran Cik Aulia pula diendahkan..

Amna terkaku..Cik Aulia menyampuk.."Can i have a seat boss?"..

"No! You just stand up"..Terkejut Amna mendengar balasan dari bossnya..

Amna tanpa banyak soal kembali ke tempat kerjanya..Dia menyambung kembali kerjanya tanpa menoleh..Dia berasa mood bossnya tidak baik pada hari tu berdasarkan ketegangan suara lelaki itu..Amna dan Cik Aulia tidak berani untuk membantah..

Setelah mereka berbincang..Cik Aulia berlalu dengan wajah masam dan sempat menjeling Amna di situ..Amna mengeleng kepala..Apa yang membuatkan wanita itu begitu membencinya..

Jam menunjukkan waktu rehat, Amna berkemas dan bergerak ingin berlalu makan tengahari bersama Akak Ika..Kelihatan bossnya masih leka dengan kerja..Amna hanya membiarkan sahaja..

Di restoran,

"Tentu nanti Akak rindu nak dengar celoteh Amna dekat pejabat.." Kata Akak Ika dengan muka sedih..

Amna hanya tersengihh..

"Alah akak ni..Bukan tak boleh jumpa langsung..Nanti kita 'dating' sekali dengan Akak Intan"

"Yelah, tapi bukan selalu macam Amna kerja sini..Lepasni, suram lah suasana dekat pejabat tu.."

"Alah, Amna bukan sesiapa pun..Nanti kalau Akak bosan..Kita VC okay?"

Akak Ika mengangguk kepala..

"Lepasni Amna kerja dekat mana? Jauh ke?"..

"Hmm, dekat je kak..Tak jauh dari sini..Apa tah nama syarikatnya..Jap Amna tengok"..

Kata Amna lalu mencari telefon..

"Nama syarikatnya S.H. Sdn Bhd"

Akak Ika terkejut tetapi dia tidak menunjukkan reaksi apa-apa..Bukan dia tak tahu siapa CEO di syarikat yang dikatakan oleh Amna..'Beruntung kau dik, ada orang sayang'..

"Akak tahu ke syarikat tu dekat mana?"..

"Tahu, dekat area sini-sini je..Tapi, tersorok jugaklah sebab dia bersebelahan dengan jalan besar sana"..

"Oh, faham"

"Amna bekerja sebagai apa dekat sana?"..

"Hmm, jadi PA lagi kak"

"Takpelah, itu rezeki Amna kan..terima jelah..Ha, Btw, Malam ni jadi tau!"

Amna mengangguk laju sebelum mereka makan..

Sampai sahaja Amna di pejabat, kelihatan bossnya masih sibuk dengan kerja..Amna memandang pelik..'Boss, tak keluar lunch ke?'..

Amna berasa serba salah..Lalu dia menegur bossnya.."Err, boss?"

"Yes?".

"Boss tak keluar lunch ke?"

Ashraf tersedar lalu mengeleng kepala..Dia tak perasan kerana leka untuk menyiapkan kertas kerja..

Amna bertambah serba salah ."Boss nak saya order makan untuk boss?"..

Ashraf terdiam..Dia tak tahu nak balas persoalan Amna itu..Harini dia berasa kan tidak berselera..

"No, thanks"

"Confirm?"

Ashraf mengangguk kepala tanpa mengangkat wajah..Keadaan berlarutan sehingga waktu bekerja tamat..

Malam itu, Amna bersiap untuk keluar makan malam..Abang dan kakak iparnya tiada di rumah..

Telefonnya berdering..

"Hello Amna..Akak Ika dah send location dekat whatsapp..Nanti dah sampai ..Jangan lupa call akak tau takut Amna sesat dekat situ"..

"Okay baik Akak" ..Talian dimatikan..Amna menilik kembali pakaiannya pada malam itu..Dia hanya memakai dress labuh dan shawl dikepala..

Sambil bergerak turun..Jari jemarinya ligat menekan ikon whatsapp untuk melihat location yang dikongsikan oleh Akak Ika..

'Hotel Garden High?'.. Bukan kaleng-kaleng Akak Ika ajak dinner dekat tempat mahal'..

Amna memandu dengan tenang ke lokasi itu..

"Hello Akak, Amna dah sampai dekat parking ni..Akak dekat mana?" ..

"Okay Amna masuk tunggu dekat depan lif..Akak turun sambut Amna"..

"Okay kak"..

Dalam beberapa minit..Orang yang ditunggu-tunggu sampai juga..

"Wow cantiknya dia malam ni..Nak pergi dating ke tu"..Usik Akak Ika..

"Ada-ada je akak ni..Akak pun cantik malam ni tau"..

"Hehehe, dah-dah jom kita naik..sebelum tu Amna kena tutup mata dulu.."

"Alah, apa ni kena tutup mata..Nanti jatuh macam mana?"..

"Akak kan ada..Jap, akak ikat kain ni"..Ujar Akak Ika sambil mengikat kain hitam di mata Amna..Terus gelap pandangan Amna..

"Akak jangan tinggalkan Amna tau"..Cuak Amna ..

"Ye, jangan risau..Akak ada je ni..Jom, pegang lengan Akak"

Sampai saja di satu bilik khas yang kelihatan cantik terhias..Dan suasana sunyi sepi..

"Akak kenapa diam je ni..Amna takut lah"..Amna bersuara..Terasa badannya dapat merasakan penghawa dingin ketika kaki melangkah masuk di satu kawasan..

"Akak ada je ni..Kejap eh akak bukak ikatan"..

Terbuka saja kelopak matanya..Kedengaran jeritan kuat..

"Surpriseee!!!" ..

Amna terkejut dan terharu melihat rakan sekerjanya yang juga turut berada di situ..Dapat dia melihat belon seperti parti kelihatan berbentuk huruf di tampal 'Good luck for your future'..

Matanya bergenang..Tak sangka mereka akan meraikan dia pada malam itu..Dia mengelap air mata sebelum menitis..Dan matanya tertacap kepada seorang gerangan lelaki yang juga turut berdiri di hujung..Lagi bertambah terharu dan segan..

"Hey, kenapa nak sedih-sedih ni? Jom, kita makan..Yelah, princess kan tak boleh balik lambat"..Usik Akak Ika..Itu adalah pesanan dari Akak Intan kepadanya..

"Terima kasih semuaa"..Kata Amna sambil tersenyum lebar..

"Jom kita makan!..Jemput makan semua"..Pelawa Akak Ika..

Amna bergerak duduk bersebelahan dengan lelaki yang masih lagi diam..

"Tak sangka boss join dinner malam ni"..Tegur Amna..

Ashraf mengangguk kepala..Dia masih lagi tidak mahu menatap wajah cantik milik wanita itu. Dadanya berdegup laju..Hatinya tidak bagi kerjasama..

Suasana sangat meriah..Masing-masing ceria dan happy malam itu..Amna melihat semua gelagat rakan sekerjanya..Ada yang mengusiknya dan ada yang gila-gila, masuk air..

"Okay guys, jom tangkap gambar"..Kata salah satu rakan sekerja Amna..

"Okay ..Jap saya atur..Amna dengan boss stay situ..yang lain boleh masuk duduk sebelah boss dengan Amna"..

"Kejap eh, saya panggil staf restoran ni untuk tangkap gambar kita"..

Setelah jumpa staf disitu.."Bang, jangan lupa kira tau"..Jerit kawan Amna ..masing-masing tergelak..

"Okay ready semua..One ,Two , Three..."

Masing-masing posing ikut gaya masing-masing..Amna dengan gaya 'peace'..

"Okay, sekali lagi..Free style..One, two, three.."

Amna membuat mini love sambil tersenyum senang dan ketika itu juga Ashraf menoleh ke arah Amna yang manis itu..'Kluk ' Gambar ditangkap..

"Abang! last bang!"..Jerit lagi rakan Amna..Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum..

"Okay last, One two three"..Amna membuat gaya comelnya..

Setelah selesai, mereka semua mendekati rakan Amna untuk melihat gambar..Masing-masing menjerit suka melihat gambar yang diambil sangat cantik..

"Wahh, nampak secocok lah boss dengan Amna..So sweet! Tengok ni gambar boss pandang Amna..Alahh sweetnya!"..Masing-masing teruja...

Amna kelam kabut lalu bangun mendekati mereka ketika mereka bersorak mengatakan dirinya secocok dengan bossnya..

Matanya membulat melihat gambar itu..Jantungnya usah dikata..Ingin terkeluar saja..'Habis lah aku kalau Abang nampak'

"Nanti share gambar tau!"..Jerit yang lain..

Seusai saja sesi fotografi..Sebelum bergerak, masing-masing memberi hadiah kepada Amna..Amna tak sangkat kehadirannya akan disambut dan dihargai seperti ini..Makin berat hati Amna untuk berhenti kerja disitu..Staf dan bossnya sangat baik dengannya..

"Jumpa esok Amna..Esok dah last day kan! Take care..Kitaorg balik dulu tau..Byee"..Mereka berpamitan sebelum bergerak pulang..

Amna berpelukan dengan akak Ika sebelum bergerak ke parking kereta..Matanya memerhati melihat kelibat bossnya..Tapi, tiada..'Dah balik kot'..

"Bye Akak..Jumpa esok"..Ujar Amna sambil bergerak ke kereta miliknya..

Akak Ika mengangguk sambil membalas lambaian Amna..

Sampai sahaja di kereta..Amna meletakkan semua hadiah di seat belakang dengan berhati-hati..

"Ehem"..Terkejut Amna mendengar deheman seseorang..

"Erk..boss? Tak balik lagi?"..

Ashraf hanya diam lalu menghulur satu beg kertas kecil yang berisi hadiah kepada Amna..

"Untuk saya?"..Soal Amna..Ashraf hanya mengangguk..

Amna serba salah nak ambil..Jantungnya berdegup kencang..Kelihatan diluar beg itu tertulis 'Habib Jewellery'..'Mesti mahal..aduh macam mana ni'..

"Ambil"

"Takpelah boss, buat susah-susah je..Gaji boss bagi pun dah cukup banyak bagi saya"

"Itu lain, ini untuk penghargaan"..

"Sayaa.."

Tanpa banyak cakap..Ashraf terus menarik hujung lengan baju Amna dan hadiah diletakkan di atas tangan Amna..Amna terpaksa menyambut..

"Terima kasih boss"..

"Hmm, saya balik dulu"..Kata Ashraf lalu bergerak pergi..Amna hanya memerhati bossnya dari jauh..Dia mengeluh lalu bergerak masuk kereta untuk balik..

Sampai dirumah..Amna membersihkan diri lalu dia berbaring setelah selesai menyapu skincare diwajah..Telefonnya berbunyi tanpa henti menandakan mesej masuk..

Laju Amna membuka telefon..kelihatan rakannya sedang menghantar gambar..Semua gambar Amna download dan bibirnya tidak henti tersenyum..Malam itu dia berasa sangat gembira kerana selama ini hanya Abang dan Akak Intan sahaja yang suka beri kejutan..

'Cantik Amna malam ni..sepadan dengan boss'

'Betul! Aku setuju'

'Aku suka tengok gambar candid boss pandang Amna..Macam terlihat pandangan kasih sayang..Gituw'

'Aku syak boss ada hati dengan Amna tau! Im jealous.'.

'Benar! Tapi, aku suka sebab mereka sesuai untuk ke next stage'

Amna tergelak membaca chat dari rakannya..Nasib baik bossnya tiada dalam group itu..

''Terima kasih semua..Im really happy..Love you all".. Amna menghantar pesanan..

Masing-masing membalas dengan emoji love..

Amna menutup kembali telefon..Tangan baru saja ingin menutup lampu tidur..Tetapi, matanya tertacap dengan satu hadiah di meja soleknya..

'Esok jelah aku bukak hadiah..Kenyang sangat..Mengantok semua ada'..Bisik hati Amna lalu menekan button lampu tidur..Hanya beberapa saat saja..Amna sudah masuk ke alam mimpi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience