"Hello, who's are there?". Soal Anne apabila suara di talian senyap. Ashraf terdiam. Begitu lah dia, jika bercakap dengan orang tidak dikenali automatik suaranya terdiam.
Anne mengerut kening. "Hello? Did you find Amra?"..
Ashraf masih lagi senyap. Dalam fikirannya mula banyak fikir. 'Mana Amna?'.
"Hello, Hello, Hello"..Anne mendengus geram lalu ingin menekan button off tetapi dia terdengar pintu bilik mandi dibuka.
Amna keluar lalu memandang pelik melihat rakannya yang sedang memegang telefon bimbitnya.
"Anne, why?".
"Someone is calling you dear, but he keep silent.. I don't know why"
"Who? Can you pass my phone"..Kata Amna sambil menghulur tangannya ketika dia berada di ampaian tuala untuk sidai tuala.
Anne melangkah lalu meletak telefon di tangan itu. Amna dengan pantas melihat nama di talian. Membulat matanya. Anne masih lagi tercegat di depan Amna.
"Who is calling?"..
"My fiance"..Jawab Amna sambil berbisik perlahan. Ashraf yang masih di talian tersenyum mendengar jawapan wanita itu. Sungguh merdu perkataan yang disebut oleh Amna di pendengarannya.
"Wow, but when? So, the person is calling you now will be your husband? Can i see the picture of your fiance.."
"Can, but afterthat okay. I need to answer this call first"..
Anne mengangguk lalu melabuhkan punggung di katil dan menyambung kembali bermain game.
"Hello, Assalamualaikum awak".. Amna menegur
"Waalaikummussalam, siapa tadi?"..Soal Ashraf
"Kawan kolej saya, Anne nama dia..Sorry lah, saya baru sampai tadi terus je mandi. Ada apa call saya"..Soal Amna sambil duduk di meja solek.
"Oh, okay takpe ..Nanti jangan lupa share location awak"..
"Kenapa nak location saya?"..
"Saja"..
"Awak ni kan. Kalau tak buat saya geram memang tak sah kan!..Jawab tu biarlah penuh..Ini tak! Sepatah je kan!"..Amna meluahkan rasa tak puas hatinya.
Ashraf menahan ketawa. Wanita ini tak pernah berlakon atau berpura-pura dengannya. Dia suka melihat wanita ini menjadi diri sendiri.
"Nanti saya sampai"..
Amna yang masih tak puas hati terus terkaku. 'Aku tak salah dengar kan?'..
"Apa maksud awak?"
"Tak faham?"..Soal Ashraf sengaja
"Awak ni..Cakaplah betul-betul"..Sekali lagi Amna ingin memuntahkan rasa tak puas hatinya..
"Nanti saya fly ke sana"..
"Buat apa?".. Soal Amna blur..'Buat apa datang sini?'.
"Ada hal"..
"Hmm, yelah..Suka hati awaklah"..
"Okay, go take a rest. Jangan lupa share location awak"..
"Ye Tuan Pengarah".. Jawab Amna dengan nada malas.
"Okay bye, i miss you..Assalamualaikum".. kata Ashraf dengan laju lalu button off ditekan. Tup!
Amna yang mendengar terus berasa terkaku. Jantung berdebar.
Dia menatap telefonnya, apabila satu chat dari whatsapp masuk.
'Jangan lupa share location' - My Tunang
Amna terus menghantar location lalu telefon diletak diatas meja solek. Rasa mengantuk datang menyapa.
"Anne, i want to sleep for a while."
Anne menoleh lalu mengangguk kepala. "Okay dear"..
Pejam celik pejam celik, Hari yang ditunggu telah tiba..Amna dan Anne sudah siap dan mereka kini berada di lobi menunggu Abang Syamil dan Akak Intan kerana anak buahnya membuang air besar.
"Sorry late".. Kata Abang Syamil dan Akak Intan.
"Takpe abang".. Jawab Amna dan Anne mengangguk laju. Anak buahnya itu suka dengan Anne kerana wajahnya yang putih dan cantik.
Mereka bergerak ke kereta sewa dan bergerak ke Kolej mereka untuk sambutan Hari Konvokesyen.
Amna yang memakai baju kebaya sulam berwarna nude dengan tudung senada menampakkan seri wajah seperti pengantin walaupun simple. Anne pula memakai baju dress labuh bunga.
Amna berasa berdebar dan dalam masa yang sama di bersyukur kerana dapat menempuh onak duri semasa belajar di luar negara. Amna termenung melihat suasana yang damai diluar sepanjang perjalanan. Anne pula sibuk melayan anak buahnya yang banyak kerenah itu.
"Adik okay?".. Tegur Akak Intan
Amna tersedar. "Amna okay"..
"Kenapa termenung?"..
"Nervous".. Jawab Amna sambil tersengih..
Sampai sahaja di Universitinya. Kelihatan ramai pengunjung dan pelajar yang datang. Amna dan Anne pergi ke meja atur majlis untuk melihat no. kerusi masing-masing. Dan tidak lupa juga rakan baik mereka Michelle.
"Hello guys! Wow, so beautiful Amna".. Puji Michelle..
"Thankyou Michelle, you look so handsome today".. Kata Amna sambil tersenyum. Anne juga mengangguk tanda setuju. Wajah cerah milik Michelle berubah merah apabila Amna memuji kerana Amna merupakan salah satu wanita yang disukai.
Dalam keramaian orang, kelihatan sebuah kereta masuk dan lelaki bertuxedo berwarna biru gelap turun dari kereta tersebut. Kaki dibawa menuju ke dewan dan lelaki tersebut duduk di kerusi untuk menyaksikan majlis berlangsung.
Senyuman tak pernah lekang apabila matanya tertumpu kepada satu susuk tubuh wanita yang sangat elegant dan cantik dimatanya. Apabila nama wanita itu disebut, tangannya ditepuk bersama pengunjung lain.
Amna bergerak ke pentas dan berjalan dengan nervous sambil tersenyum manis apabila menerima scroll.
Majlis sangat meriah sehingga bersurai. Amna berkumpul dengan rakan-rakan serta Abang Syamil dan Akak Intan. Mereka bergambar dengan riang dan sambil diringi dengan gelak ketawa. Amna menerima banyak bouquet bunga dan tidak terkecuali Michelle. Lelaki itu turut memberi Amna bouquet bunga.
"So sweet, Thanks Michelle".. Kata Amna sambil menyambut huluran bunga itu. Anne pula sibuk bersembang dengan Abang Syamil dan Akak Intan. Kedua wajah mereka sangat bercahaya dan gembira apabila melihat suasana kemeriahan hari konvokesyen itu buat pertama kali di luar negara.
Tiba- tiba, dalam mereka bersuka ria, ada seorang lelaki datang mencari Amna.
"Excuse me, who is Amna? Someone want to meet her?".. Tegur lelaki tersebut dikelompok mereka. Amna menoleh apabila namanya disebut.
"Im Amna, may i know who want to meet me sir?"..Soal Amna.
"I don't know but he tell me to find you. He said that he want to meet you at ..."
"Okay, but wait".. Jawab Amna pelik lalu dia bergerak ke Abang Syamil dan Akak Intan untuk meminta kebenaran untuk berlalu sebentar.
Dalam berdebar Amna mengikuti lelaki tersebut sehingga ke satu tempat yang dipenuhi bunga seperti taman dan suasana sunyi sepi.
Dalam Amna leka melihat suasana taman yang berada di Universitinya itu, tiba-tiba kelibat lelaki itu hilang.
Amna berpusing dan berjalan mencari lelaki tersebut. Dalam hatinya banyak berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku kepadanya.
Dengan payah, Amna berjalan mencari lelaki itu dengan baju jubah konvo itu.
Tiba-tiba, Amna berasa seperti ada seseorang berada di belakangnya. Dan Amna terkaku sebentar sambil memejam mata. Rasa takut mula menguasai diri dan dia juga pelik mana perginya keberanian yang ada.
Dan bahunya ditepuk dari belakang,
Amna terkejut lalu dia memusingkan tubuhnya dengan perlahan. Lelaki itu menyimpan senyuman apabila melihat wanita itu berada di dalam ketakutan.
"Open your eyes".. Tegur lelaki itu. Apabila melihat Amna memejam mata.
Amna berkerut-kerut apabila mendengar suara lelaki itu. Macam biasa dia dengar. Dengan perlahan matanya dibuka. Terus bertukar wajah muka Amna dari takut kepada terkejut dan blur apabila melihat senyum manis yang tidak pernah dia lihat dari wajah lelaki itu.
'Nasib baik belum berkahwin, terasa nak peluk kuat-kuat melihat wajah comel wanita itu'.
"Hye".. Tegur lelaki itu.
Amna masih terdiam. Dia tak sangka lelaki itu akan datang dihari yang sangat bahagia baginya.
"Kenapa?" Soal lelaki itu apabila melihat wanita itu merenungnya dari atas ke bawah.
"Awak buat apa dekat sini?" Soal Amna.
"Saja nak celebrate your convocation days with you"..
"Semata-mata?"..
Lelaki itu mengangguk laju dengan senyuman.
"Awak buat saya takut!" ..kata Amna sambil mengacah penumbuk di hadapan lelaki itu.
"Hehe, sorry dear..i just want to surprise you"..Jawab lelaki itu sambil tersengih..
"Kenapa ajak jumpa sini? Boleh je kan datang jumpa dengan saya dekat sana?"..
"Saja nak berdating dengan awak dekat sini, salah ke?"..
Amna berasa geram. "Jom ikut saya ke sana"..
"Sekejap".. Baru sahaja Amna ingin melangkah, lelaki itu menahannya.
"Nah! hadiah untuk awak..Happy gradution days my lovely fiance"..Bouquet bunga ros diberi kepada Amna.
Hati Amna kembang setaman melihat bunga ros hidup yang segar itu. Riak wajahnya tak dapat dikawal. Memang dia suka orang bagi hadiah kepadanya.
"Terima kasih"
Ashraf mengangguk kepala.
"Dah jom jumpa abang saya dulu"..
Dan sekali lagi, Ashraf menahan Amna dari berlalu.
"Kenapa?"..
"Sebelum kita pergi, jom jumpa keluarga saya dulu"..
"Awak datang dengan keluarga awak?".. Amna terkejut. Ashraf mengangguk. Mereka beriringan berjalan ke kereta.
Terbuka sahaja pintu automatik itu, kelihatan ibu Ashraf tersenyum dan menjerit sambil memeluk Amna. Wajah keriangan terserlah di wajah itu.
"Ya Allah, cantiknya bakal menantu ibu..Bertuahnya ibu"..Puji Ibu Ashraf.
"Congrats Amna, this is for you".. Kata Ayah Ashraf
"Terima kasih ibu, ayah"..Kata Amna sambil mengelap air mata .Dia sungguh terharu dan tiba-tiba berasa sebak apabila bakal mertua sanggup datang untuk meraikan majlis konvonya bersama. Hatinya tiba-tiba rindu arwah ibu dan bapanya..
"Lah, jangan lah sedih-sedih. Ibu kan ada. Come"..Sekali lagi mereka berpelukan.
Ashraf hanya memerhati sambil tersenyum. Alangkah indah jika dia dapat menenangkan wanita kesayangan yang manja itu. Hatinya tiba-tiba ingin menghalalkan wanita itu dengan cepat. Tetapi, adakah wanita itu bersetuju?.
Happy reading..Sorry sebab lama sangat menyepi..Im sorry..
Share this novel