Bab 15

Romance Series 24827

Pagi itu Amna bangun seperti biasa dan membuat bekal makanan yang terakhir buat majikannya itu, En .Ashraf..

Namun, sebelum gerak ke tempat kerja dia berasa tak sedap hati..Amna bertambah risau kerana 'instinct' nya kuat. Risau jika benda tak elok berlaku..

Amna cuba bertenang dan cuba untuk menolak rasa itu. Kerana harini dia perlu bersedih kerana hari ini merupakan hari terakhir dia bekerja..Kereta dipandu berhemah sehingga ke tempat kerja. Harini dia sampai awal lalu meletakkan bekal makanan di meja majikannya. Harini dia akan mengemas bilik Akak Intan yang berhadapan dengan bilik bossnya itu. Mungkin sudah berhabuk sebab cleaner hanya akan membersihkan dua atau tiga kali seminggu memandangkan bilik itu tidak berpenghuni sejak tiga bulan lepas.

Amna bergerak membuka pintu bilik Akak Intan berniat untuk mengemas bagi memudahkan Akak Intan masuk nanti. Pintu di buka luas lalu bergerak ke bilik stor dihujung untuk mencari penyapu bersama kain buruk.

Dalam dia leka mengemas. Tiba-tiba ada suara menegur.
"Amboi dia, rajinnya. Dah lah hari terakhir dia harini. Rajin pulak dia harini"..Usik Akak Ika sambil melangkah masuk.

"Eh Akak? Dah lama sampai ke?"

"Takdelah, baru je..Buat apa tu?"

"Amna tengah kemas-kemas sikit bilik ni. Nanti senang Akak Intan masuk tak perlu kemas dah"

"Alahai untung lah dia dapat adik ipar rajin macam Amna tau! Lagi beruntung siapa dapat Amna tau!. Nasib baik adik lelaki Akak dah berkahwin kalau tak Akak 'kenen' kan korang berdua tau!"..Usik Akak Ika.

"Ada-ada je Akak ni tau!. Nanti kalau boss dah datang bagitahu tau. Takut Amna tak perasan"

"Baiklah Amna ku sayang!"..

Amna menjeling manja dekat Akak Ika..Akak Ika yang sudah melabuhkan punggung di kerusi itu memerhati gelagat Amna.

Dalam beberapa minit, Akak Ika terkejut apabila bossnya berdiri di depan pintu yang berdepan dengan bilik itu. Sah! boss dah masuk kerja..

"Amna, boss dah masuk tu"

Amna mengelap peluh lalu berpaling.

"Okay kak, thankyou. Amna pergi jumpa dia kejap. kejap lagi sambung balik".. Kata Amna lalu menegak kan badannya.

"Okay, Akak pergi buat kerja dulu okay.. Lunch sekali okay! Harini Akak belanja"

"Yeahh, bestnya orang belanjaa"..Amna teruja

"Eh, malam tadi pun orang belanja kita semua jugak tau. Amna je taktahu"

Amna terkejut. "Siapa Akak?"

"Biarlah rahsiaa..Ewahh..Okay, akak gerak dulu..byee"..Jawab Akak Ika lalu bergerak keluar..

Amna tanpa banyak soal bergerak masuk ke bilik bossnya..Baru sahaja tombol pintu ingin menutup pintu.

"Pergi mana?"

"Pergi jogging boss". Sakat Amna sambil tersengih..

Ashraf mengangkat kepala ketika mendengar jawapan dari Amna. Keningnya terjongket melihat Amna yang berdiri dipintu sambil tersengih. 'Amboi, mentang-mentang harini last day dia bekerja. Pandai menjawab eh budak ni'

Renungan mata dari bossnya membuatkan Amna tersengih.
"Saya kemas bilik Akak Intan tadi tapi tak siap lagi sebab boss dah masuk kerja"

Ashraf mengangguk faham.

"Boss nak makan? Saya hidangkan dulu lepastu baru saya sambung kemas".

Ashraf mengangguk kali kedua.

Amna tanpa banyak soal terus bergerak menjalankan tugas itu. Sebelum Amna bergerak mahu kembali kemas , bossnya menegur..

"Biar je pintu tu terbuka"

"Erk? Nanti aircond keluar lah boss kalau pintu terbuka".

Ashraf mengangkat kening. "Any problem?"

Amna tanpa membantah membiarkan sahaja pintu bilik bossnya terbuka seperti bilik di depan itu.. Amna kembali tekun mengemas.

Tiba-tiba jatuh gambar di lantai ketika menyusun fail. Tangan mencapai gambar tersebut lalu melihat gambar 'couple' abang dan Akak Intan..'So sweet' ..Benar! Abang dan Akak Intan berkenalan semasa di zaman Universiti. Amna terbalik kan gambar lalu ketawanya kedengaran ketika membaca ayat puitis tersebut.

'Kau umpama matahari yang sentiasa memberi aku cahaya apabila aku dalam kegelapan,

'Kau umpama pelangi nan indah apabila turunnya hujan'

'Kau yang kunantikan dan selalu rindu kan. Semoga jodoh kita berkekalan'

"From: Your.lover, Mr. Syamil

Amna ketawa. Dia tak sangka Abangnya sweet macam tu sekali untuk pikat Akak Intan. Tiba-tiba otaknya datang idea untuk menyakat Abangnya..' Siap kau bang!'..

Amna bergerak keluar dan masuk ke bilik bossnya untuk mencari telefonnya. Muka Amna yang tersengih dan ceria pagi itu menarik minat Ashraf untuk menatap.

Selepas telefon menangkap gambar ayat puitis Abangnya. Amna kembali ke bilik Akak Intan. Lalu, dia simpan di laci disebalik buku nota harian Akak Intan. Amna tergeleng-geleng lantas ketawa kecil apabila teringat kata-kata puitis Abangnya..

Setelah berkemas, Amna bergerak ke pantri untuk minum untuk sejukkan tekak. 'Huh, Lega'

Tanpa lengah, Amna masuk ke dalam bilik lalu berehat di kerusi. Sebenarnya, tugasnya sudah tiada jadi dia takde kerja untuk di buat. Meja pun sudah di kemas hanya tinggal untuk dibawa pulang beberapa barang sahaja.

Amna menoleh melihat bossnya yang sangat fokus. Dia mula bosan. itulah Amna, tak suka duduk diam..

"Boss" .panggil Amna perlahan. Takut mengganggu

"Yup?"

"Boss, ada apa-apa yang nak saya tolong ke? Saya bosan takde kerja nak buat"

Ashraf mengangkat kening. Otaknya ligat untuk menjawab pertanyaan itu.

" Nak kerja?"

Amna mengangguk laju sambil tersengih.

"Awak duduk sini, susun kertas ni masuk dalam fail yang betul ikut turutan"

Amna segera bangun lalu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan bossnya.

Ketika menyusun fail itu. Amna terlihat kertas atau dokumen pengenalan diri bossnya dan gambar. Dia perasan bilangan adik beradik bossnya. '2?'.. Bukan boss anak tunggal ke?

"Boss ada adik eh?"

Ashraf yang leka menatap PC itu beralih ke arah Amna..

"Yup, adik kembar"

"Oh, boss ada kembar!.saya fikir boss anak tunggal. Rupanya ada adik kembar. Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan".. Ashraf melayan saja bicara Amna. Hilang kekoknya ketika membuat kerja apabila Amna berada dekat.

"Oh, wah, kiranya sepasang lah ni?"

Ashrah mengangguk sambil membuat kerja.

"Mesti cantik kan dia? Yelah, muka aunty pun awet muda, cantik je walaupun umur meningkat. Jealous saya..Hehe.. Tapikan, saya tak pernah pun jumpa adik boss ni. Dia belajar atau bekerja dekat tempat lain?"

"Dia dah meninggal dunia"

Amna terkejut lalu dia mula berasa serba salah.

"Oh, sorry boss.."

"Takpe"

"Adik boss meninggal umur berapa dan sebab apa?"

"Arisya Kirana nama dia, meninggal waktu umur 6 tahun sebab demam panas, teruk sampai kena sawan dan masuk icu. Selang dua hari, dia meninggal dunia dekat hospital".. Ashraf bercerita dengan tenang.

Amna terdiam dan turut bersimpati mendengar kisah dari bossnya itu.

"So, sejak dari itu boss jadi pendiam. Betul?"

Ashraf mengangguk kepala. Ya! sejak adik kembarnya pergi, tiada lagi gelak tawa darinya. Dan dia juga berubah sikap jadi pendiam sehingga ibunya risau.

"Jadi, orang dalam office ni semua tahulah ye boss ada adik kembar?"

Ashraf mengeleng.

"Saya tak suka buka hal peribadi dekat office. Hanya Akak Intan dan Akak Ika sahaja tahu memandangkan mereka dah lama bekerja dekat sini. Jadi, semua menganggap saya anak tunggal"

Amna mengangguk faham lalu dia membaca lagi biodata bossnya lagi. Itu peluang dia untuk mengetahui peribadi bossnya.

Ashraf menoleh melihat Amna yang leka membaca kertas biodatanya. Memang Amna suka meneliti orang sehingga dia puas, jadi dia biarkan sahaja. Jangan tanya kenapa! Buat- buat tahu jelah!

"Best ye baca fail peribadi saya?"

Amna tersengih tanpa menoleh.

"Wah boss ada PHD lah! Terbaiklah boss". Kata Amna teruja.

Ashraf hanya mengangkat bahu sambil tersenyum nipis.

"Kiranya boss ni orang cerdik pandai lah kan. Sebab dah ada Phd. Saya taktahu pula boss ni bijak orangnya"..

Ashraf menjongket kening sebelah. Amna ketawa perlahan.

"Kenapa ketawa?"

"Saya teringat yang saya tegur boss pasal dokumen syarikat boss. Nampaknya saya silap tegur orang"

"Tak pe. Dari situ awak belajar"

"Hehe, yelah. Tapi macam tak sesuai. Saya minta maaf lah kalau ada buat boss terasa hati selama saya bekerja disini."

Ashraf mengangguk kepala. Suasana kembali sunyi.

"Bila start kerja baru?" Soal Ashraf.

"Hmm, next week"

"Oh faham, good luck dekat tempat baru"

"Thankyou boss".. Jawab Amna sambil tersengih. Ada rasa berat hati untuk berlalu pergi.

"Dah buka tengok hadiah?"

Amna mengeleng. "Tak sempat boss, semalam balik saya terus mengantok gila sebab kenyang sangat. Terima kasih sebab boss sudi luangkan masa dengan kitaorang semalam. saya terkejut jugak boss ada semalam"..

"Kenapa terkejut?"

"Yela, saya tak sangka pula boss ada dekat situ. Yelah, semalam tu semua perempuan. Tiba-tiba boss ada dekat situ. Pelik tau, saya fikirkan boss tak ada sebab segan ke apa, eh tup tup ada dekat situ" ..Amna berkata sambil ketawa

"So, awak nak kata saya ni geng pondan lah ye?"

Amna tak senang duduk. "Eh, hahaa, tak-tak..Kesitu pula boss ni.. Btw, thankyou bagi hadiah dekat saya. Nanti free saya buka tengok sekali dengan hadiah yang lain".

Ashraf mengangguk kepala lalu kembali fokus dengan kerjanya manakala Amna menyusun semua fail dengan betul. Malas banyak tanya, nanti kata dia busybody' pula

Diam tak diam, masa bergerak begitu pantas. Petang sudah menjelma. Selepas sesi air mata dan lambaian terakhir. Amna bergerak ke kereta bersama beberapa kotak yang berisi barangnya.

Dia masuk ke dalam kereta dan kereta dipandu perlahan meninggalkan tempat yang banyak kenangan itu. Ketika sampai di trafik light merah, Amna mencari keberadaan buku nota kecilnya di dalam beg tangan.

'Eh? takda? Mana pergi?'..

Pin pin...Bunyi hon. Amna kelam kabut lalu kereta dipandu ke tepi jalan mencari buku nota itu. Lantas, dia keluar dan membuka 'boot' belakang untuk mencari buku itu. 'Alah! Janganlah tertinggal pula! Hmm'

Amna masuk dalam kereta lalu berfikir. 'Nak pergi ambil ke tak? Haih! Kalau tak ambil nanti, confirm boss ambil nanti lepastu baca. Uih, mana boleh! Dalam tu ada sesuatu. Nanti boss baca apa jadii!! Arghh, kena patah balik ni!!' ..Amna dengan pantas membuat U-turn dan bergerak ke tempat kerja lamanya.

Dalam beberapa minit, kelihatan tempat parking di situ sudah kosong. Tiada kereta. Hanya tinggal dua atau tiga buah sahaja.

Ketika Amna ingin membuka tali pinggang. Matanya tertacap dengan van putih yang baru sahaja masuk dan berhenti berhampiran dengan pintu. Amna mula rasa berdebar dan tak sedap hati lalu dia merendahkan seatnya dan mula mengintip pergerakan van itu.

Kelihatan empat orang lelaki di dalam van memakai baju dan mask berwarna hitam. Dalam sekelip mata, Amna ternampak kelibat bossnya yang baru keluar dari pintu dan kejadian menculik berlaku didepan matanya. Kelihatan bossnya ditekup dengan sesuatu sehingga lemah.

'Boss!'.. Amna terkejut apabila bossnya telah dibawa lari oleh van tersebut. Tanpa rasa takut. Amna memandu dan mengekori van tersebut selang beberapa buah kereta. Amna hanya ikut tanpa dia tahu jalan yang dilaluinya itu.

Malam menjelma dan Amna masih mengekori dengan perlahan sehinggalah melihat van dipandu memasuki jalan bersemak samun. Amna turut memberanikan diri lalu dia ternampak van tersebut berhenti di hadapan satu pondok. Amna memakir kereta didalam semak dan enjin kereta dimatikan supaya kewujudannya tidak diketahui oleh mereka.

Amna baru tersedar bahawa dia kini berada di hutan dan dikawasan yang tidak diketahui. Hal itu, sedikit sebanyak membuat Amna berasa gentar tetapi langsung tidak melunturkan semangatnya untuk menyelamatkan bossnya. 'Ya Allah, kau lindungilah aku. Kau mudahkanlah urusan aku untuk menyelamatkan boss aku. amin'

Dalam setengah jam, Amna melihat van putih tersebut berlalu pergi. Amna memberanikan diri untuk keluar. Nasibnya baik harini kerana dia memakai baju dan seluar palazo yang memudahkannya bergerak.

Sampai sahaja dipondok itu, Amna melihat sekeliling memastikan tiada orang yang berada di situ.Pondok kayu itu berlampu menandakan bossnya berada di dalam.

Dengan berhati-hati, Amna memanjat tangga lalu membuka pintu dan dia terkejut melihat keadaan bossnya! Terjerit kecil dibuatnya.

"Boss!"..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience