Bab 17

Romance Series 24830

Amna termenung di jendela biliknya. Suasana rumah sudah sunyi sepi kerana orang di dalam rumah itu sudah tidur. Dia teringat kembali perbualan bersama bossnya ketika mereka ditinggalkan oleh pakteh dan Abang Syamil. Dia taktahu ingin berasa apa. Segala kejadian tidak dingini selalu berlaku didepan matanya dan kejadian itu pasti bossnya yang akan menjadi mangsa. 'Apa sebab semua ni terjadi. Ya Allah!'.. Amna buntu..

Begitu juga Ashraf yang berada dibilik sebelah. Dia juga sedang menghirup suasana malam yang sepoi-sepoi bahasa. Kadang-kadang sejuk yang boleh memberi ketenangan kepada jiwanya. Dia masih lagi tidak tahu apa perancangan Tuhan terhadap dirinya. Dia juga buntu. Mengapa setiap kali dia ditimpa musibah, pasti wanita itu yang akan menjadi penyelamat. Teringat kembali perbualan mereka tadi. Dia dengan sikap pendiam tidak banyak bersuara ketika Amna menyoal mengenai kisah yang terjadi. Dan dia juga terkejut apabila mengetahui wanita itu yang memapahnya sehingga membuatkan luka di kaki kirinya..

FLASHBACK

"Er, boss saya nak cakap sikit".. Amna mulakan perbualan mereka.

Ashraf diam memberi ruang untuk Amna bercakap. Matanya hanya melihat kaki kiri yang masih bengkak yang menyukarkan dia berdiri dengan betul.

Amna juga turut memandang ke arah kaki lelaki itu. Nak taknak dia perlu berterus-terang kalau tidak dia tak boleh tidur malam.

"Pasal kaki kiri boss tu.. Hmm, sa..saya minta maaf"

Ashraf menjongket kening memandang wajah Amna. Amna pula tak berani melawan pandangan bossnya. Matanya pula tertumpu pada kaki kiri lelaki yang sudah berbalut olehnya.

"Err, malam tu. Waktu saya datang selamatkan boss. Dekat separuh jalan. Boss dah pengsan. Dalam kelam kabut saya papah boss, tiba-tiba boss jatuh dan kaki boss luka sebab batang pokok besar yang menghalang laluan. Saya tak perasan ada batang pokok besar yang dah tumbang dekat depan. Saya sempat tahan diri saya guna lengan saya"..

Ye, lengannya juga turut luka. Dia sedar apabila semalam sebelum mandi lengannya kelihatan lebam dan ada kesan cakar. Dia tak berani untuk tunjuk kepada Abangnya. Hal itu akan mengundang kemarahan Abangnya. Dia terus menyapu minyak gamat yang terdapat di dalam bilik.

Ashraf terdiam. 'Jadi, itu kisahnya?'. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Lalu dia bertanya perlahan.

"Kenapa awak selalu datang selamatkan saya?".

Amna terkedu dan persoalan itu sangat susah untuk dijawab. Kerana semua benda yang berlaku itu tidak dijangka dan bukan juga pintanya.

Amna mengeleng kepala. "Saya taktahu".

Ashraf mengangguk kepala perlahan. 'Jadi, tolong sebab ehsan sesama manusia?'. Persoalan itu hanya dipendam.

"Ada nak tanya lagi ke?"

Amna tersentak. Ashraf kelihatan sedang kelesuan dan ingin berehat.

"Hmm, takpelah. Esok jelah saya tanya. Boss berehat lah dulu. Dah malam".. Kata Amna lalu bangkit untuk berlalu.

Sebelum kaki melangkah beberapa tapak, Amna mendengar bossnya itu bersuara perlahan. Terus terjeda langkahnya.

"Selepas ni jangan masuk campur hal saya lagi"..

Tersirap darah Amna, terkedu. Dia taktahu apa perasaannya ketika itu. 'Sakit'.. Dadanya terasa seperti dicucuk dengan duri tajam. Dia sedaya upaya mengawal reaksi itu. Tanpa menjawab, Amna berlalu tanpa menoleh. Ashraf melihat kelibat Amna hilang terus mengeluh lemah. 'Ada sebab dia berkata begitu. One day, wanita itu akan tahu juga'

Sampai sahaja dibilik sebelah, Amna terus terduduk di atas katil sambil memegang dadanya yang terasa sesak. Seolah-olah kata-kata bossnya itu menusuk terus ke jantung. 'Sakit, sedih'..Itu perasaannya.

Lalu dia bangun membuka jendela untuk menghirup udara malam. 'Kenapa aku perlu rasa perasaan macam ni?. Kenapa sakit?'..

END FLASHBACK..

Setelah dua hari berehat dirumah keluarga itu, Ashraf meminta Syamil untuk membuat panggilan kepada ibunya. Harini dia perlu pulang, dia perlu buat sesuatu. Dan, reaksi ibu dan ayahnya juga terkejut mendengar perkhabaran darinya.

Ketika itu juga, Amna juga perlu pulang ke Kota Metropolitan itu semula bersama Abang dan Akak Iparnya tetapi memandu kereta masing-masing. Esok dia perlu mulakan kerja ditempat baru.

Disebabkan hal semalam, Amna langsung tak masuk ke bilik sebelah untuk menjenguk lelaki itu. Dia tahu lelaki itu juga mahu pulang dan dia mendengar perkhabaran dari Abangnya. Dia hanya mengikut dan hormat arahan lelaki itu supaya tidak masuk campur .

"Amna, dah siap berkemas ke belum. Lepas zohor kita gerak"

Amna mengangguk kepala sambil minum teh suam. Ketika itu mereka sedang bersarapan.

"Faizal, pergi hantar makanan dekat boss kakak kamu ni. Nanti tolong dia bersiap sekali. Katanya nak balik harini juga ye? Betul Syamil?". Kata Pakteh. Faizal pula menurut arahan lalu bangkit membantu setelah dia selesai makan.

"Betul Pakteh". Jawab Syamil.

"Balik dengan siapa?"

"Katanya mak ayah dia yang datang jemput".. Jawab Syamil sambil makan nasi goreng.

Masing-masing makan dengan tekun. Selesai makan, mereka berehat di ruang tamu bersama. Amna pula ingin keluar menghirup suasana pagi.

Ketika dia bangkit untuk keluar. Kelihatan Faizal keluar dan memanggil Akak Intan.

"Akak Intan, Abang tu panggil Akak kejap". Akak Intan mengangguk lalu meminta izin suaminya untuk pergi menjenguk. Dia tahu, pasti ada sesuatu En.Ashraf memanggilnya. Syamil pula mengangguk kepala kerana dia juga faham isterinya merupakan PA kepada lelaki itu. Jadi, tiada keraguan.

"Ye En. Ashraf?". Soal Akak Intan ketika mendekati lelaki yang duduk bersandar di kepala katil.

"Maaf kacau Akak Intan, saya nak bagitahu. Esok Akak dah start kerja kan?"

Akak Intan mengangguk kepala sambil tersenyum..

"Nanti Akak tolong 'cancel' semua meeting kalau ada, selama saya tak masuk office. Kalau ada orang cari, Akak bagitahu yang saya sedang 'outstation' ". Itu pinta Ashraf. Dia sedang merancang sesuatu. Dia juga bersyukur Amna sudah tidak bekerja disitu.

"Okay boleh, tapi berapa lama En, Ashraf tak masuk 'office'? "..

"Saya tak pasti, seminggu dua rasanya. Nanti apa-apa saya update ye".

"Okay baiklah En, Ashraf"..

"Terima kasih Kak Intan"..

Akak Intan mengangguk kepala lalu meminta diri untuk keluar. Ashraf memaling kepala melihat permandangan sawah padi yang sangat luas terbentang. Dalam dia leka termenung, dapat dia lihat susuk tubuh seorang wanita sedang meniti batas diantara kotak sawah. Suasana pagi itu masih lagi sejuk dan masih belum lagi panas.

Ashraf mula rasa serba salah dengan wanita itu. 'Jaga diri dekat tempat baru'.

Dia hanya memerhati dari jauh susuk tubuh wanita yang sedang duduk dibatas menghadap pokok padi yang sedang menguning dan masak. Tubuh itu juga terlindung dengan pokok padi. Dia berharap semua ini berlalu dengan cepat.

Hari bersilih ganti, pada hari pertama kerja, Amna terkejut melihat boss barunya. 'Tuan Syed'.. Dan lelaki itu pula hanya tersenyum sambil tersengih melihat reaksi Amna. 'Siapa tak kenal?! Kawan baik boss lamanya! Yang sebelum ini pernah bertemu di restoran mewah kepunyaan boss barunya kini'.

Teringat waktu pertama kali bertemu. Lelaki itu mengusiknya. "Janganlah buat muka terkejut. Saya lah boss baru awak tu".

Amna tersenyum malu. 'Nampak sangat ke muka terkejut aku?'.

"So, lepasni awak akan jadi PA saya. Duduk dulu Cik Amna"

Amna bergerak dan menarik kerusi dihadapan lelaki itu.

"Awak masih ingat lagikan saya? Kita pernah berjumpa bersama Ashraf dekat restoran Nasi Arab saya. I mean's restoran isteri saya..Hehe"..

Amna mengangguk kepala tanda dia ingat. Ketika lelaki itu menyebut nama boss lamanya itu. Terus sahaja dia teringat, sudah lama dia tidak mendengar khabar lelaki itu. Di rumah pula Akak Intan tidak bercerita mengenai lelaki itu. Adakah baik-baik sahaja boss lamanya itu?

"Hah! Mengelamun!". Sergah Tuan Syed.

Amna terkejut . "Er, sorry Tuan Syed"..

Lelaki itu ketawa kuat melihat Amna terkejut. Amna pula mula membandingkan lelaki itu. 'Berbeza betul perangai Tuan Syed dengan kawan baiknya itu'.

"Takpe saya faham. So, boleh kita terus ke agenda kita?"

Amna mengangguk kepala. Lantas, buku dibuka untuk mencatat segala info dari boss barunya itu.

"Memandangkan saya dah awak sebagai PA. So, memudahkan saya untuk buat kerja nanti. Actually, saya sebenarnya jarang sangat masuk office dan saya hanya akan masuk jika ada hal penting seperti meeting dan sebagainya. Sebabnya masa saya selalu habis membantu isteri saya dekat restoran dia".

Amna mengangguk kepala tanda faham.

"Setakat ni, awak rasa okay tak dengan 'environment' bekerja di tempat saya?"

"Alhamdulillah, setakat ni semua okay je Tuan Syed. Staff tuan pun semua baik-baik".. Jawab Amna sambil tersenyum

"Kalau okay takpelah, lega saya dengar. Kalau ada rasa tak okay, awak bagitahu je saya terus. Yelah, saya jarang datang office. Kadang-kadang pantau staff dari CCTV jelah"..

Amna mengangguk kepala..

"Nanti lunch ikut saya. Saya bawa awak pergi makan dekat restoran isteri saya"..

"Takpe ke?"

"Lah, apa yang takpenya? Awak sangat dialu-alukan sebab isteri saya nak berkenalan dengan PA baru saya ni. Dari first awak masuk , isteri saya kata nak berkenalan dengan awak..Nak taknak, awak kena ikut saya lepasni. Faham?".

"Faham Tuan"..Sampai situ sahaja perbualan mereka sebelum Amna bergerak keluar dari bilik itu menuju ke meja kerjanya di luar.

Masa berlalu dengan pantas, Amna tak perasan jam sudah masuk waktu makan tengahari.

"Amna, jom".. Tegur Tuan Syed ketika melintasi meja Amna.

Amna terkejut lalu mengangguk laju. Sempat matanya melirik jam dinding.

Mereka memandu kereta masing-masing memandangkan Tuan Syed tak akan masuk office selepas lunch. Masuk sahaja di restoran itu, Amna di sambut oleh wanita cantik dan manis kacukan Arab.

"Sayang!".. Tuan Syed terkejut melihat bidadarinya menyambut mereka di muka pintu.

Amna membalas senyuman isteri Tuan Syed sambil tunduk hormat. Bossnya sudah meluru laju dan memeluk pinggang isteri kesayangannya itu.

"Jemput masuk Amna.. Ini lah PA baru Abang" ..Ujar Tuan Syed.

"Amna, ini isteri saya. Sharifah NurKhalisa. Boleh panggil Akak Sherry pun boleh kak Nur pun boleh..Ikut suka". Usik Tuan Syed sambil tergelak. Isterinya pula hanya menjeling manja.

Amna tersenyum melihat kemesraan pasangan itu.

"Amna jangan layan perangai tak betul boss awak ni. Panggil Kak Nur je"..Balas wanita itu sambil menepuk lengan suaminya itu.

"Baiklah Kak Nur".

"Dah, Amna pergi duduk dulu dekat meja hujung tu. Akak sediakan makanan dekat dalam kejap ye"..

Amna mengangguk dan berlalu ke arah meja yang ditunjukkan.

"Abang, tunggu depan ni. Tetamu abang belum sampai lagi"..

Amna sempat mendengar perbualan pasangan itu. 'Ada tetamu ke?'. Tanpa banyak soal. Amna mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghilangkan bosan. Bossnya pula kelihatan berada di cashier menunggu tetamu.

"Ini air Amna. Amna tunggu dulu ye. Kita ada tetamu. Kejap lagi kita berkenalan ye".. Kata wanita itu sambil menghulur secawan air.

"Okay, terima kasih Kak Nur". Jawab Amna sambil tersenyum..

Baru sahaja Kak Nur berlalu. matanya kembali melirik telefon tetapi telinganya menangkap suara bossnya menegur seseorang.

"Hai bro, lambat lah kau ni. Lama tahu aku tunggu!"..

"Sorry lah. Kau tahu jelah waktu lunch macam ni. Jalan jammed"..Balas satu suara.

Amna yang mendengar suara itu terus terkaku. 'Dia ke?'

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience