Bab 21

Romance Series 24827

Amna mengetuk pintu bilik Tuan Syed.

"Masuk!"..Arah Tuan Syed. Wajahnya diangkat untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu.

"Oh Amna..yes?"..

"Maaf menganggu bos, saya nak hantar surat cuti. Saya dah apply dekat HR. Tapi mereka minta saya berjumpa dengan boss untuk pengesahan"..Kata Amna sambil menghulur surat permohonan itu..

Tuan Syed membuka surat cuti Amna.

"Amboi minta cuti 2 minggu..Pergi mana?".. Ujar Tuan Syed sambil tersenyum melihat Amna yang sudah tersengih..

"Hujung minggu ni saya terbang ke Jerman. Hari konvokesyen saya"..

"Oh yeke. Tahniah!. Kalau macam tu saya luluskan"..Jawab Tuan Syed sambil tandatangan surat tersebut.

"Terima kasih Tuan Syed".. Kata Amna sambil menyambut huluran surat daripada bossnya.

"Cantik cincin. Bertunang tak jemput saya pun".. Tegur Tuan Syed ketika melihat jari jemari Amna sudah tersarung 2 cincin..

Amna tersengih malu. "Er, saya buat kecil-kecil je Tuan. InsyaAllah nanti majlis saya jemput Tuan ye".. Jawab Amna.

Tuan Syed tergelak melihat wajah serba salah Amna. "Okay, baiklah. By the way, Congrats and happy graduation day! Nanti kirim salam dekat tunang awak tu. Bertunang senyap-senyap je eh"..

"Okay, insyaAllah nanti saya sampaikan. Terima kasih Tuan Syed. Saya minta diri dulu".. Kata Amna dan dia berlalu apabila melihat respon Tuan Syed membenarkan dia keluar.

Amna sangat memuji majikannya yang tak pernah lekang dengan senyuman. Dan sikapnya yang ramah membuatkan semua pekerja selesa untuk berjumpa dengannya.

Sampai sahaja di bahagian HR untuk menghantar surat cuti tersebut. Amna bergerak ke bilik kerja yang berhadapan dengan bilik bossnya.

Tangan mencapai telefon dan jari jemari menekan aplikasi Whatsapp untuk sampaikan salam dari boss kepada tunangnya. Sempat dia melihat last seen tunangnya. '5.00 am'..

Amna teruskan niat sambil jari jemari menekan keypad. Setelah menekan butang send. Amna kembali menyambung kerjanya. Dalam beberapa minit, telefonnya berdering menandakan panggilan masuk.

Kening Amna berkerut melihat nama si pemanggil. Dalam terpaksa dia menjawab.

"Hello Assalamualaikum".. Amna memulakan perbualan.

"Waalaikummussalam, Busy ke?".. Soal si pemanggil.

"Tak busy sangat. Kenapa?"..Soal Amna pelik. 'Pagi lagi dah call orang, apa tah dia nak'..Bisik hatinya.

"Oh, takde..saya baru baca Whatsapp awak. So, boss awak dah tahu lah kita dah bertunang?"..

"Aah betul..Kenapa?"..

"Takde apalah, nanti lunch saya datang ambil awak"..

"Eh, nak ke mana?" ..Soal Amna pelik.

"Adalah, nanti saya datang jemput. Awak tunggu di lobi nanti"..Jawab Ashraf selamba.

Amna buat muka menyampah. Dia malas berbalah pagi itu takut mood ke laut. Dia hanya turutkan saja. "Ye baiklah Tuan Pengarah".. Perli Amna..

Kedengaran ketawa perlahan di sebelah sana. "Apa awak panggil saya? Oh, kutuk saya eh"..

"Memang pun".. Jawab Amna laju.

"Okay takpe, saya simpan denda awak. Okaylah, saya ada meeting kejap lagi. Lunch jangan pandai-pandai nak lari..Nanti saya datang ambil.."

Amna menjuling mata ke atas.. Niat dia dapat dibaca oleh tunangnya tu. 'Huh! tahu-tahu je dia ni..Pakai apa tah sampai boleh baca hati orang..haih!'. Bebel Amna dalam hati.

"Ha, diam je tu. Tengah kutuk saya lah tu kan? Kutuk dalam hati"..Perli Ashraf

"Eh, mana ada. Kata tadi busy. Fikirkan dah tutup".. Jawab Amna laju..

"Okay nak tutup dah ni..Ok bye.."Jawab Ashraf namun dia tidak off lagi panggilan itu. Dia pun taktahu kenapa dia suka mendengar suara wanita itu. 'Rindu?'. Kali terakhir mereka berjumpa semasa majlis pertunangan. Setelah itu, masing-masing hanya menghantar chat ringkas dan pendek.

Amna yang masih tak perasan terus saja meletakkan telefonnya di tepi. Lalu, dia meneruskan kerja sambil menyanyi kecil mengikut rentak lagu yang dipasang di PCnya. Itulah sikapnya sebenar. Sejenis yang suka buat kerja sambil ditemani lagu untuk kurangkan tekanan kerja. Ketika dia bekerja sebelum ini, dia terpaksa tahan memandangkan bekas majikannya itu tak suka bunyi bising. Fokus! Teliti!..

Ashraf pula terhibur kerana pertama kali mendengar suara Amna menyanyi. Hatinya senang apabila mendengar suara ceria tu. Dia hanya membiarkan saja panggilan bersambung sehingga dia masuk ke meeting baru dia mematikan talian.

Jam menunjukkan sudah setengah jam rehat berlalu, Amna mengeluh kerana dia terpaksa menunggu tunangnya yang tak kunjung tiba. Sekarang dia duduk ditepi tembok laluan pintu di lobi dengan muka masam. 'Mana dia ni, boleh pulak dia sidai aku dekat sini. Ish, ni yang tak suka ni!'.. Omelnya dalam hati tak puas hati.

Baru sahaja dia ingin menghubungi lelaki itu. Satu kereta datang dan menekan hon sekali. Tahulah dia tunangnya sudah sampai. 'Bukan jauh pun. Macam ni ke bos? tak punctual langsung!'.. Kutuk Amna lagi dalam hati.

Amna bangun lalu melangkah masuk ke dalam kereta dengan muka masam. Ashraf pula hanya memandang wajah itu serba salah. Bukan dia sengaja untuk terlewat tetapi 'meeting' tadi habis lewat.

Suasana hanya sunyi sepi, sampai sahaja di restoran rakannya itu. Memang itu tujuannya. Dia ingin berjumpa dengan rakannya untuk memberitahu perihal mereka. Kesibukan kerja membuatkannya lupa untuk mengkhabarkan berita pertunangan mereka.

"Kita makan sini dulu".. Kata Ashraf perlahan sambil mematikan enjin.

Amna tanpa banyak soal keluar dan masuk mengikuti tunangnya masuk. Ikutkan hatinya dia malas melayan arahan lelaki itu tetapi memikirkan perutnya lapar terpaksa turut.

"Wah, tengok ada tetamu special datang lah dengan tunang dia".. Usik Syed ketika menyambut rakannya itu masuk. Mereka bersalaman lalu menuju ke meja hujung untuk keselesaan.

Setelah mereka order, Syed datang menyapa. "Kau bertunang tak bagitahu eh?..Tup tup tahu dah bertunang.".. Ujar Syed tak puas hati sambil memandang Ashraf.

"Sorrylah, aku busy sampai lupa nak update dekat kau..InsyaAllah majlis nanti aku jemput okay".. Jawab Ashraf..

Amna pula hanya diam. "Okay baik..Korang makanlah dulu. Aku gerak masuk dalam sekejap"..

Baru sahaja Syed ingin berlalu.. Ashraf memanggilnya..

"Eh, Syed..Aku petang ni nak pinjam sekejap PA kau..Boleh kan?"..Pinta Ashraf sambil tersengih.

Syed mengangkat kening. Tangan memeluk tubuh. Senyum senget dan nakal diberikan kepada rakannya.

"Oh nak keluar dating? ..Hmm, kalau aku tak benarkan macam mana?"..

Ashraf mengangkat kedua bahu. Amna pula masih macam tadi. Tiada respon.

"Okay takpe..Kali ni aku lepaskan. Harini awak halfday jelah Amna. Tunang awak tu tak puas lagi nak 'dating' nampaknya"..

Amna memandang kedua-dua wajah lagi tu bersilih ganti. "Betul ke Tuan Syed bagi saya halfday?"..

Syed mengangguk kepala. Ashraf pula sudah sengih macam kerang busuk. Syed menjeling rakannya itu dengan muka menyampah. 'Nasib kau kawan aku tau!'

"Kalau macam ni gayanya. Kahwin jelah cepat-cepat"..Sindir Syed sebelum berlalu.

Setelah mereka selesai makan, Ashraf memandu kereta menuju ke Mall. Amna masih lagi dengan rajuknya selagi lelaki itu tak menceritakan sebab kenapa lambat mengambilnya tadi.

Mereka berjalan beriringan dan masuk ke satu butik pakaian mewah. Mata Amna terpukau manakala Ashraf pula bergerak ke kaunter. Amna hanya memerhati sahaja mereka dari jauh sambil mata meliar melihat koleksi baju muslimah yang sangat cantik.

"Cik, boleh ikut saya.." Tegur pembantu butik sambil tersenyum.

"Ke mana?"..

"Saya nak ukur saiz badan Cik".. Jawab pembantu itu lagi. Amna pelik lalu menatap Ashraf yang sudah duduk di sofa sambil menatap telefon. 'Telefon, telefon, telefon jelah. Baik kahwin dengan telefon jelah! huh!'..Omel Amna dalam hati.

"Oh, sekejap ye..Saya jumpa tunang saya sekejap".. Kata Amna sambil mendekati Ashraf. Pembantu itu hanya mengangguk kepala.

"Awak?".. Panggil Amna

Ashraf mendongak sambil menjongketkan kening..

"Kita datang sini buat apa?"..

Ashraf menekan tutup telefon lalu berdiri dan memandang Amna sebelum menjawab.

"Beli baju untuk awak".. Jawapan itu membuatkan Amna makin geram.

"Baju untuk apa encik tunangku sayang..." Jawab Amna meleret geram sambil mata memerhati pembantu butik yang masih melihat drama mereka.

Ashraf sudah tersenyum senget kerana dia suka mendengar Amna berleter kerana tadi wanita itu menunjukkan protes kepadanya.

"Baju konvokesyen awak cik tunangku sayang.." Ajuk Ashraf selamba..

Amna menjeling tajam. "Tak perlu, nanti saya beli sendiri"..

"Rezeki jangan ditolak..Saya tahu awak sibuk sampai lupa nak beli..Sebab tu saya ajak awak keluar. Kalau tidak sampai kesudah awak lupa".. Sindir Ashraf..

Amna sudah menjengkelkan mata mendengar sindiran itu.

"Yelah, saya cuti kan lama. Saya taknak susahkan Tuan Syed nanti"..Balas Amna

"Dah, takperlu berdebat. Awak pergi je ikut pembantu tu untuk ukur badan. Lepastu, cari baju yang sesuai". Asrhaf mula memberi arahan. Dia tidak suka berdebat lagi-lagi dengan Amna.

Amna mendengus geram sebelum berlalu.

1 jam berlalu, akhirnya baju sudah dapat dan dibeli terus tanpa disewa. Semuanya atas tanggungan Ashraf.

Ketika mereka berjalan ingin berlalu. Amna seakan dapat mengecam satu susuk tubuh wanita yang sangat dikenali. 'Dia freehair?'..

Amna cuba mengikut langkah wanita itu dan cuba untuk menyapa agar dia dapat memastikan adakah wanita itu wanita yang dia kenali.

Ashraf yang sudah ke depan memusingkan badannya ke belakang apabila melihat Amna menukar arah.

"Cik Balqis?".. Tegur Amna apabila berada di hadapan dua orang wanita yang berpakaian cukup seksi padanya. Skrit pendek dan tshirt lengan pendek.

Balqis terkejut apabila seseorang menyapa mereka. Lagi bertambah terkejut apabila melihat gerangan yang menegurnya. 'Macam mana boleh terserempak ni?!'.. Jeritnya dalam hati.

"Err hai Cik Amna. Apa khabar..Kenalkan ni kawan saya, Fiona. Fiona ni kenalan saya Cik Amna"..

Mereka bersalaman sambil melemparkan senyuman. Dalam pada mereka leka bertegur sapa. Mata Balqis dapat mengecam satu susuk tubuh lelaki yang menghampiri mereka. Dengan pantas, Balqis mencelah dan meminta diri untuk berlalu.

"Er, Cik Amna. Nanti kita sembang lagi ye. Saya sebenarnya ada urusan lain lagi. Kalau ada rezeki kita boleh duduk bersembang lama kalau ada masa lapang. Kami minta diri dulu ye..Assalamualaikum".. Ujar Balqis kelam kabut sambil bersalaman. Setelah itu, mereka berlalu dengan cepat.

Ehem..

Amna terkejut lalu menoleh ke sisinya. Kelihatan Ashraf sudah berada di sisi sambil merenungnya. Amna buat muka selamba.

"Berbual dengan siapa?"..Soal Ashraf saja. Bukan dia tak tahu dengan siapa Amna berjumpa. Dia saja ingin mendengar suara itu bercakap.

"Jumpa kawan awak.. Cik Balqis".. Jawab Amna sebelum bergerak menuju ke pintu parking kereta. Ashraf pula hanya diam lalu berjalan beriringan dengan Amna sehingga mereka masuk ke dalam kereta.

Jauh di satu sudut, kelihatan dua pasang mata memerhati pasangan dua sejoli yang sudah bergerak pergi.

"Weh! Kau tengok..Ni semua kau punya pasal! Aku dah kata kan taknak ikut kau.. Tengok dah jadi apa"..Marah Balqis.

"Alah, rileks lah kau ni pun. Nanti jumpa dia kau tutuplah balik aurat tu".. Selamba Fiona berkata.

Fiona merupakan rakan baik Balqis yang menyewa sekali dan pekerjaannya adalah pelayan kelas atasan di klub malam. Sudah biasa hidup liar dan 'one night stand' merupakan perkara biasa baginya. Hanya golongan tertentu sahaja yang akan dapat layanan daripada Fiona. Balqis pula sudah terpengaruh dengan gaya hidup Fiona tetapi tidak mengikuti Fiona untuk ke klub malam. Hanya pakaian sudah berubah.

"Kau tahu kan. Aku nak tackle si lelaki tu.."

"Takpe, nanti aku tolong kau. Confirm dia tak tolak"..Jawab Fiona sambil tersengih jahat. Baginya, untuk menundukan lelaki sangatlah mudah.

Di dalam kereta, Amna menyoal tunangnya mengenai Cik Balqis.

"Awak tahu Cik Balqis free hair?"..

Ashraf mengangguk kepala sambil memandu. Mata Amna membulat.

"Sejak bila?"

"Lama dah"..

Terus terdiam Amna. 'Jadi, sebab tu ke dia tak jadikan Cik Balqis sebagai calon isteri?'.. Soalnya dalam hati. Otaknya ligat berfikir mengenai sebab kenapa wanita itu berubah.

"Jangan fikir bukan-bukan".. Tegur Ashraf.

"Ha? Apa dia?"..Amna terkejut mendengar sapaan dari tunangnya kerana dia leka berfikir.

"Saya anggap dia hanya sekadar kenalan saja. Tak pernah terniat nak jadikan sebagai calon isteri"..

Mata Amna membulat lalu menoleh memandang lelaki yang masih fokus dengan pemanduannya.

"Awak, saya nak tanya"..

"Hmm"..

"Jujur tau"..

Ashraf menoleh lalu menjongket kening sambil mengangguk kepala.

"Kenapa ye, awak kalau dengan saya..Awak lain sangat. Tapi, dengan orang lain. Awak lain".. Soal Amna.

Ashraf senyum nipis. Dia dapat mengagak kenapa wanita itu berasa begitu.

"Sebab suka dan selesa".

Perbualan mereka terhenti di situ. Amna hanya diam sepanjang jalan.

Namun, Amna pelik apabila lelaki itu menghantarnya terus ke rumah.

"Eh, awak.. Kenapa tak hantar saya dekat office..Saya nak amik kereta".Soal Amna ketika Ashraf memasuki jalan taman perumahannya.

"Esok pagi saya datang jemput"..

"Lah, kenapa nak susahkan diri awak datang jemput saya? Awak tahukan jauh rumah awak nak ke rumah saya ..Lepastu kena hantar saya ke office lagi".. Bebel Amna.

"Tak pe" . Itu sahaja respon Ashraf.

"Suka hati awaklah"..Amna seperti biasa akan mengalah. Dia taktahu kenapa apabila dengan lelaki itu dia akan sentiasa berasa kalah.

Sampai sahaja di rumah, kebetulan Akak Intan baru balik.

"Eh Amna? Encik Ashraf?"..

Amna hanya buat muka. Geram rasanya apabila lelaki itu berusaha untuk menyapa Akak iparnya. Kan dah kantoi!

"Dari mana? Dating ye..Untunglah Amna ada orang sayang"..Usik Akak Intan.

"Akakk.." Meleret saja suara Amna..Geram!

"Saya balik dulu. Esok saya datang jemput"..Ujar Ashraf sebelum berlalu masuk ke dalam kereta. Amna dan Akak Intan mengangguk lalu melihat kereta Ashraf berlalu sehingga hilang dari pandangan.

Baru mereka masuk..

"Beli apa je tu".. Soal Akak Intan.

"Boss akak tu. Belanja baju untuk konvokesyen..Katanya".. Jawab Amna sambil melabuhkan punggung di sofa. Begitu juga Akak Intan.

"Haa, aah lah..Akak pun tak prepare lagi baju.. Esok jelah akak kemas baju. Lusa nak berangkat dah kan?"..Jawab Akak Intan ceria. Itu merupakan trip pertamanya ke luar negara bersama suami dan anaknya.

Amna mengangguk. Dia bersandar di sofa sambil melelapkan mata.

Akak Intan berpusing menghadap Amna. Mula sesi membawang.

"Amna nak tahu tak?"..

"Taknak!".. Selamba Amna menjawab. Akak Intan menepuk peha Amna kerana berasa geram.

"Yelah, cerita jelah kak".. Jawab Amna sambil menoleh ke arah Akak Intan.

"Kalau Amna nak tahu. Semenjak Amna berhenti dari bekerja dekat syarikat En. Ashraf..Banyak perubahan berlaku"..

"Apa je yang berubah?'..

"Pertama sekali, Akak Intan bukan PA En. Ashraf lagi"..

Amna terkejut lalu menegakkan badan. "Habistu, Siapa PA dia? Akak kerja bahagian apa?"..

"Akak still ada dekat dalam pejabat tu. Tapi, akak sebagai admin..Apa-apa department mereka akan berurusan dengan akak dahulu sebelum berjumpa dengan En. Ashraf"..

"Lagi satu En. Ashraf kata , dia taknak susahkan Akak memandangkan Akak sudah berkeluarga. Amna pun tahu kan. Kerja PA ni macam mana. kita akan sibuk ke hulu ke hilir dengan majikan. Jadi, masa bekerja dan masa rehat tak menentu"..

"Jadi, En. Ashraf pindahkan akak. Dan, PA dia sekarang lelaki. Arman nama dia"..

Amna mengangguk kepala sambil mulut membentuk 'O'..Bagi Amna itu merupakan keputusan yang baik yang telah dilakukan oleh tunangnya.

"Lepastu kan, Akak pernah tanya En. Ashraf..kenapa dia cari PA lelaki. Sebab jarang nak jumpa lelaki jadi PA"..Akak Intan tergelak kecil sambil memandang Amna.

"Jadi apa dia jawab?".. Soal Amna..

"Jawapan dia ringkas je..Taknak tunang dia cemburu".. Akak Intan ketawa gembira apabila bercerita dengan Amna.

Amna pula menjuling mata ke atas. Tanda menyampah..

"Ceh, konon!..So, kerja akak macam mana? Makin ringan ke sama je penat?"..

"Alhamdulillah, penat tu biasa. Tapi, tak seberat jadi PA" . Jawab Akak Intan tersenyum..

"Mesti bestkan dapat majikan macam tu. Memahami".. Spontan Amna memuji tunangnya.

"Amna pun beruntung tau dapat tunang macam tu. Amna kena banyak bersyukur. Sebab tuhan datangkan jodoh yang terbaik untuk Amna. Akak pun tak sangka orang pendiam macam En. Ashraf tu boleh terpikat dengan Amna yang 'masuk air' ni"..

"Mana Amna tahu..Tup tup..Ajak tunang. Risau nanti, kahwin pun macam tu..Tahu-tahu je dah kahwin"..

"Okaylah tu, tunang ni dugaan dia besar Amna. Sebab tu orang tua-tua kata benda yang baik, lebih baik disegerakan. Untuk elakkan fitnah dan macam-macam"..Akak Intan memberi nasihat.

Amna hanya diam lalu menghadam segala peringatan itu. Dia perlu bersedia dari awal memandangkan tempoh bertunang mereka di ikat selama 6 bulan atas pilihannya sendiri. Atas sebab tertentu.

Happy reading! Maaf kalau ada typo. And sorry again if cerita ni nampak slow je sebab konfliknya akan datang dalam beberapa bab lagi. Jadi, maaf kalau agak hambar..huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience