Bab 8

Romance Series 24827

"Ashraf, bila kamu nak bagi ibu menantu?"..

Ashraf yang sedang bersarapan tersedak. Untuk pertama kalinya soalan itu meluncur keluar dari mulut ibunya.

"Kenapa kamu ni? ibu tanya je pun. Kenapa sampai tersedak?"..

"Yang, kamu pun tanya salah time lah. Time makan juga nak tanya pelik-pelik"..

"Eh, abang ni. Soalan saya tak pelik tau. Saya tanya bile anak kita nak bawak balik menantu. Salah ke?"..

Mula pendebatan antara sepasang suami isteri tu. Ashraf yang merasa suasana tak baik terus bersuara.

" InshaAllah kalau ada nanti, Ahsraf bawak balik menantu untuk ibu ye"..

Belum ibunya ingin membahas lebih lanjut. Ashraf telah bangun dari duduknya untuk beransur ke tempat kerja.

"Ashraf gerak dulu"..Ujarnya lalu bersalam dengan ibu bapanya sebelum bergerak ke kereta. Namun, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Dia dapat lihat ada sebuah kereta asing yang mengikutinya dari rumah.

'Awal korang buat kerja'..Bisik hatinya. Ashraf hanya memandu dengan wajah yang tenang.

Sampai sahaja ke tempat kerja, Ashraf melangkah masuk parking khas untuknya. Kereta hitam tersebut terus laju memandu dengan bunyi ekzos paip yang kuat. Bingit telinga orang.

Masuk sahaja ke dalam pejabatnya, meja pembantu peribadinya dikerling. Jam tangan di telek. Masih awal lagi baru 8. Kebiasaannya wanita itu akan sampai jam 8.30 kerana jam bekerja jam 9 pagi. Dia mengeluh, sudah dua hari wanita itu kurang berbual dengannya, bercakap hanya untuk hal kerja sahaja. Dan wanita itu juga banyak keluar lepak di luar pejabat jika kerjanya diselesai dengan cepat.

Tanpa membuang masa, Ashraf terus menjalankan kerja. Dalam setengah jam menunggu, akhirnya wanita yang ditunggu-tunggu telah sampai tetapi wajahnya pucat. Ashraf melihat wajah diam itu teragak-agak ingin bersuara memandangkan wanita itu masih merajuk dengannya.

Tak sampai beberapa minit Amna meletakkan beg tangannya, Kakinya laju melangkah keluar untuk mencari air suam untuk mengurangkan sakit.

"Eh, Amna? Kenapa ni? Okay ke?"..Soal Akak Ika sewaktu ingin bersarapan di pantri.

"Hehe, okay kak".. Jawab Amna sambil membancuh air milo 3 in 1.

"Kalau okay, kenapa pucat je muka tu? Tak sihat ke?".. Risau dibuatnya apabila melihat wajah cantik itu pucat..

"Hehe, takdelah, sikit je ni".. Jawab Amna sambil memegang pinggangnya.

"Eh, macam teruk je ni..Jom kita ke klinik..Risau akak!"..Akak Ika menerpa Amna sambil memegang lengan Amna.

"Eh, takpe kak..Kejap lagi okay lah ni"..

"Amna sakit apa?"..

"Err, Amna senggugut"..Jawab Amna berbisik.

"Oh, takkan lah sampai macam ni sekali teruknya? Memang macam ni ke?"..

"Aah kak, memang macam ni.. Tapi takdelah sampai dua tiga hari. Biasa hilang dalam setengah hari je..Kejap lagi okay lah ni lepas minum air suam dengan letak minyak"..

"Jom duduk"..Ajak Akak Ika. Amna hanya menurut.

"Amna dah makan?"..
Amna mengeleng. Dia tak fikir dah waktu makannya kerana rasa senggugut itu menolak seleranya.

"Minum je kak..Takde selera sebab perut buat hal kan..Nanti okay, baru boleh makan"..Jawab Amna sambil tersengih.. Matanya sudah mengerling jam dinding. Lantas, dia bangun dan meminta diri untuk masuk menyambung kerja.

"Boss, harini jadual boss tak busy. Cuma tengahari ni boss ada lunch meeting dengan Dato' Raymons dekat...."

Ashraf mengangguk kepala sambil menatap wajah wanita itu.

"Awak tak sihat ke?".. Akhirnya terpancul juga soalan itu.

Amna senyum nipis lalu mengeleng kepala sebelum mengundur diri ke tempat duduknya. Tangannya mencapai minyak angin lalu meminta izin ingin ke tandas.Risau bossnya mencari.

"Guna je tandas dekat dalam tu"..Kata Ashraf sambil memerhati langkah Amna. Amna yang mahu memulas tombol terus terjeda di pintu. Tanpa banyak soal, Amna bergerak menukar arah.

"Rehat dalam tu sekali"..Kali kedua arahan diberikan. Amna hanya berjalan tanpa memberi respon. Perutnya sudah tidak bagi kerjasama. Namun, dia dengar arahan bossnya itu.

Setelah masuk, Amna terus kunci bilik rehat lalu bergerak ke tandas, kemudian dia merebahkan badan di katil untuk tidur sebentar.

Dalam tekun Ashraf membuat kerja. Telefon bimbitnya berdering.

"Hello Ashraf, Saya ni Syamil"..Kata Abang Amna selepas memberi salam.

" Waalaikummussalam, Ye saya, Ada apa call?".. Soal Ashraff.

"Saya nak maklumkan yang saya baru sahaja dapat makluman dari pihak atasan yang akaun syarikat Ashraf baru sahaja membuat transaksi ke akaun lain dengan jumlah yang agak besar.. Adakah itu atas pengetahuan Ashraf?"..

Ashraf terkejut. Tangannya mengenggam erat . Urat hijau timbul. Amarahnya kian ditahan semakin menipis. Namun, dia masih rasional untuk bertenang.

"Oh, yeke? Boleh saya dapatkan details transaksi mengenai akaun tersebut. Nanti saya check dengan pihak kewangan"..

"Okay boleh, sebentar ye..Boleh saya minta email Ashraf. Nanti saya hantar dekat email selepas pegawai perkhidmatan kirim kepada saya"..

"Okay boleh.." Setelah memberi email tersebut. Ashraf bersandar ke kerusinya sambil memejam mata untuk bertenang.

'Kau dah melampau. Semakin aku diam, semakin menjadi-jadi'..

Selepas bertenang, matanya mengerling ke arah meja Amna. Wanita itu masih tiada di situ. Dia mengeluh perlahan kerana rajuk wanita itu kini lama. Hatinya tak keruan dan dia hanya berdoa supaya hati wanita itu cepat sejuk.

Amna terus terjaga apabila perutnya berbunyi. Jam tangan dilihat. 'Allah dah nak lunch! Lamanya aku tidur.' Namun, dia tersenyum kerana senggugutnya sudah baik. Moodnya pun sudah membaik. Sebelum keluar dia merapikan diri kelihatan kemas.

Kluk..

Ashraf menoleh ke kiri melihat Amna keluar dari bilik rehat itu. Amna bergerak keluar dengan selamba lalu duduk di kerusi kerjanya. Tangan mengeledah mencari makanan untuk dimakan. Nasibnya baik kerana ada biskut oat. Dengan pantas plastik biskut tersebut dikoyak dan tanpa menunggu terus sahaja biskut itu dikunyah dengan senyuman.

Ashraf dari tadi melihat kelakuan wanita itu. Amna berasa dirinya masih lagi diperhatikan lantas bertanya.

"Kenapa boss?"

"Dah okay ke?"

Amna mengangguk sekali sambil menayangkan deretan gigi putihnya itu.

"Lapar?"

Amna mengangguk lagi tanpa segan.

"Kalau macam tu, jom kita gerak ke tempat lunch meeting".. Kata Ashraf sambil mengemas segala fail.

"Eh, dah nak gerak ke? Bukan awal lagi ke?"..

"Takpe, gerak awal sikit pun okay, sebab masa-masa macam ni tentu jammed sebab orang keluar lunch"..

Amna hanya mengangguk faham lantas mengemas mejanya.

"Kita order dulu, pilih je nak makan apa"..Ujar Ashraf sambil mengeluarkan telefon pintarnya.

Dalam beberapa minit sahaja, makanan telah sampai dan Amna makan dengan penuh berselera tanpa toleh kiri kanan. Seakan lupa bossnya di depan sedang merenungnya.

"Tak makan pagi?"..

Amna mengeleng. Ashraf mengangguk faham. Lantas, memakan makanannya.

Setelah selesai makan, mereka menunggu klien di situ. Mata Amna meliar memandang kawasan restoran mewah itu. Namun, matanya seakan dapat menangkap satu susuk tubuh lelaki berhoodie berwarna hitam.. Hatinya berkata pelik..

Amna saja bergerak ke kiri sedikit untuk bersembunyi dengan tubuh bossnya didepan agar dapat melihat lelaki yang sedang menunduk. Ya! tepat, ketika itu dia dapat melihat lelaki yang memakai mask hitam sedang memang ke arah mereka.

"Kenapa?" Soal Ashraf pelik.

"Saya rasa macam ada orang intip kitalah boss".. Jawab Amna berbisik.

Baru Ashraf ingin menoleh. Tetapi di tegah oleh Amna..

"Ehh, boss jangan toleh belakang, kejap eh..saya acah-acah tangkap gambar boss kejap"..

Ashraf hanya diam. Amna pulak dengan senyuman acah-acah menangkap gambar bossnya sehingga menampakkan susuk tubuh lelaki yang tidak jauh di belakang bossnya.

"Nah, cuba boss tengok ni".. Kata Amna sambil zoom gambar. Ashraf hanya diam lalu meneliti gambar tersebut.

"Takpe, awak biarkan je..Just forward dekat saya. Incase jadi apa-apa boleh jadi bahan bukti".. Jawab Ashraf tenang.

Amna mengangguk tapi dalam hatinya masih lagi mahu menangkap lelaki itu. Hatinya kuat mengatakan bahawa ada seseorang yang dengki dengan bossnya.

"Boss, saya nak tanya"..

Ashraf mengangkat kening sebelah.

"Sebelum ni pernah ke ada orang pecah masuk dalam office boss?"..

Ashraf mengeleng.

"Boss rasa ada orang dengki dengan boss ke?".. Soal Amna lagi.

"Saya rasa awak ni boleh masuk pasukan risikan"..

"Alah boss ni, orang tanya je kan! Janganlah perli saya!"..Terus masam muka cantik itu . Ashraf pula hanya tahan tawanya.

"Dah lah, malas lah layan boss ni..Buat sakit hati je".. Gumam Amna perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh Ashraf. Bahu bossnya terangkat-angkat menandakan lelaki itu sedang mengetawakannya.

Selesai segala urusan, petang itu Amna pulang dengan Akak Ika. Baru sahaja kereta Akak Ika ingin bergerak keluar. Amna ternampak satu kelibat seorang lelaki disebalik tiang yang sedang berjalan keluar ke arah pintu.

Dan di arah pintu tersebut, dapat dia lihat bossnya yang leka memandang telefon sedang berjalan ke arah pintu keluar. 'Gawat ni!'..

"Akak -akak, berhenti tepi sekejap".. Kata Amna terkocoh-kocoh. Akak Ika dengan gelabah berhenti di tepi. Amna lantas mencabut seat belt lalu melangkah keluar. Dia semakin cemas kerana kelihatan lelaki tersebut sudah mendekat dengan bossnya dan dilihat di tangan lelaki itu ada sebilah pisau..

"Bosss!!.." Jerit Amna kuat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience