Bab 13

Romance Series 24827

"Berangan?".. Tegur Ashraf apabila berada di samping wanita itu yang masih leka..

"Oh bos kau meletop.."..Amna terkejut lalu melatah..Nasib baik dia tak melompat? Lalu tangan menekup mulut..

Terus terangkat kening Ashraf kerana pertama kali melihat wanita itu melatah..Ingin saja dia ketawa namun dikawal baik..

"Saya meletop?"

"Eh, bukan boss ..Haih, boss ni suka buat saya terkejut lah.."

"Dah habis berangan?"

"Mana ada saya berangan..Saya tengah fokus tengok design baju dia ni..Mana tahu dapat jadi inspirasi untuk majlis saya nanti"..Amna cakap sambil tersengih..'Ewah kau Amna, Gatal..Pakwe pun takde ..perasan lebih!' Gerutu Amna dalam hati..

"Dah ada calon?"..Ashraf melayan..

"Hehe, belum..tapi inshaAllah akan ada..Tengah tunggu 'dia' datang..Harap yang datang tu boleh terima saya apa adanya..hehe"

"Oh faham..Dah jom"..Ujar Ashraf sambil bergerak semula

"Kita nak kemana pula boss? Saya ada lagi kerja tak siap dekat office"..

"Ikut jelah"..

Sampai sahaja di kedai emas..Mata Amna bercahaya..Sudah lama dia tak cuci mata..Kelihatan bossnya pergi ke arah rantai berlian..

"Selamat datang, boleh saya bantu Encik?"..Kata pembantu kedai itu..

"Saya nak cari design baru untuk rantai leher"..

"Okay, Encik boleh ikut saya"..

Mereka berdua beriringan pergi ke bahagian rantai leher..Mata Amna meliar melihat barang kemas itu ..Harga pun boleh tahan..'Harga kayangan sangat ni, rm100k lebih..Harga dekat sebiji rumah"..Bisik hati Amna..

"Amna sini sekejap"..Panggil Ashraf apabila melihat wanita itu jauh darinya yang sedang melihat koleksi berlian yang lain..

"Yes boss?"..Ujar Amna lalu mendekat..

"Antara dua ni mana yang sesuai dan cantik?"..Soal Ashraf..Dia suka mendengar pendapat Amna..'Apa saja yang kau tak suka pasal dia Ashraf oi?'..

"Okay, pada pandangan saya..Dua-dua ni cantik..Yang kiri ni dia ada permata..Sesuai untuk hadiah kahwin..sebelah kanan ni hmm rasa sesuai untuk anniversary dan bunga dia cantik..Simple but nice..Tapi, boss nak belikan untuk siapa?"..Soal Amna

Ashraf mengangkat kening sebelum menjawab otaknya ligat memikirkan ayat..Ada sebab dia bertanya..Hanya dia saja yang tahu..

"Hmm, saya belikan untuk Ibu saya..Memandangkan anniversary mereka dah nak dekat .."

"Oh..yeke? Faham"..Amna mengangguk faham lalu otaknya juga bekerja untuk memikirkan hadiah yang sesuai dengan bajetnya..'Baju? Tudung? Barang Makeup? Confirm semua aunty dah ada..Yelah orang berduit kan?..Hmm, apa aku nak bagi?'..

"Cik, saya beli kedua-duanya sekali"..Kata Ashraf perlahan..Kelihatan Amna mula leka dengan berangan dia..Kepalanya digeleng..Harini pertama kali melihat wanita itu kuat berangan..

Pembantu kedai itu mengangguk kepala dan Ashraf menghulur kad creditnya..

"Hah! Berangan lagi?..Kuat berangan rupanya awak ni"..Sergah Ashraf kali kedua..

"Hah? Boss cakap apa?"..Amna tersedar..

"Budak kuat berangan!"..Ejek Ashraf sambil bangun apabila barang kemas sudah selesai dibalut yang selamat didalam beg kertas..

"Budak? ..Saya dah besar lah.." Jawab Amna sambil menjeling..

"Saya bukan berangan lah boss..Saya tengah berfikir"..

Ashraf mengangkat kening ..'Ada saja jawapan budak ni'..

"Berfikir masa depan?"..

Amna menjeling lalu dia bercakap terus..

"Boss ni kan..saya pelik lah sebab bukan main berpatah-patah kata kalau bercakap dengan saya..Dengan orang lain, dua tiga patah pun payah nak dengar..Saya musykil dengan boss ni tau"..Ujar Amna terus..

Ashraf terkedu sebentar lalu senyum senget..

"Suka hati sayalah"..

Amna menyampah lalu memasang wajah masam..'Aku juga yang terkena..Apa-apa jelah bos!'..

Pejam celik, pejam celik..

Tinggal satu minggu lebih sahaja lagi Amna akan berhenti kerja menjadi PA sementara boss nya itu..

Dan dia pun telah mendapat kerja baru..Dan sekali lagi dia perlu menggalas tanggunjawab di syarikat baru sebagai PA.. Dan yang membuatkannya musykil..Skop kerja dengan bidang yang Amna letak di resume sama sekali tiada menyebut memohon jawatan kosong sebagai PA..Tetapi, dia malas ingin banyak soal..Mungkin itu rezekinya..

Dia hanya turutkan sahaja kerana untuk mendapatkan kerja dengan kelulusan sepertinya agak susah dan memandangkan gaji yang ditawarkan oleh syarikat baru agak lumayan..Dia terima..

Malam itu, Amna berehat sambil membuka laman instagramnya ..Tiba-tiba terkeluar news feed suggest dari instagram..Kelihatan dua utas rantai leher yang bertahta permata yang diperbuat daripada berlian menarik minatnya..

Amna seakan pernah melihat rantai leher tu..'Ini macam boss beli..Takkan ni Ig boss kot?'..

Terus Amna membaca caption..

"One for my queen (Love purple),
Another one for my only one,love! (Love + Rose)
I hope she will love this present so much"..

(15k likes, 552 Comments)

Jantung Amna seakan berhenti bernafas..'Dah kenapa dengan aku ni'.. Lalu laju sahaja jari jemari Amna menekan button komen..Dia membaca semua komen..

'Wow, so sweet my friends! im happy for you'

'Hey, don't forget to invited me to your wedding soon!'

'Wahh, kawan kita ni rupanya diam-diam ubi berisi..Tahniah bro!'.

'Wow geng! Dah bau nasi minyak ni! Terbaik ar bro!'

Itu antara komen yang diterima oleh rakan-rakan ig tersebut..Lalu, dengan perlahan, nama ig tersebut Amna tekan..Dan terus terpapar gambar bossnya..

Kebanyakan gambar bossnya itu tidak memandang camera..Ala-ala candid dan followersnya jejak 500k..

'Pergh, famous jugak boss aku ni!'..Tak hairan lah sebab segala posting yang dibuat bossnya kelihatan segak bergaya seperti selalu..Itu yang Amna tak nafikan..Walaupun pendiam tapi aura maskulinnya agak terserlah..

Setelah puas mengodek segala posting di instagram..Amna tak berniat untuk follow account ig bossnya itu..Dia malas untuk meletak harapan tinggi dan dia sedar..Dia hanyalah manusia biasa yang datang ke syarikat itu untuk mencari rezeki halal..

Amna terus meletak telefon di tepi meja mini sebelah katil..Lampu di tutup..Jam sudah menginjak jam 12 malam, tapi matanya masih segar..

'Apa yang aku fikir kan ni? Huh!'.. Keluh Amna..Ada rasa sedih untuk meninggalkan tempat kerja itu..Banyak memorinya di sana kerana itu tempat pertama dia bekerja dan menimba ilmu..

'Tidur lah Amna, semoga esok hari akan berlalu dengan baik..aminn'..Kata hatinya lalu memejam mata untuk tidur..

Keesokan paginya, seperti biasa..Amna dengan cerianya masuk kerja dan menegur staf di pejabat..

"Morning Kak Ika"..

"Morning Amna..Ceria je pagi ni..Mimpi putera raja datang ke malam tadi?"..Usik Akak Ika..

Amna menjeling..

"Akak ni kan..Kalau Amna mimpi putera raja..Confirm Amna tak bangun tau..Biar je duduk dalam alam mimpi.." Kata Amna mula berangan sambil tersengih depan meja akak Ika..

Akak Ika ketawa kerana terhibur melihat gelagat Amna yang sedang berangan..

"Haa, sudah-sudah berangan tu..Itu ha, putera raja Amna dah masuk..Baik Amna masuk sebelum putera raja tu datang sini"..Tegur Akak Ika ketika melihat kelibat bossnya di cermin pintu pejabat..

Amna menoleh lalu mencebik..'Ini bukan putera raja, ini entahlah!'..

"Amna gerak dulu lah..Bye kak Ika..Lunch sekali tau!"..

Akak Ika mengangguk sebelum duduk di kerusinya..

Ketika bossnya melepasi mejanya..Akak Ika menyapa..
"Morning En.Ashraf"..

"Morning"...Jawab Ashraf perlahan lalu bergerak masuk..

'Ceh, tak sabar lah tu nak jumpa puteri kayangan dalam tu..Sapa pun tak pandang muka kita..Kuat betul aura budak bertuah ni!'..Ujarnya dalam hati..

Amna tersentak apabila pintu bilik dibuka dari luar..Matanya sempat menilik penampilan bossnya..'Sah, betul lah ramai follow dekat ig ..'..

"Morning boss..Nak breakfast?"

"Morning..Yes, boleh jugak''..Jawab Ashraf lalu melabuhkan punggung di kerusi empuknya..

Baru saja Amna ingin bangun..Pintu bilik itu terbuka dari luar..Kelihatan Razif masuk dengan senyuman manisnya..

"Hai morning Amna..Bro! Jom breakfast luar..Lama kita tak lepak".

Amna duduk kembali lalu dia menatap PC nya..

"Amna jom breakfast sekali"..Tegur Razif..Amna tersentak..Lalu tersengih melihat dua orang lelaki berada dihadapannya..

"Err, Takpe..Saya dah breakfast dekat rumah tadi"..

"Oh yeke..Takpelah kalau macam tu..Lain kali kita breakfast sekali ye"..Ujar Razif sebelum berlalu bersama Ashraf..

Amna hanya senyum nipis lalu memandang tupperware makanan bossnya..'So, aku jugak lah ni kena makan?..Takpelah..Nanti jelah'..Ujar Amna dalam hati lalu dia menyambung kembali kerjamya..

Dia perlu selesaikan semua urusan jadual , fail terkini agar memudahkan Akak Intan masuk kembali bekerja nanti..Dia tak mahu lepas tangan kepada Akak Intan..

Dalam dia leka, Amna terkejut melihat minah tak cukup kain masuk tanpa bagi salam..

"Eh perempuan..Aku nak warning kau sikit..Kau kena sedar yang level kau tak sama dengan boss! Jangan cuba-cuba nak berangan bercinta dengan boss!"..Jerkah wanita itu..

Amna terpinga-pinga apabila dia tiba-tiba diserang..Muka berkerut melihat wanita itu sedang berang.

"Kau tak payah nak tunjuk muka pelik kau depan aku..Sekali lagi aku nampak kau keluar dengan boss bersiar-siar..Siap kau!"..

Amna tersedar..Kiranya wanita itu nampak dia dan bossnya shopping semalam..

"Ohh pasal tu..Eh, tapi kan..Macam mana cik Aulia tahu kami dekat luar eh? Cik Aulia ponteng kerja ye?"..

"Eh, mulut kau jaga sikit ye..Aku ada urusan luar semalam..Tiba-tiba terserempak sorang perempuan ni keluar dengan lelaki kaya..Maybe 'haus' kasih sayang atau duitnya..Who knows right?".. Kutuk wanita itu lagi..

Amna hanya diam dan cuba bertenang..Otaknya ligat untuk membalas..

"Ohh yeke..Mesti cantikkan perempuan tu sebab boleh keluar dengan lelaki kaya..Ish..Ishh ..Rasanya kalau perempuan tu 'haus' sangat kasih sayang dan duit tu..Mesti perempuan tu goda sampai jadi..Betul tak?"..

Cik Aulia makin memerah mukanya..

"Hahaha, cantik? buta kot mata boss tu..Rasanya cantik lagi pelacur dekat luar tu..Tak macam kau! Dah lah tak sedar diri lepastu dengan mudah serah diri dekat lelaki berduit..Terdesak sangat ke hah perempuan? ..Dah takde lelaki lain kau nak menempel? Kenapa boss jugak kau meng'ayat'?"..

Sebenarnya, disebalik perbualan mereka itu..Ashraf mendengar dengan jelas semua perbualan mereka..Dia tak menyangka bahawa Amna dan wanita itu tak sebulu sejak kes di tandas itu..

"Hahaha, Letih lah layan Cik Aulia ni..Tak matang langsung..Buang masa dan tenaga saya je..Kalau Cik rasa diri dah cukup sempurna..Pergilah rebut hati boss tu..saya tak nak masuk campur dan saya tak nak terlibat..Saya pun tak faham, cik rasa cik datang serang saya sekalipun..Boss akan terima Cik ke? Saya bukan sesiapa pun..Tunang? Isteri? Jauh sekali..Better cik simpan tenaga lepastu duduk dan fikir cara nak 'tackle' hati boss kesayangan cik tu..Jangan buang masa dekat sini sebab saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan boss.."

Kata Amna lalu melabuhkan punggungnya di depan PC..Moodnya sudah kelaut..:Tak guna punya perempuan..Hilang terus mood kerja aku haih!'..

"Kau jangan ingat aku lepaskan kau senang-senang macam tu je..Sekali lagi aku perasan kau cuba nak goda boss..Kau jadi mangsa aku..ingat!"..Amaran diberikan kepada Amna sebelum berlalu..

Ashraf yang melihat wanita itu ingin keluar..Dengan pantas, dia menyorok di bilik fotostat disebelah itu..Dan dia berlalu keluar setelah wanita itu berlalu, disebalik cermin itu dia dapat melihat wajah Amna tanpa riak..Tapi, dia tahu wanita itu sudah tentu menahan marah atas tuduhan dan fitnah dari wanita itu.. 'Awak tak selamat dekat sini..Maaf sebab saya tak datang mempertahankan awak tadi...' Bisik hatinya..Sungguh hatinya sangat kecewa melihat wanita itu menjadi mangsa disebabkan dia..

Di mengeluarkan telefon lalu menghantar perbualan dan chat kepada penyiasat upahan untuk siasat latar belakang pekerjanya yang sudah menyerang wanita kesayangannya itu..

Jam menunjukkan 9.20 pagi, Ashraf terus berlalu ingin masuk ke dalam bilik..Tetapi, dia telah ditegur oleh Amna ketika dibuka pintu bilik fotostat itu..Ashraf terkejut..

"Eh, boss? Buat apa dekat sini? Bukan keluar breakfast?"..Soal Amna pelik..Ketika itu dia ingin membuat salinan fail untuk fail terkini bagi simpanan Akak Intan nanti..

Ashraf terdiam lalu otak ligat berfikir.."Saya ada call urgent tadi lepas balik breakfast"..

Amna tanpa banyak soal..Dia mengangguk faham..Ashraf pula sempat menilik wajah cantik yang sudah mula terpahat dihati..Dia sudah letih untuk menyangkal perasaan suci itu hadir..Tetapi, masa tak mengizinkannya untuk meluah demi keselamatan wanita itu..

"Err, Lepas ni nanti tolong hidangkan breakfast awak bawak tu..saya masuk dulu"..Kata Ashraf sebelum berlalu

Amna terpinga-pinga dan memandang pelik kearah tubuh bossnya yang sudah pun berlalu..'Aik? bukan kata dah breakfast ke? Maybe boss lapar lagi kot?..Haih, aku dahlah mood kelaut..Huh! Sabar jelah aku..Kalau sabar aku takde tadi, lebam muka cik minah sotong tu!'..Keluh Amna kuat untuk mengurangkan rasa dihati..

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience