Bab 31

Romance Series 24827

"You, kita nak pergi mana ni?" ..Soalnya takut apabila matanya di ikat dengan kain hitam.

"You, ikut je i..Jangan banyak tanya".. Jawab Dato Zack tegas walaupun hatinya tercuit melihat keletah Balqis yang terhuyung hayang mencarinya..

Tanpa banyak soal, dia memegang erat jari jemari wanita kesayangannya menuju ke satu butik pengantin.

Sampai di sana, Balqis masih lagi belum boleh melihat.
Telinga kedengaran suara Dato Zack berucap dengan seorang lelaki yang bercakap dengan loghat utara.

"Baby, you boleh ikut Cik Lily ke fitting room".. Ujar Dato Zack.

"Boleh tak buka kan kain hitam ni?"..Soal Balqis rimas.

"Cannot baby, Cik Lily akan bantu you dalam sana nanti"..
Balqis mendengus geram..'Haih, semua tak boleh..dia pikir aku lembu ke? kena ikut telunjuk dia?'..

"Amboi, kutuk i nampak dalam hati"..Sampuk Dato Zack apabila melihat mulut comel itu mencebik.

"Cik Balqis, I'm Lily.. I will help you to change your clothes''..Ujar Lily sambil memegang lengan Balqis..

Balqis mengikut perlahan jejak kaki wanita itu.

"Okay, Cik Balqis, saya minta izin untuk buka baju awak boleh?"..

"Ehh, kenapa? buka dulu ikatan kain hitam ni..Saya boleh buka baju sendiri".. Jawab Balqis sambil memeluk tubuh.

"Saya mendapat arahan untuk tidak membuka kain tersebut. Cik jangan risau, hanya kita berdua sahaja di dalam bilik ini. Cik boleh percayakan saya".. Jawab Cik Lily panjang.

Balqis terdiam lalu dia mengeluh..'Apalagi lah orang tua ni nak buat dekat aku? Tak puas hati lagi ke?'

"Cik Balqis, boleh saya buka baju Cik?"..

Balqis tersedar lalu mengangguk. Sepanjang beberapa minit di dalam bilik persalinan itu, Balqis agak susah untuk menyarung baju dress baru walaupun dengan bantuan Cik Lily. Tetapi, di dalam hatinya terdetik sesuatu..Tiba-tiba dia dapat merasakan satu tangan besar dan kekar macam lelaki yang membantunya. 'Takkan tangan Cik Lily besar macam lelaki?'.

"Cik Lily, betul ke Cik yang tukarkan baju saya ni?"..Soal Balqis laju.

"Ye betul Cik Balqis..Kenapa ye ?".. Jawab Cik Lily..Hakikat sebenarnya, orang lain yang sedang membantunya dan ya! memang tangan Dato Zack yang mengurusnya sendiri. Lily hanya duduk di sebalik kain langsir bilik itu tanpa menoleh memandang mereka.

Balqis mengeluh dan tiba-tiba akal sihat mendapat idea..'Tak boleh jadi ni..Aku kena cari jalan untuk lari'..

"Cik Lily, saya nak pergi ke tandas boleh..Tak tahan dah ni"..Kata Balqis

"Oh yeke? sekejap ye saya tanya Dato''..

"Ehh, takpe-takpe..lambat nanti..Awak nak saya terkucil di sini ke?"..

Kebetulan memang Dato Zack berada di situ. Dia menggangguk kepala sambil memandang Lily sebelum beredar..

Cik Lily membuka tali kain hitam itu dan dengan spontan Balqis terkejut melihat busana yang dibadannya itu. Dengan cepat Balqis tersedar dan berlakon kembali. 'Gila Dato Zack!'..

"Mari saya tunjukkan tandas di belakang".. Kata Cik Lily sambil bergerak bersama Balqis..

"Cik Lily boleh pergi dulu..Saya sakit perut sekali ni..Risau lama menunggu"...

Cik Lily berlalu pergi tanpa sebarang syak. Balqis bermundar- mandir di dalam tandas memikir cara untuk melarikan diri..

Dengan perlahan, Balqis membuka pintu lalu memerhatikan sekelilingnya..Mata terlihat satu pintu yang bertanda keluar. Jadi, mungkin pintu belakang butik itu.

Dengan perlahan, Balqis berjalan tanpa sebarang bunyi pergi ke pintu. Dan nasibnya baik kerana pintu tersebut tidak berkunci dan berjaya meloloskan diri. Balqis berlari semampunya sambil memegang kain skirt yang labuh itu..

Dato Zack yang duduk di sofa menunggu berasa tidak sedap hati. Dan kebetulan Cik Lily melintasinya..

"Cik Lily, mana Cik Balqis?"..

"Oh ye Dato, Cik Balqis masih lagi di tandas.. Katanya sakit perut"..

Berkerut wajah Dato Zack. Tanpa banyak soal, dia bangun dan pergi ke tandas tersebut. Alangkah terkejutnya dia melihat tandas itu kosong. Dan pintu belakang butik itu terbuka sedikit..'Shit, dia lari!'..

Dato Zack meminta pembantu butik itu mencari jejak Balqis secepat mungkin..

Dalam beberapa minit, Cik Lily menjerit memanggil Dato Zack apabila melihat Cik Balqis di tepi jalan untuk melintas..

"Dato Zackk!! Cik Balqis disanaa"..

Dato Zack berlari sekuat hati apabila melihat Balqis ingin melintas jalan raya..

Balqis kebetulan mendengar jeritan itu cuba berlari anak kerana kakinya terseliuh akibat kasut tinggi yang di pakainya.

Dan tanpa sedar, sebuah kereta sedang menuju di hadapannya dan Balqis tidak perasan . Maka terjadi lah perlanggaran..

Balqis berasa dunianya seakan mahu gelap dan kedengaran sayup-sayup suara lelaki itu.

"Babyy!!!".. Dato Zack mendekati dan memangku kepala Balqis yang calar di dahi.

"Call the ambulance now!' ..Jarit Dato Zack kepada orang disekitar..

"Balqis, Hold on..Wake up sayang".. Ujar Dato Zack gelisah. Dia semakin gelisah apabila melihat kain putih tersebut kelihatan ada tompokan darah.. 'Plzz, bertahan baby..I need you baby'..

Dalam beberapa minit, mereka bergegas ke hospital.

Tiba disana, Balqis ditolak masuk ke bilik rawatan. Dato' Zack pula tidak senang duduk. Ke hulu ke hilir. Hatinya berdoa semoga Balqis dan kandungannya selamat.

Setelah beberapa minit, Dato Zack dibenarkan masuk setelah di periksa. Doktor memberitahu bahawa kandungan hampir keguguran tapi masih dapat diselamatkan lagi. Tetapi, masih di dalam pemantauan doktor. Hal ini kerana, semasa perlanggaran berlaku kereta tersebut tidak membawa laju kerana dikawasan tersebut mempunyai banyak bonggol.

Dato Zack mengucap syukur lalu dia masuk dan duduk di sisi Balqis. Wajah pucat itu ditenung lama. Hati tuanya tiba-tiba berasa sebak. Dia tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menambat hati wanita itu. Jujur di masih sayangkan kedua-duanya. Tetapi, sayang dan cintanya kini beralih ke Balqis.

Tangannya mengusap lembut pipi dan dahi yang berbalut luka kecil.

"Baby, why sayang lari dari hubby? ..Dah tak sayangkan hubby lagi ke? ..Hubby cuma nak jadikan sayang sebagai ratu di dalam hati hubby..Salah ke sayang?" ..Bisiknya dengan esakan kecil.Ya! Dato Zack menangis.. Dia sangat risaukan kedua-duanya.. Kandungan itu merupakan pewarisnya..Tiada yang diminta selain mereka.

Balqis tiba-tiba tersedar apabila mendengar tangisan disebelah telinganya..Dia juga sempat mendengar kata-kata yang diluahkan lelaki berusia itu. Tetapi, dia hanya diam kan sahaja untuk mendengar luahan itu.

"Sayang pun tahu kan..Hubby sangat menantikan zuriat dan pewaris keturunan hubby lebih 10 tahun..Apa hubby tak layak untuk memiliki keturunan ke sayang? . Jahat sangat ke hubby sayang?"..

Hati Balqis terjentik mendengar rintihan lelaki itu. 'Jahat sangat ke aku?'..'Eh jap? Hubby?'...

"Sejujurnya sayang, hadirnya sayang dalam hidup hubby walaupun sebagai orang kedua sangat menceriakan dan menggembirakan hari-hari hubby..Walaupun hubby sudah patah semangat pasal keturunan, tetapi sayang yang mengembalikan semangat hubby tu..Sayang juga..."

Belum sempat Dato Zack berkata-kata, tekaknya mual dan dia berlari masuk ke tandas.

Balqis berasa serba salah. Dia boleh agak bahawa lelaki itu sedang mengalami morning sickness kerana dia tidak alaminya. Lantas, dia bangun perlahan dari pembaringan dan duduk menunggu Dato Zack keluar di atas katil itu.

Setelah selesai, Dato Zack keluar dari tandas menuju ke katil..Matanya agak kabur akibat menangis dan badannya terasa lesu kerana muntah. Jari jemarinya mengurut alis kepala kerana pening.

Balqis bertambah serba salah dan terus menyapa lelaki itu.
"Mari, baring dekat sini".. Akhirnya suara emas itu berkata-kata. Sambil tangannya menepuk tilam di sisinya.

Dato Zack terkejut mendengar sapaan itu lalu berlari menuju ke Balqis dan memeluk erat. Dia menangis seperti kanak-kanak kehilangan ibunya..

Balqis terkejut melihat reaksi dan tindak balas lelaki itu. Hilang semua sifat kelelakian dan kejantanan Dato Zack.

"Dah habis menangis?"

"Dah"..Jawab Dato Zack manja sambil mukanya disorokkan disebalik bahu wanita itu.

"Sakit kepala lagi?"..

"Hmm"..

"Nak baring tak?"

"Nakk"..Jawab Dato Zack lagi.

"Naiklah"..Jawab Balqis sambil bergerak sedikit untuk beri ruang kepada lelaki itu berbaring.

Katil hospital itu ruangnya terasa padat apabila memenuhi dua orang. Keadaan menjadi sunyi sepi.

"Sayang, nak peluk". Dato Zack kelihatan menagih kasih dan perhatian daripada Balqis. Dia hanya mengangguk sahaja untuk membenarkan.

"Sakit kepala lagi?" ..Balqis bertanya lagi..

"Ye sayang. Badan tak larat sebab muntah tadi". Jawab Dato Zack sambil muka disembamkan di leher Balqis.

"Ada bawa minyak angin?".

"Takde sayang. Tertinggal dekat dalam kereta".. Jawabnya lagi..

Lantas, jari jemari Balqis mengurut lembut alis kepala lelaki itu.

"Thank you sayang"..Jawabnya sambil menyedut bau haruman badan Balqis. Bau Balqis dapat menghilangkan rasa mual dan loyanya. Dato Zack akhirnya tertidur.

Balqis pula hanya diam dan memerhati serta memikirkan sesuatu. Tangannya menyapu lembut perutnya. 'Baby okay ke?'. Lahir kerisauan di dalam hatinya. Dia tahu walaupun kandungannya daripada hasil perhubungan yang tidak halal. Tetapi, dia sanggup menjaganya seorang diri dan anak ini juga merupakan pewaris Dato Zack, lelaki yang pernah dia cintai dalam diam. Niatnya untuk lari dariapada lelaki itu adalah untuk tidak merosakkan dan mengganggu rumahtangga lelaki itu. Dan dia tidak suka kasih sayangnya diduakan. Balqis buntu. Adakah dia perlu menerima Dato Zack atau bagaimana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience