Jam 12 tengahari, Amna bersama bossnya bergerak ke tempat pertemuan lunch meeting. Mata Amna melirik ke arah jam tangan.
'Hm, waktu rehat dah ni..hmm, macam mana nak cakap eh?'..
Amna menoleh sekejap melihat bossnya yang fokus memandu. Diam dan sunyi keadaan di dalam kereta itu. Dia pun bosan. Kalau dia memandu sudah semestinya radio akan terpasang.
"Err, boss. Boleh tak tinggalkan saya dekat sekitar sini?"..
"Kita dah nak sampai"..
Amna terpinga- pinga mendengar jawapan daripada bossnya.
"Sekejap lagi kita melawat Akak Intan sekali"..
Sekali lagi Amna bingung. Ashraf mencari parking yang berdekatan dengan restoran rakannya. Dapat Amna melihat restoran mewah yang menunjukkan ciri-ciri Arab.
"Jom"..
Amna hanya mengikuti sahaja majikannya sehingga ke dalam restoran itu. Selesa, nyaman dan menarik. Ukiran seperti berada di negara Arab.
"Awak nak makan apa?" ..Soal Ashraf sambil melihat Amna yang masih membelek menu.
"Boss makan apa? Saya sama dengan boss jelah." Jawab Amna laju. Sebenarnya dia malas nak fikir sebab dia sejenis makan semua benda kecuali batu, kayu..
Mata Amna melihat sekeliling melihat dekorasi restoran tersebut. Tiba-tiba seorang lelaki datang menyapa.
"Ashraff! Dah lama sampai?".
"Takde lah Faqih, aku baru nak miscalled kau"..
"Oh, tadi aku punya staf bagitahu yang kau dah sampai. Itu aku keluar cari kau tu".
Amna hanya diam sambil memerhati setiap tingkah laku dua orang lelaki tersebut. Seorang kelihatan ceria dan seorang lagi masih lagi dengan gaya agak pendiam. 'Haih, boss aku ni. Tak mesra langsung! Siapalah isteri dia ni nanti. Harap dia boleh hadaplah perangai boss dia yang pendiam ni'
"Eh, kau datang dengan siapa ni? Tak pernah nampak pun".. Soal Faqih sambil melempar senyum kepada Amna. Ashraf pula menoleh ke memandang wajah Amna yang sedang senyum tipis.
"Ini PA sementara aku. Nama dia Amna".
Amna mengangguk kepala tanda bersetuju.
"Eh, bukan PA kau Akak Intan ke?".
Amna fokus mendengar mereka bersembang apabila berkait dengan akak iparnya.
"Ye, Akak Intan sekarang cuti bersalin. Jadi, Amna yang gantikan Akak Intan sekejap. Adik ipar dia ni". Jawab Ashraf sesekali melihat Amna yang sedang memandang mereka.
"Oh, faham. Oh, by the way, kau dengan Amna dah order makan ke?".
"Sudah, Tadi".
"Okay takpe. Kalau macam tu kau orang makan dulu. Dah selesai nanti call aku. Aku nak siapkan sikit proposal yang nak kita bincangkan lepas lunch ni"..
Ashraf hanya sekadar menggangguk.
"Happy lunch Ashraf and Amna".. Amna hanya mengangguk sambil membalas senyuman rakan bossnya itu.
Selesai makan, Amna bergerak ke washroom. Beg tangannya di tinggakan bersama bossnya. Setelah beberapa minit, Amna keluar dan bergerak ke meja makan..Kelihatan dua orang lelaki yang duduk berhadapan dengan bossnya.
Seorang lagi pemilik restoran itu, Tengku Faqih..Seorang lagi Amna tidak dapat mengecamnya kerana mereka membelakangi Amna. Matanya jugak dapat mengesan beg tangannya sudah beralih ke sisi bossnya.. 'Aduh macam mana ni. nak pergi ke tak?'.
Dalam kebingungan, Amna bergerak juga menuju ke meja makan. Kelihatan Ashraf dapat melihat susuk Amna yang datang menghampiri dengan wajah kebingungan. Setelah Amna sampai, Ashraf menghenyak tubuhnya ke kiri untuk memberi ruang kepada Amna untuk duduk di sebelahnya. Beg tangan Amna menjadi penghadang di antara mereka. Amna kelihatan tak banyak soal dan dengan muka terpaksa dia melakarkan senyuman tipis kepada tiga jejaka tersebut.
Selesai sahaja perbincangan, lelaki yang dari awal sambil akhir yang menatap wajah Amna bersuara.
"Hai, saya rasa macam kenal lah awak ni"..
Amna diam membisu memandang wajah lelaki itu. Matanya juga mengesan beberapa lirikan mata dari bossnya dan juga Tengku Faqih. Amna mula rimas. Dia perlu menjaga tingkahnya.
"Err, maaf..Encik kenal saya ke?"
"Awak lupa ke kita pernah bertembung dekat lif sebelum ni?"..
Amna cuba mengimbas semula tragedi tersebut.
"Oh, Encik...? yang saya bertembung tu? Saya baru teringat".. Ujar Amna sambil senyum nipis..Dia agak kekok dengan pandangan lelaki tersebut.
"Panggil Razif je"..
Amna mengangguk sambil tersenyum. Ashraf hanya memerhati. Dapat dia lihat Amna kelihatan tidak selesa kerana jari jemari milik Amna di ramas di antara satu sama lain di bawah meja.
"Er, Faqih and Razif, Aku rasa sampai sini saja lah..Aku nak kena gerak sebab ada hal lain lagi. Nanti kita borak lain".. Ashraf bangun sambil bersalaman sesama mereka.
Amna mengeluh lega. Lalu bergerak mengikuti bossnya sehingga kereta bergerak meninggalkan restoran.
Sebelum sampai, Ashraf membeli beberapa buah tangan untuk diberikan kepada Akak Intan.
Sampai sahaja di hospital, Amna telah mendahului langkah kerana tak sabar ingin berjumpa dengan anak buahnya.
Pintu di ketuk sebelum dikuak dan salam diberi. Kelihatan Abangnya sedang menyuap Akak Intan makan tengahari. Dan mata melilau mencari keberadaan baby.
"Eh, waalaikummussalam, Amna? Encik Ashraf pun ada?".. Ashraf mengangguk sambil menghulur buah tangan kepada suami Akak Intan.
"Abang, kenalkan ini boss Intan, Encik Ashraf.. Ini suami saya"..
Mereka bersalaman. "Apa khabar Encik Ashraf?"..
"Er, panggil Ashraf je..Alhamdulillah khabar baik ..Encik?"..
"Panggil saya Wafiq"..
Amna pula sibuk mengangkat baby yang sedang tidur. Merengek sebentar baby itu kerana tidurnya di ganggu.
"Adik, jangan kacau, baby baru tidur tu"..
"Adik nak kacau jugak"..Jawab Amna sambil tersengeh sambil mencuit pipi merah- kemerahan. Lalu dikucup berkali- kali pipi tembam itu..Dia suka menghidu bau bayi. Tenang.
"Adik dari mana? Dah makan?".. Soal Akak Intan. Suaminya pula bersembang dengan Encik Ashraf di sofa wad.
"Adik dari lunch meeting dengan boss. Lepastu terus gerak sini sebab boss pun nak datang melawat sekali".. Jawab Amna sambil duduk dibirai katil akak iparnya.
Amna masih ralit bermain cuit-cuit pipi tembam itu sehingga bayi tersebut sedar. Mata bulatnya terbuka. Amna teruja melihat mata bersinar- sinar itu. Coklat gelap sambil memandang wajahnya dan mengeliat.
"Eh, hai baby, tengok mak ngah ye? Best tak tidur?" ..Soal Amna . Akak Intan turut tersenyum melihat tingkah adik iparnya itu.
Bayi itu berkelip- kelip sambil menguap. Badannya bergerak kecil. Amna terus menepuk perlahan dan bayi tersebut tidur kembali. Amna meletakkan kembali bayi tersebut di katil comel milik bayi itu.
"Akak Intan berapa lama lagi kena tahan wad?".. Soal Amna sambil bergerak kembali duduk di tempat tadi..
"Akak mungkin boleh keluar esok. Tapi, bergantung juga dengan baby. Kalau baby okay takde sakit kuning. Akak balik sekali dengan baby"..
"oh, faham"..
"Btw, akak ada dengar cerita pasal adik bergaduh dengan Cik Aulia ..."
Amna ternganga mendengar kata-kata akak iparnya. 'Ini kalau abang dengar, habis aku!'..
"Siapa yang mengadu dekat akak?".. Perlahan sahaja suara Amna menyoal.
"Adalah"..
"Oh, ni confirm mesti Akak Ika kan? Dia ada datang sini ke?"..
Akak Intan mengangguk kepala. Amna mengeluh.
"Amna bukan bergaduh pun. Amna just melawan guna mulut je. Sebab Cik Aulia tu biadap sangat dengan Acik cleaner. Ada ke patut dia tengking lepastu dia tolong Acik Rokiah jatuh ke lantai basah tu. Adik pun berang lah lepastu lawan lah balik bagi dia sakit hati. Puas hati adik!".. Ngadu Amna dengan memek muka menyampah. Dia tak perasan terdapat lagi dua mata memandang dan mendengar luahan wanita itu.
Akak Intan mengeleng sambil mengusap kepala adik iparnya itu.
"Akak faham perasaan adik. Kalau akak pun tentu marah. Tapi, adik jangan melawan macam tu. Adik boleh je kan cakap baik-baik dengan Cik Aulia."..
"Masalahnya kak, adik nak cakap baik-baik macam mana?. Setiap kali dia bercakap tu mesti nak tengking lepastu menjerit. Tahulah nak attention lebih. Menyampah adik!".. Jawab Amna muncung.
"Yelah, akak faham.. Lepasni kalau ada orang cari masalah adik cuba diam tau.. Kalau tak boleh juga bertegurlah dengan cara lembut okay?"..
Amna menggangguk kepala. Akak Intan tahu adik iparnya ini manja tapi dia tegas juga bila ada hal berkaitan yang dia tak suka. Silap hari bulan, manusia yang cari pasal dengan Amna tentu masuk hospital. Bukan boleh diduga adik iparnya ni.
"Ehemm, adik buat hal ke dekat tempat kerja?".. Tegur satu suara lelaki. Amna cuak , dia tahu sangat dia takkan selamat.
Akak Intan mengeleng kepala sambil tersenyum.
"Ashraf, adik saya ada buat hal ke di tempat kerja?"
Ashraf hanya mengeleng kepala sambil tersenyum. Amna lega.
"Okay takpe, kalau abang dapat tahu, siaplah adik".. Amaran diberikan. Amna mencebik masam.
Setelah itu, Amna dan Ashraf bergerak pulang ke pejabat.
"Er, boss. Saya nak ke surau kejap. Saya tak solat zohor lagi".. Kata Amna ketika mereka sampai di bilik bossnya.
"Guna je bilik rehat saya tu"..
"Ha?".. Amna terkejut. Ini kali pertama dia dengar arahan bossnya untuk guna bilik yang tak pernah disentuh itu.
"Awak solat guna bilik rehat saya tu je".. Jawab Ashraf sambil memandang pintu bilik tersebut yang agak tersorok. Amna tak banyak soal bergerak ke pintu tersebut dan masuk.
'Wanginya, bersih, luas, kemas, cantik'.
Selesai sahaja urusannya, dengan pantas dia bergerak keluar lalu menyambung semula tugasnya. Boss pula sudah masuk ke bilik tersebut mungkin untuk solat dan berehat.
Apabila meeting sudah habis, Amna mengeluh perlahan. Hari ni dia berasa agak letih. Yelah pertama kali mengikut bossnya keluar meeting diluar. Tapi, demi sesuap nasi Amna relakan. Matanya tepat memandang jarum jam dinding yang menunjukkan jam 5.25. 'Lima minit lagi..Sabar Amna'.
Ashraf pula hanya memerhati tingkah itu dan dia semenjak dua menjak ini selalu menghantar Amna pulang. Sudah menjadi kebiasaannya. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 5.30 petang.
"Er, boss harini saya balik tumpang Akak Ika"..
Tangan Ashraf yang ligat menyusun terhenti. Lalu, wajahnya merenung wajah Amna dan anggukan diberikan. Amna bergerak keluar dan mencari Akak Ika.
Di dalam kereta, mereka bersembang..
"Apa perasaan Amna hari-hari boss hantar balik?"..
"Takde rasa apa pun".. Jawab Amna sambil kembali menyanyi lagu dari radio.
'Aku titipkan dia,
Lanjutkan perjuanganku.
tuknya.
Bahagiakan dia,
Kau sayangi dia,
Sepertiku menyanyanginya'
Amna bernyanyi dengan sepenuh hati sambil memegang botol sebagau mikrofon. Akak Ika pula hanya tergelak melihat tingkah selamba Amna.
Berhenti sahaja di lampu trafik yang berhampiran rumah Amna. Akak Ika menjeling cermin pandang belakang. Dia terkejut.
"Amna, Amna, tengok kereta belakang! Kereta boss!"..
"Ha? Mana?".. Amna terkejut dengan pantas menoleh belakang. Betul! Sebenarnya laluan ke rumah boss lain.
"Apa yang Amna dah jampi boss ni sampai dia follow belakang kita?" ..Akak Ika mula mengusik.
"Eh mana ada jampi apa-apa pun".. Jawab Amna menjeling sambil memerhati kereta bossnya dari cermin sisi. Dia musykil.
Akak Ika ketawa kecil. Lampu bertukar hijau, kereta Akak Ika bergerak memandu ke simpang kanan untuk masuk ke perumahan rumah kediaman Amna.
Akak Ika dan Amna masing-masing terkejut apabila bossnya menekan hon dua kali sebelum bergerak laju sambil meneruskan perjalanan.
"Gila lah boss kita ni".. Kutuk Amna.
"Ini bukan gila. Ini tandanya sayang!".. Jawab Akak Ika lagi.
"Akak jangan macam- macam eh!".. Jawab Amna dengan jelingan maut. Tidak pernah lagi dia fikir untuk bercinta. Dia perlu enjoy dahulu zaman bujang.
"Akak cakap je. Tapi apa salahnya, dua-dua single..kehkeh"..
"Taknaklah kawan akak".. Jawab Amna sambil memeluk tubuh. Haih! Boss buat kerja gila lah!.
Betulkah Encik Ashraf mula sayangkan Amna? Sejak Bila? #Stay Tuned
Share this novel