"Amna, En.Ashraf dah tunggu dekat luar tu..Cepat sikit".. Amna kelam kabut mendengar suara Akak Intan diluar biliknya. Sempat lagi dia mendengus geram. Yalah, dia sudah kata yang dia akan bergerak sendiri tetapi tengoklah sekarang..
"Okay kak, Amna nak siap dah ni"..Laung Amna sambil menyembur sedikit perfume..Setelah puas menilik, Amna bergerak keluar dengan cepat lalu dia bersalam dengan Abang dan Akak Intan yang berada di ruang tamu..
"Adik gerak dulu"..
"Hati-hati, jangan balik lewat sangat" Pesan Syamil kepada Amna.
Amna hanya mengangguk lalu bergerak keluar. Kelihatan seorang lelaki berbaju simple sedang leka membelek telefon sambil bersandar di pintu kereta disebelah penumpamg.
Amna berdehem kecil apabila lelaki itu tidak sedar kehadirannya di situ.
Ashraf terkejut mendengar deheman itu lalu mengangkat kepala.
"Sorry lambat"..Amna bersuara. Ashraf pula mengangguk lalu menyimpan kembali telefonnya dan membuka pintu untuk Amna.
Kereta bergerak menuju ke destinasi. Suasana di dalam kereta itu sunyi sepi hanya kedengaran lagu Inggeris diputarkan untuk halwa telinga..
Perjalanan tidak memakan masa yang lama.. Kelihatan beberapa buah kereta berada di hadapan rumah mewah itu. Amna berasa pelik.
"Err, ada buat majlis apa-apa ke dekat rumah family boss?".. Soalnya kalut. Dia berasa tak senang.
"Tak"..Jawab Ashraf ringkas lalu mematikan enjin..
"Habistu, banyak kereta tu?"..Soal Amna lagi. Ashraf membalikkan badan lalu menatap wajah risau Amna..Dia tahu wanita itu sudah pasti tidak selesa.
"Harini kebetulan mak saudara saya datang".. Jawab Ashraf lalu melangkah masuk. Amna di belakang berasa kekok.
Amna terpaksa memaniskan muka apabila kaki menjejak masuk di rumah mewah itu.
"Haa, sampai pun Amna.. Marilah masuk, harini kebetulan adik auntie datang sini saja melawat.. Amna jangan segan-segan ye".. Ujar ibu Ashraf. Amna mengangguk kepala lalu bergerak mengikut ibu majikan itu masuk.
Sampai sahaja dimeja santap, kelihatan seorang wanita cantik bertudung memandang ke arahnya. Muka persis kembar ibu En. Ashraf. Amna tanpa segan bergerak untuk bersalam dengan wanita itu. Huluran salam disambut baik oleh wanita itu..
"Oh, inilah bakal menantu kau?"..
Amna kelam kabut apabila tetamu disitu turut ketawa mendengar usikan daripada wanita itu. Kedengaran ketawa dari ibu majikannya yang sedang menatang dulang air.
"InshaAllah, apa salahnya. Ada jodoh. InshaAllah jadi menantu akak nanti"
Amna terus jadi patung kerana di taktahu ingin bereaksi apa.
"Mari sini Amna duduk dulu. Makan."
Amna bergerak mendekati Auntie lalu duduk disamping wanita itu. Begitu meriah rumah mewah itu.
"Amna orang mana? Dah lama kenal Ashraf?".. Soalan ditujukan kepadanya. Nasib baik di meja itu hanya ada tiga orang itu sahaja. Yang kelibat lelaki tidak kelihatan.
"Saya asal Perak tapi menetap dekat area sini-sini je auntie". Jawab Amna sopan.
"Oh, orang Perak. Mak Ayah orang sana juga?"..
Amna mengangguk kepala sambil tersenyum melihat wanita yang ramah itu.
"Dah lama ke kenal Ashraf?"..
"Err, tak lama auntie. Kenal pun sebab pernah bekerja satu office"..
"Aah, betul lah. Dulu Amna ni dulu PA Ashraf".. Sampuk ibu Ashraf.
"Dah Amna, makan dulu. Banyak lagi lauk ni".. Pelawa ibu Ashraf.
"Auntie tak makan sekali?"..
"Auntie makan dah dengan adik auntie tadi. Sebenarnya nak tunggu Amna , boleh makan sekali tapi itulah adik auntie tu nak makan. Auntie makan sekali. Takpe, Amna makanlah, Auntie teman Amna".. Jawab ibu Ashraf.
'Ya Allah, malunya aku..Huargh! Nak balik'..Jerit Amna dalam hati..
"Jemput makan Auntie".. Pelawa Amna..
"Makan-makan, Auntie kenyang dah".. Amna mula makan dengan perlahan. Nasibnya baik kerana hanya ada dua orang wanita itu sahaja. Masing-masing memerhatinya makan.
"Tambah lagi Amna".. Amna hanya sekadar mengangguk kepala. Dia bertambah segan apabila Ashraf bergerak menuju ke meja makan.
"Ha, Ashraf..Kamu belum makan lagi kan? Sini makan sekali. Ibu dah makan tadi"..
Ashraf dengan muka biasa duduk berhadapan dengan Amna yang makan tanpa mengangkat wajah itu. Sempat matanya melihat Amna makan tanpa menoleh.
"Nah, nasinya"..Ashraf menyambut huluran pinggan lalu makan tanpa suara.
"Nampak serasilah kak"..
Amna terbatuk mendengar suara dari wanita peramah itu. Ibu Ashraf pula tersengih sambil mengangguk. Bersetuju.
"Amna sekarang bekerja di mana? Amna dah habis belajar?".. Soal adik kepada ibu Ashraf setelah Amna selesai makan..
"Baru habis belajar auntie. Sekarang saya bekerja di syarikat Tuan Syed. S.T Sdn Bhd"
"Oh, dah tak bekerja dengan Ashraf?"
Amna mengeleng kepala. Ashraf pula hanya makan tanpa berbunyi.
"Dulu belajar dekat mana?"
"Saya belajar di Jerman"..Jawab Amna sambil tersenyum melihat dua wanita di sebelah kanannya.
"Wah, jauhnya. Dah graduate?".
"Belum lagi Auntie, majlis konvokesyen bulan depan"..
"Jadi, Amna akan ke sana lah kan?".. sampuk ibu Ashraf..
"Ye Auntie".. Masih tak lekang senyuman di wajah Amna..
"Nanti pergi dengan siapa?"..
"Abang dengan akak ipar ikut sekali"..
"Mesti best kan ke sana. Auntie tak berpeluang lagi nak jalan-jalan ke sana".. Ujar ibu Ashraf..
"Kalau Auntie nak ikut. Boleh je.. Amna boleh jadi 'tour guide' Auntie dekat sana" .. Pelawa Amna..
"Wah macam menarik "
Amna bersembang dan berborak dengan dua wanita itu sehingga tak perasan masa berlalu dengan pantas..Setelah tersedar, Amna bergerak untuk meminta diri. Dia juga membawa pulang sedikit juadah makan malam yang diberikan oleh Ibu Ashraf..
Masuk sahaja ke dalam kereta milik bossnya. tanpa banyak cakap, Amna menutup matanya untuk berehat sebentar.. Perut kenyang dan badan sudah berasa letih. Ashraf pula sempat melirik ke arah Amna.
Dia memandu perlahan. Dia ingin berasa berdua bersama wanita itu. Matanya juga curi-curi pandang Amna yang masih menutup mata. Sampai sahaja di depan rumah wanita itu, kelihatan Amna tidak berkutik. Tahulah dia wanita itu terlelap.
Di kesempatan itu, Ashraf mengambil telefon pintar miliknya. Dan dia curi-curi menangkap beberapa keping gambar wanita itu yang sudah terlentok itu. Bibirnya mengukir senyum melihat wanita itu tidur tidak sedarkan diri. Lampu di dalam kereta itu langsung tidak menganggu lena wanita itu.
Mata sempat dikerling melihat jam di dashboard.. Tepat jam 12 malam.
"Amna, Amna". Ashraf memanggil wanita itu..
Dengan perlahan-lahan dan teragak-agak ,bahu Amna di tepuk perlahan.
"Amna, bangun. Dah sampai rumah awak"..
Amna terkejut lalu tersedar. Matanya yang layu memerhati keadaan sekeliling..
"Dah sampai?".. Soalnya lemah..
"Sudah".. Jawab Ashraf masih lagi memerhati Amna yang masih mamai..
"Oh, okay..Saya masuk dulu. Terima kasih".. Jawab Amna lalu membuka seatbelt dan bergerak membuka pintu. Dia seakan hilang keseimbangan kerana masih mamai. Ashraf dengan pantas menyambut tubuh itu dari tersembam..
"Mengantok sangat awak ni".. Kata Ashraf..
Amna blur dan dia terlupa yang dia masih lagi dalam pelukan lelaki itu. Dia hanya mengangguk kepala tanda mengiyakan kata-kata lelaki itu. Matanya seperti ingin tertutup.
Ashraf pula mula gelabah. Pipi Amna ditepuk perlahan untuk menyedarkan wanita itu. Dia mula risau kalau mereka kena tangkap basah oleh orang taman..
Tanpa berlengah, Ashraf menelefon Abang Amna . Kelihatan Amna sudah lentok dibahunya. Dalam beberapa saat, Syamil keluar dengan wajah baru bangun. Terbutang matanya melihat adiknya tidur di dalam pelukan Ashraf.
" Amna "..Syamil menyebut nama wanita itu..
"Apa abang ni..Bising lah".. Jawab Amna ..
Bertambah menyinga wajah Syamil. Ashraf pula mula berasa serba tak kena. Risau wanita kesayangannya itu dimarahi oleh lelaki itu. Bukan dia taktahu batas, tapi kalau dia lepaskan pelukan itu, sudah semestinya Amna akan jatuh ..
"Adik bangun! tengok adik tengah tidur dekat siapa tu?!"
Amna yang berasa terganggu..Membuka matanya sedikit. Dia melihat Abangnya berada di hadapan. Mukanya berkerut-kerut, 'Jadi, aku peluk siapa?'.. Dengan perlahan di mendongak ke atas melihat wajah lelaki yang sedang dia peluk.
Amna ternganga dan blur melihat wajah Ashraf. Dia terkejut rupanya dia tidur dalam keadaan berdiri sambil memeluk tubuh bekas majikannya. Terus terkaku dia dengan otak tidak boleh berfungsi.
"Ada juga abang kahwin kan korang berdua nanti karang".. Kata Syamil..
Amna berlari masuk ke dalam rumah dan memeluk abangnya apabila mendengar kata-kata itu. Terkejut. Baru dia sedar yang dia tidur dalam pelukan lelaki bukan mahramnya.
Ashraf pula menyapu belakang lehernya. Berasa segan dan malu. Syamil pula sudah menepuk belakang adiknya. Dia tahu adiknya malu. 'Haih, macam-macam budak ni tau tak! Sebab tu dia tak bagi balik lewat malam.. Inilah jadinya' ..
"Terima kasih hantar adik Abang balik dengan selamat".. Ujar Syamil..
"Err, sama-sama..Ini beg tangan dengan ada sikit juadah dari ibu saya".. Kata Ashraf sambil menghulur barang. Syamil dengan susah payah menyambut barang-barang kerana adiknya sudah terlelap dalam pelukannya. 'Macam budak kecik!'.
Setelah selesai, Ashraf bergerak pulang. Dia terus naik ke biliknya untuk berehat. Badannya direbah di atas katil. Jantungnya masih lagi berdegup kencang apabila teringat kejadian tadi. Selama seumur hidupnya tiada wanita lain yang menyentuh tubuhnya selain ibunya.
Bajunya juga berbau haruman Amna. Tangan diletakkan di dadanya. Perasaan asing yang dulu dihiraukan kini dia berasa sangat nyaman. Lagi bertambah nyaman, jika wanita itu berada di sampingnya. 'Sah! kau dah gila Ashraf!..Ibu nak kahwin! Tapi, dia malu!'..Jeritnya dalam hati..
Malam itu, Ashraf terus terlelap sambil memeluk tubuhnya. Lena tidurnya pada malam itu.
Enjoy reading!
Share this novel