Bab 18

Romance Series 24827

"Kenalkan ni PA aku. Amna"

"Amna, ni kawan saya. Anggota polis. En. Taufiq" ..Kata Tuan Syed ketika mereka berada di meja makan..

Masing-masing terkejut. Amna terdiam. Sangkaannya meleset..' Boss, kan pendiam bukan peramah macam tadi. Aku salah orang'..Amna bermonolog sendiri dan Taufiq dan Amna membalas senyuman sambil menyapa.

" Hai Amna"

Amna menggangguk kepala sambil membalas senyuman.

"Eh, korang dah kenal ke?"

"Kawan sepermainan saya dulu dekat kampung"..Jawab Taufiq. Amna juga turut mengangguk mengiyakan.

"Lah, kawan sekampung rupanya..Takpelah, kita makan dulu..Kejap saya pergi ke dalam kejap suruh dorang hantar makan". Taufiq mengangguk kepala.

Setelah Tuan Syed berlalu. Mereka berdua terus berborak sehingga makanan sampai. Gelagat mereka diperhatikan oleh seseorang. Mata redup itu melihat dan menatap wajah ayu Amna dari kejauhan tanpa rasa ingin menegur. Hati lelaki itu juga begitu hampa setelah melihat kemesraan di antara mereka.

"Kau jangan jeles, dorang tu kawan sekampung je. Lelaki tu kawan aku juga. Dia lah yang handle kes restoran aku kena rompak dulu".. Tuan Syed berkata. Sebenarnya, dia pun tidak menyangka akan kehadiran rakannya itu setelah dua minggu menghilangkan diri.

"Takpe, aku faham"..

"Kau pergilah layan dorang. Aku sekejap je ni"..

"Okay, bro..Apa-apa contact aku..lama dah kau menghilangkan diri..Aku nak dengar cerita kau"..

Ashraf mengangguk kepala. Tuan Syed pula bangkit lalu beredar ke meja makan Taufiq dan Amna..

"Sorry lambat.. Isteri aku tu taknak lepaskan aku"..

Taufiq ketawa terbahak-bahak. Amna pula segan mendengar usikan dari bossnya itu..

"Biasa orang dah berkahwin kan? Untunglah"..Jawab Taufiq..Amna hanya sekadar diam sambil memerhati..Dalam dia memerhati, dia seakan dapat mengecam susuk tubuh lelaki yang sangat dia kenali. Dia ke?

"Dah- dah. Jemput makan"..Pelawa Tuan Syed.. Amna tersentak lalu mengangguk kepala.

Selesai makan, Tuan Syed menegur Amna.

"Amna, lepasni saya tak masuk office tau.. Kalau awak takde apa-apa kerja nak buat..Awak boleh balik awal".. Ujarnya sambil tersenyum..

"Baiklah Tuan Syed"..Amna mengangguk faham.. Taufiq juga turut tersenyum melihat seraut wajah Amna. 'Sejuk mata memandang'.

"Kau Taufiq, Sampai bila stay sini? Kau handle kes apa sampai kena stay sini?".

"Oh, dalam dua tiga hari je aku turun sini. Aku kena handle kes jenayah dadah sebab ada staff dekat sini pergi kursus"

"oh, nanti bila-bila free datang je sini. Aku tak ke mana"..

"Tuan Syed, saya beransur dulu sebab nak masuk waktu jam bekerja dah. Saya tak solat lagi".. Amna meminta diri.

"Nanti awak free, kita dinner luar ye Amna".. Sempat Taufiq bersuara. Amna hanya senyum..

"Jangan sesuka hati ajak dia keluar, Ada orang jaga dia dari jauh tau"..Jawab Tuan Syed selamba..

Berkerut-kerut dahi Taufiq mendengar kata-kata rakannya itu.

"Saya pergi dulu..Isteri tuan ada dekat dalam ke? Saya.nak jumpa sekejap"..Amna bergerak bangun ..

"Aah, awak masuk je dekat bahagian dapur tu. Dia ada dekat dalam tu".. Amna mengangguk lalu beredar..

Sampai sahaja di dalam kawasan memasak. Matanya meliar mencari kelibat isteri Tuan Syed..

"Kak Nur.."

Kak Nur menoleh lalu bergerak mendekati Amna..
"Ya Allah, kenapa masuk sini.. Kotor nanti".. Ujarnya sambil mencuci tangan..

" Eh takpelah kak, Amna nak balik dah ni..Terima kasih Kak Nur sebab hidangkan makanan..Sedap sangat"..

"Oh nak balik dah? Tak sempat nak borak-borak dengan Amna."

"Hehe, Kak nur kan sibuk. Amna pun rushing sebab waktu rehat pun nak habis dah"

"Itulah, takpe..Nanti Amna free..Datang je sini ye..Boleh kita borak panjang"..

"insyaAllah kak..Amna minta diri dulu ye..Amna tak solat lagi ni"..

"Okay, hati-hati ye.." ..Mereka berpelukan dan Amna berlalu ke keluar..

Amna memandu ke masjid yang berdekatan. Selesai solat, Amna berehat di dalam kereta. Masih ada 15 minit lagi..Tempat kerjanya hanya berada di sekitar..

Setelah puas, Amna masuk kembali ke tempat kerja sehingga habis jam bekerja.

Selesai thumbprint..Amna bergerak keluar lalu dia memandu ke arah bukit Ampang..Dia ingin berseorangan sambil itu melihat keindahan matahari terbenam..

Sampai sahaja di sana.. Kawasan itu tidak banyak pengunjung. Amna duduk di atas rumput dan menghayati angin petang. Sangat mendamaikan jiwa..Dalam dia leka, telefon bimbitnya bergetar. Dia lupa untuk membuka kembali sound untuk notificafion..

'Akak Intan'.. Dengan pantas, Amna menjawab panggilan itu.

"Hello Akak?"..

"Amna dekat mana ni? Tak balik lagi."

"Arh, Amna dekat luar kejap ni.. Dekat Bukit Ampang.. Amik angin kejap"..

"Okay, jangan balik lewat sangat ye.. Nanti Abang Syamil cari"..

"Okay kak, kejap lagi Amna balik..Akak dah balik ke?"..

"Dah, baru je sampai ni.."

"Okay kak, Akak ada nak kirim apa-apa tak?"..

"Takpelah, Amna..Akak nak masak je..Tahulah kan, Abang awak tu cerewet sikit susah makan makanan dari luar"..

Amna tergelak lalu mengangguk faham..Itulah hakikatnya, sebab itu dia mahir memasak kerana Abangnya suka makan makanan dari rumah..

"Okay kak..Kejap lagi Amna balik"..

"Okay Amna..Byee".. Setelah panggilan ditutup..

Jam dilihat..'6.15 minit'..Amna kembali menghayati suasana alam..

Dan sekali lagi, ketenteramannya di ganggu..Dia rasa seperti seseorang berada di sebelahnya..Amna menoleh dan dia terkejut melihat gerangan yang berada disebelahnya..Mata Amna berkelip seakan tidak percaya.

Lelaki itu membalas renungannya sambil tersenyum indah..Kemudian, dia ketawa kecil melihat Amna seakan terkaku..

"Kenapa tak balik lagi?"..

Amna tersentak lalu memalingkan wajah ke hadapan..

"Boss buat apa dekat sini?"..Soal Amna tanpa menoleh..

"Saya bukan boss awak lagi"..

"Yelah, tapi buat apa dekat sini?"..

Lelaki itu tergelak melihat reaksi Amna yang tak menoleh memandangnya..

"Saja datang nak ambil angin..Taktahu pula boleh terjumpa awak dekat sini"..Jawab lelaki itu sambil melihat keindahan waktu petang.. Suasana sungguh mendamaikan hati.

Amna hanya sekadar mengangguk kepala. Dia seakan kekok..Suasana kembali sunyi hanya bunyi kereta lalu lalang..

"Macam mana kerja tempat baru? Okay?"..

Amna tiba-tiba teringat sesuatu..

"Okay sangat..Saya tahu mesti boss kan yang berkomplot dengan Tuan Syed".. Amna memandang tajam melihat wajah lelaki itu..

Lelaki itu menjongket kening.

"Boss tak perlu berlakon..Saya tahu, mesti boss kan yang mintak Tuan Syed ambil saya bekerja di sana..Bukan saya taktahu, Tuan Syed tu kan kawan baik boss"..

Lelaki itu tersenyum mendengar kata-kata wanita itu..Memang betul semua kata-kata Amna. Dia hanya mengangkat bahu lalu tersenyum.

Amna semakin berang apabila bossnya hanya senyum..

"Saya fikirkan selama boss hilangkan diri. Sudah boleh bercakap macam orang biasa.Rupanya still sama"..Rungut Amna perlahan..

Lelaki itu tergelak mendengar kutukan wanita itu.

"Awak cari saya?"

"Eh, taklah..perasan je"..Amna menjawab sambil menjeling.

"Habistu macam mana awak tahu saya menghilangkan diri?"..

"Saya agak je..Saya malas ambil tahu pasal boss.Nanti kena marah lepastu cakap kita 'busybody'." Ejek Amna lagi..Dia masih tak puas hati lagi dengan kes sebelum ni..

Lelaki itu masih ketawa lagi. Baginya, inilah detik yang sangat dia rindui iaitu duduk berkongsi cerita dan bersembang dengan wanita itu.

"Haha, yelah..Waktu tu masa tak mengizinkan awak untuk masuk campur hal saya..Saya cuma nak jaga keselamatan awak saja..Salah ke?"..

Amna mencebik menyampah..Itu jelah jawapan dia dengar..Jawapan selamat katakan..

"Awak cari saya sebab awak rindu saya kan?"

Amna terkejut..Baru pertama kali mendengar boss bersembang mengenai soal hati..

"Wah, sejak bila boss pandai dalam menilai perasaan orang ni ye?"..

"Hahaha, sejak awak masuk kerja dengan saya. Tapi, tak berani bersuara"..

"Seriuslah boss?"..

"Yelah, awak fikir saya main-main?"..

"Yelah, mana saya tahu..Sebab setiap hari boss asyik diam je..Saya fikir saya tengah bekerja dengan robot"..Sekali lagi Amna mengutuk..

"Haha, jadi awak fikir saya robot? Barang yang takde hati dan perasaan?"..

"Yup"

"Saya suka dengan kejujuran awak ni..Tapi, sebenarnya saya banyak belajar benda sejak awak bekerja di sana"..

"So, kiranya boss lah kan yang rindu saya?"

Lelaki itu tersenyum lalu mengangguk..

"Betul lah tu..Saya harap awak boleh bekerja di tempat kerja saya dalam tempoh masa yang lama. Tapi, masa tak mengizinkan"..

"Ceh, konon..Tapi, takpelah..Saya nak cari pengalaman baru dekat tempat Tuan Syed..Gaji pun boleh tahan masyuk!'..

Lelaki itu ketawa kembali..Tak pernah lekang senyuman dan ketawa di bibir lelaki itu..

"Oh, jadi awak suka duduk sana sebab gaji besar? ..Jadi, selama ini. Saya bagi tak cukup besar untuk awak?"..

"Hehe, takdelah..

Amna mengerling jam..Waktu semakin senja. Dia perlu pulang sebelum Abangnya balik dari kerja..Kerana kebiasaan abangnya akan sampai di rumah dalam waktu maghrib..

"Er, boss, saya balik dulu. Dah lewat"

"Okay, hati-hati"..

Amna bergerak bangun dan melangkah. Namun, langkahnya terjeda disebabkan lelaki itu memanggilnya.

"Ye, kenapa boss?"

"Esok malam awak free?"

Amna mengerut dahi..'Aku setiap malam free..Mana boleh keluar. Kalau tidak Abang aku mengamuk'.

"Er, saya malam sentiasa free. Tapi, saya tak boleh keluar malam"

"Oh okay takpe, Nanti saya minta izin Abang awak"

"Kenapa? Nak pergi mana?"..Soal Amna laju..

"Ibu saya ajak awak makan malam dekat rumah. Saya tak sampai hati sebab banyak kali dah ibu saya tu merungut.. Nak Taknak saya tunaikan juga"..

Amna mencebik.."Oh, yelah..Suka hati boss lah..Saya balik dulu"

Setelah kereta Amna berlalu pergi.. Lelaki itu mengeluarkan sesuatu yang sudah lama dia simpan. Dan dia buntu bilakah masa yang sesuai untuknya memberikan hadiah istimewa kepada tuannya.

Happy reading! Cahaya minta maaf sebab dah lama tak update sebab tak berapa sihat ..Harap semua faham..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience