"Mummy!!"..Jerit Balqis kuat semasa menjejak kaki ke dalam kelab mewah itu. Matanya merah menyala dan berair apabila rancangan mereka gagal.
Wanita yang sedang melayan Dato' tua kaya terus mendengus kuat. Separuh bahagian badan yang terdedah ditutup dengan selimut. Dato' Murad yang bersama dengannya terus sahaja menghela nafas berat sebelum bangun dari tubuh wanita itu.
"You, bisingnya anak buah you tu"..Tegur lelaki tua itu.
Mummy Fea menyapu lembut pipi tua sebelum berlalu membuka pintu bilik khasnya. Dia pun sedang menahan marah kerana Balqis mengganggu mereka.
Terbuka sahaja pintu bilik itu, tersembul wajah sembap Balqis. Terus sahaja rasa marahnya berkurang.
"You kenapa ni?"..Soal Mummy Fea sambil memeluk tubuh Balqis. Belakang Balqis ditepuk perlahan..
"Mummy, plan kita ga..gagal"..Jawab Balqis sambil tersedu sedan.
"It's okay..Nanti kita buat plan baru.."
"Its too late Mummy, Perempuan tu dah menikah dengan Ashraff".. Balqis meraung kuat apabila mengenang nasibnya yang tidak dapat bersatu dengan lelaki idamannya.
Mummy Fea terdiam.
" I sayangkan Ashraff, I cintakan dia.." Balqis mengadu sambil muka menyembam di bawah leher mummynya itu.
"You sayangkan siapa?".. Tegur satu suara yang tak asing dari telinga Baqis.
Terhenti sebentar tangisannya. Lengannya ditarik lembut lalu tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu. Dagunya ditolak ke atas untuk menatap wajah lelaki itu.
Lelaki itu memberi isyarat kepada Mummy Fea meminta wanita itu beredar dari situ. Mummy Fea yang seakan mengerti masuk ke dalam bilik khas tersebut dan mula menjalankan kerjanya kembali..
Di hadapan pintu bilik mewah itu, mereka berdua masih lagi berpelukan..
"You tak sayangkan I ?"..Soal lelaki itu lembut.
Balqis membalas tatapan itu sebelum berkata.
"Bila you sampai sini?"..Soal Balqis sambil menyapu sisa air matanya.
Keningnya tebal milik lelaki itu terangkat sebelah.
"Baru je.."
"Ada apa you datang sini? Bukan you kerja ke?"..Soal Balqis sambil keluar dari pelukan itu. Namun, usahanya sia sia..Pelukan itu makin dieratkan.
"I tengah free..you belum jawab soalan i lagi".. Ulang lelaki itu lagi..
"Jom kita pergi dari sini".. Ajak Balqis..Dia malas berlama disitu.
"Kahwin dengan I"..Ajak Dato Zack sambil melutut dihadapan Balqis.
Terhenti langkah Balqis. Matanya merenung mata lelaki yang selama ini menjaga dan memahaminya walaupun sikap kongkong lelaki itu mrmbuatkannya rimas.
Dato Zack mengeluarkan bekas berwarna merah berbentuk hati lalu menarik lembut cincin berhias permata.
"Marry me please.." Pujuk Dato Zack dengan pandangan lembutnya.
Balqis berperang dengan hatinya. Tipu kalau dia tak mula terbuka hati terhadap Dato Zack, tapi dia tak suka bermadu.
"I tak suka bermadu".. Jawab Balqis. Tiba-tiba dia teringat satu nyawa yang telah berada di rahimnya. Ketika itu juga emosinya berubah mengenang nasib anaknya jika tidak berbapa. Air matanya mula mengalir.
Kakinya mula melangkah meninggalkan lelaki itu. Terasa diri ingin membawa diri jauh dari semua orang.
Dato Zack bangun lalu menatap belakang tubuh wanita yang sudah berlalu pergi itu. Keluhan kedengaran. Dia tahu emosi wanita itu tidak stabil. Jadi, dia hanya membiarkan wanita itu masa untuk menenangkan diri. Namun, setiap perlakuan masih lagi dalam pemantauannya.
'I akan pastikan you jadi isteri i, Balqis. I tahu sekarang mengandungkan anak i. Sampai masa i akan cari you'.. Bisik hatinya sebelum berlalu kembali ke tempat kerja.
Lain pula di situasi Ashraf dan Amna. Mereka kini berada di kediaman milik keluarga Ashraf ..Masing-masing kekok dan diam apabila melangkah masuk bilik pengantin.
Amna masih berdiri dan tidak bergerak di pintu bilik. Ashraf melihat pelik ke arah isterinya. Dia tahu pasti wanita itu masih dalam traumanya.
"Amna, come here sayang"..pujuk Ashraf sambil bangun dan menarik lembut lengan isterinya. Tangan kirinya menutup pintu dan kunci.
Ashraf membawa Amna untuk duduk berhadapan dengannya di atas katil bersaiz king itu.
"Pandang abang please.." Lembut sahaja lelaki itu menuturkan kata-kata. Amna pula tak senang duduk. Hatinya berdebar hebat tapi riak mukanya masih lagi dikawal. Mata menatap wajah lelaki yang sudah bergelar suaminya.
"Awak sedarkan saya dah jadi suami awak?"..
Amna mengangguk kepala perlahan. Ashraf agak senang dengan respon dari Amna. Bibirnya mengukir senyum manis.
"Jadi, boleh saya tukar gelaran kita? Awak boleh panggil saya 'abang, hubby or anything else'..Tapi, saya akan gelarkan diri sebagai abang dan akan panggil awak 'sayang'..okay?"..
Amna mengangguk kepala sekali lagi. Ashraf geram sambil menarik tubuh Amna untuk dipeluk. Mata Amna terbeliak dan terkejut.
Ashraf ketawa melihat tingkah isterinya yang agak kalut dan terkejut.
"Abang nak dengar suara sayang respon. Abang berkahwin dengan manusia tahu, bukannya berkahwin dengan robot"..Ashraf mengusik Amna.
"Bo..boleh"..Jawab Amna perlahan. Hati Ashraf mula mencair. Senyuman manis masih lagi terlakar dibibirnya.
"Abang minta maaf sebab lambat cari awak".. Kata Ashraf sambil menggenggam erat jari jemari isterinya.
Amna tersenyum nipis lalu mengeleng..
"Abang dah kurus"..Kata Amna perlahan sambil mengusap wajah suaminya.
Ashraf mengangguk kepala dengan senyuman yang masih lagi tak lekang. Kini dia berasa nikmat berumahtangga yang sebenar. Doanya seakan dimakbulkan walaupun cara pertemuan untuk bernikah berlainan tapi dia tak kisah kerana ini takdir pertemuan mereka.
"Sejak awak kena culik tu..Kurang selera makan"..Jawab Ashraf sambil tersengih dengan tatapan tak jemu melihat wajah ayu isterinya.
"Tadi dah makan?"..Soal Amna
Ashraf mengeleng sebab dia nak berehat bersama isterinya di dalam bilik itu.
Amna bangun lalu menarik lengan Ashraf untuk turun makan. Ashraf memandang pelik.
"Nak ke mana?"..
"Makan..Saya teman"..
Ashraf mengeleng.
"Jomm".. Meleret suara Amna memujuk.
Ashraf diam. "Boleh, tapi ada syarat"..
Amna mengerut kening. "Apa dia?"
"Boleh abang peluk sayang? Sekejap pun jadi lah"..Jawab Ashraf dengan pandangan simpati.
Amna hanya mengangguk. Dia tahu lelaki itu perlukan masa untuk bertenang dan ingin berasa selesa dengannya.
Tanpa banyak soal Amna mula mendepakan tangan dan suaminya datang memeluknya dengan erat.
" I really miss you.. Please stay with me".. Bisik Ashraf perlahan sambil menghayati pelukan hangat dari isterinya.
Amna tersenyum lalu menyapu belakang badan suaminya. Karakter suaminya sangat manja pada pandangannya.
"Ye baby besar..Jom makan"..Kata Amna sambil meleraikan pelukan mereka.
Ashraf tersengih mendengar kata-kata Amna sambil mengesat laju sisa air matanya. Namun, Amna dapat menangkap perbuatannya itu.
Ternganga sebentar Amna melihat suaminya seakan baru lepas menangis. Menangis dalam diam.
"Abang menangis?"..
Ashraf mengeleng kepala sambil tersengih malu. Itu pertama kali dia menangis merindukan isterinya.
Amna berasa terharu dan lembut hati apabila dia dikurniakan suami yang sebaik dan seikhlas suaminya. Tak pernah menyangka dia akan melihat suaminya itu bersikap begitu.
Amna dengan berani memeluk pinggang suaminya dari sisi lalu sebelah lagi tangannya mengesat kesan air mata suaminya.
"Jom kita pergi makan ye"..
Ashraf mengangguk senang melihat perlakuan isterinya yang tidak kekok menzahirkan kasih sayang walaupun sekejap. Dia perlu mencari jalan supaya Amna selesa bersamanya.
Mereka berjalan beriringan menuju ke dapur. Kelihatan saudara mara mereka tinggal sedikit. Mereka ditegur oleh mak mertua di dapur.
"Sini makan sekali. Kamu mesti belum lagi kan Ashraf"..
Ashraf mengangguk manakala Amna melepaskan tautan dipinggang suaminya untuk bergerak menyediakan makanan.Tetapi, di halang oleh suaminya sendiri. Amna terpinga-pinga.
"Saya nak ambil makanan untuk abang ni"..
"Duduk je sebelah Abang. Abang boleh ambil sendiri"
Amna mengeleng lalu dia berusaha juga menyediakan lauk.
"Kamu berdua ni nak makan atau nak bergaduh manja?".. Tegur suara itu lagi. Sebenarnya dia juga menyaksikan perlakuan sepasang suami isteri itu. Kelihatan anaknya sangat manja dengan isterinya dan itulah perilaku sebenar anaknya sebelum kembarnya meninggal dunia.
Amna dan Ashraf tersentak. Amna menjeling ke arah suaminya sebelum tersenyum malu apabila melihat ibu menrtuanya masih lagi memerhati mereka. Tanpa banyak soal, rangkulan dilepaskan. Tangannya mengambil beberapa lauk yang terhidang.
Apabila pinggan penuh dihulurkan. Ashraf hanya diam sambil memandangnya. Amna pelik, riak wajahnya masih lagi dikawal kerana ibu mertuanya makan bersama mereka.
"Dia nak kamu suapkan tu Amna".. Sampuk suara ibu mertuanya.
Amna memandang ibu mertuanya sebentar sebelum mengalih pandangan memandang suaminya yang sedang tersengih. Rupanya ini helah dia ye.
Tanpa banyak soal, Amna mula menyuap nasi ke mulut suaminya. Sekali sekala nasi masuk ke mulutnya. Perlakuan mereka diperhatikan oleh ibu mertuanya.
Di luar kediaman, kelihatan sebuah kereta Honda diparkir dibawah pokok. Balqis merenung rumah kediaman yang bercahaya dengan lampu dan khemah. Tiada orang yang berlega di luar kerana sudah lewat malam.
Tangannya mengusap lembut perutnya. Seketika kemudian, kereta dipandu pergi. Dia ingin pergi membawa diri. Tetapi, dia lupa bahawa setiap pergerakannya di perhatikan oleh orang upahan Dato Zack.
Share this novel