Bab 11

Romance Series 24827

"Boss, hmm..Err ni failnya"..

"Letak je dekat atas tu".. Amna mengikut arahan..

Amna serba tak kena.. 'Nak cakap ke tak eh?' Haih kalau tak bagitahu nanti macam kesian pulak kan?'.

Ashraf pelik melihat Amna berdiri bingung disitu..

"Kenapa berdiri?"

Amna tersentak.."Argh..Er saya nak bgitahu boss pasal..." ujarnya Amna sambik memandang fail yang dia letakkan itu.

Ashraf mengangkat kening. Ashraf dapat mengagak apa yang ingin ditanya oleh wanita itu..Memang dia tak salah menilai wanita itu. Sangat peka dengan keadaan sekeliling..Dia berdehem sebelum memberi arahan..

"Lock the door first"..

Amna hanya menurut lalu pintu pejabat dikunci dari dalam..

"Have a seat".. Kata Ashraf sambil membetulkan duduknya dan menghadap Amna yang menarik kerusi untuk duduk..

"Tell me now..Whats on your mind?".. Soal Ashraf perlahan sambil menatap wajah itu..

Amna dengan rasa berani bersuara..Kelihatan bossnya fokus kepadanya membuatkan rasa berani bertukar gugup..'Haih, baru macam ni dah kecut ke'..Gerutu Amna dalam hati..

"Err, sorry boss..Saya takde niat nak masuk campur urusan syarikat boss.. Tapi, saya ter..baca fail tu.." Kata Amna sambil tersengih..

Ashraf mengangguk perlahan.. Masih diam menunggu Amna menghabiskan ayatnya..

"Saya perasan data dekat dua-dua fail tu lain boss..Kejap saya tunjuk.."

"Cuba boss tengok dekat sini..Saya bukan budak-budak yang tak faham benda ni..Saya belajar juga benda ni..And if kita biarkan, akan membawa kesan buruk dekat syarikat boss".

"So, awak nak saya buat apa?"..

Amna ternganga melihat respon bossnya..

"Boss, seriuslah..Saya tahu boss cerdik dan bijaksana daripada saya sebab tu boss pegang gelaran ketua dekat sini..Takkan boss nak biarkan je? Tak kesian dekat company boss ke? tak sayang dekat pekerja dedikasi boss ke? Sorry kalau saya tegur boss..Saya tahu saya masih mentah dalam hal ni tapi atleast boss kena ambil tindakan.."

"Sebab saya tahulah, saya tak bagi awak bertindak waktu bahaya depan mata haritu..Saya taknak awak terlibat dalam kes ni"..Jawab Ashraf tenang..

Amna pelik dengan sikap bossnya ni..begitu tenang..

"So? boss ada buat report polis untuk keselamatan diri?"..

"Belum, tapi masih dalam siasatan untuk kes pecah amanah ni..Saya tengah kumpul bukti"..

Amna menepuk dahi. Ashraf mengangkat kening..

"Boss, kena juga buat report walaupun bukti tak banyak..Bukti macam ni pun boleh bantu polis buat siastan awal..Atleast, keselamatan boss terjamin kalau jadi apa-apa nanti." Dengan wajah dan kening berkerut-kerut

"Kenapa awak risau sangat?"..Terpacul soalan emas dari mulut Ashraf.

Amna kebingungan..Dia terdiam sebelum menjawab..

"Boss ni kan..Saya serius..boss main-main pulak.." Amna terasa tercabar..Ashraf pula tersenyum puas..Suka dia lihat wajah merah tu..

Amna pula sudah geram tengok wajah ceria bossnya itu..Tapi, dalam masa yang sama jantung berdengup laju..'Haih, aku benci perasaan ini..'

"Baiklah, saya dengar nasihat awak.. Tak payah nak garang sangat muka tu..Elok cantik terus dah kurang cantik"..Usik Ashraf..Hatinya juga senang lihat wajah bengang tu..

'Ya Allah, kenapalah aku boleh dapat boss macam ni..Kuatkan hati aku ya Allah..Sabarkanlah aku'..Doanya dalam hati..

"Dahlah, malas layan boss..Buat sakit hati saya je"..Katanya sambil bangun dari kerusi..Dan langkahnya terhenti apabila mendengar suara orang ketawa..Dan sudah pasti datang dari bossnya itu..

"Thanks for your advice..Very helpful and really meant to me"..Ujar Ashraf sambil melihat Amna yang sedang menatap PC. Amna buat bodoh.

Tiba-tiba Amna teringat satu kata-kata..Lalu, dia bersuara..

"Er, satu lagi boss saya nak ingatkan boss..Saya teringat satu kata-kata ustaz dekat Fb..Dia kata kebiasaan orang yang nak niaya kita ni tak jauh..Orang tu adalah orang yang terdekat dengan kita atau yang kenal kita..So, lepasni boss takperlu cari orang lain just boss kena siasat orang terdekat..Itu je"..

Ashraf menggangguk faham sambil menghadiah senyuman manis kepada wanita itu. Amna pula menoleh tanpa perasaan..Dia taknak terpikat dengan senyuman yang jarang dia dapat itu walaupun hatinya mula mencair dan terpujuk marahnya..

Selesai sahaja waktu bekerja, Amna macam biasa akan menumpang Akak Ika pulang kerana arah pulang kerumahnya sehaluan dengan rumah Amna..

Sampai sahaja di rumah, Amna terlihat satu kereta baru dan cantik masih berkilat terparkir disebelah kereta Akak Ika..Dia pelik..'Ada tetamu ke?'..

"Assalamualaikum"..

"Waalaikummussalam, Haa..balik pun..Sini akak ada berita gembira untuk Amna"..

Amna terus menghampiri Akak Intan lalu bersalam..Abangnya masih belum sampai kerana tempat kerjanya jauh dari rumah..

"Berita gembira apa kak?"..Soal Amna sambil melabuh punggung disebelah Akak Intan..

"Jom ikut Akak"..

"Alah, baru duduk"..

"Jom lah..Sekejap je..Confirm Amna suka..Cepatlah".. Kata Akak Intan yang sudah berada di depan pintu masuk..Amna tanpa banyak soal..Bangun dan menghampiri Akak Intan..

"Haa, mana berita gembiranya tu?"..

"Amna nampak tak kereta sebelah kereta Akak tu?"..Soal Akak Intan ceria..

"Nampak..kereta siapa tu?"..

"Itu kereta Amna lah!..Cantik tak?"..

Terus terbeliak mata Amna dengan muka tak percaya..

"Serius lah Akak?..Tak main-main kan?"..

Akak Intan menggangguk laju lalu menarik tangan Amna menghampiri kereta Honda Jazz keluaran baru itu..Amna terus peluk Akak Intan..Terharu!

"Betul! Ni hadiah untuk Amna..Lepasni Amna boleh dah pergi kerja sendiri.."

"Yeayy!"..

Jerit Amna kesukaan..Kakinya berjalan disekitar kereta lalu pintu memandu dibuka..matanya bersinar-sinar..

"Siapa yang belikan ni Akak? Akak dengan abang ke?"..

"Yelah, siapa lagi"..Amna ketawa sambil tersengih..Hatinya rasa tak sabar untuk cuba memandu sendiri..

"Suka tak?" Satu suara garau menyampuk..Amna tersentak lalu laju memeluk Abangnya..

"Terima kasih Abang akak" .. Syamil hanya juga membalas pelukan adik kesayangannya itu.

"Lepasni jangan merayau pulak..Kalau tak, abang ambil balik kereta ni..Ingat!".

"Baik boss"..Kata Amna sambil memberi tabik hormat.

Syamil mengeleng kepala..Kelihatan adiknya begitu gembira dengan hadiah itu..

"Dah jom masuk..Nak maghrib dah ni.." Ajak Syamil lalu bergerak mendekati isterinya..

Amna pula mengikuti dari belakang..Esok confirm bangun awal sebab nak test drive ke tempat kerja..

"Jaga elok-elok kereta tu" ..Pesan Syamil ketika di meja makan..

"Baik abang"..Jawab sambil tersengih..

"Amna dah cari ke kerja baru?"..Soal Akak Intan..

"Aah dah cari, tengah tunggu call..Kalau takde ..Amna cari lain..Sekarang susah kan nak cari kerja..Nak-nak lagi yang kelulusan luar negara macam Amna..Confirm dorang takut tak mampu nak bayar gaji".. Keluh Amna perlahan..

"Takpelah Amna..InshaAllah ada rezeki dekat mana-mana..Yang penting kita usaha.." Ujar Akak Intan..

Syamil pula hanya makan tanpa kata-kata..

Keesokannya, Amna bersemangat untuk drive..Seperti kebiasaan, Amna akan bangun awal untuk memasak bekalan untuk boss sementaranya itu..Nasi lemak hijau sambal sotong menjadi pilihan hati..

"Akak, makanlah..Amna nak bersiap..takut jammed jalan"..

Tanpa sempat Akak Intan menjawab. Amna terus berlalu...Dia menoleh ke makan yang berada di dalam bekal dan terus teringat En. Ashraf..'Hari-hari makan air tangan Amna ni..confirm dah jatuh hati lah tu ..Kalau Amna takde macam mana lah bossnya tu'..

Amna bersiap-siap lalu..Dia bergerak untuk bersalam..dan dengan lafaz bismillah..Pedal kereta ditekan lalu kereta bergerak menuju ke destinasi..

Hatinya berbunga-bunga dan moodnya hari ni lain..Dalam beberapa minit, Amna selamat sampai..Dan kereta di parking agak jauh kerana risau mengambil parking orang..

Naik saja..Dia terus ke mejanya untuk meletak beg tangan..Kalini Amna awal dari biasa..Dan ketika dia keluar..Kelihatan Akak Ika masuk kerja dan tanpa menunggu Amna terus datang menyapa..

"Akak dah sarapan?"..

"Eh, Amna ni suka tau buat akak terkejut.."

Amna tersengih lalu angkat tangan..Risau kena cubit..

"Dah sarapan belum?"..

"Belum lagi..Akak tak sempat tadi..Kelam kabut nak hantar anak ke sekolah..Biasalah dengan meragam lagi..Nasib baik suami akak boleh hantar..Kalau tak..Lambat lah akak sampai sebab jammed"..

"Ala sian dia..Harini rezeki akak sebab Amna ada bawa bekal lebih"..

"Yeke? Alhamdulillah..Kalau macam jom makan..Boss tak sampai lagi kan?"..

"Belum..Jap Amna ambil dekat dalam"..

Ketika di Pantri..

"Wahh sedapnya bau..eh jap makanan boss Amna dah asing?"..

"Dah Akak ..Jangan risau..Makanan boss dalam tupperware lain..Yang ni kita punya"..

"Okay jom makan..Perut dah lapar ni"..Kata Akak Ika sambil tangan mengaul nasi..

Selesai saja makan, Amna mengemas meja ..Akak Ika masih lagi duduk dimeja sambil minum..Amna perlu bergegas kerana kelihatan jam bekerja akan mula dan sudah pasti bossnya akan masuk kerja sebentar lagi.

"Untung boss hari-hari dapat makan makanan sedap-sedap kan?" Usik Akak Ika..

"Mana ada..Biasa-biasa jelah akak"..Jawab Amna sambil mencuci pinggan..

Ketika itu masing-masing tak perasan kelibat bossnya dia luar..Ashraf memerhati dua orang pekerjanya di sebalik pintu pantri terbuka sedikit..Langkahnya terhenti ketika apabila dia mendengar suara Akak Ika bercakap mengenainya..

"Amna belajar mana masak ni? Sedap..Akak rasa lah kan..Confirm boss kita tu dah jatuh hati dekat Amna.."

"Amna belajar dari Youtube je..biasalah dulu hidup bujang dengan Abang kan..Nak taknak, Amna kena masak dekat rumah sebelum sambung belajar.. Eh, Akak ni..Kenapa cakap macam tu..Amna pekerja dia je tau..Nak duduk sama level dengan dia..Tak lepas lah akak oi"..Jawab Amna lagi semasa mengelap tupperware..Masih lagi tak perasan kelibat bossnya..

"Eh, pada akak ..Amna dengan boss tu sepadan kot..Sama cantik sama kacak.."

"Haa lebih dah tu Akak..Stop eh..Jangan lebih-lebih..Nanti dengar dek orang..Habis satu office ni..Amna juga yang kena kecam ..Tak mau lah!"..Amna menjawab sambil muka mencuka dan menyampah..

"Haha..Alah akak gurau je pun..Tapi, mana tahu tiba-tiba jodoh korang kan? Akaklah orang yang paling happy tengok korang naik pelamin nanti".. Tak puas lagi Akak Ika mengusik..

"Ya Allah, Jauh betul fikiran akak pergi..Diluar kotak sangat ni..Lain macam mood mengusik Akak harini..Ke sebab nasi lemak Amna ni ada letak gula banyak dalam sambal sampai Akak agresif lain macam"..Jawab Amna..

Akak Ika pula masih dengan sisa tawanya..Makin kuat mendengar kata-kata Amna itu..

Lepas sahaja Amna berkata..Dia mula berpaling..Terus kaku tingkahnya apabila melihat bossnya dipintu yang sedang memandangnya dengan renungan yang sukar ditafsir..

Ashraf berdehem sebelum berlalu pergi..Akak Ika juga terkejut mendengar deheman itu lantas menoleh ke belakang..Kelihatan susuk tubuh bossnya berlalu..Matanya pula menatap Amna yang kaku itu..

"Akak.....Habislah Amna.....Malunya Ya Allahh....."Ujar Amna perlahan seolah-olah mengadu sedih..Akak Ika juga turut terkejut dalam masa yang sama dia tak dapat mengagak apa akan jadi lepas ni..

'Harap semua okay! Dan dia tahu..Bossnya tak akan pernah marah wanita itu kerana melalui pemerhatiannya tingkah laku bossnya itu menunjukkan bahawa lelaki itu menyukai wanita itu..Cuma Amna yang masih tak perasan..Harap korang berdua berjodoh.Aminn..'Bisik hati Akak Ika..

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience