"Amna, jom makan..sementara baby tengah tidur tu".. Ajak Akak Intan semasa Amna baru keluar bilik.
"Eh, akak dah masak ke?"
Akak Intan mengangguk kepala sambil menyusun hidangan di atas meja.
"Lah, kenapa akak masak? Amna kan boleh je masakkan"..
"Takpelah Amna, setakat masak apalah sangat. Amna kan baru balik keje..Tentu penat. Sekali sekala akak masak , akak okay je"..
"Alah, kerja Amna bukan teruk pun.. Takde sampai guna banyak tenaga pun. Akak tu kan, doktor kata jangan banyak bergerak nanti luka jahitan lambat kering"..Kata Amna sambil duduk dikerusi.
"Akak okay je. Alhamdulillah luka akak dah kering. Akak rasa bosan lah takde buat apa-apa dekat rumah".
"Ikut akaklah..Amna okay je asalkan akak tak apa-apa".
"Amna jangan risau. Akak okay je.. Dah jom makan..Abang kata dia lambat balik sebab jalan jammed"..
Amna mengangguk kepala lalu makan tanpa bercakap. Itulah dia, sejenis yang makan tak suka bercakap. Tak baik katanya..hehehe..
Keesokan harinya, Amna bekerja seperti biasa dan tengahari dia bercadang makan bersama akak Ika. Lama sudah dia tak keluar dating berdua dengan kakak angkat kesayangan dia tu.
Kring Kring..Bunyi telefon Amna ..
Amna mengerut dahi melihat nombor tidak dikenali. Dia hanya membiarkan telefon itu berdering. Memang Amna seorang yang susah menjawab panggilan jika nombor tidak dikenali.
Kring kring..Kali kedua berbunyi.
Ashraf sudah mengangkat kepala melihat Amna yang tekun menaip.
"Kenapa tak angkat call tu?"..
"Err, nombor tak dikenali..Malas nak angkat..Sorry lah kalau mengganggu..Saya silent fon'' Jawab Amna tersengih.
Ashraf hanya mengeleng kepala. Jam berginjak ke jarum 1.00 tengahari. Amna berlalu meninggalkan boss di ruangan pejabat itu dan mendekati Akak Ika diruangan kerja wanita itu..
"Akak..Jom kita lunch"..
"Okay..jom!".. Jawab Akak Ika..Namun, baru sahaja sampai di pintu keluar parking lot. Akak Ika seakan mencari sesuatu.
"Akak? Okay tak?"..
"Amna, Tunggu sini dulu kejap boleh? Akak rasa telefon akak tertinggal dekat office".. Jawab Akak Ika tergesa-gesa.
Amna hanya mengangguk lalu bersandar di dinding sambil mata meliar memandang kawasan sekeliling. Dalam leka memerhati, matanya tertangkap satu susuk tubuh yang berpakaian gelap berhampiran kereta bossnya.
Amna dengan perlahan mendekati lalu memerhati gelagat lelaki itu. Kelihatan lelaki tersebut mengeluarkan sesuatu yang tajam lalu tangannya ingin membuka boot hadapan kereta bossnya. Amna terkejut lalu kakinya ingin melangkah ke sana untuk menghalang.
Baru sahaja mulutnya ingin menjerit, tetapi mulut terus ditekup oleh satu tangan kekar..
Umph..Umph.. Amna bergelut untuk melepaskan diri. Dan tiba-tiba tingkahnya terjeda apabila mendengar suara berbisik.
"Jangan berani sangat Amna".. Lembut suara itu menegur. Amna dapat meneka milik siapa suara tersebut. Tangan cuba menarik lengan kekar itu tidak berjaya. Sangat kuat dan erat sehingga bahunya terasa kuat dihimpit.
"Saya akan lepaskan asalkan awak diam"..
Amna mengangguk faham lalu diam kerana kurang bernafas. Lelaki itu melepaskan tangannya.
Amna bernafas kuat dan lelah. 'Kuat juga tenaga dia ni..Fikir lembik je'.. Kutuk Amna dalam hati. Amna menjeling geram lelaki disebelahnya.
"Lain kali kalau nampak bahaya depan mata, jangan cuba untuk dekati..Faham?"..Soal lelaki itu lagi
"Boss ni kan! Haih geram saya!"..Marah Amna dengan muka tak puas hati.
"Saya pula kena marah?".. Soal Ashraf sambil mengangkat kening sebelah.
"Yelah, kalau boss tak halang tadi, Confirm dia tak sempat buat kerja jahat"..
"Awak tu perempuan Amna, tenaga wanita tak boleh lawan tenaga lelaki..Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Nak kena culik?"..
"Yang boss sibuk kenapa? Kalau kena culik pun, reportlah polis".. Jawab Amna
"Suka menjawab eh ..Nak kena culik betul-betul ke? Dah kuat sangat ke tu?".. Ashraf kelihatan mencabar Amna.
"Boss, jangan cabar saya tahu! Sekali boss saya lipat nanti".
Ashraf tertawa kecil. Terhibur mendengar jawapan dari mulut comel itu.
"Amboi marah sangat ni sampai saya pun awak nak lipat? Kuat sangat tu".. Ashraf mengejek lagi.
Suka dia melihat wajah Amna yang menyinga tu seperti singa ingin membaham musuhnya. Merah menahan marah.
"Eh, boss pun ada dekat sini?".. Tegur akak Ika lalu dia menoleh semula ke wajah Amna yang merah itu..
"Amna okay? Kenapa muka tu merah? Panas ke? Tapi dalam aircond ni?"..Soal Akak Ika pelik..
Amna tersengih lalu membetulkan riak mukanya kembali..Sempat dia menjeling bossnya yang masih diam memerhatinya..
"Entahlah kak, merah sangat ke muka ni? Takpelah..Kalau macam tu Amna halfday jelah..Boleh boss?"..Sempat lagi Amna kenakan bossnya..
Ashraf hanya diam buat seperti orang tak peduli..
"Amna tak sihat ke? kalau tak sihat..Akak hantar ke klinik, boleh minta MC"..
"Ehh, takpelah kak..Amna okay je ni..Jom pergi makan..Amna lapar..Kalau lama dekat sini, risau nanti Amna yang 'makan' orang"..Perli Amna lagi..
Ashraf pula menahan tawa. Dia tahu wanita itu memerlinya..Tapi, dia masih dengan sikap tak pedulinya.. Tegak macam tiang bendera.
"Okay-okay jom..Err, boss nak join kami sekali ke?" ..Soal Akak Ika..
Terbeliak mata Amna melihat anggukan kepala bossnya. Akak Ika mengangguk kepala sambil tersenyum..
"Naik kereta saya jelah..Boss okay kan?"..
Ashraf mengangguk lagi sambil mengikuti langkah dua orang pekerjanya itu..
Sampai sahaja di restoran, Amna duduk berhadapan dengan Akak Ika..Selepas order makanan. Muncul satu mahluk tuhan.
"Can i join you all lunch?"..Soal.Razif..
"Oh, encik Razif..Silakan"..Sapa Akak Ika..Dan lelaki itu duduk bersebelahan Amna.. Lelaki itu tersenyum manis memandang wajah Amna..
"Kenapa tak jawab call saya?" Soal Razif tiba-tiba sambil menoleh ke sisi memandang Amna yang leka membelek telefon.
Amna menoleh sambil membuat muka riak pelik..
"Encik Razif ada call saya ke? Bila?"..
"Ada, saya call awak pagi tadi..Sebab nak ajak lunch ..Haritu awak dah janji dengan saya nak 'date' dengan saya kan?".. Kata Razif sambil tersengih dengan wajah manisnya itu..
"Ehem- ehem..Ada date rupanya..Sejak bila ni?" Soal Akak Ika sambil mengusik.. Ashraf pula masih lagi dengan telefonnya tetapi telinganya dibuka luas untuk mendengar perbualan mereka.
"Oh, kiranya pagi tadi tu nombor Encik lah?"..
Razif mengangguk kepala..
"Sorry lah Encik Razif, saya ni memang sejenis yang susah sikit nak angkat call lagi-lagi dari nombor tak dikenali..Minta maaf"..
"Tak pe..saya faham..Lepasni, save nombor saya okay?"..
"Tapi, macam mana Encik boleh dapat nombor saya?"..
"Saya minta dari HR"..
Amna hanya mengangguk faham dan dalam beberapa saat makanan mereka sampai. Mereka makan dengan tekun tanpa suara..
Seusai mereka berpecah, masing-masing menyambung semula kerja..
Dan sekali lagi, nombor tak dikenali membuat panggilan..
Amna mengeluh..'Ini confirm Encik Razif'..Ashraf pula hanya mengerling sekejap melihat Amna..
"Hello, waalaikummussalam..ye saya?"
"Ohh, maaflah..Saya tak keluar malam.."
"Lunch esok? .."
Amna terdiam seketika..Otaknya ligat memikirkan cara untuk menolak. Tapi, tak sampai hati sebab lama-lama nanti dia akan keluar juga dengan lelaki itu..Matanya meliar melihat suasana untuk mencari idea dan ketika melihat ketekunan bossnya bekerja. terus keluar idea..
"Err, lunch esok eh? Bolehh..Tapii, ada syarat..".. Amna menjawab sambil tersengih..
"Syaratnya adalah saya kena bawak Akak Ika..boleh kan? Kalau takde orang lain..Saya tak join..minta maaf".. Inilah Amna..Dia seorang yang tegas dalam menjaga jarak dengan lelaki. Walaupun sudah biasa dengan bossnya, namun itu atas urusan kerja dan lelaki itu tidak banyak bercakap..Jadi, dia terima..
"Okay kalau macam tu esok kita jumpa dekat sana jelah..Tak perlu pickup saya.. Saya pergi dengan akak Ika je..Okay, baik, waalaikummussalam"..
Selesai perbualan.. Amna teragak-agak untuk bangun keluar untuk berjumpa dengan Akak Ika..Namun, niatnya terbantut apabila pintu bilik itu diketuk..
Kedengaran suara bossnya meminta gerangan diluar untuk masuk..
Nampak saja wanita sotong itu.. Terus saja meluat Amna dan dia nampak wanita itu menjeling ke arahnya sebelum lenggang lenggok dengan senyum menggoda ke arah bossnya.
Amna bangun untuk berlalu bagi ini kesempatan untuk keluar berjumpa Akak Ika..
Sampai sahaja di luar..Amna mengeluh lega.
Pap!
"Oh mak kau!".. Terkejut Akak Ika dibuatnya.
Amna ketawa sambil menekup mulutnya risau menganggu orang lain bekerja..
"Ish, kamu ni Amna..Kalau gugur jantung akak macam mana?"
"Kalau gugur Amna sambutlah"..
Laju jari Akak Ika mencubit Amna.."Auw auw..Sakitlah akak"
"Haa, kalau nak lagi..buatlah lagi.." Kata wanita sampai menjeling manja..Amna tersengih..
"Ini ha, ada apa datang sini? Boss bagi pula Amna keluar"..
"Hehe, keluar curi-curi sebab dia tengah discuss dengan 'minah sotong' dekat dalam tu"..Ujar Amna sambil muncung ke pintu bossnya yang masih terbuka yang tak rapat..
"Oh patutlah..Kenapa datang jumpa akak ni?"..
"Esok masa lunch akak free tak? Teman Amna lunch dengan Encik Razif ..Pleaseee"..
Akak Ika terdiam lama..Saja ingin menyakat..Idea nakal datang..
"Alahh Amna, Akak Ika minta maaf..kebetulan esok suami akak ada urusan dekat area sini..So, dia ajak lunch sekali"..Jawab Akak Ika sambil buat muka sedih..
Masam muka Amna..
"Alahh pleasee akak..Sekejap pun jadilah..Amna pun taknak lama-lama..Amna tak selesa berdua..Sekejap je..Pleasee pleasee"..Amna membuat muka sedih..
"Hmm, yelah"..Ujar Akak Ika..Tak sampai hati tengok wajah cantik sedih..
"Yeayy! thankyou akak..Sayang akak"..
Baru saja Amna nak peluk lengan wanita itu..Telefon pejabat di meja Akak Ika berbunyi..
Akak Ika menekan button suara..
"Panggil Amna masuk dalam" ..Terbeliak mata Amna..
"Baiklah Encik Ashraf"..
"Dah Amna pergi masuk..Risau Encik Ashraf mengamuk ni..Yelah, keluar tak bagitahu..Sekejap je dia dah mencari..Tak boleh lah tu kalau takde 'kesayangan' dia ni"..Usik Akak Ika..
"Akak jangan macam-macam..Choi, mulut tu..Ghisau!"..Jawab Amna dengan muka masam..
Ketika ingin bergerak masuk..Dia bertembung dengan minah sotong itu..Wajah itu masam, dan sempat lirikan mata menjelingnya..
Amna mencebik menyampah..'Padan muka, kena marah lah tu masam je muka..Sakit hatilah tu..Ada bagus jugak aku keluar tadi..Kalau tak confirm dengan aku sekali kena bising.!' Walau hakikatnya, Amna takpernah kena bising oleh bossnya, tapi dia pernah wajah bossnya itu marah dengan pekerjanya. Gerun juga dibuatnya.
Bebel Amna kecil sehingga masuk ke bilik bossnya. Ashraf mendengar bebelan itu sambil mengangkat kening..
"Bebel apa? Kutuk saya?"..
Amna tersentak lalu menjawab laju. "Ehh, taklah boss..Saya tengah baca jampi untuk seseorang yang suka cari pasal dengan saya..Biar dia lembut hati"
Ashraf hanya mengeleng.."Ini dua dokumen, tolong buat copy dua salinan..Saya nak simpan dalam fail"..Sambil menghulur fail itu..
Amna dengan pantas mengambil dan keluar untuk pergi ke mesin fotostat diluar..
Dalam leka dia menunggu, dia membaca fail tersebut..Kening berkerut..Rasa macam ada tak betul..
'Eh, kenapa benda ni lain-lain..Padahal benda sama? ..Agak-agak boss nampak tak kesalahan dekat fail ni?'.. Bisik hatinya..Rasa ingin tahu dia meluak-luak..'Kejap lagi kita jumpa boss'..
Happy reading..Sorry lama sangat Cahaya tak update..Busy sikit dengan exam..InshaAllah lepasni cahaya konsisten update okay..hehe
Share this novel