Seminggu sudah berlalu, dengan berkat kesungguhan yang diberikan, Amna telah berjaya untuk menjadi seorang setiausaha baru yang menggantikan tempat Akak Intan. Segala kerja yang di pelajari sudah mahir dan boleh berdiri dengan sendiri. Sikap humble dan ramah Amna membuatkan rakan sekerjanya senang untuk bergaul.
"Amna, awak tolong check balik dokumen ni"..Tegur satu suara menyentak lamunan Amna yang sedang termenung di hadapan PC nya..Amna hanya mengangguk kepala sambil menarik pantas fail yang diberikan oleh majikannya.
Amna selesa dengan kerjanya sekarang , yang dia tak selesa adalah meja kerjanya berada di dalam pejabat majikannya. Mejanya berada di hadapan di sebelah kiri meja kerja bossnya. Alasan ? Kerana Amna perlukan pemantauan dari Encik Ashraf.. Pada mulanya dia ingin memberontak, tetapi demi menjaga nama baik Akak Intan..Dia terpaksa menurut.
Selepas lima minit,
"Err, boss ..Ini dokumen tadi..Tapi , waktu saya check dokumen ni dengan dokumen dari pihak finance department..Ada kesilapan lah..Cuba boss tengok semula".. Kata Amna was-was sambil meletakkan semula fail dokumen tersebut.
Ashraf mengangkat kepala sambil memandang Amna sekejap lalu menarik dokumen tersebut.
"Cuba bagi saya dokumen dari bahagian finance."
Amna mengangguk dan dengan pantas bergerak mengambil dokumen yang telah dia cetak..
"Ini dia boss...Kalau boss perasan..Dekat bahagian sini ada perbezaan angka.."..Laju sahaja Amna menunjuk kesilapan tersebut..
Ashraf hanya diam kerana ini adalah perkara biasa yang dia terima.
"Takpe, awak boleh sambung kerja awak semula"..
Amna dengan rasa pelik bergerak menuju ke mejanya..Wajahnya berkerut-kerut ketika mendengar jawapan dari majikannya itu. Baginya angka tersebut sangat besar..'Takkan boss biarkan je? Rugi syarikat nanti!'..
Dalam Amna ralit termenung, dia terperasan yang ada mata sedang memerhati tingkahnya. Mata helang milik Ashraf. Terus sahaja Amna berdehem dan meneruskan kerjanya.
Jam menunjukkan 11.00 pagi..Amna bangun untuk ke pantri untuk membancuh air..
" Err, boss..saya nak pergi bancuh air..Boss nak air?"..Setiap pergerakan keluar masuk Amna, dia perlu meminta izin walaupun hendak ke tandas.. Macam budak sekolah..
Ashraf hanya menggangguk kepala tanpa mendongak. 'Tekun betul boss aku ni lah!'..
Amna terus bergerak ke pantri sambil menyanyi kecil..
"Woi orang tua! Kau tak nampak ke aku dekat dalam tandas ni..Kenapa kau boleh mop dekat sini! Kalau aku jatuh macam mana?!"..Jerkah satu suara wanita di tandas..
Amna yang sedang berada di pantri terkejut mendengar suara jerkahan itu. Lalu, dengan pantas dia bergerak ke tandas yang hanya bersebelahan dengan pantri. Suara itu juga membuatkan beberapa staf memandang ke arah tandas..
"Ehh, kenapa ni makcik..Bangun makcik ..Makcik okay tak?"..Amna menyoal sambil membantu makcik yang berusia dalam lingkungan 50 -an yang jatuh akibat ditolak oleh wanita yang menjerit itu..Cik Aulia salah satu staff finance department.
"Kenapa ni cik Aulia? Sampai menjerit ..Semua orang pandang tahu tak! "..Soal Amna geram..Dapat Amna melihat wajah mendung makcik cleaner tersebut..
"Kau siapa nak masuk campur?!"..Aulia menjerkah ke arah Amna..
Amna yang sedia menahan geram baru sahaja ingin membalas ..Tetapi, di celah oleh makcik cleaner
"Takpe nak, makcik okay..Semua salah makcik".. Jawabnya sambil menepuk lembut lengan Amna..Seakan meminta Amna untuk bersabar .
Amna menggangguk perlahan lalu tersenyum. Dengan gaya psiko, Amna membalas kata-kata Cik Aulia a.k.a. minah tak cukup kain tu.
"Cik Aulia tanya siapa saya? "..Jawab Amna sambil gelak kecil..Gelak jahat..
Mata Amna merenung wajah Cik Aulia dengan pandangan mengejek. Senyum sinis diberikan..
"Cik Aulia a.k.a minah tak cukup kain, cik tak perlu tahu siapa saya. Yang saya nak sekarang, Cik minta maaf dekat makcik ni sekarang"..
"Eh, kau siapa nak arahkan aku untuk minta maaf..Sepatutnya orang tua ni yang minta maaf ..Tak disebabkan dia, tumit kasut aku patah!".. Jerit Cik Aulia lagi dengan tak puas hati..
"Cakap tu tak perlulah nak menjerit Cik Aulia..Saya tahu cik menjerit sebab nak perhatian orang kan? Kesian... Actually, saya serba salah nak cakap tapi saya perlu juga cakap.."
"Kau nak cakap apa ni ha?"..Cik Aulia kelihatan seperti singa yang kelaparan..
Amna hanya membalas dengan senyuman mengejek..
"Hehehe, okaylah..saya jujur ye..Saya rasa Cik Aulia ni belajar je tinggi sampai dapat ijazah. Tapi, tak pandai membaca! Ops!.." Amna acah membuat gaya gediknya sambil menutup mulut..
Dada Cik Aulia sudah turun naik seperti menunggu masa untuk menyerang.. Amna lagi suka bakar darah orang lagi-lagi orang tiada adab macam minah tak cukup kain ni..
"Maaf lah ye..bukan saya nak mengutuk ke apa..Tapi, kalau tak silap saya..Dekat luar tu kan dah ada letak papan 'awas'..' Sekejap saya tolong bacakan ..(Warning! cleaning in progress!)..."
"Jadi, saya rasa yang salah sekarang ni adalah Cik Aulia..Bukan makcik ni..Right? So, saya nak cik minta maaf dekat makcik ni sekarang."..Jawab Amna..Dia akan berpuas hati selepas mendengar permohonan maaf dari wanita itu..
"Kau diamlah betina! Ini urusan aku! Kau jangan nak masuk campur! blah".. Cik Aulia menghalau Amna..
"Hahaha, saya betina? hmm..It's okay..Betina macam saya pun masih tahu adab..Tak macam cik Aulia..Adab dengan orang tua pun taktahu..Saya rasa Cik Aulia kena masuk sekolah balik ni kan..Betul makcik?"..Soal Amna..Memang sejenis yang suka membakar darah orang..
"Dah lah nak, takpee.. makcik minta maaf ye..Jom Cik Amna kita keluar dari sini!".. Niat makcik tersebut terbantut apabila mendengar jeritan Cik Aulia..
"Kau nak pergi mana ha! Aku tak habis lagi dengan kau!".. Jerit Aulia sambil memandang geram dekat Amna..
Di luar tandas, terdapat beberapa staf berada di situ mendengar pertelingkahan mereka..Amna yang sedar terus sahaja berpusing menghadap ke arah Cik Aulia..
"Okay, Fine! Saya malas lah nak bertekak dengan orang tak faham bahasa dan tak tahu adab ni..Saya minta maaf kalau Cik Aulia terasa dengan kata-kata pedas saya tadi..Saya mengalah okay! Tapi, Cik Aulia jangan ingat cik menang sebab saya mengalah.. saya berundur tak bermakna Cik akan menang..Sekian, saya minta diri dulu"..
"Jom makcik kita keluar..Panas lah dalam ni..Rasa macam ada bahang makhluk perosak..Seram saya!.." Kata Amna kuat sambil menarik lengan makcik tersebut dari kerumunan manusia dan berlalu ke pantri..
Staf yang mendengar kata-kata Amna tersebut terus ketawa perlahan seakan terhibur mendengar ayat tersebut..
Sampai ke Pantri, air yang dibancuh di berikan kepada makcik cleaner tersebut..
"Nah makcik, minum dulu"..
Saat matanya terpandang satu gelas yang masih mengeluarkan asap..Terus sahaja di mengambil dan meminta diri sebentar untuk beredar..
"Err, ini airnya boss..Maaf lambat"..Ujar Amna sambil tersengih..
"Apa yang bising-bising tadi?"..Soal Ashraf..
"Err, takde apalah boss.." ..Jawab Amna sambil bergerak ke pintu..
"Awak nak ke mana?"..
"Saya nak ke tandas sekejap!".. Jawab Amna laju lalu melangkah keluar dengan cepat dan menuju ke pantri..
Sampai sahaja di sana, kelihatan makcik cleaner tersebut sedang membasuh gelas minumannya..
"Err, makcik okay?"..Soal Amna prihatin..
"Makcik okay je nak..Terima kasih tolong makcik tadi..Anak orang baru ye di sini?"
"Ye makcik, saya Amna..Saya adik ipar Akak Intan..Saya gantikan tempat akak Intan dalam tempoh cuti bersalin dia".. Jawab Amna dengan senyuman manis..
"Oh, Amna ni adik ipar Akak Intan..Baru makcik perasan.."
"Ye betul..Siapa nama makcik?"..
"Eh, lupa pulak, Amna boleh panggil makcik Rokiah..Nama makcik Rokiah Hassan.." jawabnya sambil membalas senyuman manis Amna..
Amna tersenyum .."Eh, nanti kita sembang lagi ye..Makcik nak sambung buat kerja..Nanti kena tegur dengan boss pulak.." Makcik Rokiah bersuara..
"Okay makcik..Kalau ada apa-apa pertolongan..Makcik boleh je cari saya ye..Saya sedia membantu makcik".. Amna membalas sambil memeluk tubuh wanita tua itu..
Pelukan tersebut dibalas oleh makcik Rokiah..Amna sangat merindui kedua orang tuanya yang sudah tiada.. Saat melihat wajah kepenatan makcik Rokiah..Sanubarinya tersentuh lalu terus sahaja Amna teringat wajah yang tersemat di dalam mindanya..
"Okay Amna, nanti kita borak lagi ye..Kerja rajin-rajin ye."..Pesan makcik Rokiah sambil mengusap perlahan lengan Amna..
Setelah selesai, Amna bergerak masuk semula ke bilik majikannya untuk menyambung kembali kerjanya..
Ashraf hanya memerhati setiap pergerakan Amna..Mata merah milik Amna membuatkannya tidak jadi untuk bertanya.. Amna yang perasan pandangan dari boss hanya buat tak endah..
Tangannya menggeledah mencari sekeping gambar ..Apabila sudah di capai..Terus sahaja di tarik dan direnung gambar keluarganya..
'Ibu, Amna rindu ibu..Amna rindu Abah jugak'.. Air mata yang ingin mengalir cepat diseka agar bossnya tidak menyedari hal itu..Setelah puas melayani perasaan..Amna terus menyimpan semula dan menyambung kembali kerjanya tanpa menoleh ke arah bossnya..
Ashraf yang sedar akan kelakuan Amna hanya mendiamkan diri..
Sorry , late update..happy reading
Share this novel