Bab 12

Romance Series 24827

"Akak...Ini semua akak punya pasal..." Ujar Amna ketika sampai di meja kerja Akak Ika..Amna masih lagi tidak berani untuk masuk ke dalam bilik kerjanya a.k.a bilik bossnya..

"Ehh, Akak pula..Amna masuk jelah..Nanti boss cari pula..InshaAllah dia tak marah lah..Nak marah sebab apa kan? Kita bukan makan masa bekerja" ..

"Itu Amna tahu lah..Amna malu lah akak..Confirm boss dengar Akak usik Amna pasal dia..Macam mana ni Akak..Amna segan gila ni tak boleh nak masuk..Rasa macam nak menyorok bawah meja je sekarang ni"..Kata Amna sambil menyebamkan muka di bahu Akak Ika..

Akak Ika ketawa kuat kerana melihat manja Amna dan pertama kali melihat wajah merah menahan malu..

Titt titt..

Akak Ika memandang telefon pejabat yang sedang berdering..Amna terus terdiam dari merengek..Kali ini jantung seperti mahu luruh apabila mendengar suara bossnya ditalian..

"Amna, boss minta Amna masuk ke dalam sekarang"..

Amna mengeleng..

"Cepat pergi Amna..Kalau tak nanti boss keluar panggil..Nak ke?"..

"Ehem..Dah habis membawang ke?"..Tegur satu suara lelaki di meja kerja Akak Ika..Terus terkejung badan Amna..

"Kalau dah habis..Boleh masuk kerja" .Tegur suara itu lagi..

Amna memejam mata tak berani angkat muka..Muka bahang malu..

"Okay boss, kejap lagi saya minta Amna masuk ye"..Jawab Akak Ika sambil tersengih..

Ashraf hanya diam lalu berlalu sempat di melihat Amna yang masih menekup muka tepi bahu Akak Ika..Dia tahu wanita itu segan untuk bersua muka dengannya kerana dia terdengar perbualan mereka..'Tahu pun segan, pikir berani macam selalu'..Bisik hatinya sambil menahan ketawa..

Memang di sengaja keluar untuk mencari wanita itu..Saja mahu menyakat. Perutnya juga sudah berbunyi kerana bau semerbak nasi lemak di dalam bilik itu..

Setelah boss berlalu..Akak Ika terus menepuk lengan Amna suruh pergi..

"Dah Amna, pergi masuk..Tak pernah lagi tahu En.Ashraf keluar minta pekerja masuk kerja..Amna orang pertama tau!..Kuat betul penangan Amna ye"..Mood mengusik kembali..

"Akakk.....Malas layan akak.." Kata Amna sambil bangun lalu berjalan ke arah lain..

"Eh, nak ke mana tu?"..Soal Akak Ika..

Amna berhenti seketika dan menoleh ke belakang..
"Nak ke toilet kejap"..

Akak Ika mengangguk faham lalu memulakan kerjanya..

Setelah beberapa minit Amna menenangkan diri..Dia kini bergerak mendekati bilik kerja itu..Masuk sahaja ke dalam..

"Lambat masuk..Pergi mana?"..Tegur Ahsraf sambil menelek fail didepannya..

"Err, saya ke toilet kejap tadi..Boss nak makan? Saya boleh hidangkan"..Ujar Amna sambil memberanikan diri melihat bossnya..

Ashraf mengangguk kepala lalu menatap kembali fail tersebut..

"Okay sekejap saya hidangkan"..Kata Amna lalu bergerak mencari kelengkapan makanan untuk bossnya..Setelah selesai, Amna bergerak ke meja kerja sambil menunggu bossnya makan..

Dan seperti selalu, Amna akan mengemas selepas sahaja bossnya makan..Itu sudah menjadi rutin kerja Amna..Walaupun itu bukan skop kerja..

Jam berdenting 12 kali menandakan jam 12 tengahari..Amna terkejut lalu melirik ke arah jam tangan..Dia lupa bagitahu dengan Akak Ika untuk keluar makan tengahari bersama..Kalau tak maklumkan, sudah tentu dia akan ditinggalkan..

"Amna, lunch dengan saya harini"..Ashraf tiba-tuba bersuara..

"Err.." Amna terkedu sebentar..

"Dengar tak?"..

"Dengar boss? Tapi dekat mana?"

"Lunch dekat rumah saya..Ibu saya ajak awak lunch dekat sana"..

Amna mengeluh lega..Lamanya juga dia tak berjumpa dengan ibu bossnya itu..

"Okayy"..Jawab Amna ringkas..

"Kejap lagi kita gerak". Kata Ashraf..

Satu jam berlalu, mereka beriringan keluar dari bilik itu..Kelihatan meja Akak Ika sudah kosong..Tahulah dia wanita itu sudah keluar lunch dengan rakan kerja yang lain..

Sampai sahaja di lobi, Amna bergerak ke arah lain..Ashraf pula berdiri tegak di kaki lima itu menunggu Pak Hamid datang mengambilnya..

"Nak ke mana?"..

"Err, saya parking kereta dekat sana"..Jawab Amna sambil menunjukkan ke arah keretanya yang tidak berapa jauh..

"Sejak bila ada kereta?"..Soal Ashraf lagi..

"Err, semalam ..Abang saya belikan"..Jawab Amna sambil tersengih..

"Kenapa boss berdiri dekat sini? Mana kereta boss?"..Soal Amna pelik..

"Lupa ke haritu dia nak jadi 'heroin' nak selamatkan kereta saya..Harini lupa dah?"..Perli Ashraf..

"Oh yelah hehe..Kalau macam tu tumpang saya jelah..".. Kata Amna..

"Saya dah call driver tadi"..

"Eh, takpelah boss..bukan selalu kan saya jadi driver boss..Kalini rezeki boss sebab boss orang pertama rasmi naik kereta baru saya..Boss tunggu sini sekejap..Saya pergi ambil kereta".. Sempat Amna membebel sebelum berlalu ke arah keretanya..

Sampai saja di hadapan bossnya, Amna menekan lock pintu..Tanpa banyak soal Ashraf membuka pintu di sebelah pemandu..Tercengang Amna melihat bossnya duduk disebelahnya..Baru saja dia ingin meminta boss duduk dibelakang. Tapi, lain pula yang jadi..Bau haruman lelaki itu membuatkan jantung Amna berdebar hebat namun dia sempat mengawal riak wajahnya..

"Kenapa?"

"Err, boss tak nak duduk belakang ke?"..

"Kenapa? Salah ke saya duduk depan?".

"Er, tak salah..Cuma, boss kan majikan saya..Lepastu, saya risau kalau Abang saya nampak..Mahu saya kena 'bambu' dengan dia nanti"..

Ashraf merenung wajah serba salah itu..Tapi, dia memang nekad mahu duduk di samping wanita itu..

"Takpe, Abang awak bukan tak kenal saya"..

Amna hanya diam lalu dia pun malas banyak cakap..Dia terus saja masuk gear dan handbreak diturunkan..

Ashraf pula hanya memandang depan..Kadang-kadang melihat wanita itu memandu..Tenang saja seperti dia tidak wujud..Dia kagum dengan Amna kerana mampu kawal riak wajah dengan selamba mengikut keadaan walaupun kadang-kadang kelihatan juga..

Sampai di lampu isyarat merah, Amna bersuara..

"Boss, busy ke?" .Soal Amna sambil memandang sekilas bossnya di sisi yang sedang membelek telefon..

Ashraf mengangkat wajah.."Nope, why?"..

"Boss boleh tak tolong tunjuk jalan..Saya tak ingat jalan ke rumah boss.Nak buka tengok location dekat fon risau sebab saya tak mahir lagi kawasan sini"..Kata Amna sambil menekan pedal minyak apabila lampu bertukar hijau..

"Okay, awak jalan je terus..Nanti saya tunjuk jalan".. Jawab Ashraf lalu dia menumpukan perhatian dengan jalan..Telefon di simpan..

Sampai sahaja di kediaman itu, Ashraf meminta Amna untuk parking kereta di dalam..

Kelihatan kedatangan mereka di tunggu oleh ibu bossnya..

"Assalamualaikum Aunty".. Tegur Amna sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman..

"Waalaikummussalam..Amnaa..Lama tak jumpa..Makin cantik Amna"..

"Eh ye ke Aunty? Rasa macam sama je..hehe"..Amna cuba bergurau..Ashraf pula hanya mengeleng lantas masuk ke dalam..

"Betul lah..Jom masuk..Aunty masak special untuk Amna"..

"Wahh, yeke..rajin Aunty masak..Confirm sedap Aunty masak"

"Biasa jelah Amna..Meh duduk..Aunty hidang kejap"..

"Ehh, takpe..meh Amna tolong Aunty hidang"..

Ashraf hanya jadi pemerhati saja..Dia pelik kerana dua orang wanita 'kesayangan' nya itu kelihatan sangat rapat..Dia baru tersedar yang kata hatinya memanggil Amna sebagai kesayangan..'Erk, betul ke aku ni? Tapi tak salah kan?'..

"Uncle takde ke Aunty?"..

"Oh, ada tu..Kejap ye Aunty pergi panggil Uncle..Dia tak perasan lah tu"..

Amna hanya mengangguk faham lalu melihat kelibat wanita itu berlalu..Dia keluar dari dapur sambil menatang dulang air dengan berhati -hati..Kelihatan bossnya menunggu di meja makan sambil menelek telefon..

"Boss nak saya hidangkan ke?"..Soal Amna..

Ashraf mengangkat muka lalu memandang wajah Amna sebelum menjawab.."Boleh juga"..

Amna dengan pantas menceduk nasi .."Boss, nak makan lauk apa?"

Tiba-tiba Amna teringat..Dia berasa macam tingkahnya seakan melayan seorang suami. Terus meremang bulu romanya..Air liur ditelan..'Haih, seram'..

"Amna..Amnaa..Amnaa.."Untuk kali ketiga baru Amna tersedar apabila namanya dipanggil kuat..

"Err, ye boss...sorry"..Jawab Amna tersengih malu..

"Berangan ke?"..

"Haa tak-tak..Boss nak lauk apa tadi?"..

"Saya nak lauk masak lemak daging salai tu"..

"Okay kejap..Ni cukup tak?"..Soal Amna ..

Ashraf pula mengangguk..Lantas dia menyambut huluran pinggan nasi yang sudah terisi lauk..

"Macam dah biasa buat je"..Ujar Ashraf sambil memandang Amna..

"Ha? Apa boss? biasa buat apa?"..Amna pelik sambil melabuh punggung dihadapan lelaki itu..Dia menunggu Aunty dan Uncle turun untuk makan bersama..

"Layan macam tadi..Tolong isi lauk"..

"Ohh, haha ..pikir apa lah tadi..Memang dah biasa lah boss..Selalu layan Abang saya dekat rumah tu..Itu yang nampak macam dah biasa"..Jawab Amna sambil tersengih..

Ashraf mengangguk faham..Selang beberapa minit, Ibu dan Ayah majikannya turun..Masing-masing dengan wajah ceria dan senyuman tak pernah lekang dibibir..

"Ohh, ini lah dia orangnya..Amna ye?"..Tegur lelaki separuh tua tu..Anggaran dalam 50-an..

"Ye saya Amna, Uncle..Uncle apa khabar?"..

"Alhamdulillah, sihat macam orang tua lah Amna..Bersyukur masih boleh bergerak dan berjalan macam orang normal"..

"Dah-dah sembang tu..Jom kita makan dulu..Nanti saja kita borak..Nanti sejuk lauk ni"..Pintas Aunty ..Amna tersengih..

"Jemput makan Amna..Jangan segan-segan"

Sebelum makan, Ashraf membaca doa makan..Dan itu pertama kali Amna mendengar suara bossnya membaca doa..Kerana selama ini dia hanya baca sendirian..

Selesai saja menjamah makan tengahari..Amna membantu Aunty mengemas meja..Rumah mewah itu tiada pembantu dapur atau masak..Hanya ada pembantu kemas dan mencuci itupun hanya upah untuk setengah hari..Menurut ibu kepada bossnya itu..'Segala rutin harian dari segi makan, pakaian..Dia ingin mengurusnya sendiri'..

"Aunty, Amna nak tumpang solat sini boleh?"..Soal Amna ketika mereka di dapur..

"Eh, apa tak boleh pulak..Jom, Aunty tunjuk bilik tetamu untuk Amna solat"..

Selesai sahaja semua, Amna meminta diri..Jam sudah agak lewat untuk masuk ke pejabat..Nasib baik bukan dia yang lambat..Bossnya yang lambat..

Dia sedang menunggu di ruang tamu Villa mewah itu sambil ditemani dengan sepasang suami isteri itu..

Dalam beberapa minit, bossnya turun dengan pakaian baru..Lebih santai..Tiada baju kod dan seluar slack hitam..'Dia tak masuk kerja ke?'..

"Jom, kita gerak"..

Amna bangun dan bersalam dengan Aunty sebelum mereka bergerak masuk kereta..

Ashraf menghulur tangan meminta kunci kereta..Amna kebingungan..

"Bagi kunci kereta..Saya drive"..

"Err, takpe ke?"..Soal Amna ragu-ragu..

Ashraf mengangguk lalu menadah tangan untuk kedua kalinya..Amna tanpa banyak soal memberi kunci kereta..

Di dalam kereta, masing-masing hanya diam..Dan, Amna mula pelik melihat jalan luar sebab dia tak pernah lalu jalan tu..

"Boss, kita nak ke mana?"

"Saya ada urusan luar sekejap"..

Amna mengangguk faham lalu mendiamkan diri..Setelah beberapa minit, Amna tercengang.. 'Ini ke urusan luar dia?"

Kelihatan Ashraf keluar kereta dan hanya mengikuti langkah lelaki itu dari belakang..

"Boss, kata urusan luar? tapi dekat shopping mall?"

"Yup, kita shopping"..

"Eh, boss jelah shopping..Saya ikut je"..

"Tak suka shopping?"..

"Bukan tak suka ..Just, saya kurang gemar shopping sebab bukan hobi saya"..Jawab Amna sambil meliar mata melihat suasana shopping mall mewah itu sambil mengikut langkah lelaki itu..

"Boss nak shopping apa dekat sini?"..

"Perfume"..Jawab Amna ketika jalan beriringan dengan bossnya..Ashraf pula sudah melangkah masuk ke dalam kedai yang biasa dia beli perfume..

Amna juga turut mencuba semua bau yang ada..Perfume lelaki..

"Wah wangi..Bau lembut, maskulin"..Ujar Amna disebelah bossnya..

Ashraf memandang Amna yang ralit mencuba semua sample perfume..Kelihatan wanita itu bijak dalam menilai bau..Dia ingin mencuba meminta pandangan wanita itu..

"Cuba bau ni.." Ujar Ashraf sambil menghulur sample yang dipegang..

Amna menyambut lalu menghidu bau itu..

"Emm, bau macam gula-gula..Tapi agak kuat..More candy but sweet..Just nice"..

"Yang ni pula?"..

Sekali lagi Amna menghidu.."Hmm, bau macam sabun..wangi jugak tapi macam bau pekat je..Kalau pakai ni kena sembur sekali je sebab kuat"..

"Okay"..Ashraf mengangguk faham..Dia suka melihat telatah wanita itu ketika fokus dalam menilai atau membuat kerja..

Selesai membeli perfume ..Mereka bercadang untuk pulang ke pejabat..

Dalam perjalanan, mata Amna seakan kagum melihat butik pakaian pengantin..Gaun yang dipamerkan dari dalam butik tersebut nampak mewah..Matanya berkelip-kelip .Terus sahaja dia mendekati tanpa perasan Bossnya kehadapan..

Ashraf yang merasa tiada orang mengikuti terus berpaling kebelakang..Kelihatan Amna sedang berhenti dihadapan baju gaun yang cantik dan menarik itu..Kening terangkat ..Otaknya memikirkan sesuatu..Sambil tersenyum senget..

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience