Bab 1

Romance Series 24827

Tuk Tuk Tuk...

Kedengaran ketukan di pintu membuatkan Ashraf mendongak kepalanya memandang ke pintu bilik di pejabatnya. Ketika itu dia sedang menyemak segala dokumen yang penting untuk mesyuarat di Putrajaya minggu depan.

"Masuk"

Setelah itu, matanya kembali ke timbunan fail. Ketika bunyi tombol pintu di pulas. Matanya dihalakan ke arah susuk tubuh wanita yang sedang sarat mengandung yang sedang masuk dengan wajah yang manis dan senyuman yang tidak pernah lekang.

"Ye kak Intan?"

"Encik Ashraf, ini ada beberapa dokumen yang perlu encik tandatangan"..Kata Akak Intan sambil meletakkan fail di meja kerja majikannya itu.

"Oh, baiklah Kak Intan..Nanti dah selesai saya bagi dekat Akak balik ye"..Jawab Ashraf dengan senyum nipis. Jika dilihat dari air muka Ashraf, kelihatan wajah pendiam dan kurang bercakap membuatkan Akak Intan senyum melihat senyum nipis itu.

"Okay, Encik Ashraf. Saya keluar dulu".. Akak Intan pamit keluar.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar. Namanya diseru. Terus sahaja badannya berpaling.

"Ye Encik Ashraf?"

"Err, Akak Intan masih lagi tak cari pengganti untuk ganti tempat Akak masa cuti berpantang nanti? Kesian saya tengok Akak bekerja dengan perut sarat macam tu"... Soal Ashraf ,prihatin..

Akak Intan tersenyum lalu berkata, " Oh, yelah Akak lupa bagitahu yang Akak dah cari dah pengganti Akak..Adik ipar Akak sendiri..Tapi harini baru dia dapat masuk sebab semalam dia accident"..

Ashraf menggangguk faham. "Takpelah kalau macam tu".. Hilang sekejap kerisauan di hatinya.

Akak Intan membaca riak wajah majikannya itu. Nampak kerisauan di wajah lelaki itu. Tidak dinafikan yang kerja mereka sangat banyak sehingga mereka kadang-kadang terpaksa balik lewat. Disebabkan tender projek binaan baru masuk.

"Encik Ashraf tak kisah kan..Adik Ipar akak gantikan akak?"..

"Saya okay je kak Intan, Asalkan dia pandai buat kerja dan boleh bekerja macam akak"..Jawab Ashraf

"Baiklah, inshaAllah. Nanti akak asah bakat dan kemahiran adik ipar akak tu. Dia pun fresh graduate. Harap Encik Ashraf boleh bersabarlah dengan perangai dia nanti".. Ujar Akak Intan sambil tersengih apabila terbayang perangai dan sikap Amna yang terlebih manja dan selamba ketika bergaul dengan keluarganya.

Ashraf hanya mengangguk faham. Lalu, Akak Intan meminta diri untuk berlalu..

*********

Amna melangkah masuk ke dalam syarikat tempat kerja kakak iparnya dengan senyuman manis dilemparkan pada bahagian receptionist yang menyambut kehadirannya.

"Hai, Saya Amna. Saya nak berjumpa dengan Akak Sarah Intan".. Tegur Amna kepada wanita yang berbaju kemas dengan kemeja di tie in di dalam skirt hitam.

"Oh, ini adik Akak Intan ye? Amna? "..Ramah sahaja wanita itu bersuara.

Amna dengan pantas mengangguk kepala.

"Nanti Amna boleh naik ke Aras 7 ..Guna lif disebelah kanan ye..Pejabat tempat Akak Intan disebelah kiri".. Kata wanita itu lagi.

"Okay terima kasih ..err cikk.."

"Nama saya Syazirah ..Boleh panggil Syaz.." Jawab wanita itu dengan senyuman manis.

"Okay, terima kasih Syaz.. Jumpa lagi nanti"..Ujar Amna sambil berlalu ke arah lif di bangunan tersebut. Ketika berjalan, Amna menyeluk telefonnya untuk menghubungi Akak Intan untuk memberitahu keberadaannya. Sedang dia ralit dengan telefon pintarnya ..

Dan secara tak sengaja, Amna telah bertembung dengan seorang lelaki berbadan tegap dan mereka ketika itu berlanggar di antara satu sama lain.

Dushh...

"Allahh" Terkeluar kalimat tersebut dari mulut Amna apabila punggungnya selamat mendarat di atas lantai sejuk. Dia dengan pantas mendongak melihat gerangan yang dia langgar..

Kelihatan wajah lelaki itu juga kelam kabut mencari telefonnya. Tahulah dia bahawa mereka berdua masing-masing leka dengan telefon dan hal ini menyebabkan mereka bertembung.

"Err, maaf..saya tak perasan Encik dekat depan saya".. Amna bersuara ketika dia sedang leka mengutip telefon dan fail yang bertaburan di lantai.

"Er, tak pe..Silap saya juga tak perasan awak dekat depan sebab leka dengan telefon"..Lelaki tersebut menjawab sambil membantu Amna mengutip helaian kertas dan dia menghulur kembali kertas kepada Amna.

Amna hanya memberi senyuman lalu mengangguk kepala sahaja tanda faham. Lelaki tersebut memerhati seraut wajah Amna dengan ralitnya sehingga membuatnya terleka sebentar. Terpesona.

Amna memandang pelik ke arah lelaki tersebut. Lalu dia melambai tangan di hadapan lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus tersedar lalu menghadiahkan senyuman.

"Err, maaf ..Saya Razif.." Ujar lelaki itu dengan menghulur tangan tanda salam perkenalan.

Amna terkedu..'Dah kenapa mamat ni? Okay ke tak dia ni? Tiba-tiba kenalkan diri'..Bisik hatinya..Namun, Amna mengangguk lalu menjawab...

"Saya Amna"..Jawab Amna ringkas. Matanya telah melihat beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Dan itu membuatkan Amna berasa tak selesa..

Terus lelaki itu menarik tangannya apabila huluran tidak disambut..Baru sahaja dia ingin bersuara kembali. Amna terus meminta diri dan berlalu masuk ke lif.

Razif mengeluh perlahan , niat ingin berkenalan ditolak mentah-mentah oleh si gadis. Tanpa membuang masa, dia berlalu sambil menarik kaca mata hitam yang diselit di bahagian tengah butang dan di pakai untuk mengawal rasa malunya apabila banyak pasang mata melihat ke arahnya. Razif bergerak dengan gahnya keluar dari bangunan tersebut..

*********

Sampai sahaja di aras tersebut. Amna terus sahaja menjenguk ke bahagian dalam pintu kaca. Dia tak dapat masuk kedalam kerana pintu itu memerlukan access dari dalam. Matanya meliar mencari sesuatu seperti loceng. Terus matanya dapat melihat loceng di sebelah kanan bahagian pintu.

Dengan pantas tangannya dia angkat lalu menekan loceng dan menunggu diluar .

Akak Intan yang baru sahaja keluar dari bilik majikannya, terus sahaja bergerak ke arah pintu kaca. Kelihatan seorang wanita sedang menunggu di luar sambil membelakangi pintu. Dengan perlahan Akak Intan menekan button.

Tit tit tit..

Amna yang sedang mengemas baju yang dipakai terus berpalingg..

"Akak Intaannn".. Menjerit teruja Amna melihat Akak iparnya itu keluar menyambutnya lalu tubuh itu dipeluk ..

Akak Intan terkejut lalu membalas pelukan adik iparnya.

"Kenapa datang tak bagitahu akak dulu? Kan dah kena tunggu dekat luar".. Soal Akak Intan setelah melepaskan pelukan .

"Hehe, Amna nak call tadi. Tapi, itulah..Terus tak jadi sebab terlanggar orang waktu main telefon. Dan -dan terus lupa".. Jawab Amna sambil tersengih..

Akak Intan hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat keletah adik iparnya itu.

"Dah jom masuk!"..

Amna terus mengangguk kepala laju lalu bergerak masuk. Suasana sangat sejuk dan nyaman. Amna melangkah masuk mengikut dari belakang Akak Intan. Kelihatan beberapa buah meja kerja yang ada .Tetapi, orangnya tiada..'Meeting kot'.

Masuk sahaja Amna ke dalam bilik Akak Intan. Tanpa membuang masa, Akak Intan terus menunjuk ajar segala hal berkaitan fail dan segala dokumen serta jadual harian majikan yang perlu Amna susun.

"Kejap lagi akak kenalkan Amna dengan boss kita ye"..

Amna mengangguk sambil membantu Akak Intan menelaah fail.

Kring kring...

Telefon pejabat di dalam bilik Akak Intan kedengaran. Dengan pantas, Akak Intan menjawab.

"Yes, Encik Ashraf, hmm..Okay, kejap lagi saya datang..Saya kenalkan sekali Encik dengan Adik Ipar saya"...Akak Intan menjawab sambil memandang ke arah Amna..

Amna yang mendengar nama bakal majikannya terus sahaja berdebar. 'Huish, kenapa berdebar pulak!'..

Setelah selesai, Akak Intan mengajak Amna ke pantry untuk menunjuk beberapa peralatan .

"Biasanya jam 11 pagi, Amna perlu sediakan minum untuk Encik Ashraf ye."

"Ha? Setiap hari?" ..Soal Amna.

"Ye, nanti Amna bancuh satu cawan teh hijau untuk Encik Ashraf"..Jawab Akak Intan sambil membancuh air.

Amna memerhati setiap tingkah Akak Intan. "Oh, yelah..Air lain tak boleh?"..

"Air lain boleh..Tapi, kena tanya dulu.. Tapi, teh hijau ni minuman favourite Encik Ashraf. Katanya boleh hilangkan stres bekerja".. Jawab Akak Intan.. Amna hanya sekadar mengangguk..

"Dah jom kita masuk ke pejabat Encik Ashraf". Kata Akak Intan sambil bergerak. Amna hanya mengikuti setiap langkah Akak Intan.

Tuk tuk tuk..

Kedengaran suara garau lelaki membenarkan mereka masuk membuatkan jantung Amna berdegup laju. Dengan serta merta dia menunduk. Segala perasaan bercampur antara takut, seram dan berdebar sambil mengikuti langkah Akak Intan masuk ke bilik majikan yang hanya bertentangan dengan bilik Akak Intan..

"Ini airnya Encik Ashraf.."

"Terima kasih Akak Intan" ..Jawab Ashraf tanpa mendongak kepala.

"Encik , saya datang nak kenalkan Encik dengan adik ipar saya yang bakal gantikan tempat saya nanti"..Ujar Akak Intan lagi sambil menarik lengan Amna yang masih memandang lantai. Akak Intan memandang pelik melihat sikap bisu Amna.

Terus sahaja Ashraf memandang ke arah Akak Intan dan matanya bergerak ke arah wanita yang sedang menunduk. 'Macam pernah nampak'..

"Encik Ashraf , kenalkan ini adik ipar saya, Nur Qaseh Amna, boleh panggil Amna.. " Akak Intan berkata sambil memandang ke arah majikannya.

"Amna, kenalkan ini majikan kita Encik Ashraf Qalif bin Dato' Hans Sulaiman".. Kata Akak Intan sambil menepuk lengan Amna untuk menyapa..

Amna terus mengangkat wajah dari menunduk lalu anak matanya bersabung dengan anak mata lelaki itu yang memandang ke arahnya. Membulat sebentar mata Amna lalu terus sahaja Amna mengawal riak wajahnya dengan senyuman..

'Huarghhh! Lelaki ni ke jadi bakal majikan aku!'..Bisik hatinya..

Maaf kalau ada typo..Sorry sebab slow update..huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience