"Hello Ashraf, saya inspektor Khairil..Boleh kita berjumpa?"..
"Ye inspektor..Boleh..Di mana ye?"..Soal Ashraf berasa sesuatu apabila pihak polis menelefonnya. Sudah pasti akan ada berita dari mereka.
"Waktu lunch nanti kita jumpa di...."
"Okay baik inspektor.Jumpa nanti"..
Setelah talian diputuskan. Ashraf memegang dadanya yang terasa sesak. Risau, rindu segala bercampur aduk. Doanya tak pernah putus untuk Amna. Dia juga semakin kurus kerana kurang selera makan.
Tuk tuk..
Ashraf tersentak lalu duduk dibetulkan.
"Masuk"..
"Boss, sekejap lagi kita ada meeting jam 2.00 petang selepas lunch"..Kata Pembantu peribadinya.
Ashraf tidak memberi respon. Dia sedang berfikir. Masanya banyak termenung.
"Boss?"..
"Ha? hmm..Boleh awak cancel kan meeting tu? Saya ada urusan lain"
Kata Ashraf.
"Okay boleh..Saya keluar dulu".. Jawab lelaki muda itu lalu berlalu keluar.
Ashraf mencapai telefonnya lalu dia menatap lama wallpaper ditelefonnya. Gambar Amna yang sedang tidur yang diambil curi-curi olehnya semasa di dalam kereta.
Jarinya mengusap lembut skrin telefonnya. Rindu sangat mengunung. Sudah seminggu wanita itu menghilangkan diri. Penyiasat yang diupah juga tidak dapat menjejak keberadaan Amna. Doanya agar Amna berada di dalam keadaan selamat.
Selepas termenung, Ashraf kembali menyambung kerjanya sehingga waktu makan tengahari.
Jam berdenting menandakan waktu rehat. Ashraf bergegas mengemas meja lalu telefon dan beg kerjanya dicapai lalu berjalan laju menuju ke arah keretanya.
Namun, langkahnya terhenti akibat ditahan oleh seseorang. Lengannya ditarik dari arah belakang semasa dia ingin membuka pintu kereta.
"Ashraf, boleh kita jumpa sekejap?".. Tegur seorang wanita yang bertutup litup.
Ashraf mengeluh perlahan. Lalu mata melihat sekeliling. Pautan dileraikan dengan perlahan kerana dia berasa tidak selesa.
"Maaf, saya ada urusan luar.."
Wajah wanita itu terus berubah riak ketika ajakannya ditolak.
"Pleasee..Sekejap pun jadilah. Ada sesuatu saya nak bagitahu awak"..
"Okay, 5 minutes.. Boleh bagitahu sekarang"..
"Bukan dekat sini..Kita pergi minum boleh?".. Pujuk wanita itu.
Ashraf diam tanda di tak bersetuju. Keadaan sunyi sepi antara mereka. Wanita itu mula beralah kerana di kenal lelaki itu. Jika marah atau tak suka dengan sesuatu, dia akan jadi pendiam sehingga orang beralah dengannya.
"Saya...me..mengandungg.." Ujar wanita itu perlahan sambil menunduk.
Ashraf terkejut tetapi ekpresi wajahnya dibekukan.
"Anak siapa?"..
"Saya tak tahu..Sa..saya ke..kena ro..rogol".. Air mata palsu wanita itu menitik untuk meraih simpati dari Ashraf.
"Kenapa cari saya?"..
"Awak je yang boleh bantu saya sekarang. Saya tak sanggup nak buang bayi ni..Dia tak berdosa"..
Ashraf mengerutkan keningnya. Kenapa aku pulak dia cari?..Tiba-tiba dia terhidu sesuatu agenda yang tak baik dari wanita itu.
"Kenapa tak pergi buat report? Buang masa cari aku. Bukan aku yang buntingkan kau".. Terus bertukar penggilan gelaran.
Wanita itu terdiam dan terkedu cuba untuk mencari idea supaya lelaki itu memakan pujukannya. Namun hanya sia-sia, Ashraf berlalu masuk ke kereta dan meninggalkannya disitu. Dia mendengus geram sebelum berlalu pulang.
Di restoran, kelihatan dua orang lelaki sedang rancak berbual.
"Saya dah mengintip untuk beberapa hari ini. Jadi, memang mereka merupakan kumpulan yang berpengaruh terlibat dengan dadah, kelab malam dan sebagainya. Dan untuk malam ini, saya dengar akan ada satu orang besar datang untuk berjumpa dengan tebusan. Tebusan tersebut akan dijadikan sebagai 'pelacur' bagi orang atasan..."
Terhenti seketika perbualan dari Espektor itu. Dia mengeluh sebentar.
Ashraf pula masih mengekalkan riak tenangnya. Dia dapat menghidu sesuatu.
"Dan tebusan itu seperti yang awak sangka. Mangsa iaitu Amna. Kumpulan mereka akan mendapat faedah besar daripada orang besar tersebut..Jadi, rancangan saya...."
Malam itu, Ashraf bersiap dan ingin keluar seperti mengikut perancangan daripada pihak penyiasat. Dia hanya perlu berlakon sebagai orang besar baru yang berani untuk menebus wanita yang menjadi mangsa mereka. Dan orang besar tersebut akan mendapat wanita lain. Jadikan, kes ini bertukar wanita.
Siap sahaja segala peralatan, dengan gagah dia berjalan memasuki satu hotel mewah yang telah ditempah khas.
Sampai sahaja dibilik yang ditempah khas. Ashraf menghela nafas sebelum melangkah masuk. Jantung berdebar-debar. Rasa rindu dengan wanita itu semakin menggebu.
Semasa kaki melangkah masuk. Keadaan bilik dengan lampu merah dan malap yang dapat menaikkan lagi nafsu lelaki yang bermata keranjang.
Nampak sahaja tubuh wanita yang sedang duduk membelakanginya. Ashraf berhenti melangkah. Dia amat kenal dengan susuk tubuh itu. Hatinya mula berasa tenang dan sedih melihat wanita itu dari belakang. Suasana sunyi sepi. Dengan berani Ashraf melangkah untuk berhadapan dengan wanita itu. Tiba sahaja di hadapan wanita itu. Terus saja matanya menyapa wajah kerinduan itu.
Amna pula berdebar-debar mendengar derapan kaki yang melangkah dan berhenti di hadapannya. Matanya menatap kasut kulit yang mewah yang masih berkilat itu. Dia akan melawan jika lelaki dihadapannya itu membuat perkara buruk terhadapnya.
Dengan perlahan, mukanya mendongak apabila mendengar deheman dari lelaki itu dengan berhati-hati sehingga dia menatap sepasang mata redup lelaki itu. Tiba-tiba matanya bertakung air. Dia cuba untuk bertenang. Rasa terkejut membuatkan dia tidak dapat memberi respon.
Kehadiran lelaki itu sentiasa dinanti. Namun, apabila terlintas wajah seorang wanita yang sedang mengandung membuatkan hatinya berasa perih. Adakah benar lelaki ini melakukan perkara maksiat dengan Balqis?.. Persoalan yang berlegar di dalam kepalanya.
"Maaf sebab saya lambat cari awak".. Tegur Ashraf apabila masing-masing mendiamkan diri.
Amna diam.
"Jom, saya bawa awak keluar dari sini"..
"Kahwini Balqis".. Amna bersuara setelah keadaan sunyi sepi.
Terus mengerut kening Ashraf mendengar ucapan dari Amna. Dia pasti mereka berdua ada kaitan antara satu sama lain. Dia cuba untuk memahami jiwa Amna tanpa berdebat.
"Jom, kita keluar dari sini dulu. Nanti baru saya cerita"..
Amna mengeleng sambil menatap wajah Ashraf sebelum memandang ke arah lain.
"Okay, anak yang dia kandungkan itu bukan anak saya"..Terus saja Ashraf memberi fakta.
Amna menjongketkan kening sebelah. Nak percaya atau tidak.
"Jahat sangat ke saya dimata awak? Sampai sanggup duakan awak?..Saya tahu batas saya sebagai tunang orang. Dan saya juga dibesarkan dengan ilmu agama yang dapat memandu kehidupan saya. Saya bukan budak-budak lagi yang tak matang." Buat pertama kalinya Amna mendengar suara tegas itu berkata. Air mata mula bertakung.
Suasana sepi kembali.
"Saya minta maaf. Kalau buat awak terasa hati. Awak perempuan pertama yang mampu membuat kehidupan saya ceria dan tenang.".
Tanpa cakap panjang, Ashraf menarik lengan Amna untuk beredar. Risau rancangan mereka untuk menangkap orang besar yang akan mengunjungi bilik itu.
Namun, segalanya terlambat. Pintu diluar diketuk dengan berkali-kali.
"Awak pergi menyorok".. Kata Amna sambil menolak lengan Ashraf.
Ashraf mengeleng. Dia ingin berhadapan dengan orang yang disangkanya lelaki tersebut.
Dengan perlahan, pintu terbuka dan kelihatan ada beberapa orang tua dan muda yang memakai jubah dan kupiah seperti orang masjid. Hati Ashraf berdebar hebat. Tak mungkin mereka kena tangkap basah. Tetapi, dia hanya diam apabila salah seorang dari mereka menyapa.
"Assalamualaikum Encik, Saya Azman dan rakan-rakan dari Jabatan Agama Islam. Kami mendapat aduan dari seseorang yang mengatakan bahawa di sini berlakunya perbuatan zina diantara bukan mahram. Boleh saya masuk periksa?"..
Ashraf tidak dapat mengelak lalu dia hanya mengeluh perlahan. Selepas ini, dia dapat mengagak apa yang akan berlaku.
"Encik? Mari sini"..Panggil suara yang sama.
"Boleh saya tahu siapa wanita ini? Adakah kenalan encik?" ..
Ashraf menatap wajah bisu milik Amna lalu memandang wajah lelaki yang berusia tersebut. Terasa perit pahit untuk ditelan.
"Ye betul. Tunang saya"..Jawab Ashraf perlahan. Amna pula sudah menitik air mata. Dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana dia ditangkap basah bersama tunangnya.
Masing-masing berubah riak dan beristighfar panjang.
"Selepas ini ikut saya ke Pejabat Agama. Saya akan minta keluarga masing-masing untuk berjumpa di sana".. Ujar Encik Azman lalu mereka menunggu di luar bilik.
Amna terkaku dengan mata merah. Ashraf menyeka air mata di wajah Amna menggunakan sapu tangan. Mereka masih lagi belum berkahwin.
"Jom, kita kena hadap sama-sama..Pakai baju kod saya ni. Baju awak seksi sangat" . Kata Ashraf lalu menghulur kod kemejanya.
Amna menyambut lalu menyarung baju tersebut. Haruman lelaki itu terasa dekat padanya. Mereka berlalu mengikut beberapa orang Jabatan Agama Islam.
Di pejabat agama, kedua-dua belah keluarga telah berbincang dan bersetuju untuk menikahkan mereka berdua dengan kadar segera.
Keesokannya, Ashraf dan Amna memakai baju sopan. Ashraf berbaju melayu, sampin manakala Amna berbaju kurung off white senada dengan Ashraf. Masing-masing diam membisu dan menerima takdir mereka.
Hanya sekali lafaz, Amna telah menjadi isteri kepada Ashraf di pejabat agama. Serba ringkas dan segalanya berjalan lancar. Tiada kenduri dan hanya ada majlis makan sahaja di rumah keluarga Ashraf.
"Abang serahkan adik Abang dekat Ashraf. Tolong jaga dia baik-baik. Abang bersyukur jodoh korang kuat. Jadi, abang lega. Apa-apa nanti contact Abang".. Kata Syamil sebelum memeluk tubuh adik iparnya sambil menepuk bahu.
"InsyaAllah, doakan kebahagiaan rumahtangga kami ye".. Jawab Ashraf sambil senyum. Dia tak sangka mereka akan menikah express begini. Namun, hatinya sangat-sangat memanjat syukur kerana wanita kesanyangannya kini berada didalam pemantauan. Dengan gelaran isteri memudahkan Ashraf untuk melindungi keselamatan Amna.
Dengan perlahan, Ashraf memasukkan celahan jari isterinya dan mengenggam erat tangan lembut itu. Amna pula hanya diam. Mereka sama-sama melihat Abang Syamil dan Kakak Intan berlalu pergi.
"Jom masuk".. Ajak Ashraf sambil menarik lembut tangan isterinya.
Amna hanya menurut. Amna kini tidak seperti dulu. Banyak berdiam diri dan hanya berkata bila perlu sahaja.
Share this novel