"Hello bos, kereta Cik Balqis menuju ke arah Utara. Dan dia berada di salah satu hotel yang berdekatan".. Kata Faizal yang merupakan orang upahan Dato Zack.
Dato Zack terbangun dari pembaringannya. Sebenarnya, dia telah pun terlelap dan kelihatan isterinya disebelah sedang lena tanpa berkutik. Mata sempat melihat jam dinding. ' 2 pagi'..
Dia melangkah dan menuju ke balkoni untuk bercakap.
"Dia seorang je?".. Soal Dato Zack. Hatinya mula gusar.
"Ye boss, dia seorang saja"..
"Kau bagi locations dia.. Kau tolong awasi dia..Kalau ada apa-apa terus hubungi aku".. Arah Dato Zack sebelum mematikan panggilan. Dia membuka aplikasi Whatsapp untuk melihat lokasi yang telah dikongsikan oleh Faizal.
'Bukit Kayu Hitam'.. "Jauhnya u pergi".. Bisik hatinya..Tiba-tiba dia teringat kata-kata Balqis yang mengatakan wanita itu tidak suka hidup bermadu. Hati kecilnya sanggup untuk menurut kata-kata Balqis namun seakan ada sesuatu yang menegahnya untuk bercerai dengan isteri pertamanya yang merupakan cinta pertamanya.
Dato Zack mengeluh perlahan apabila dia berasa hatinya mula beralih arah. Mungkin selama 10 tahun dia berkahwin dan tidak dikurniakan anak membuatkannya mencari seorang wanita yang mampu mengandungkan zuriatnya. Dan wanita itu adalah Balqis.
Tipulah tiada rasa serba salah terhadap isteri pertamanya. Tetapi, mereka juga telah menjalankan pelbagai pemeriksaan dan ikhtiar lain seperti makan ubat herba tetapi masih lagi tidak berjaya. Keputusan pemeriksaan mengatakan dua-dua sihat dan subur tetapi hal itu sedikit sebanyak membuatkan dia berasa pelik. Namun, siapa dia untuk bersangka buruk dengan takdir hidupnya.
Dato Zack melangkah masuk apabila dia sudah tenang. Dan dia bertekad untuk memperisterikan Balqis kerana dia tahu wanita itu sedang mengandungkan anaknya. Dia akan bertanggungjawab. Bagaimana dia tahu? Kerana dia telah menerima simptom ibu mengandung seperti mabuk dan muntah waktu pagi.
Sebelum dia datang berjumpa Balqis di kelab semalam, dia sempat pergi membuat pemeriksaan, doktor meminta dia untuk membawa isteri untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana dia telah menghidapi simptom ibu mengandung.
Dia berbaring lalu cuba melelapkan mata. Otaknya masih lagi memikirkan keselamatan wanita simpanannya. Dalam leka lena menyapanya.
Kring kring.. Jam loceng berbunyi. Mata Amna terbuka dan tangan menekan button off loceng di meja sebelah katil.
Kelihatan lengan suaminya berada di atas perut. Dia tersenyum senang.
"Abang bangun. Solat subuh".. Kejut Amna perlahan. Dengan sekali kejut, mata suaminya terbuka perlahan. Dan senyuman manis menyapa. Suasana seakan tenang seperti hatinya.
"Jom berjemaah".. Ajak Ashraf sambil bangun dari pembaringan. Amna hanya mengangguk kepala.
Selesai solat berjemaah, mereka bersalaman dan Ashraf mengucup dahi isterinya. Amna tersenyum manis. Tak salah dia membuka hati untuk lelaki itu.
"Duduk sini kejap".. Kata Ashraf sebelum bangkit dari sejadah. Dia bergerak menuju ke wardrobe. Tangan mencapai satu kotak dan sampul. Amna pula hanya memerhati sahaja.
Ashraf datang mendekat lalu duduk berhadapan dengan Amna. Lutut mereka saling bertemu. Tangannya menghulurkan kedua-dua barang kepada Amna.
Amna menyambut perlahan. "Buka lah".. Kata Ashraf apabila melihat isterinya teragak-agak untuk membuka.
Amna hanya menurut. Ketika dia membuka kotak, seutas rantai bertakhta permata yang pernah dia lihat menyapa pandangannya. Ya, dia kenal rantai tersebut kerana dia yang membantu suaminya untuk membeli rantai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk insan istimewa lelaki itu.
Jari jemarinya menyentuh rantai itu. Usah dikata harga. Rantai yang sangat mewah dan eksklusif.
"Untuk saya?".. Soal Amna..
Ashraf tersenyum lalu mengangguk kepala. Tanpa membuang masa. Tangannya mencapai rantai tersebut lalu dia meminta Amna mencabut telekung. Setelah itu, Ashraf memakaikan rantai di leher isterinya.
Sempat Ashraf mencium pipi gebu isterinya selepas memakai rantai tersebut. Amna tersentak dari leka melihat rantai itu.
"Gatal. Suka Ambil kesempatan".. Jawab Amna spontan.
Ashraf ketawa lepas. "Sesuai sangat dengan sayang. Cantik. Elok je terletak".. Kata Ashraf sambil menatap rantai di leher isterinya. Lama.
Amna pula tak selesa. Dia berasa seakan lelaki itu melihat tempat lain. Jadi, tangannya naik menolak pipi suaminya untuk mengalihkan pandangan itu.
"Jangan pandang lama-lama. Tak selesa".. Kata Amna untuk menghilangkan rasa malunya. Ashraf pula tersengih kerana dia faham isyarat dari isterinya. Jadi, dia mengangguk kepala.
"Buka sampul tu pula"..
"Kenapa ada dua sampul? Kena buka dua-dua?"..
Ashraf mengangguk. Amna pula hanya menurut. Sampul coklat dicapai lalu terdapat satu cek duit. Amna terkejut melihat angka yang ditulis di cek tersebut.
"Duit untuk apa ni?".. Soal Amna pelik lalu cek tersebut di kembalikan kepada suaminya.
"Sayang anggap sahaja itu hadiah dari Abang"..Sambil tersenyum.
"Hadiah untuk apa pula?".. Soal Amna bingung.
"Hadiah sempena perkahwinan kita. Sayang guna je duit tu untuk beli barang keperluan sayang. Sebab duit itu duit sayang. Hak isteri abang ni".. Jawab Ashraf sambil mencubit lembut pipi Amna.
"Banyak sangat"..
"Simpanlah sayang. Mana tahu nanti ada emergency case kan? Sayang boleh pakai"..
Amna hanya diamkan diri. Dia seakan sukar untuk menerima wang itu.
"Sayang, duit tu memang abang akan berikan kepada isteri Abang. Abang dah lama berniat. Jadi, tolong terima ye. Walaupun kebahagiaan tidak mampu dibeli dengan duit tetapi duit mampu membantu kita suatu hari nanti." Pujuk Ashraf
Amna mengangguk kepala sahaja. Dia perlu menurut. Ashraf tersenyum lega.
"Okay, cuba buka lagi satu sampul tu".. Kata Ashraf dengan rasa teruja.
Amna terus membuka sampul itu. Terdapat dua tiket penerbangan. Tertera tarikh, masa dan destinasi iaitu di New Zealand.
"Itu hadiah dari ibu dan ayah abang. So, abang terima jelah".. Kata Ashraf ceria. Mana tidaknya, itu merupakan salah satu impiannya untuk meluangkan masa berdua bersama isterinya.
Selesai sahaja aktiviti mereka, sepasang suami isteri itu turun ke bawah dan menuju ke meja.
"Abang nak makan apa? Saya boleh masakkan"..
"Abang tak kisah..Jom abang teman sayang dekat dapur"..
"Eh, takpelah..Saya boleh buat sendiri. Abang duduk je"..Kata Amna menegah lelaki itu masuk ke dapur. Keadaan dapur legang kerana mereka orang terawal yang turun.
Ashraf pula hanya diam tanpa berkata masuk ke dapur. Amna pula hanya mampu menjeling geram melihat suaminya itu. Dia tahu jika suaminya diam, lelaki itu tidak ingin mendengar katanya.
Waktu untuk memasak dan menyediakan sarapan terasa cepat apabila suaminya banyak membantunya di dapur.
"Ehem, sedapnya bau..Awal bangun".. Tegur sepupu Ashraf.
Ashraf dan Amna menoleh ke belakang. Dalam masa yang sama juga ibu dan ayah Ashraf turun dari tangga.
"Wah, dah masak?..Sedap ni"..Tegur ibu Ashraf apabila melihat lauk yang terhidang. Nasi lemak ,sambal sotong, bihun goreng dan kuih karipap.
Mereka semua makan sambil berbual mesra termasuk Amna dan Ashraf. Amna dapat melihat suaminya makan dengan sangat banyak. Lalu dia menegur perlahan suaminya.
"Abang nak tambah?"..Soal Amna perlahan.
Ashraf pula mengangguk kepala. Orang di meja itu semua tersenyum melihat Ashraf berselera makan.
"Ashraf, makan perlahan-lahan. Dah lama ibu tak nampak Ashraf makan macam tu. Sedap macam dulu kan?"..Ibunya mula mengusik.
Ashraf berdehem lalu memperlahankan suapan di mulut. Dia dapat melihat Amna makan sambil menunduk.
"Sedap"..
Selesai makan, Ashraf meminta diri untuk keluar.
Di dalam kereta, Amna bersuara..
"Abang, kita nak ke mana?"..
"Kita nak berjumpa dengan Inspektor sekejap. Sebab kes sayang belum selesai"..
Amna terdiam. Dia teringat kes malam itu dimana dia akan dijual kepada seorang ahli korporat untuk dijadikan sebagai pelacur kelas atasan.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Bagaimana suaminya boleh masuk ke dalam hotel itu? Adakah suaminya itu ahli korporat tersebut? Tak mustahil perkara itu..
Dalam dia mengelamun, Amna tersentak apabila jari jemarinya digenggam erat oleh suaminya. Dia teragak-agak untuk bertanya.
"Fikir apa?" ..Amna agak terkejut apabila suaminya dapat mengagak sesuatu.
"Saya nak tanya, macam mana malam tu abang boleh masuk ke bilik hotel saya?".. Dengan berani, Amna bertanya.
Ashraf tersenyum dan tersengih. Dia juga teringat waktu itu pertama kali dia melihat isterinya berkeadaan seksi..Nasib baik waktu itu nafsu lelakinya masih boleh dikawal..
"Nanti abang cerita eh, sekarang jom turun dulu..Kita dah sampai".. Kata Ashraf..Kini mereka berada di balai..
Selesai urusan di sana, mereka bergerak balik.
"Sayang ingat tau pesan Inspektor tadi, buat sementara waktu sayang kena duduk rumah dulu sebab kes sayang belum selesai"..
Amna mengangguk..Mereka singgah membeli sesuatu untuk dibawa pulang..Mereka menikmati masa berdua dengan berjalan.
Lain pula situasi Dato Zack bersama isterinya, Pada pagi itu Dato Zack mendapat panggilan bahawa Balqis akan memasuki sempadan Thai dan dia perlu segara mendapatkan Balqis sebelum wanita itu menghilangkan diri..
"Abang nak pergi mana ni kelam kabut?"..Soal isteri Dato Zack.
Dato Zack sedang mengemas beg dengan beberapa pakaian untuk dibawa bersama. Dia akan menaiki kapal terbang untuk ke sana dan orang upahannya akan mengambil di airport.
"Abang ada hal. Abang outstation dua tiga hari ni"..Jawab Dato Zack sambil melangkah bangun untuk bersiap.
"Outstation atau ada perempuan lain dibelakang saya?".. Soalan maut diberikan kepada Dato Zack. Ketika itu, terus terhenti langkah Dato Zack. Dia mengeluh perlahan.
Isteri Dato Zack bangun dan berdiri berhadapan dengannya. Tahap kesabarannya kini sangat tipis.
"If i have another woman behind you..What you can do?"..Soal Dato Zack dengan berani..
"Jadi, betul lah kan awak ada perempuan simpanan?".
"Yes".. Jawab Dato Zack..Dia perlu berterus terang kerana baginya ini adalah masa yang sesuai.
"Perempuan tu tak akan hidup tenang".. Ugut isterinya dengan muka bengis.
"I akan berkahwin dengan dia..You jangan berani sentuh dia".. Jawab Dato Zack ..
"Why? I isteri you. So, i ada hak ke atas orang yang telah menjadi perampas suami orang"..
"Because she's pregnant my child!".. Kata Dato Zack dengan muka merah padam..
Isterinya terkejut melihat Dato Zack begitu marah dan sanggup menengkingnya demi wanita lain. Ini perkara sangat luar biasa baginya..
"Wow, congratulations..You will become father ..So impressive.." Jawab wanita itu lagi..
"Thanks, you should to get ready because after this in this house will have another woman to stay".
"Remember, if you dare to touch my wife..Awak akan terima akibatnya".. Kata Dato Zack sebelum melangkah keluar dari rumah itu.
Share this novel