Bab 3

Romance Series 24827

Jam menunjukkan lagi sejam waktu kerja akan tamat, Amna masih leka memeriksa fail projek yang bakal dibentang lusa. Begitu juga majikannya, masing-masing tekun dan keadaan sunyi sepi.

Gangguan bunyi dari telefon Amna membuat mereka terkejut dan kerja terus terhenti. Mata Amna dan Ashraf bersabung seketika sebelum Amna dengan cepat mengeledah beg tangan miliknya..Amna melihat terlebih dahulu nama yang tertera sebelum menjawab..

"Hello..ye abang Syamil..Waalaikummussalam.."

"Abang dekat hospital ni..Alhamdulillah, Akak Intan baru sahaja selamat bersalin.." Belum habis lagi ayat dari abangnya..Amna terus mencelah..

"Ya Allah, ye ke abang? Akak dah bersalin..Wahh, tahniah Abang!!"..Amna beriak gembira..Matanya bersinar-sinar..Teruja menyambut insan kecil a.k.a anak buah pertama..

"Ye, betul tu..Macam ni, abang kena stay dekat hospital ni nak daftar kemasukan Akak Intan dekat wad nanti. So, abang tak dapat jemput adik. Adik balik naik grab atau teksi boleh? " Soal Syamil yang ketika itu sedang menunggu di luar ruang bilik bersalin.

"Okay Abang, takpe..Nanti Adik balik naik grab je..Abang tak payah risau okay!"..

"Okay, hati-hati ye dekat rumah..Abang tak pasti balik pukul berapa.."

"Okay, tapi...Adik nak melawat Akak Intan boleh?"..Soal Amna sambil tersengih sorang..

Ashraf yang melihat keletah Amna terus mengeleng kepala..'Macam budak -budak'...Matanya masih lagi ralit memerhati wajah milik Amna. Hatinya seakan sejuk dan tenang melihat wajah ceria tu.

"Boleh..tapi adik balik rumah dulu..Nanti nak datang melawat, adik bawa beg pakaian abang dalam bilik ye..Abang dah letak dekat tepi pintu dekat bilik tidur abang"..

"Okay boleh Abang, Abang nak makan apa-apa tak?"..

"Takpe lah, abang makan dekat cafe hospital je..Okaylah, abang nak gerak pergi kaunter pendaftaran sebab Akak Intan dah keluar bilik bersalin ni..Abang gerak dulu..Hati-hati balik..Nanti inform Abang kalau dah sampai rumah"..Bebel Syamil sambil bergerak mengikuti katil isterinya yang bergerak menuju ke wad . Kelihatan isterinya memejam mata untuk menghilangkan lelah bertarung nyawa. Syamil mengucap syukur kerana kedua-dua insan tersayang selamat dan sihat. 'Thankyou sayang'..

Amna yang baru selesai membuat panggilan terus sahaja bergerak mengemas kertas yang berselerak di atas mejanya..Dia sudah tak sabar lagi mahu bertemu dengan anak buahnya. Matanya sempat mengerling jarum jam di dinding majikannya..'Sikit lagi..Sabar Amna'..

Ashraf hanya memerhati sahaja. Tangannya juga bertindak mengemas dan menyusun segala fail di atas mejanya.

Tepat jam 5, jam dinding itu berbunyi sebanyak lima kali memandang jarum jam berada di nombor 5..

Amna terus sahaja berdiri dengan pantas, sambil tangan menekan suis off PC nya. Beg tangan di sangkut di bahu dan dia mencapai satu fail kerja yang belum siap untuk dibawa ke rumah.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah, dia disapa oleh Ashraf..

"Ye boss?"..

"Balik dengan siapa?" Soal Ashraf sambil menatap wajah Amna..

"Oh, saya balik naik grab" ..Jawabnya sambil memusingkan badan ke arah pintu dengan perlahan.

"Saya hantar"..

"Ha? Apa boss?"..Amna soal untuk kepastian..'Dia offer nak hantar ke tadi? Like seriously?!'

Ashraf hanya mengendah sahaja soalan Amna lalu dia mencapai briefcase dan baju kod melangkah mendekati Amna yang sudah berdiri menanti di hadapan pintu.

Ketika Ashraf memintas, Amna dapat mendengar suara itu dengan lebih jelas..Matanya berkedip-kedip melihat wajah pendiam bossnya.

"Saya hantar awak balik..Jom!".. Katanya sambil bergerak ke arah pintu dan memboloskan diri keluar dari pintu pejabatnya.

Amna terus mengikut langkah bossnya. 'Wah rezeki, selamat duit aku harini. hehe'..

Sampai sahaja di perkarangan rumah kediaman dua tingkat yang diduduki oleh Amna dan Abangnya..

Dapat Ashraf kesan keberadaan kereta Akak Intan di hadapan rumah. Ashraf menarik brek tangan apabila berada betul di hadapan rumah Amna.

"Terima kasih boss"..Ujar Amna..

Ashraf menggangguk lalu dia bersuara..

"Kenapa tak bawa kereta Akak Intan ke tempat kerja?".. Soal Ashraf. Dia pun terkejut bagaimana dia boleh bersoal jawab dengan Amna..

Amna yang ingin membuka pintu terus sahaja menyandar badan di kerusi empuk tu sambil membuat muka masam.

"Abang saya tak bagi bawa. Padahal saya ada je lesen! "

Ashraf menjongket kening bertanya sebab. Amna yang memahami terus menjawab..

"Abang saya kata saya orang baru dekat sini. So, dia tak benarkan saya memandu, Risau terjadi apa-apa dekat saya. Kalau saya sesat pun, waze kan ada. Teknologi dah moden. Tak faham saya!"

Ashraf menggangguk faham. Malas nak berhujah panjang nanti panjang pulak perbincangan.

"Saya keluar dulu lah. Terima kasih hantar saya balik"..Amna membuka pintu kereta lalu meloloskan diri keluar dari kereta selepas melihat anggukan dari bossnya.

Ashraf hanya memerhati Amna berlalu sehingga ke dalam rumah. Baru dia berlalu pulang.

******

"Hello, abang! Adik sampai hospital dah ni..Abang dekat mana? Akak Intan duduk wad berapa?".. Soal Amna setelah keluar dari perut teksi. Dia menelefon sambil sebelah tangan membawa beg pakaian dan bergerak masuk ke wad.

"Ye, Abang dekat wad akak Intan ni..Adik terus ke wad Melati tau.. Bilik no 3 katil no 1"..

Amna menggangguk faham lalu bergerak mengikut arahan. "Okay Abang Syamil"..

Amna terus bergerak sambil itu bertanya nurse yang berdekatan mengenai keberadaan wad bersalin. Amna tersenyum manis kerana layanan yang diberikan oleh kakitangan hospital sangat baik.

Sampai sahaja di bilik yang ingin dituju terus dia menyapa abangnya yang sedang mengendong bayi.

"Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam"

"Nah, ni beg baju abang."

"Okay, terima kasih dik..Letak je dekat kerusi tu" Jawab Syamil ..

Amna bergerak mendekati Akak Intan. Tangan dihulur untuk bersalam sambil memberi senyuman.
Akak Intan membalas senyum adik iparnya sambil menyambut salam Amna.

"Akak Intan macam mana? Okay ke?"..

"Alhamdulillah okay.. Amna macam mana kerja? Encik Ashraf okay kan?". Soal Akak Intan

"Kerja okay je kak Intan, tapi itulah kadang-kadang bosan sebab buat kerja dalam keadaan sunyi sepi. Nak keluar pun kena minta kebenaran. Payah lah"..Rungut Amna. Dia berasa seakan terkongkong.

Akak Intan ketawa perlahan melihat wajah cemberut muka adik iparnya..

"Takpelah Amna, nak buat macam mana kan? Dah memang Encik Ashraf tu pendiam. so, mestilah bilik dia pun sunyi sepi. Amna sabar je ye"..Kata Akak Intan sambil mengusap lengan Amna.

"Kalau tak nak kena kongkong, pergi buat kerja sendiri. Tak de siapa nak kongkong".. Sampuk satu suara..

Akak Intan tersengih sambil menjeling manja suaminya yang sudah bergerak mendekati mereka. Kelihatan anaknya sedang tidur.. Syamil bergerak meletakkan bayi lelaki mereka di tempat yang disediakan..

"Alah abang ni. Sibuk je. Amna bukan apa. Atleast bagilah Amna ruang untuk santai."

"Kalau nak santai, pergi lepak dekat pantai"..

"Abanggg, No.." Akak Intan memanggil suaminya sambil mengeleng.. Kalau tak dicelah. Mahu bertekak adik beradik ni. Syamil pula hanya diam selepas isterinya menegur.

Amna pula buat muka masam. 'Orang nak luahkan pun salah. haih'..

"Nanti Amna bincanglah dengan Encik Ashraf baik-baik. Mesti dia boleh bertolak ansur soal ni"..

Amna hanya menggangguk perlahan..

Setelah masa melawat tamat, Syamil dan Amna bergerak pulang. Suami tidak dibenarkan teman di dalam wad tersebut. Boleh teman tetapi hanya boleh tidur di ruang luar wad sahaja. Lagipun, Akak Intan meminta suaminya untuk berehat di rumah memandangkan suaminya akan bekerja.

****

"Hye morning kak Shiha"..Tegur Amna sewaktu masuk kerja pada pagi itu. Itulah tabiatnya, kalau boleh semua staf mahu ditegurnya.

"Hye Amnaa, morningg"..Jawab Kak Shiha sambil tersenyum..

Amna tersengih lalu bergerak ke bilik kerjanya a.k.a bilik boss. Kebiasaannya Amna akan datang awal untuk makan breakfast yang dia masak dari rumah. Baru sahaja pintu tersebut di buka, terkejut dibuatnya apabila melihat boss di meja kerja.

'Aik! Awalnya sampai? Aku lewat ke?'.. Amna melihat jam tangan ..'Baru pukul 8.00 pagi..Biasa boss masuk pukul 9? '..Dalam dia bermonolog. Kakinya tetap melangkah ke meja kerjanya. Bekal di letak di atas meja.

"Assalamualaikum, morning boss".. Tegur Amna untuk hilangkan suasana janggal.

Ashraf hanya menjawab salam di dalam hati. "Morning"..Itu sahaja yang terluah sambil melihat wajah ceria milik Amna. 'Budak ni aku tengok tak pernah sedih, ceriaa je'.. Soalnya dalam hati.

Amna mengalihkan pandangan apabila wajahnya direnung oleh majikannya. Dia berura-ura untuk membuka bekal. Tetapi, serba salah memandangkan bossnya sudah masuk kerja. Dia ingin meminta diri keluar untuk makan breakfast di pantri.

"Err, boss dah breakfast?"

Ashraf hanya mengelengkan kepala. Pada pagi itu, dia terpaksa turun awal ke tempat kerja kerana banyak proposal perlu diperiksa dan ditandatangani olehnya.

Amna tiba-tiba teringat bekalnya. Harini dia membawa bekal nasi goreng kampung dan nasinya lebih. 'Agak-agak boss nak makan ke tak?'..

"Err , boss makan pedas?"

Ashraf menjongket kening bertanya sebab.

Amna tersengih lalu menjawab. "Kalau boss makan pedas, saya boleh share sikit bekal saya harini. Memandangkan saya ada bawa bekal lebih. Itu pun kalau boss sudi"..

Ashraf hanya menggangguk tanda bersetuju. Dia tak kisah tentang makan kerana dia bukan seorang yang cerewet bab makan.

Amna terus tersenyum lebar melihat respon dari bossnya. Lalu, dia bergerak bangun untuk ke pantri membawa bekal.

"Saya buat air untuk boss sekejap. Nanti saya bawa masuk sekali breakfast untuk boss"..Ujar Amna

Ashraf hanya memandang sambil menggangguk kepala perlahan.

Di pantri, Amna mengambil pinggan di rak. Lalu, dia meletakkan sebahagian nasi goreng tersebut di dalam pinggan. Air yang telah dibancuh di angkat lalu dibawa ke bilik kerja.

"Er, boss ini breakfastnya. Saya letak di sini ye".. Amna meletakkan nasi dan air di meja perbincangan.

Ashraf menggangguk . "Thankyou".. Itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

Amna menggangguk lalu bergerak keluar untuk makan bekalnya di pantri.

"Nak ke mana?".

"Ha? Oh, saya nak makan breakfast dekat pantri"..

"Makan dalam ni"..Jawab Ashraf..

Amna kebingungan. 'Makan dalam ni maksudnya? Makan sekali dengan dia? No no!'..

"Eh, takpe boss. Saya makan dekat pantri jelah"..

Ashraf hanya merenung tajam tanpa sebarang kata. Amna tak senang duduk lalu dia terpaksa bersetuju. Dia gerun melihat mata helang milik lelaki itu. 'Huish, menusuk kalbu..huhu'.

"Hmm, saya ambil bekal sekejap".. Jawab Amna laju lalu melangkah keluar. Wajah cemberut ditayangkan.

"Hai, kenapa muka tu masam je?" Tegur akak Ika pula yang kebetulan berada di pantri untuk breakfast.

"Hehe, takde apalah kak..Akak dah breakfast?"..Soal Amna sambil membancuh air kegemarannya ,milo suam ..

"Akak baru nak breakfast ni. Jom join akak breakfast".. Ajak Akak Ika sambil tersenyum..

"Err, kali ni Amna tak dapat join akak breakfast sebab kena teman boss breakfast dekat dalam".. Jawab Amna lagi sambil bergerak mengambil bekalnya.

" Wow! First time nih boss ajak teman breakfast.. Ada apa-apa ke ni?"..Usik Akak Ika

"Ehh, Akak jangan macam-macam eh. Saya dengan boss hanya majikan dan pekerja je tau.. Akak jangan melebih.." Balas Amna laju .

"Eleh, yelah tu.. Takpe.. Kita tengok nanti"..

"Suka hati Akak lah nak cakap apa..Yang pasti Amna tak lama dekat sini..byee".. Jawab Amna sambil bergerak keluar dari pantri.

Akak Ika hanya mengelengkan kepala melihat telatah Amna yang selalu ceria itu.

Suasana dalam bilik itu seperti biasa sunyi sepi. Masing-masing makan tanpa bunyi membuatkan Amna rasa tak selesa. Lalu, dia makan tanpa mengangkat wajah sedikit pun. Segan pun ya jugak!

Selesai saja makan, Amna mengemas meja tersebut dan lap dengan kain agar tak melekat bau. Setelah selesai Amna menarik tablet lalu mendekati bossnya untuk membaca agenda mereka pada hari itu.

Ashraf mengangkat wajah apabila terasa seseorang berada berdekatan dengan meja. Keningnya terangkat.

Amna tersengih segan lalu berdehem untuk membetulkan kotak suaranya.

"Saya nak bacakan agenda boss untuk hari ini"..

Ashraf mengangguk faham.

"Harini pada sebelah pagi jam 10 boss akan ada meeting dengan CC Holding mengenai projek boss dekat Penang. Then, pukul 12 tengahari boss ada dinner meet dengan tengku Faqih di restorannya. Last, jam 3 petang boss ada perbincangan dengan staf kita di bilik perbincangan. Itu sahaja dari saya"..

"Okay ,terima kasih".. Ashraf berkata lalu mengangguk faham.

Amna senyum lalu bergerak ke mejanya. Baru sahaja tangannya bersedia menaip dokumen ..Namanya diseru..

"Ye boss?" ..Amna bergerak ketepi meja untuk memandang bossnya.

"Nanti ikut saya pergi meeting harini"..

Amna terkedu dan terdiam. Sebenarnya dia pun ada agendanya sendiri pada tengahari.

Ashraf yang melihat Amna terdiam terus soal. "Kenapa? Any problems?"

Amna tersengih sambil menggaru kepala. Serba salah untuk berterus terang. 'Argh! cakap jelah'.

"Err, saya okay je ..Tapi, untuk tengahari saya tak dapat ikut boss kot"

Ashraf mengangkat kening..

"Err, saya nak pergi melawat Akak Intan dekat hospital".. Jawab Amna sambil tersengih segan.

Ashraf mengangguk faham. " Nanti saya hantarkan"

Mata Amna bersinar-sinar dan membulat. Teruja. "Betul ke boss?"..

Ashraf mengangguk kepala lalu meneruskan kerjanya.

Amna tersengih. 'Alhamdulillah, save lagi duit aku kali ni..Yahoo!'

"Terima kasih untuk breakfast tadi. Sedap" ..Ashraf berkata tanpa menoleh.

Amna yang masih teruja terus tersentak apabila bossnya bersuara. 'Seriously, sedap?'

"Sama-sama boss".. Jawab Amna sambil tersengih .Kembang hatinya disebabkan pujian yang diberikan oleh majikannya.

"Start esok, boleh bawa bekal untuk saya sekali"..

Kali kedua Amna terkejut. Hatinya berdebar hebat. Kali ini matanya bertatapan dengan mata majikannya.

"Haa? boss nak saya buat breakfast boss start esok?".. Soalnya untuk kepastian.

Ahsraf mengangguk.

"Serius boss?"..

"Ada nampak saya buat lawak ke?"..

Dush, terasa menusuk kalbu ayat tu. Deep oi..Amna tersengih dengan wajah membahang . Dia tiada pilihan lain. Terpaksa bersetuju.

"Baiklah, tapi boss takde alahan apa- apa kan?".

Ashraf mengeleng. Amna mengangguk faham.

'Aduh, bertambah lain pulak kerja aku..Haih, kalau nanti aku masak kurang sedap, boss buang ke tak eh?'.. Amna dalam dilema. huhu

Ada apa-apa ke Ashraf? Daah Jatuh hati dengan masakan Amna ye? ..Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience