Bab 5

Romance Series 24827

Pejam celik pejam celik, harini merupakan hari paling bahagia kerana Amna mendapat gaji bulan pertamanya.. Matanya terbutang melihat slip gajinya. Angka yang ditulis baginya tidak masuk akal. Kerana gajinya tidak setanding dengan kerjanya yang telah diambil alih itu. Kerjanya sangat mudah hanya perlu check laporan, betulkan mana yang patut, sediakan jadual harian boss dan ikut bossnya ke meeting. Itu sahaja.Baginya tak berat. Taktahu lah bagi orang lain.

Ketika itu, mereka terpaksa kerja lebih masa begitu juga dengan ketua jabatan yang lain. Amna mengerling sekilas jam di dinding. ' pukul 9 malam'.. Kelihatan bossnya masih fokus memeriksa dokumen projek mereka. Amna mula kebosanan kerana tiada lagi kerja yang perlu dibuat. Lalu dia termenung sambil ralit melihat tingkah laku bossnya yang sedang menaip.

"Handsome sangat ke saya?".. Tegur Encik Ashraf sambil matanya bersabung dengan renungan Amna.

Amna tersentak lalu tersengih malu. Matanya dialihkan ke tempat.

"Saya bosanlah boss. Kerja saya dah siap. Boss macam busy je. Ada nak saya bantu apa-apa ke?" ..Jawab Amna

Ashraf pula mengangguk faham. Dia agak kagum dengan keupayaan Amna dalam menyiapkan kerjanya. Tidak pernah bertangguh. Segala tugasan yang diberikan pasti akan diselesaikan dalam masa itu juga.

"Awak boleh buatkan saya air?".

"Bolehh, boss nak air apa?".

"Coffee less sugar"..

"Eh boss, kalau kopi nanti boss susah nak tidur malam. Boss nak jadi burung hantu ke?"..

Ashraf hanya diam sambil merenung Amna. Dia malas banyak cakap. Amna yang memahami renungan terus mencebik sambil mengomel kecil.

'Alah, orang ajak sembang sikit pun tak boleh!' ..Omelannya didengari oleh Amna.

"I hear you"

"Hehe, baiklah boss saya buatkan air kopi special untuk boss dengan penuh kasih sayang".. Jawab Amna loyar buruk dengan sengihannya.

Ashraf hanya menjeling sekilas perlakuan Amna yang bangun dari kerusinya. Sedikit sebanyak hatinya tercuit dengan perlakuan agak manja Amna itu. Lalu, tanpa membuang masa dia menyambung kembali kerjanya.

Tepat jam 10.00 malam, suasana di pejabat itu sunyi. Amna sedang mengemas mejanya manakala Encik Ashraf sedang mengurut lehernya. Untuk membetulkan urat tegang.

Dalam kesunyian, tiba-tiba kedengaran satu pasu bunga pecah dari luar bilik mereka sekarang. Amna terdiam lalu memandang bossnya. Mata mereka bertatapan sebelum memandang ke arah pintu.

Amna berura-ura untuk bergerak ke pintu kerana rasa ingin tahunya tinggi terus bergerak ke pintu. Ashraf terbangun apabila melihat Amna dengan beraninya bergerak ingin membuka pintu.

Amna terus memulas tombol pintu apabila bossnya berada di sebelahnya. Amna terkejut melihat pasu pecah dihadapan pintu bilik itu . Amna memandang bossnya untuk melihat reaksi bossnya itu. Namun, muka itu seperti biasa. 'Takde perasaan ke apa dia ni?'.

"Jom, kita balik. Ambil barang awak"..

Amna menurut sahaja tanpa banyak soal. Ketika mereka bergerak keluar sehingga ke parking kereta. Mata Amna masih lagi memerhati kawasan sekeliling. Dia dapat rasakan seperti ada seseorang memerhati mereka.

"Kalau jalan tu, tak boleh ke pandang depan?"

Amna tersentak lalu mencebik. 'Haih, kacau!'.

Sampai sahaja di kereta, Ashraf terus memandu keluar petak parking tanpa menunggu lama. Kelibat berbaju hitam yang sedang berselindung terus keluar dan memerhati kereta milik Ashraf berlalu pergi. Senyum sinis terlorek dari sebalik topeng muka yang di pakai.

Selang beberapa hari, Amna menerima pesanan whatsapp dari bossnya, Encik Ashraf yang mengatakan dia tak masuk ke pejabat dan meminta Amna untuk pulang jam 4.30 semasa ketiadaannya.

Pagi itu Amna dengan bersemangat bangun dan bersiap ke tempat kerja. Seperti biasa Amna akan naik grab ke tempat kerja.

"Hye, morning Kak Ika".. Tegur Amna

"Morning beautiful". Usik Kak Ika sambil tersengih.

Amna menjeling sebelum bergerak ke tempat duduknya di bilik boss. Terbuka sahaja bilik itu, terdapat satu gubahan bunga ros di atas mejanya. Berkerut dahi Amna.

'Siapa bagi ni?'.. Laju tangan mencari kad . Tetapi tiada. Tanpa banyak soal, Amna meletak tepi bunga tersebut. Dia malas mengambil berat mengenai hal itu kerana kerjanya banyak.

Pada waktu rehat, Amna mengikut Akak Ika lunch di satu restoran terkenal. Mereka berborak sehingga Akak Ika di sapa oleh seorang wanita yang ayu dan cantik.

"Hai Assalamualaikum .Shafiqah, Dah lama tak nampak awak"

"Eh, hai Balqis..Ye ye saya busy sikit sekarang"..

Amna hanya diam sambil memerhati. Matanya juga melilau melihat dekorasi dan suasana restoran itu. Itulah minat Amna, suka melihat ukiran dan dekorasi yang ada dimana-mana sahaja.

"Oh, patutlah.. Dah makan ke ni? Siapa dengan awak ni?"..

" Sudah baru je tadi, oh. Ini Amna, Amna ini kawan Encik Ashraf. Cik Balqis"..

Amna mengangguk sambil menyambut salam dari Cik Balqis dengan senyuman.

"Amna bekerja sama tempat dengan awak ke?". Soal Balqis sambil memandang Shafiqah.

"Aah, ye betul. Amna gantikan tempat Akak Intan sementara Akak Intan cuti bersalin"..

"Oh, faham.. Macam mana Amna kerja dengan Encik Ashraf? Okay?"..

"Alhamdulillah setakat ni okay je Cik Balqis"..

"Amna tentu pelik kan kenapa Encik Ashraf tu diam je.. Memang dari kecil dia macam tu. Kurang bercakap".. Ujar Balqis sambil tersengih. Akak Ika juga mengangguk kepala mengiyakan kata-kata itu.

Amna mengangguk faham. Tapi, dalam hatinya tidak menafikan hal itu. Namun, kadang-kadang dia pelik juga dengan bossnya suka pulak dia bercakap berpatah-patah dengan dia. 'Boss ni pelik-pelik jelah'.

"Okaylah Balqis, masa rehat dah nak habis ni. Kami gerak dulu ye".. Potong Akak Ika sambil berdiri. Mereka keluar dari restoran itu lalu bergerak ke tempat kerja. Sempat lagi Balqis menitipkan salam dekat Amna untuk disampaikan kepada Encik Ashraf. Amna sekadar mengangguk.

Tepat jam 4.30, Amna bergerak pulang dengan beberapa fail dokumen. Fail tersebut memerlukan tandatangan Encik Ashraf. Dia berura-ura untuk berjumpa dengan bossnya esok pagi.

Malam itu, Amna tergerak hati untuk menghantar pesanan ringkas pada bossnya. Namun, hanya satu tick. Amna tak senang duduk. Memandangkan kesemua dokumen tersebut perlu diserahkan kepada ketua jabatan esok. 'Busy ke boss'. Tanpa banyak soal, Amna terus menekan button call.

Pertama kali, panggilan tidak dijawab. Amna mencuba untuk kedua kalinya. Panggilan dijawab lantas salam diberi.

"Assalamualaikum boss. Maaf mengganggu malam- malam"..

"Waalaikummussalam, siapa ni ye?".. Kedengaran satu suara lembut menjawab. Amna terus tegak badan. 'Bini boss ke? ..Eh, bukan boss belum berkahwin lagi ke?'..

"Err, maaf saya Amna, pembantu peribadi sementara Encik Ashraf"..

"Oh, Amna..Ini Auntie Maria, maaf ye Ashraf baru je tidur lepas makan ubat tadi. Telefonnya tertinggal dekat ruang tamu. Dia lupa bawa sekali naik atas"..

Amna terkejut untuk kedua kalinya. 'Bossnya sakit?'..

"Err, maaf Auntie, Encik Ashraf sakit apa ye?"..

"Lah, Ashraf tak bagitahu Amna ke yang dia tak sihat tu. Dah dua hari demam tak kebah lagi. Mungkin kerja kuat sangat"..

"Oh, takde pulak Encik Ashraf bagitahu hal ni. Emm, esok saya fikir nak datang minta tandatangan Encik Ashraf"..

"Boleh je Amna, Datang je..Nanti Auntie bagitahu Ashraf ye"..

"Okay, terima kasih Auntie..Esok jam 9 pagi saya datang"..

"Baiklah"..

"Okay Auntie, saya tutup dulu. Assalamualaikum"..

Selesai sahaja panggilan ditutup, Amna terus baringkan tubuhnya di katil empuknya.

Keesokkan paginya, Amna turun ke dapur untuk memasak bubur ayam. Niat hatinya untuk diberikan kepada bossnya. Rasa simpati itu ada.

Setelah bersiap, Amna sempat bersalam dengan Akak Intan dan Abangnya sebelum gerak keluar.

"Nak abang hantar tak?"

"Takpe abang, adik nak ke rumah boss sebab nak kena mintak sign. Adik naik grab je"..

Syamil mengangguk faham. Amna lantas berjalan keluar setelah menyapa Akak Intan. Ya! Akak Intan berpantang dirumah itu.

Sampai sahaja di rumah bossnya, Amna menekan button loceng. Pagar elektrik terbuka secara automatik . Amna terpegun melihat rumah besar empat tingkat itu.

Matanya di sapa dengan seseorang di muka pintu. Mungkin ibu kepada bossnya. Amna terus mendekati sambil tersenyum. Salam dihulurkan.

"Assalamualaikum, saya Amna . Saya datang nak jumpa Encik Ashraf"..

"Oh, Amna ye yang call semalam?"..

"Ye, Oh ni Auntie Maria?"..

"Ye, Auntie lah ni. Jom masuk".. Amna mengangguk. Kelihatan Auntie Maria muda dan masih langsing.

"Amna duduk sekejap ye. Auntie panggil Ashraf dekat atas"..

"Okay boleh Auntie.. Err, Auntie sebelum tu.. saya ada bawakan bubur untuk Encik Ashraf. Taktahu lah dia makan ke tak?".. Ujar Amna sambil senyum malu sambil menghulur beg plastik yang berisi bekas makanan.

"Oh lah ye ke.. Terima kasih ye..buat susah-susah je..Nanti Auntie bagi Ashraf makan ye. Tentu dia suka ni"..Jawab Auntie Maria sebelum bergerak naik ke tingkat atas.

Sementara menunggu, Amna sempat melihat dekorasi rumah bangalow itu. Setelah puas mencuci mata, Amna membuka dokumen dan mencari halaman yang perlu ditandatangan oleh bossnya.

"Ehem"..

Amna terkejut lalu mendongak melihat gerangan yang berada di hadapannya. Muka pucat tanpa seri menyapa pandangannya.

"Err, morning boss. Maaf ganggu waktu cuti boss. Saya terpaksa datang minta sign boss sebab harini mereka nak dokumen ni". Kata Amna dengan rasa serba salah. Bukan dia yang buat kerja last minute. Tetapi ketua jabatan yang serahkan kepadanya last minute.

Ashraf hanya mengangguk faham sambil membaca dokumen yang telah diberikan oleh Amna.

Amna dengan pantas memberi pen kepada bossnya. Setelah selesai urusannya di situ, Amna bergerak bangun untuk berlalu. Tetapi ditahan oleh Auntie Maria.

"Eh, Amna dah nak gerak ke?"

"Ye Auntie"

"Lah, jom sarapan dulu sebelum Amna gerak ke office. "

Amna berasa serba salah. Jam dikerling. ' 9.30 pagi' . Jarak dari rumah bossnya agak jauh berbanding rumahnya nak ke tempat kerja.

"Maaf sangat Auntie, Amna kena gerak dulu sebab Amna rushing sebenarnya. Amna breakfast dekat office je Auntie"..

Ashraf hanya memerhati dalam diam. Amna kelihatan lemah lembut melayan ibunya manakala ibunya seperti senang menerima kedatangan Amna di rumah itu.

"Oh takpelah kalau macam tu, Nanti ada masa lapang. Datang lah rumah Auntie. Makan sini ye"..

Amna mengangguk kepala sambil menyarung handbagnya di bahu.

"InshaAllah Auntie, minta maaf ye.. Amna gerak ke office dulu ye"

"Boss, saya gerak dulu. Get well soon".. Sempat Amna menyapa bossnya. Amna bergerak ke Auntie Maria untuk bersalam. Lalu, dia bergerak keluar kerana grab yang dipesannya sudah sampai.

Sampai sahaja di pejabat, Amna terus sahaja bergerak menghantar dokumen kepada ketua jabatan. Apabila sampai sahaja di tempat duduknya Amna terus menepuk dahi. Dia terlupa sampaikan sesuatu kepada bossnya.

Sementara di rumah Ashraf. Auntie Maria menghidangkan bubur ayam kepada anaknya itu. Ashraf tanpa banyak soal terus menjamah sehingga licin mangkuk.

"Sedap sangat lah tu kan? sampai licin Ashraf makan".. Auntie Maria mengusik.

Ashraf hanya diam sambil mengangguk perlahan. Tak dinafikan bubur ayam itu telah membuka seleranya.

" Nak tahu siapa masak?"

Ashraf hanya memandang tanpa respon. Menunggu jawapan dari ibunya itu.

"Amna yang bawa bubur tu"

Ashraf terkejut. Auntie Maria pula sudah tersengih. Dia masih lagi ingin mengusik anak terunanya itu.

"Lepasni, boleh lah ibu suruh Amna masakkan makanan untuk Ashraf"..Kata Auntie Maria sambil ketawa.

Ashraf hanya menunduk memandang bekas bubur yang kosong itu. Sejujurnya, dia juga meminati masakan Amna sehingga dia rasa sudah sebati dalam badannya makanan yang dimasak oleh Amna apabila setiap hari wanita itu menyediakan sarapan pagi untuknya.

Happy reading.. #Slow Update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience