Prolog

Romance Series 24827

"Hello, Akak Intan, adik tengah cari tempat kerja akak ni. Bangunan yang mana satu?" Soal Amna bingung. Tangan kanan sedang memegang erat telefon di telinga manakala tangan kirinya penuh dengan segala fail.
Pergerakannya terbatas kerana memakai baju kurung yang telah dipaksa oleh Akak Intan a.k.a kakak iparnya.

'Aduh, leceh lah pakai baju kurung ni..Orang nak berlari pun payah.Huh!' ..Desis hati Amna ketika dia terpaksa berlari anak untuk melintas.

"Bangunan office akak betul- betul berada di tengah antara Mall..Adik dekat mana dah ni?"

"Adik baru lepas melintas jalan ni.. Dekat depan mall"..Jawab Amna sambil mata melilau melihat keadaan sekeliling untuk mencari bangunan yang disebut oleh kakak iparnya itu.

"Okay, Adik dah dekat dah tu, Amna jalan sikit lagi..Depan tu ada bangunan papan tulis 'Hamzah Sky Holding' dekat sebelah kiri. Nanti adik dah sampai call akak ye..Akak kena sambung buat kerja balik..."

"Okay, baiklah kakak iparku"..Baru sahaja telefon itu mahu dimatikan Kedengaran akak iparnya menjerit memanggil namanya..

"Ye kak? Kenapa?"..Soal Amna menyeka peluh.

"Nanti adik sampai, terus pergi receptionist then bagitahu adik nak berjumpa dengan Akak tau..Orang bawah sudah tahu, adik cuma ikut je dorang okay!"..

"Okay baiklah, ada apa apa lagi ke kak? ..Adik panas ni "..Jawab Amna

"Alolo, kesian dia..Takde apa dah..Takpe nanti akak belanja adik makan ye..Promise!"..Pujuk Intan

Muka yang letih itu terus tersenyum melebar..Apa pula tak suka..Makan adalah hobinya!

"Yeah, adik tuntut eh.. Tak dapat siap akak! Adik suruh abang tidur luar malam ni..kehkeh" ..Usik Amna

"Amboi dia, pandai nak ugut kakak ye..Okay takpe..Kita tengok nanti..hehhee..Okaylah akak sambung kerja dulu. Dah sampai nanti bagitahu akak okay! Bye! Take Care!"..Ujar Intan

Amna tersenyum lalu mematikan panggilan tersebut. Dia terus melangkah lurus sambil matanya mencari bangunan tersebut. Dalam beberapa minit, matanya menangkap bangunan tersebut.

'Wah cantik lah, macam hotel pun ada! Taktahu pun akak kerja sini!'..Omelnya dalam hati.. Kaki dihayun dengan pantas kerana tidak tahan dengan cuaca yang agak terik walaupun pagi.

Dalam keadaan terkocoh- kocoh, dengan secara tiba tiba sahaja telinganya menangkap bunyi deruman kereta yang agak kuat dan menyakitkan telinga..Lalu, dengan pantas Amna memusing badannya ke belakang untuk melihat kereta tersebut. Dan matanya seakan dapat melihat kereta yang dipandu laju itu seakan ingin melanggar seseorang lelaki di tepi jalan tersebut. Dan kelihatan lelaki tersebut masih leka dengan telefon pintarnya sehingga tidak perasan akan kereta tersebut.

Amna dengan secara spontan dengan tindakan luar jangkaan terus sahaja berlari dengan berbaju kurung ke arah lelaki tersebut dan dengan pantas lengan lelaki tersebut ditarik kuat sehingga menyebabkan mereka berdua jatuh di bahu jalan. Dan beberapa saat kereta tersebut melintasi mereka.

'Gedebuk!'..

'Adoii sakitnya pinggang aku.Kurang ajar punya kereta..WTW 1001'.. Sempat mata Amna melihat nombor plat pendaftaran kereta tersebut.

Dalam dia sedang melihat bayang kereta tersebut. Ada sepasang mata memerhati tindak tanduknya. Amna yang perasan itu terus terkedu kerana kedudukan mereka...Usah di kata..Lelaki tersebut menghempapnya!

'Patutlah sakit semacam pinggang aku..Aku tampung dia ke weh!'..Bisik hati dia..Dengan perlahan, Amna menolak lembut dada lelaki itu supaya beralih ke tempat lain..

Baru sahaja Amna ingin bangun, lelaki itu telah menghulurkan tangannya. Amna hanya mengeleng kepala lalu perlahan bangun berdiri. Lelaki tersebut kelihatan mengutip semula fail milik Amna..

Amna menyambut huluran fail dari lelaki tersebut . Lelaki tersebut langsung tidak bersuara lantas menunjuk ke arah siku kanan Amna.

Amna yang kebingungan terus melihat sikunya. Kelihatan lengan bajunya terkoyak dan terdapat kesan darah..
' Arghh, pedihh..Tadi tak rasa pun!'..Jerit Amna dalam hati sambil muka menahan pedih.

"Jom, saya hantar ke klinik"..Ujar lelaki itu sambil merenung Amna.

"Takpe, saya pergi sendiri"..Jawab Amna laju lantas tangannya melambai ke arah teksi yang menghala ke arah mereka.

Tanpa sempat lelaki tersebut menahan Amna. Dengan pantas Amna bergerak masuk ke dalam teksi tersebut dan berlalu pergi. Lelaki tersebut hanya menyoroti sahaja teksi tersebut bergerak pergi.

"Eh, Tuan? Kenapa tak masuk kereta? Kenapa baju dan seluar tuan kotor?" Soal pemandunya..

Lelaki tersebut hanya mengelengkan kepala lalu bergerak masuk ke dalam kereta sambil menepuk perlahan seluar dan bajunya dari habuk. Dia perlu menghadiri meeting luar dengan kliennya.

*****

Amna tidak terus ke klinik tetapi dia terus pulang ke rumah. Dia perlu bersihkan diri terlebih dahulu. Sampai sahaja di rumah Abangnya. Ya! Amna tinggal bersama Abangnya dan juga Akak Intan.

Amna berura-ura mahu menelefon kakak iparnya. Namun, tiba-tiba kedengaran telefonnya bunyi dan terpapar nama orang yang membuat panggilan. 'Kak Intan'..

"Hello, Adik dekat mana?"..

"Er, maaf akak. Adik dekat rumah. Adik rasa tak dapat datang hari ni lah kak." Jawab Amna sambil itu dia membelek lengan kanannya yang berdarah akibat terseret jalan tar. Pedih!

"Oh lah yeke? Hmm, takpelah.." ..Intan menjawab dengan keluh dan nada kecewa.

"Maaf akak, adik bukan taknak datang tapi..." Amna serba salah mahu berterus terang. Risau kakaknya itu khuatir dengan keadaannya.

"Takpelah, mungkin adik tak sudi nak tolong ganti akak dekat pejabat ni kan? Yelah, akak tak paksa"..Sayu suaranya. Yelah, dalam sebulan lebih lagi dia akan melahirkan anak sulongnya. Dan dia perlu mencari penggantinya untuk bekerja selama 3 bulan memandangkan tempoh tersebut merupakan tempoh cuti pantangnya.

"Ehh, Akak! Adik sudi lah. Bukan adik taknak datang. Tapi tadi ada kemalangan sikit"..Jawab Amna berterus terang.

"Haa apa? Adik kemalangan? Dekat mana? Dengan siapa? Akak balik sekarang!".. Soal Akak Intan panjang lebar.

Ha! tu kan..Bukan taknak bagitahu tapi macam ini lah jadinya huhu...

"Ehh jangan, takde lah.Adik okay je.Adik tolong orang dari kena langgar dengan kereta je..Lepastu masa adik tarik tangan orang tu. Kami berdua jatuh dekat jalan tar dan tangan adik mungkin terseret dekat tar, So, lengan dekat siku berdarah"..Terang Amna.

"Oh, alhamdulillah. Nasib baik adik baik-baik je.Risau akak. Hmm, kalau macam tu takpelah..Adik rehat dulu.. Nanti balik akak jenguk adik ye..Adik ada nak makan apa-apa tak?"..Soal Akak Intan prihatin.

"Takpelah akak, adik masak jelah sekejap lagi."

"Kalau macam tu takpelah..Hmm, jangan lupa telan panadol tau takut badan tu terkejut. Takut nanti demam pulak"..Lagi peringatan diberikan kepada Amna..

Amna tergelak kecil mendengar keprihatinan Akak Intan..

"Okay baiklah kakakku sayangg..hehe"..Jawab Amna . Lalu mereka menamatkan panggilan telefon dan Amna terus bergerak untuk menukar baju dan membersihkan luka yang sudah kering itu.

Tiba-tiba Amna teringat akan lelaki yang ditolongnya tadi. 'Aku pelik dengan dia tu. Takkan tak perasan kot kereta tu laju. Dengan bunyi ekzos kuat. Orang lain pun perasan je kereta itu. Haih, apalah jadi kalau aku tak selamatkan dia tadi?. Melayang satu nyawa. Haih, Seram'..Amna bermonolog sambil mengelengkan kepalanya. Dia paling takut jika berlaku kemalangan di depan mata sendiri.

Terimalah third story from Cahaya..Happy reading . #Slow Update okay! #Jangan Lupa Komen and share dgn kwn-kwn..See you at the next chapter..ehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience