Semasa di Germany, Amna dan Ashraf sempat mencipta kenangan manis dengan bersiar-siar bersama. Namun, itu semua hanya tinggal kenangan.
Kini, Amna duduk termenung di meja kerjanya. Segala kenangan manis disana telah membuatkan hatinya semakin rasa sedih. Dia tidak pernah menyangka setibanya mereka di Malaysia akan berlaku sesuatu yang membuatkan dia susah membuat keputusan.
Benar! Dugaan bertunang sangat besar sehingga dapat membuatkan satu ikatan terpisah jika tidak dapat bertahan. Biasanya kes ini berlaku angkara orang ketiga atau hati beralih arah. Begitu lah yang dirasai oleh Amna. Berita yang baru dia dapat baru-baru ini sangat memedihkan hatinya. Baru sahaja hatinya ingin terbuka untuk belajar mencintai tetapi semuanya musnah begitu sahaja. Dia tidak pasti ingin percaya atau tidak. Hati kecilnya begitu keras supaya menolak andaian tersebut tetapi mindanya mengawal segalanya.
Sudah seminggu, panggilan dan mesej dari lelaki itu dibiarkan sahaja. Matanya merenung telefon yang berada dalam mode diam. Dia juga mengelak jika lelaki itu datang ingin berjumpanya.
Amna mengeluh lalu telefon bimbitnya di matikan. Dia perlu bertenang kerana sekarang dia berada di pejabat. Amna melakukan sesi pernafasan beberapa kali supaya mindanya dapat dikosongkan dengan perkara yang tidak mahu di ingati.
Dalam leka, Encik Syed keluar dan menegur Amna.
"Amna, jom lunch sekali"..
Amna mengeleng. Dia tak mahu kerana dia tahu majikannya itu kawan baik lelaki itu.
Encik Syed mengeluh. Dia tahu apa yang sedang di alami oleh Amna dan kawan baiknya. Seorang tak tentu arah, seorang lagi diam seribu bahasa.
"Saya tahu apa awak fikirkan, jangan risau 'dia' takde dekat sana. Saya tahu"..Pujuk Encik Syed.
Amna masih lagi berdiam diri. Ya, kini dia banyak berdiam diri. Dia perlu mengambil masa untuk bertenang.
"Jom lah, wife saya ajak awak lunch sekali dengan dia".. Kata Syed. Dia tidak berkata bohong, memang itu pesanan daripada isterinya.
Amna terpaksa mengalah. Lalu, dia bangkit dan mengikuti majikannya keluar makan tengahari.
Sampai sahaja di sana, seperti biasa isteri Encik Syed akan menyambut kehadiran mereka.
Amna tersenyum nipis lalu membalas pelukan isteri majikannya.
"Amna sihat?"
Amna mengangguk kepala. Encik Syed pula sudah berlalu ke dalam.
"Jom kita masuk dalam. Dekat sini ramai orang"..
Mereka berjalan ke satu pintu dimana terdapat satu bilik khas untuk pengunjung VVIP. Keadaan sangat mewah dan kemas.
"Jom duduk"..Mereka duduk bersama. Hanya mereka berdua sahaja disitu. Hal itu membuatkan hati Amna tenang dan selesa.
"Akak tak busy ke?"..Soal Amna
"Tak busy sangat sebab Akak baru je ambil pekerja baru. Jadi, kurang busy sekarang"..
Amna mengangguk faham. Lepas beberapa saat, makanan mereka dihantar..
"Jom makan dulu. Lepasni kita borak-borak okay"..
"Err..Encik Syed tak makan sekali ke?"..
"Alah takpe..jangan risau, dia kalau dah masuk dapur tu. Mesti dia lapar.. Cari makan.. Mesti dia dah makan tu.." ..Jawab wanita cantik itu lagi dengan senyuman manisnya itu.
Amna mengangguk kepala lalu makanan dijamah. Makanan hanya dijamah sedikit sahaja. Moodnya masih lagi tidak baik membuatkan makanan yang terhidang tersebut tidak menarik dimatanya.
"Sikit je Amna makan".. Tegur isteri majikannya itu.
"Ha? Aah ye kak..Takde selera.." Jawab Amna perlahan.
Wanita itu merenung wajah Amna. Dia tahu apa yang berlaku. Suaminya sudah ceritakan kisah Amna dan kawan baik suaminya itu kepadanya. Dia juga terkejut mendengar kisah mereka. Namun, hati mereka suami isteri mengatakan bahawa semua itu berlaku mesti angkara orang ketiga atau dengki dengan Amna.
"Oh, takpelah kalau macam tu.. Amna nampak macam kurang rehatlah..Muka pucat je tu. Boss Amna ada minta Amna buat OT ke?"..seloroh wanita itu.
Amna tersenyum lalu mengeleng laju. Betul kata wanita itu, badannya berasa agak lesu. Mungkin kurang tidur sebab setiap malam, dia berasa susah untuk tidur lena selepas berita yang dia dapat.
"Amna, kalau ada apa-apa nak luah atau nak cerita. Boleh je cerita dekat Akak. Akak boleh je jadi pendengar setia Amna. Mana tahu Akak boleh bantu.."
"Amna okay je kak..Maybe kurang rehat kot"..Jawab Amna. Dia tidak mahu melibatkan orang lain di dalam kisahnya. Biarlah dia sahaja yang alaminya seorang. Bukan dia tidak berani hadap perkara itu, cuma dia terkejut sahaja. Jadi dia perlu bertenang dahulu sebelum berfikir dengan waras tindakan yang perlu dia buat. Dia bukanlah orang cepat melatah jika ada masalah datang.
"Takpelah, lepasni Amna boleh je terus balik rehat ye.. Nanti Akak bagitahu suami akak.."
"Eh, takpelah kak.. Amna okay je..Lagipun kerja Amna banyak lagi dekat pejabat tu"..
Wanita itu mengangguk faham. Lalu, tangannya mengelus lembut bahu Amna. Amna berasa selesa dan ringan badannya kesan daripada usapan.wanita itu.
Di satu bilik lain di restoran itu, kelihatan dua orang lelaki sedang berbincang. Seorang dengan wajah risau dan seorang lagi wajah lesu dan lemah..
"Bro, bila kau nak settlekan kes ni? Dah dekat seminggu tahu tak. Takkan kau nak tunggu tunang kau tawar hati baru nak selesaikan hal ni?".. Bebel Syed kepada kawan baiknya itu yang masih membisu.
Ashraf meraup muka sehingga belakang rambut. Dia juga serabut.
"Kau tahu kan aku tengah siasat sekarang. Aku tahu ini semua perangkap. Tapi, rakaman cctv dekat restoran tu dah kena delete.. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi"..Jawab Ashraf perlahan.
"Haih kau ni..Takkan kau tak berterus terang dengan dia? Takkan nak diam je!".. Geram Syed..
"Kalau aku cerita dekat dia sekalipun. Mesti dia tak percaya cakap aku.." Jawab Ashraf..
"Okay macam ni.. Aku rasa dalam kes kau ni.. Mesti ada tali barut..Aku tak rasa rakaman cctv dekat restoran tu dah delete..Mesti ada orang simpan dan mesti ada yang dah kena 'suap' untuk tutup mulut " Ujar Syed lagi..
Ashraf juga turut fikirkan perkara yang sama. Dia musykil juga.jadi dia perlu bertindak awal..Dalam mereka leka bersembang, tiba-tiba pintu bilik mereka di ketuk perlahan..masing-masing menoleh ke arah orang diluar.
Isteri rakan baiknya masuk sambil berkata.."Amna baru je gerak balik pejabat.."
"Okay thanks sayang"..Jawab Syed sambil mengangguk kepala..Matanya melihat ke arah pintu sehingga hilang kelibat isterinya.
"So?" Soal Syed..
"Aku balik dulu..Jangan bagitahu Amna yang aku dekat sini. Nanti dia lagi jauh dari aku"..kata Ashraf lalu dia bangkit..
"Jangan risau. Aku doakan segala urusan korang dipermudahkan. Aku percaya Amna tu baik orangnya, dia diam mungkin sebab dia terkejut. InsyaAllah dia okay. Kau bagi je dia masa untuk bertenang okay".. Nasihat Syed sebelum mengikuti rakannya itu berdiri.
Ashraf mengangguk faham lalu mereka bersalaman sebelum berpisah.
Jam menunjukkan ke jam 5.00 petang, Amna bangun dan mengemas mejanya .Fail disusun dengan rapi sebelum dia bergerak balik ke rumah..
Namun, dalam perjalanan ke keretanya. Tiba-tiba ada dua orang lelaki bertubuh sasa serba hitam datang menyerangnya. Amna terkejut dan dia cuba untuk melawan. Seorang demi seorang lelaki jatuh dan Amna tak perasan dan tak bersedia serangan dari belakang oleh seorang lagi . Akhirnya, Amna pengsan apabila belakang lehernya di ketuk kuat.
"Dengan perempuan pun boleh tumbang ke? Bodoh korang ni!".. Marah pemandu van sebelum mendukung tubuh Amna naik ke belakang badannya.
Van dipandu laju menuju ke arah yang ingin dituju. Sampai di sebuah villa di dalam hutan..Seorang wanita yang sedang bersantai di beranda rumah tiga tingkat itu tersenyum senang sambil menghembus asap rokok apabila melihat sebuah van masuk ke kediamannya.
Dia bergerak turun untuk melihat wanita yang telah diculik oleh orang-orangnya. Keluar sahaja dari lif, konco-konconya menegur..
"Boss, perempuan ni nak letak dekat mana?"..
"Letak dia dekat bilik bawah".. Jawab wanita itu sambil senyum senget. 'Lauk baru sudah sampai'..
Telefon pintar dikeluarkan dari poket di jaket hitamnya. Jarinya mencari satu nama ..Lalu, jarinya menekan button call..
"Hello, umpan kau dah masuk perangkap! Jangan lupa upah aku!"..
Terus sahaja talian dimatikan..Lalu, dia melangkah ke dapur untuk mencari minuman yang boleh memabukkannya..
Happy reading!
Share this novel