Keesokan harinya berlalu dengan aman sehingga satu masa Amna terpaksa menebalkan wajahnya apabila dia terpaksa menghadiri meeting untuk menggantikan Tuan Syed kerana bossnya itu terpaksa menghadiri majlis kenamaan.
"Cik Amna, macam mana? adakah Cik bersetuju dengan cadangan dari pihak kami?".. Semua mata tertumpu padanya termasuk sepasang mata redup yang mampu membuat hatinya berdebar hebat. Amna cuba mengawal reaksinya lalu bersuara.
"Saya setuju". Semua pihak mengangguk kepala mendengar persetujuan dari Amna yang merupakan salah seorang 'guest' yang sangat penting di dalam meeting itu..Keputusan itu dibuat adalah atas arahan dari Tuan Syed memandangkan bossnya sudah melihat draf meeting sebelum meminta Amna menjadi wakilnya.
Selesai sahaja meeting, Amna bergerak pantas untuk pulang ke pejabat.
Pin Pin
"Oh, mak kau!". Amna terkejut dan melatah. Nasib baik dia tak kena langgar. Matanya berkerut melihat satu kereta yang sudah berhenti dihadapannya. 'Macam kenal kereta ni'..
"Jom, lunch sekali". Satu suara menegur Amna. Amna terpaksa menunduk untuk melihat gerangan yang menegurnya.
" Arghh hmm.. Lain kali boleh? Sa..saya ada urusan lain".. Tergagap Amna apabila melihat Ashraf yang menegurnya. Seboleh-bolehnya dia ingin mengelak daripada berjumpa dengan lelaki itu. Apabila teringat kejadian malam dimana dia tertidur dalam pelukan lelaki itu.
"No excuse". Jawab Ashraf tanpa riak.
Amna terpinga-pinga mendengar jawapan dari bekas majikannya. 'Eh, sesuka hati dia je'..
"Jumpa di Suria Restaurants".. Kata Ashraf sebelum berlalu.
Amna hanya memerhati bayangan kereta itu bergerak pergi. 'Dia fikir dia siapa nak arah-arahkan orang'.. Amna bergumam lantas bergerak ke keretanya.
Sampai sahaja di restoran tersebut, matanya meliar mencari kelibat bekas majikannya. Nampak sahaja lelaki tersebut, mukanya berubah cemberut melihat gerangan itu yang leka dengan telefon.
Amna bergerak lalu duduk dengan selamba tanpa kata. Lantas, dia memanggil 'waiter' untuk memesan makanan. Ashraf mengangkat kepala lalu melihat Amna. Matanya merenung wanita itu.
"Kenapa pandang saya macam tu?".. Tegur Amna
Ashraf tanpa banyak kata di menolak satu kotak merah berbentuk hati. Amna memandang pelik ke arah kotak tersebut lalu melihat wajah bekas majikannya itu.
"Untuk saya ke?" Soal Amna
Ashraf mengangguk. "Ambil lah"..
Amna takut-takut untuk mengambil bekas itu. Dengan teragak-agak dia membuka kotak itu lalu matanya disajikan dengan kecantikan gelang tangan emas. Hati Amna berdegup laju.
"Untuk apa ni?".
"Mak saya nak menantu. So, awak calonnya".. Ashraf berkata sambil memandang wajah Amna yang terkejut.
Amna terkejut mendengar kata-kata.. 'Dia tengah propose aku ke ni?'..
"Bos tengah melamar saya ke apa ni?"..
Ashraf mengangguk kepala. Amna terkedu. 'Tak romantik langsung'. Tiba-tiba idea nakalnya muncul.
"Kalau saya tolak macam mana?"..
"Tak boleh tolak" ..Selamba Ashraf membalas.
"Eh, kenapa pulak tak bolehnya? Saya ada hak juga".. Balas Amna geram. Rupanya dia yang terkena.
"Sebab awak kena bertanggungjawab.."
"Bertanggungjawab? Saya buat apa dengan boss?"..
"Sebab awak dengan beraninya tidur sambil peluk saya malam itu"..
Mata Amna terbuntang. Dia tak menyangka hal itu jadi penyebabnya. Mukanya mula merah kerana menahan malu. Riak muka cuba di kawal.
Amna berdehem kecil untuk hilangkan rasa malunya. "Bukan saya sengaja pun" ..
"Tiada satu perempuan lain pun yang saya benarkan sentuh saya. Awak orang pertama yang pernah sentuh dan peluk tubuh saya macam tu"..
Amna ternganga tidak menyangka perkara itu akan membuatkan lelaki itu nekad melamarnya. Dan yang terkejut apabila kesnya ini terbalik. Biasa lelaki yang akan menyentuh perempuan, sekarang kesnya terbalik dimana dia terpeluk dan tertidur dalam pelukan lelaki itu tanpa sengaja. 'Argh, ini tak masuk akal'..
Amna terdiam. Otaknya ligat mencari idea untuk mencari alasan. Bukan tak suka, tapi perkara ni berlaku secara mendadak.
Ashraf merenung wajah diam Amna. Dia tahu perasaan Amna yang gundah gulana. "Kenapa diam?"..
"Err, saya tak tahu nak cakap apa. Boss ni betul ke ikhlas nak lamar saya? Atau boss buat terpaksa demi ibu boss?"..
Ashraf menjongket kening. Baru sahaja dia ingin menjawab, makanan mereka sudah sampai..
"Kita makan dulu". Ujarnya
Amna mengangguk. Selera makannya terbantut walaupun makanan yang terhidang nampak sedap.
"Kenapa tak habis makan?"..
Amna mengeleng sambil tersengih. Air disisip perlahan. Otaknya masih bekerja untuk mengelak dari berbincang soal perkahwinan. Tiba-tiba dia teringat seseorang.
"Er, boss tak cuba cari calon lain?"..
"What do you means about 'calon lain'?..Soal Ashraf
"Yelah, takkan boss takda kawan perempuan. Atau terpikat dengan perempuan lain? Macam hmm, Ha ...Cik Balqis? Dia okay apa saya tengok.. Baik, alim, lemah lembut..Apa je yang kurang kan?".. Bersungguh-sungguh Amna bercerita..
Ashraf hanya mengeleng kepala menandakan dia tak suka. Amna terkedu. Amna mula tak senang duduk dan mula menyampah dengan sikap bekas majikannya itu. Badannya mula mengendur dan bersandar di kerusi. Dia lelah , dia tak faham dengan perangai lelaki itu. Dia mengalah.
"Dah puas 'promote' orang lain..Kenapa tak 'promote' diri sendiri?"
Amna terkedu sekali lagi. 'Ya, Allah apa yang dia fikirkan ni'. Amna mengangkat kedua-dua belah tangan tanda dia mengalah. Dia tahu selama ni, dia takkan menang untuk lawan sikap bekas majikannya itu.
"Hujung minggu ni saya hantar rombongan merisik"..
Amna masih lagi dengan terkedu. Dia mengeluh perlahan.
"Kenapa saya jadi pilihan boss? Dan saya pelik, kenapa nampak macam terburu-buru? Ada apa-apa perkara yang akan berlaku ke?" Soal Amna tak puas hati..
"Nope, nothing happen"..
"So?".. Soal Amna lagi..
"Saya perlu bertindak awal sebelum ada pesaing lain".. Jawab Ashraf selamba..
"Pesaing lain?".. Amna pula yang blur..'Ha, sudah..siapa pula dia bincangkan! Haih'..
"Taufiq"..
"Ha? Kenapa dengan Taufiq?"..
"Dia pesaing saya..." Jawab Ashraf perlahan.
Amna menepuk dahinya. Sungguh dia tak sangka yang lelaki ini berasa tergugat dengan kawan lamanya itu..
"Taufiq kawan lama saya lah.. Kawan sekolah.. Kami berkawan je"..
"Saya lelaki, saya tahu untuk menilai perasaan lelaki lain"..
Amna buat muka masam. Dia mula mengalah. "Yelah, ikut suka boss lah, malas dah saya nak berdebat dengan boss. Saya akan kalah juga nanti..Terpulang lah dekat boss nak buat apa pun"..
Ashraf mengangguk kepalanya sahaja. Dan perbualan mereka terhenti di situ. Masing-masing berlalu untuk pulang ke tempat kerja masing-masing..Di pejabat, Amna mula termenung memikirkan hal tersebut.
Pejam celik, pejam celik..
Hari yang disebut-sebut itu pun tiba, atas permintaan Amna. Majlis itu berlangsung di rumah mak dan bapa saudaranya..
Majlis bukan sahaja menjadi majlis merisik tetapi terus menjadi majlis pertunangan. Itulah yang dikhabarkan oleh Akak Intan. Amna juga terkejut. Majlis dihadiri oleh beberapa orang terdekat dan orang kampung.
Amna kini yang cantik dengan baju kurung lace warna baby blue berada di bilik menanti si bakal ibu mertuanya masuk..
"Boleh ibu masuk?".. Amna menoleh lalu mengangguk laju apabila melihat maksu dan bakal ibu mertuanya masuk bilik..
"Cantiknya Amna. Tak sangka 'doa' auntie dimakbulkan Tuhan."..
Amna menunduk malu lalu tersenyum nipis. Jarinya disarung dua cincin. Satu cincin merisik dan cincin tunang..Amna bersalaman dan memeluk tubuh wanita itu dengan mesra..
"Lepasni panggil ibu okay!..Sebenarnya, ibu tak sangka tahu..Minggu lepas ibu ada minta Ashraf carikan menantu untuk ibu. Keesokannya dia balik dari tempat kerja, terus dia minta ibu hantar rombongan merisik dan bertunang dekat rumah Amna. Ibu dengan hati terbuka dan teruja saja siapkan semua".. Cerita bakal ibu mertuanya itu. Amna tersenyum mendengar celoteh wanita itu.
Selesai mereka bersembang, Amna mengikuti bakal mertuanya keluar sambil itu melihat suasana luar.. Kelihatan orang kampung datang memeriahkan majlis itu. Matanya terpasak pada satu susuk tubuh lelaki yang sedang beramah mesra. Amna seakan terpaku sebentar melihat lelaki yang sudah bergelar tunangnya berborak sambil ketawa bersama Abang dan pak cik saudaranya. 'Adakah lelaki itu jodoh aku yang sebenar?'
Petang menjelma, Amna berjalan keluar ingin mengambil angin petang dengan baju yang sama. Jarinya masih lagi tersarung dua cincin. Matanya merenung cincin yang sangat cantik di jarinya. Dia masih lagi tak menyangka dengan sekelip mata dia sudah bergelar tunangan orang. Lagi- lagi dengan lelaki yang selalu buat dia tak puas hati dalam diam.
Ehem ehem..
Amna berpaling apabila melihat deheman itu. Terlihat wajah Taufiq yang tersenyum manis melihatnya.
"Eh, tak balik lagi?". Tegur Amna. Ketika itu mereka berhampiran pangkin yang berdekatan.
"Belum lagi, tolong mana yang patut"..Jawab Taufiq sambil merenung wajah cantik Amna. 'Aku terlambat'
"Oh, terima kasih sudi datang dan tolong majlis aku. Lepasni, aku pula tolong untuk majlis kau nanti".. Jawab Amna sambil tersengih.
"Kau nak tolong? Serius lah? Kau boleh buat apa je?"..Usik Taufiq sambil ketawa.
"Eh, aku boleh tolong basuh pinggan ke kemas meja ke..Kau jangan pandang rendah dengan aku tau".. Jawab Amna lagi sambil bermegah.
Dalam mereka leka berbual, ada seseorang sedang memerhati dari jauh dengan hati yang mula rasa cemburu.
"Haha, ada-ada je kau.. By the way, aku datang jumpa kau nak ucapkan tahniah..Semoga hubungan kau kekal sehingga ke jinjang pelamin".. Dalam terpaksa Taufiq meluahkan rasa itu walaupun hatinya rasa sakit mengenangkan si pujaan hati milik orang.
"Amin, terima kasih Fiq..Aku doakan semoga jodoh kau cepat sampai"..
"Aminn, jodoh aku sebenarnya sudah di 'kebas' orang..hahaha..Aku lambat sikit bertindak".. Jawab Taufiq selamba..
Amna terkedu dan blur.. "Lah? serius lah? kesian kau! Kenapa lambat sangat! Siapa perempuan bertuah tu dapat abam polis kita ni".. Usik Amna..Taufiq ketawa terbahak-bahak..
"Kau lah orangnya..Tapi sayang, mungkin kita tak berjodoh. Jadi, aku terpaksa undur diri"..Jawab Taufiq jujur..
Amna tercengang. Baru sahaja dia ingin membalas. Tiba-tiba dia terdiam melihat seseorang berjalan merapati kedudukan mereka. Taufiq turut menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang menjadi tatapan Amna.
"Ehem.. Tak balik lagi Taufiq?".. Tegur suara itu perlahan sambil mata memandang Amna yang memandang ke arahnya lalu menunduk. Amna pula diam sambil jari jemari bermain dengan cincin.
"Ha Ashraf, aku nak balik dah ni. Jumpa Amna sekejap nak ucapkan tahniah. Kau juga bro, tahniah.. Jaga Amna baik-baik tau bro"..Ujar Taufiq sambil bersalaman dan menepuk perlahan bahu Ashraf.
"InsyaAllah, terima kasih Fiq".. Jawab Ashraf tersenyum sambil membalas tepukan pada lengan lelaki itu.
"Aku balik dulu lah. Petang dah ni".. Ashraf mengangguk kepala.
"Amna, aku balik dulu. Jaga diri elok-elok." Kata Taufiq sebelum berlalu.
Hilang sahaja kelibat Taufiq. Ashraf kembali merenung wajah Amna yang menunduk itu. Dia tahu pasti wanita itu berasa tak selesa dengannya.
"So? like i said. It's true right? That's guy like you"..Kata Ashraf tanpa nada. Tipulah dia tak dengar luahan Taufiq tadi. Hatinya mula rasa bunga-bunga cemburu. Hatinya ingin memiliki wanita itu secepat yang mungkin.
Melihat Amna yang masih lagi kaku seperti patung. Ashraf cuba untuk rasional. Dia tak boleh memaksa wanita itu untuk tidak berkawan dengan kawan lamanya itu. Sudah tentu hubungan persahabatan mereka kuat.
"Takpe, saya tak halang awak untuk berkawan dengan dia dan sesiapa. Asalkan awak tahu jaga maruah diri dan batas awak sebagai tunang orang..Boleh awak ikut?"..
Kata-kata itu sedikit sebanyak dapat memujuk hati Amna. Lalu, kepala di angguk.
"Pandang saya".. Arah Ashraf. Dia tak suka wanita itu bermonyok disebabkan hal remeh apabila berada dengannya. Dia sedaya upaya ingin memberi keselesaan kepada Amna.
Amna mendongak lalu memandang wajah tampan lelaki itu yang masih memakai baju kurta setona dengan bajunya. Masing-masing terdiam sambil merenung di antara satu sama lain. Tenggelam dengan perasaan.
Ashraf tersedar lalu berdehem. Terus dia bertanya lagi.
"Bila awak terbang ke Jerman?"..
Amna tersedar lalu mengalihkan pandangan dan menjawab pertanyaan itu. "Err, next week.."
Ashraf mengangguk faham. "Berapa lama di sana?"..
"Maybe dalam 2 minggu macam tu.. Sebab saya teman Abang dengan Akak Intan berjalan di sana"..
Ashraf mengangguk faham sebelum bersuara perlahan.. "Lama.."
Amna tersenyum mendengar kata-kata itu.. "Kenapa?"..
Ashraf menjongket kening. "Nanti rindu".. Ringkas dan padat..
Jantung Amna berdegup kencang mendengar jawapan berani dari tunangnya itu. Dia tidak menyangka sama sekali.
"Haha, boss ni kan..Ada-ada je".. Jawab Amna sambil ketawa untuk hilangkan rasa kekok.
"Saya tak buat lawak".
Terus masam muka Amna. "Alah boss ni, tak sporting langsung. Takde 'common sense' ".. Kutuk Amna perlahan tetapi masih lagi dapat didengari oleh Ashraf.
Ashraf pula sudah ketawa di dalam hati melihat wajah Amna yang muram itu.
"Yelah, saya tak tipu. Dan satu lagi, saya nak ingatkan awak. Saya bukan lagi boss awak. Awak tunang saya. Jadi, saya nak awak tukar panggilan tu. Terpulang nak panggil saya apa sahaja. Asalkan yang baik-baik saja"..Ashraf memberi peringatan. Dia tak ingin wanita itu menganggapnya boss. Dia juga teringin dianggap sebagai tunang dan orang yang istimewa di mata wanita itu.
"Okay baiklah, saya panggil 'awak-saya'..Takpe kan?".. Soal Amna.
Ashraf mengangguk kepala tanda bersetuju.
"Jaga diri dekat sana nanti"..
Amna mengangguk kepala sambil tersenyum. Dia mula berasa senang hati apabila melihat mata redup itu. 'Caring juga dia'
"Saya balik dulu. Dah petang"..Kata Ashraf sambil jarinya menyeluk poket menarik keluar kunci kereta. Rombongan dari pihaknya sudah pun bergerak pulang.
"Eh, dah nak balik dah ke?".. Soal Amna.
"Kenapa? Nak saya duduk sini lama ke? ..Boleh je.. lagi saya suka, tapi kena kahwin dulu baru boleh stay lama dekat sini".. Tanpa perasaan, Ashraf menuturkan kata itu sambil senyum nakal.
Membulat mata Amna. "Awak! haih kesitu pulak dia fikir".. Kata Amna laju..
Ashraf tergelak perlahan mendengar kata-kata Amna dan melihat jelingan dari wanita itu.
"Soalan saya, awak nak balik dah ke? Tak makan malam dekat sini dulu ke?"..
"Ha, kan bagus bagi soalan penuh. Ini tak"..Kini Ashraf pula membalas dengan sindiran.
Amna pula menjeling tajam lelaki itu apabila dia terkena dengan sindiran lelaki itu.
"Saya kena gerak balik malam ni juga. Esok saya ada urusan penting walaupun esok cuti..Faham tak sayang?"..
Amna mengangguk kepala dengan mulut membentuk 'O'.. Kemudian dia terkedu apabila mendengar panggilan yang digunakan oleh lelaki itu.. 'Sikit lagi kau nak cair hati oi!!'..
Ashraf senyum senget melihat reaksi wanita itu. Memang dia saja ingin mengusik.
"Saya balik dulu. Lama-lama nanti risau jatuh fitnah pula. Risau nanti kahwin ada majlis terus jadi kahwin 'express' dekat pejabat agama.. Nak ke?"..
Amna mengeleng laju.. 'Gila kau!'.
"Jaga diri elok-elok. Apa-apa inform saya. Malam nanti jangan lupa text saya. Dah, saya gerak dulu. Assalamualaikum cik tunang"..Ujar Ashraf sambil bergerak perlahan menuju ke keretanya. 'Kita yang kena text dia dulu? Amboi! Bukan main!'.. Omel Amna dalam hati.
"Waalaikummussalam, hati-hati bawa kereta".. Pesan Amna sambil mengikuti belakang lelaki itu.
"Baik sayang".. Usik Ashraf lagi..
"Awak! Dah lah tu..Malu lah saya kalau orang dengar".. Protes Amna manja sambil menekup muka kerana tak tahan malu walaupun hanya tinggal mereka berdua..
Ashraf ketawa senang hati. "Dah, awak pergi masuk dalam"..Kata Ashraf sambil masuk dalam kereta sambil menghidupkan enjin kereta.
Amna bergerak ke pintu rumah dan berdiri tegak sambil menunggu kereta tunangnya bergerak pulang..
Pin Pin.. Ashraf membunyikan hon sambil mengangkat tangan ke arah Amna yang berdiri di pintu.
Hilang sahaja kelibat kereta tunangnya, Amna bergerak masuk.
"Dah puas dating?".. Tegur Abangnya sambil tersengih ketika Amna melintas di bilik tidurnya.
Amna hanya menjeling lalu bergerak masuk ke bilik. Punggung di labuh ke atas katil. Dia mula bergerak membersihkan diri dan bersedia untuk solat maghrib.
Happy reading! Cahaya belanja 2k+ words untuk chapter kali ni..
Share this novel