Bab 22

Romance Series 24827

Habis sahaja jam bekerja, Amna berasa sangat teruja kerana esok dia akan berangkat terbang ke Jerman. Dia sangat rindukan rakan-rakan kolejnya. Michelle, Mark Daniell dan Anne Rose. Ketiga-tiga mereka merupakan rakan yang berada di luar negara.

Amna bergerak ke keretanya dan dia terkaku sekejap apabila melihat tayar keretanya di kedua-dua belah tayar hadapan pancit. Dia terus memeriksa tayar itu. 'Pagi tadi elok je..hmm takkan kurang angin? Tapi dua-dua belah pulak tu'..

Dalam dia termenung, Amna membuat keputusan untuk menghubungi Akak Intan untuk tumpang balik bersama. Dia duduk menunggu di lobi. Disebalik tiang, ada seseorang sedang memerhati Amna sambil tersenyum sinis.

Di pejabat Akak Intan, kelihatan wanita itu kelam kabut mengemas mejanya memandangkan dia akan meninggalkan tempat itu selama 2 minggu dan dia perlu mengambil Amna ditempat kerja. Dengan pantas, tangannya bergerak menyusun segala peralatan di atas meja.

Perlakuannya itu telah menarik minat majikannya yang baru sahaja keluar dari pejabat bersama PA barunya, Arman.

Ashraf menghampiri meja Akak Intan dan mula menegur.

"Akak Intan kelam kabut ni kenapa?"..

Terus terhenti pergerakan Akak Intan apabila ditegur oleh majikannya. Senyuman dilemparkan.

"Eh, En. Ashraf..Saya kelam kabut sikit sebab nak kena pergi ambil Amna di office dia. Kereta dia pancit".. Jawab Akak Intan sambil menyusun semula barang dengan tertib. Selesai sahaja, Akak Intan merangkul handbag lalu diletakkan diatas bahu.

Ashraf terdiam sambil mula berfikir sejenak sebelum menahan langkah Akak Intan yang sudah mula bergerak.

"Eh Akak Intan, biar saya pergi ambil dia".. Kata Ashraf. Arman hanya memerhati sahaja kerana dia juga ingin tahu wajah tunang bossnya itu yang bernama Amna. Dia sudah pun mengetahui nama tunang bossnya itu.

"Hmm, takpe ke? Rumah boss kan jauh. Kena berpatah balik nanti".. Soal Akak Intan serbasalah.

"Takpe"..Jawab Ashraf .Sebelum bergerak sempat dia berpesan dengan PA untuk bersiap sedia meeting esok memandangkan Akak Intan cuti. Jadi, PAnya perlu mengendalikan meeting tersebut.

Arman mengangguk kepala. "Baik En.Ashraf"..

Ashraf mengangguk kepala lalu melangkah ke keretanya. Begitu juga Akak Intan. Dia akan memandu pulang ke rumah dan sebelum balik dia sempat menghantar pesanan ringkas di Whatsapp ke Amna memberitahu bahawa tunangnya akan mengambil dia di sana.

Amna duduk sambil menongkat dagu di lutut. Dia berasa sangat mengantuk kerana dia terpaksa selesaikan beberapa hal penting sebelum dia berangkat esok.

Dia tak perasan chat masuk kerana telefonnya berada di dalam beg tangan. Beberapa minit kemudian, Amna menatap pelik melihat kereta tunangnya memasuki kawasan lobi. 'Apa dia buaf dekat sini?'.

Pin..

Dengar sahaja hon tersebut, Amna bingkas bangun lalu bergerak mendekati kereta itu. Tingkap disebelah penumpang dibuka.

"Naik".. Arah Ashraf..

"Err, saya tunggu Akak Intan".. Jawab Amna..

Tanpa banyak soal, Ashraf keluar lalu membuka pintu disebelah penumpang. Dengan terpaksa Amna masuk ke dalam kereta itu.

Ashraf bergerak memandu tetapi matanya melihat cermin tengah kerana dia ternampak satu kelibat hitam sedang bersembunyi di sebalik tiang. Dia mula berasa takut bercampur marah kerana risaukan keselamatan Amna.

Sampai sahaja di depan rumah, Ashraf bertanya.

"Esok siapa hantar ke airport?"..

Amna menoleh sebelum menolak pintu kereta.

"Abang drive kereta, park dekat airport"..

"Hmm, nanti bagitahu Abang awak tu. Esok saya boleh hantarkan. Kalau park dekat sana dua minggu tentu cas mahal"..

"Hmm, nanti saya tanya abang dulu"..

"Okay, take care"..

Amna mengangguk lalu bergerak keluar dan masuk ke dalam rumah. Ashraf pula berlalu dan tiba-tiba dia dapat menangkap satu buah kereta hitam mengikutinya. Ashraf menghentak stereng kereta lalu berfikir cara untuk menjaga keselamatan Amna. Dia berasa tidak sedap hati. Dan naluri hatinya selalu betul dan akan terjadi.

Malam itu, Ashraf termenung sambil memikir kejadian petang tadi di tempat kerja Amna. Dia tahu orang serba hitam itu memerhati Amna. Namun, dia terfikir siapakah orang tersebut. Adakah Amna mempunyai musuh lain? Dia mula risau. 'Tak boleh jadi ni, aku kena contact balik penyiasat sebelum ni'.. Bisik hatinya.

Dalam Ashraf termenung, tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan masuk message baru. Ikon Whatsapp ditekan.

'Salam, abang saya kata okay kalau awak sudi hantar kami esok ke airport'- Amna

Tersenyum lebar Ashraf, lalu jari jemarinya menekan keyboard ditelefon.

'Sudi je..Pukul berapa esok?' -Ashraf

'Esok awak datang pukul 4 pagi boleh? Sebab kami bertolak jam 5.30 pagi' - Amna

'Boleh je yang.. Esok pukul 4 pagi saya datang ambil awak dan family. Pergi lah tidur . Lewat dah ni. Goodnight dear. Assalamualaikum' - Ashraf..

' Ish, yelah okay bye, goodnight too, waalaikummussalam (Emoji mata ke atas) - Amna

Ashraf tergelak kecil melihat emoji tersebut. Dia tahu wanita menyampah dan tak suka kerana diusik dengan panggilan seperti itu.Namun, semua itu dia belajar dari google, cara-cara memikat hati wanita.

Keesokkan harinya, jam 4 pagi, Ashraf telah sampai di kediaman rumah Amna. Dia membantu Amna dan Abang Syamil mengangkat beg masuk ke dalam kereta Vellfirenya.

"Maaf Ashraf, rasa macam susahkan kamu je"..Kata Syamil semasa mereka sudah berada di dalam kereta itu. Syamil duduk di sebelah seat pemandu.

"Eh, takpelah..Lagipun tak susah pun. Kalau park kereta dekat airport..Cas mesti mahal. "

"Hmm, itulah. Tapi, nak buat macam mana kan? Takde saudara mara yang boleh tolong hantar..Ashraf pula yang hantar, rasa macam lain pula"..

"Eh, saya okay je..Apa-apa Abang Syamil nak minta tolong. Boleh je contact saya. InsyaAllah saya boleh bantu"..

Syamil mengangguk kepala tanda mengerti. Ashraf pula sesekali memandang cermin pandang belakang untuk melihat wanita kesayangannya itu.

Kelihatan Amna sedang menepuk anak buahnya yang sudah terlena di dalam pelukan wanita itu. Akak Intan pula sudah terlelap mungkin keletihan dalam menguruskan anaknya itu.

"Hati-hati dekat sana. Dah sampai nanti share saya location awak".. Itu adalah pesanan daripada Ahsraf sebelum Amna menaiki kapal terbang.

Di dalam pesawat, Amna menyambung kembali tidurnya. Kerana di dalam kereta dia berasa segan dan malu walaupun rasa mengantuk melampau.

Setelah menempuh berbelas jam, akhirnya mereka mendarat dengan selamat di lapangan terbang Frankfrut, Germany, Amna berasa lenguh satu badan begitu juga Abang dan kakak iparnya. 'Arghh, lenguhnya badan. dah lama tak fly jauh'.. Sambil itu dia mengeliat kecil sambil memeriksa wajah menggunakan camera telefon.

Data dibuka dan berdesup beberapa chat masuk. Amna hanya membiarkan sahaja kerana mereka perlu berlalu keluar dari pesawat.

Sampai saja di muka pintu airport tersebut, matanya meliar mencari kelibat rakan baiknya, Rose Anne..

Kelihatan rakannya yang berkulit putih menjerit namanya dengan pelat sambil lompat dikhalayak ramai. Dia mengajak Abang Syamil dan akak Intan ke arah rakannya itu.

"Hye, hello Amraa, welcome back!! I miss you"..Jerit Anne sambil berlari memeluk Amna . Amna pula tergelak mendengar suara pelat rakannya itu .' Bertahun-tahun aku ajar sebut nama aku pun, still boleh salah jugak ..haih geram aku'..

"Hello Anne, how are you..Oh god, enough Anne! im can't breath"..Kata Amna sambil menolak rakannya itu.

"Eh, sorry..hehe" Jawab Anne sambil tersengih. Matanya melihat seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang mendukung anak yang berada di sebelah wanita itu.

"Who's them?"..

"Oh, i forgot..meet my brother ..Just called Abang Syamil and this women is he's wife and her daughter. You can called Akak Intan"..Jawab Amna sambil memperkenalkan diri Abangnya dan akak iparnya.

"Oh, hye..Nice to meet you"..Anne mengangguk dan tapak tangan letak di atas dada lalu kepala ditunduk sedikit kebawah tanda perkenalan.

Syamil dan Akak Intan mengangguk sahaja sambil tersenyum. Mereka kelihatan sangat letih kerana 'jetlag'..

"Oh ya! Come..Follow me, i will send you and your family check in hotel. I know you all want to rest, right? So, let's go".. Ajak Anne sambil menarik lengan Amna sambil menuju ke kereta.

Sampai sahaja di hotel, segala urusan hotel Anne telah selesaikan. Wanita itu sudah membuat tempah untuk dua bilik. Satu bilik Abangnya dan satu lagi Amna . Kenapa dua? Sebab Anne akan teman Amna tidur selama mereka berada di sana walaupun Anne merupakan orang sana. Tapi, rumah kediamannya jauh dari daerah dengan tempat belajar mereka.

"So, this is the card. Come, i will show the room" ..Kata Anne sambil membantu Amna menarik bagasi wanita itu.

"So, this room for your brother and the next room is yours Amraa."

"Thankyou Anne".. Kata Akak Intan sambil menerima huluran card dari wanita itu. Anne mengangguk laju.

"You're welcome sister"..

"Amna, Akak dengan Abang masuk dulu ye. Abang awak tu mabuk tak okay lagi. Nanti kita jumpa ye..apa-apa text akak ye".. Kata Akak Intan.

Amna sempat melihat wajah pucat Abangnya. Itu merupakan salah satu kelemahan Abangnya. Dia mabuk kalau naik kapal terbang tetapi laut tak mabuk pula.

"Okay, baik akak"..

"See you again Anne"..Akak Intan melambai kecil lalu masuk.ke bilik didepannya.

"Okay sister, rest well okay sister".. Jawab Anne sambil membalas lambaian Akak Intan sehingga pintu bilik itu tertutup rapat.

"So, what are you waiting for? Let's go get in the room".. Kata Anne sambil masuk kedalam bilik mereka.

"Go, get enough rest Amra"..

"Hye, how many times i need to teach you that my name is Amna..Not Amraa"..Amna bersuara sambil melabuhkan punggung di katil bersaiz king itu.

"Oh, im sorry. hehe..I can't even im try many times"

"Huh, it's up to you Anne. Now, i need to get shower first before i sleep for a while". Kata Amna sambil membuka bagasi sambil mencari baju dan tuala mandi. Badannya sudah berbau kerana berjam-jam berada di dalam kapal terbang.

"Okay-okay go".. Jawab Anne sambil bersandar di katil king sebelah Amna..

Amna bergerak masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Telefonnya di letakkan di meja kecil sebelah katil tersebut. Anne pula kelihatan bermain telefonnya.

Beberapa saat kemudian, telefon Amna berdering. Anne terkejut lalu dia mengintai telefon Amna yang menyala dan bergetar itu. Nama di skrin cuba dia baca.. 'Encik Tunang?'.. Tergagap Anne untuk menyebut perkataan itu.

Anne hanya membiarkan sahaja. Namun, telefon itu masih berdering. Dengan rasa terpaksa dia mencapai telefon Amna..

"Hello?"

Hye readers, cahaya minta maaf sebab lama tak update..Busy sangat sampai tak sempat nak up..Sorry okay hehe..Enjoy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience