Bab 32

Romance Series 24827

"Kita nak pergi mana ni abang?"..Soal Amna ketika berada di dalam kereta.

"Abang nak bawa sayang pergi shopping..Rindu nak berjalan dengan sayang macam dulu-dulu"..Ujar Ashraf sambil tersengih.

Amna ketawa kecil.

"Jom sayang".. Kali ini, mereka berjalan sambil menggenggam erat jari jemari..

Amna kelihatan agak segan tetapi dia hanya ikutkan sahaja rentak suaminya itu.

"Sayang ada nak beli apa-apa tak?"..

"Rasanya macam tak apa nak beli abang. Kenapa?"

"Taknak beli apa-apa? Abang belanja baju jom?".. Kata Ashraf sambil mencari butik pakaian wanita

Mereka berjalan beriringan sehingga mata Amna membulat melihat wajah suaminya yang tersenyum nakal.

"Abang? Buat apa dekat sini?. Jom kita pergi tempat lain"..
Amna lantas menarik lengan suaminya..Tetapi, tubuh itu tidak bergerak langsung..

Amna menggali idea ..Matanya ternampak booth aiskrim Baskin Robin..

"Abang, jom beli aiskrim dekat sana..Dah lama tak makan..Teringin lah"..Pancing Amna. Ashraf hanya menjengkitkan keningnya. Dia tahu isterinya belum bersedia, dia hanya ingin mengusik sahaja.

"Yelah, jom lah kita pergi beli"..Ajak Ashraf pasrah.
Amna tersenyum riang sambil menggenggam erat lengan suaminya. Setelah membeli barang ringan. Mereka berdua pulang ke rumah.

Seusai solat maghrib, Ashraf dan Amna bersalaman dan berpelukan.

"Sayang, abang nak baring sekejap dekat peha sayang". Katanya sambil bergerak dan berbaring dengan memejam mata.

Amna mengangguk. Jari jemarinya membelai lembut rambut Ashraf.

"Abang penat ke?"

"Takdelah. Saja nak bermanja dengan isteri abang ni. Tenang je rasa"..

Amna tersenyum manis mendengar kata-kata manis suaminya itu. Tiba-tiba dia teringat kisahnya pada malam yang dia bakal dijual kepada orang vvip.

"Oh ya abang, macam mana malam tu abang boleh masuk dalam bilik hotel waktu kita kena tangkap basah?"..

Soalan tersebut membuatkan mata Ashraf terbuka. Senyuman terlakar dibibir. Tiba-tiba teringat bertapa seksinya isterinya malam itu. Dia ketawa kecil.

"Eh abang, kenapa gelak sorang-sorang?"..Soal Amna pelik. Ashraf bangun dari pembaringan lalu duduk berhadapan isterinya yang kebingungan.

"Abang gelak sebab malam tu. Abang jumpa bidadari syurga tapi seksi betul. Cair betul nafsu jantan abang."

Amna terpinga-pinga lalu dia menangkap renungan gatal suami..Dengan pantas dia menepuk paha Ashraf.

"Abanggg..Ishh..Abang taktahu perasaan sayang waktu tu.. Seksa, fikir nak lari keluar je tapi tak boleh sebab ada bodyguard jaga depan pintu".. Jawab Amna sakit hati.

"Betul lah sayang. Memang malam tu abang tak sangka sayang akan berpakaian macam tu. Nasib baik akal waras abang ni berfungsi lagi. Kalau waktu tu kita dah halal, rasanya sayang tak selamat".. Ujar nya lagi sambil ketawa mengusik.

Amna menjeling tajam. Lalu, dia berura-ura ingin bangun untuk melipat sejadah. Ashraf cepat-cepat menahan.

"Amboi dia, kuat merajuk ye sekarang. Duduk sini dulu"..
Ashraf menarik Amna untuk duduk di atas ribanya. Amna jadi kalut tapi dia tidak boleh bergerak kerana suaminya itu memeluk erat tubuhnya.

"Okay cerita dia macam ni. Abang dengan pihak polis ada buat risikan pasal kes sayang kena culik. Sayang nak tahu tak, selama sayang kena culik tu. Abang langsung takde selera untuk jamah makanan. Minum air je"..

"Oh, ye ke? Patut sayang tengok abang sekarang dah lain. Macam kurus sikit".Ujar Amna sambil mengelus pipi Ashraf. Lelaki itu tersenyum manis apabila isterinya membelai pipi.

"Ye sayang. Waktu tu, tunang kesayangan kena culik. Tak tentu arah hidup abang. Sampai kena paksa makan dengan ibu". Ashrah buat muka monyok.

Amna tergelak. "Lepastu?".

"Abang pun terpaksa makan dua tiga suap macam tu."

Amna mengangguk faham. Lalu, Ashraf menyambung cerita dari awal sampai mereka kena tangkap basah.

"Sebenarnya, abang pun tak sangka malam tu penculik rancang nak buat kes tangkap khalwat. Abang pun terkejut tapi dalam masa yang sama, abang bersyukur sebab lelaki yang bersama sayang adalah abang. Seakan-akan macam niat abang termakbul pula. hehe"..

"Abang pernah terniat untuk buat kita kena tangkap khalwat?" Soal Amna terkejut.

"Haha, tak lah sayang. Sebenarnya, sebelum waktu sayang selamatkan abang kena culik dengan van tu. Abang dah memang niat nak halalkan sayang cepat-cepat. Sejujurnya waktu sebelum sayang pergi konvokesyen lagi".

"Yeke? kenapa?"

"Sebab kan sayang suka sangat masuk campur hal abang, pasal semua lah..Dari start penculik sampai data syarikat pun sayang tahu."

Amna tersengih segan.

"Sayang cuma curious je abang. Sayang fikir abang tak perasan semua benda tu"..

"Amboi, nak cakap abang slow lah ni?"..

"Ehh tak-tak..hehe.. Abang kan belajar tinggi. Phd lagi.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan sayang. Degree oversea je kan"..

"Perli kita pulak tu.." Ujar sambil menarik hidung comel isterinya. Amna cepat-cepat menarik tangan lelaki itu kerana berasa sakit.

"Abang tahu je semua kes penyelewengan duit syarikat. Cuma abang tak heboh sebab takut staf-staf abang takut, rasa tak selamat datang kerja. Dan abang nak jaga keselamatan semua orang. Itu sebab abang tak bising. Abang buat kerja dalam diam. Siasat satu persatu".

"So, abang dah tahu siapa orangnya?"

Ashraf mengangguk. Amna kagum melihat wajah suaminya yang tenang itu.

"Hebat rupanya suami sayang ni"..Puji Amna ikhlas.

Ashraf geram melihat isterinya seakan budak-budak. Terus sahaja dia mengomol kuat pipi isterinya. Geram.

Amna ketawa kuat sambil menolak wajah suaminya menjauh kerana berasa geli. Setelah selesai, masing-masing diam untuk bertenang dan bernafas.

"Tapi kan sayang. Abang ada permintaan"

"Apa dia abang?"..Soal Amna pelik

"Abang kan. hmm, macam teringin nak tengok sayang sekali lagi pakai baju macam malam haritu"

Pipi Amna terus berona merah. Amna terus menutup mukanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

"Kenapa? sayang malu dengan abang?"..Soal Ashraf apabila melihat reaksi isterinya itu.

Amna mengangguk perlahan.

"Takpe sayang, abang tak paksa sayang. Sayang ambil lah masa lama mana pun untuk hilang rasa malu dengan abang. Abang boleh tunggu" .Pujuk Ashraf.

"Okay abang. Terimaa kasih abang sebab memahami sayang".. Jawabnya sambil mencium lembut belakang tapak tangan suaminya itu.

"Lagi satu sayang, lepasni kita akan berpindah ke rumah abang. Dan abang nak sayang berhenti kerja boleh?"..

"Ha? abang ada rumah lain?"..Soal Amna terkejut.

Ashraf mengangguk. Rumah yang telah lama dibeli tetapi jarang untuk di diami kerana rumah itu beli sebagai aset sahaja senang jika sudah berkeluarga.

"Abang nak saya jadi suri rumah sepenuh masa?"..Soal Amna perlahan.

"Kalau boleh"..

Amna muka monyok. "Habistu degree sayang tu takde guna lah?"..Jawabnya sedih.

"Ada gunanya. Sayang nak bekerja ye? Taknak jadi suri rumah?"..Soal Ashraf sekali lagi.

"Kalau boleh sayang nak juga bekerja. Jadi, sayang boleh rasa guna duit sendiri. Kumpul ke kan? Lagipun, duit sayang tu juga sayang guna nak bagi dekat keluarga makteh memandangkan mereka membesarkan sayang dan abang syamil dari kecil"..

"Abang faham syg. Abang kan ada..Abang kan lebih dari mampu nak sara sayang. Nak sara keluarga makteh".

Amna terdiam. Niat ingin melawan tapi dia sedar kini dia dibawah tanggungan suaminya. Dan dia perlu menghormati keputusan suaminya itu.

"Hmm yelah. Abang izinkan sayang bekerja tapi ada syarat".. Ashraf cuba membuat rundingan.

"Ye ke? okay apa syaratnya?"..

"Abang benarkan sayang bekerja sehingga sayang mengandungkan anak kita. Kalau dah bersalin, sayang automatik berhenti kerja. Boleh?"

"Ha? macam tu pula?"

"Ye sayang. Nanti anak-anak siapa nak jaga? Abang kurang percaya sikit dengan pengasuh. Biarlah ibunya sendiri yang menjaga dan mendidik. Boleh?"

Amna terpaksa menerima. Dia tahu itu terbaik untuk masa depannya.

*******

"Aku terima nikahnya ....." Kedengaran lafaz nikah Dato Zack bersama Balqis di sempadan Thai.

Balqis hanya diam seribu bahasa kerana dia masih lagi berada di dalam keadaan yang tidak mampu untuk melawan.

Selama seminggu berada di hospital, Balqis dibenarkan keluar dan segala penjagaan diuruskan oleh Dato Zack sendiri.

"Sayang, hulur tangan tu. Hubby nak sarung cincin".. Tegur Dato Zack. Balqis terkejut lalu menghulurkan tangannya. Kini dia sudah sah bergelar isteri ke 2.

"Sayang okay?".. Tegur Dato Zack lembut. Semenjak Balqis di bawah jagaannya. Balqis dijaga rapi umpama ratu dan permaisuri.

Balqis hanya mengangguk perlahan bersama senyuman nipis. Dato Zack mengeluh perlahan. Begitu sukar dia ingin memenangi hati wanita itu.

Selesai sahaja urusan di pejabat itu, mereka keluar dan pulang menuju ke hotel yang ditempah.

"Sayang, lusa kita balik rumah hubby ye?"..Katanya ketika berada di dalam kereta.

"Kalau saya tak nak ikut boleh?".. Balqis menukarkan kata ganti dirinya apabila berkomunikasi dengan suaminya itu.

"Mana boleh macam tu sayang. Sayang takde kenalan dekat sini. Dan sayang tak boleh tinggalkan hubby sorang-sorang".. Ujarnya lagi dalam nada memujuk.

"Saya taknak duduk sekali dengan isteri pertama awak"..Balqis berterus terang.

Dato Zack terdiam. Dia tahu Balqis tidak selesa untuk duduk dirumah itu jika isteri pertamanya ada. Dia memikirkan cara untuk membawa isterinya pulang agar sentiasa dibawah jagaannya.

"Okay, nanti hubby cari rumah baru untuk sayang ye. Asalkan sayang sentiasa dalam jagaan hubby"..Jawabnya lembut.

Suasana kembali sunyi. Dato Zack melihat jam dan perutnya meminta untuk diisi.

"Sayang ada teringin nak makan apa-apa ke? Dah tengahari ni sayang"..

Balqis menggeleng. Tipu jika dia tidak teringin. Tapi, seleranya kini berkurang. Mungkin kesan ubat.

"Okay takpe, hubby singgah kedai makan sekejap nak bungkus makanan. Nanti kita balik makan dekat hotel. Boleh? Nanti sayang boleh terus rehat"..

Dato Zack kelihatan sangat banyak bersabar semenjak dia berada di hospital. Balqis juga perasan perubahan suaminya itu.

Kereta Dato Zack berhenti di kedai makan yang berada di tepi jalan. Kelihatan ramai orang sedang beratur. Kerana sudah waktu makan tengahari.

"Sayang tunggu sekejap ye"..

Balqis mengangguk. Setelah 15 minit, Dato Zack masuk ke dalam kereta dengan beberapa plastik lauk. Kereta dipandu ke hotel. Sampai sahaja di sana, Dato Zack terus sahaja menghidang makanan manakala Balqis duduk bersandar di kepala katil. Pinggangnya terasa sengal kerana duduk di dalam kereta agak lama. Bau makanan memenuhi ruang bilik mereka. Hal itu membangkitkan selera Balqis untuk makan.

Dato Zack yang sibuk meletakkan makanan di atas pinggan itu menjadi tatapannya. Sikap bertanggungjawab lelaki itu sedikit sebanyak membuatkannya berasa terharu.

"Sayang, jom makan. Hubby suapkan ye. Kalau tak makan nanti kesian dekat baby dalam perut tu".. Ujar Dato Zack sambil datang ke arah Balqis dengan membawa pinggan berisi nasi dan lauk.

Balqis hanya diam dan memerhati lauk yang sungguh sedap dimatanya. Ikan bakar dan kerabu mangga.

Dato Zack mula menyuapkan makanan ke dalam mulut Balqis. Sekali sekala makanan di sua ke mulutnya sendiri. Makan sekali. Balqis tidak pernah menolak suapan itu kerana makanan itu kena dengan seleranya.

"Sedap juga ye makanan tepi jalan ni. Patutlah ramai orang tadi".. Ujar Dato Zack lagi. Makanan itu juga telah membangkitkan seleranya dan kerabu itu telah mengurangkan rasa mualnya.

Balqis mengangguk setuju. Selesai makan, masing-masing berehat di atas katil. Mata Dato Zack hampir terlelap kerana keletihan manakala Balqis leka menonton televisyen.

"Sayang, hubby nak peluk boleh? Hubby mengantuk lah. Rasa nak rehat sekejap"..Ujarnya sambil bergerak merapati tubuh isterinya.

Balqis hanya membiarkan sahaja. Dalam beberapa saat, kedengaran dengkuran halus di tepi telinganya. Balqis menutup televisyen dan dia juga tidur disamping suaminya itu.

happy readingg!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience