Bab 9

Romance Series 24827

"Boss!".. Jerit Amna sambil berlari anak ke arah bossnya.

Ashraf berhenti sambil mengangkat kening. Terkejut juga dia mendengar jeritan Amna.

"Jom saya teman boss sampai kereta"..
Ashraf pula pelik melihat tingkah Amna namun dia tidak menolak. Amna pula sudah menoleh belakang melihat kelibat lelaki berbaju hitam sudah tiada. Dia mengeluh lega.

"Tengok apa?" Soal Ashraf turut menoleh belakang.

"Eh, takde apa..Boss balik hati-hati ye.. Saya gerak dulu".. Ujar Amna ketika sampai di kereta milik bossnya. Lantas, dia berlari anak ke kereta Akak Ika.

"Huh, letih"..Ujar Amna sambil membetulkan aircond ke arah wajahnya..

"Kau kemana Amna?"..

"Hehe, tak ke mana.. Pergi toilet kejap tadi"..

Akak Ika hanya menggelengkan kepala. Ketika, kereta Akak Ika berlalu, dapat Amna melihat kelibat yang sedang bersembunyi di sebalik tiang. 'Nasib baik aku sempat'..

Pejam celik pejam celik, masa berlalu dengan begitu cepat. Hampir masuk 2 bulan Amna bekerja.

"Adik, bila graduate?".. Soal Syamil ketika mereka santai di ruang tamu setelah makan malam.

Amna menoleh seketika melihat abangnya sebelum menjawab.
"Hujung tahun ni..Kenapa bang?"..

"Bulan berapa tu?" ..

"Dalam bulan 11 rasanya. Tarikh tetap belum dapat lagi. Kenapa?" Soal Amna lagi.

"Oh, takdelah, kalau dekat tarikh, jangan lupa bagitahu Abang. Abang nak minta cuti ..Boleh bawa Akak jalan-jalan sana"..

"Serius lah?"..

"Betul lah, tapi adik kena jadi tour guide kitaorang lah".. Jawab Syamil sambil mengunyah kerepek pisang.

"Ehh, boleh je..Asalkan bayar upah!.Hahaha..".. Jawab Amna sambil gelak sakan melihat jelingan abangnya..

"Apa yang meriah sangat ni?"..Tegur Akak Intan sambil menghidang air teh panas.

"Abang kata nak bawa Akak pergi honeymoon. Tapi Amna yang jadi tour guide"..

"Yeke? Bila tu abang?".. Soal Akak Intan ceria sambil memandang suaminya di sisi.

"Anak dah tidur?"..Soalan dijawab soalan..

Akak Intan buat muka masam sambil mengangguk kepala. Lalu, tubuh disandar sambil memandang kaca TV.

"Nantilah abang bagitahu kalau dah confirm". Pujuk Syamil sambil memeluk erat bahu isterinya.

"Yelahh"...Jawab Akak Intan dengan muncung sedepa. Syamil mencium tepi kepala isterinya. Saja dia ingin membuat surprise dekat isterinya. Amna pula sudah tersengih..

Dalam mereka leka menonton Tv, Tiba-tiba Akak Intan teringat mengenai tempoh cutinya yang hanya tinggal sebulan sahaja.

"Amna"

"Ye kak?"..

"Dah fikir ke lepas ni nak kerja dekat mana? Tinggal sebulan je lagi kan?"..

Amna terdiam, dia hampir terlupa mengenai hal itu.

"Hmm, belumlah kak.. Tapi, takpe nanti Amna cari jawatan kosong sebelum akak masuk kerja"..

"Takpelah kalau macam tu"..

Keesokan paginya, Amna seperti biasa bangun memasak untuk sarapan pagi untuk dia dan bossnya sekali.

Seusai bersiap, mangkuk tingkat yang berisi nasi lemak dan ayam goreng berempah di bawa.

"Abang, akak..Amna gerak dulu.." Sapanya ketika melihat pasangan suami isteri itu sedang bersarapan. Anak buahnya yang berada di riba akak iparnya digomol geram dengan mata bulat itu.

"Naik apa?"..

"Naik grab je bang..Amna gerak dulu..Nanti bising pulak abang grab tu"..Jawab Amna sambil bersalam dengan mereka.

"Hati-hati"..Ujar Akak Intan..Amna mengangguk lalu melambai.

Sampai di pejabat, mangkuk tingkat diletakkan diatas meja bossnya. Ashraf mengangkat wajah lalu memandang bekal tersebut. Bau semerbak nasi lemak menusuk ke hidung. Terus perutnya terasa lapar.

"Boss, nak saya hidang sekarang atau nanti?"..

Soal Amna yang masih berdiri sambil itu dia menekan button on di suis untuk menghidupkan PCnya.

"Sekarang pun boleh"..

Amna mengangguk lalu bergerak ke pantri untuk menghidang. Makanan tersebut dihidang di dalam office itu.

"Tak makan sekali?"..

"Boss, makanlah..saya dah makan tadi". Jawab Amna sambil bergerak ke PCnya.

Ashraf pula makan tanpa bersuara. Setelah selesai makan, dia bangun untuk basuh tangan di dalam bilik rehat. Amna pula bangkit dan mengemas bekal dan meja.

"Harini boss free..Takde jumpa klien"

Ashraf mengangguk kepala tanda mendengar..

"Err, boss.." Teragak-agak Amna mahu bersuara.

"Yes?"..

"Hmm, sa..saya nak minta izin curi masa waktu bekerja untuk selesaikan FYP saya ..boleh ke?".. Soal Amna perlahan sebab dia rasa macam salah sebab curi waktu bekerja untuk buat kerja lain.

"Yes sure"..Jawab Ashraf ringkas. Itu bukan masalah baginya memandang Amna masih lagi belum graduate, jadi dia tak kisah.

"Thankyou boss"..Jawab Amna riang lalu kembali ke tempatnya untuk selesaikan FYP yang perlu dihantar minggu depan.

Setelah beberapa jam, Amna memegang kepala. Ada satu soalan dia tidak dapat selesaikan. Lantas, di berhubung dengan rakannya Maisara yang juga sama tempat belajar tetapi menetap di Pahang.

Namun, balasan dari rakannya juga mengecewakan. Rakannya juga tidak dapat selesaikan. Amna stuck di tengah jalan. Dia bersandar untuk menghilangkan stress lalu termenung merenung jam.

Ashraf pula hanya mengerling hujung mata melihat Amna yang seakan stress itu.

Dalam termenung, Amna tiba-tiba mendapat idea. Lalu matanya mengarah ke bossnya. 'Apa kata aku tanya boss? okay tak eh? cuba jelah tanya'..

Amna bangun lalu menarik kerusi dan duduk dihadapan Ashraf. Lelaki itu tidak terkejut kerana dia sudah biasa dan memang itu kebiasaannya kerana dia tak suka Amna berdiri.

"Boss..Busy ke?"..Soal Amna perlahan sambil tersengih..

Ashraf mengangkat kening. Hatinya tiba-tiba berdebar melihat wajah Amna yang dekat sambil tersenyum itu.

"Err, saya nak minta tolong boss ajarkan saya bab ni..Sebab saya rasa boss mesti dah master dengan soalan ni"..Kata Amna sambil menolak kertas..

Ashraf menarik kertas lalu membaca. 'Semudah ABC' Bisik hatinya.

"Kacang je"..

Amna terkejut. "Wah, boss boleh lah ajar saya!"..dengan mata berkedip-kedip memohon pertolongan.

"Saya dapat apa kalau tolong awak?"..

Amna tercengang!. Lalu otak memproses..

"Lahh? Bukan tolong dengan ikhlas lah ni?"..

Ashraf hanya mengangkat bahu. Lalu menolak kertas kepada Amna semula. Amna mengelabah.

"Yelah, saya belanja boss makan..okay?"

"Lunch?"

"Okay boleh"..Jawab Amna sambil tersengih..'Gasaklah kau!..Harap boss tak minta makan dekat hotel! Terbang duit aku oii'..

Ashraf mula mengajar dan Amna pula tekun.

"Lah, senang je rupanya"..Kata Amna sambil menepuk dahinya. Ashraf mengangkat kening megah. Amna tersengih, silap dia sebab dia tak perasan trick soalan tersebut.

"Terima kasih boss. Lunch saya belanja"..Jawab Amna tersengih dan bangun menuju ke tempatnya.

Masa rehat,

"Er, boss? serius boss nak makan sini?".. Soal Amna terkejut. Pertama kali dia melihat bossnya membawa mereka ke kedai makan biasa tepi jalan.

Ashraf angkat kening sebelum menjawab.
"Dengar kata kedai ni sedap. Viral"..

Amna melihat. 'Fuh beratur panjang'..Amna tak kisah sebab dia sejenis tak cerewet. Mamak pun okay! easy going katakan.

Ashraf mematikan enjin lalu bergerak keluar. Amna mengikut belakang bossnya. Seusai order makan. Amna seperti biasa suka melihat sekeliling melihat gelagat dan ragam orang.

Matanya dapat lihat orang beratur panjang dibahagian bakar. Ikan bakar, sotong bakar dan macam-macam. Dia suka tengok kedai yang meriah ini.

Ashraf pula dengan telefonnya. Setelah itu dia melihat gelagat Amna yang melihat sekeliling. 'No wonder dia ni alert, Suka perati sekeliling rupanya'.. Kata hatinya sambil merenung wajah ceria tu.

Tiba-tiba ada orang datang menyapa. Seorang wanita pemilik restoran aka rakan bossnya.

"Hai, assalamualaikum Ashraf ,Amna".. tegur lembut suara itu.

Mereka berdua jawab serentak lalu mendongak melihat wajah lembut yang sedang tersenyum. Amna terkejut sebab dah lama tak jumpa wanita itu.

"Eh, Cik Balqis? "

Balqis mengangguk menyapa. Ashraf macam biasa, bisu jelah jawabnya.

"Cik Balqis lunch dengan siapa? Kalau sorang boleh je nak join kami"..Pelawa Amna. Ashraf hanya diam tapi hatinya seakan tak berapa suka dengan pelawaan yang dibuat oleh Amna.

Balqis menoleh memandang wajah Ashraf yang hanya diam tanpa riak. Lalu dia kemudian memandang Amna.
"Eh, takpelah Amna, saya datang dengan kawan saya dekat meja hujung sana. Hmm, saya gerak dulu ye. Enjoy your lunch"..

Amna mengangguk kepala sambil tersenyum dan Ashraf hanya mendongak memandang wajah itu sekejap sebelum memandang ke tempat lain. Begitulah dia..Tiada reaksi..

Makanan sampai sahaja di meja, Amna makan tanpa mengangkat wajah kerana menu mereka special, sotong bakar ,ikan bakar..Macam-macam..

Ashraf pula kadang-kadang leka melihat Amna makan. Cara Amna makan sangat menunjukkan dirinya. Tak hipokrit. Kerana apa? . Amna makan tanpa cover apa-apa. Dia menjadi dirinya kerana selama mereka keluar makan bersama Amna kelihatan makan tidak terlampau gelojoh dan tidak acah-acah malu. Hal itu membuatkannya suka mencuri merenung wajah Amna ketika makan.

Tanpa Ashraf sedari, Di satu sudut kedai, terdapat sepasang mata wanita memerhati tingkah Ashraf yang sedang merenung Amna. Wanita itu berasa seakan usahanya untuk menambat hati lelaki itu perlu ditingkatkan. 'Why your eyes like to see that woman Ashraf? Why not me?'. Bisik hatinya sambil mengeluh perlahan.

"Terima kasih belanja".. Kata Ashraf ketika memandu pulang ke pejabat.

"Sama-sama boss. Bestlah makan situ. Sedap. No wonder lah boleh viral. Makanan memang tiptop. Harga pun berpatutan. Lepasni bolehlah repeat makan situ lagi"..Kata Amna sambil matanya kecur teringat sotong bakar yang dia makan. Sangat Juicy!

Ashraf pula hanya mengeleng kepala sambil tersenyum. Suka dia melihat wajah itu ceria. Parah dah!

Sebelum habis jam kerja, Amna seakan macam ingin tahu sesuatu. Lalu, dia melihat bossnya bersandar sambil memejam mata. Tahulah dia bossnya sedang berehat dengan melepaskan lelah sebelum balik.

"Boss..nak tanya boleh?"..

Ashraf hanya membuka mata lalu memandang wajah ceria itu dengan keadaan masih bersandar.

"Err, soalan saya agak kedengaran macam bodoh. Tapi saya nak tanya jugak!"..

"Hmm?"

"Err, boss memang dari sejak azali pendiam ke? Memang tak banyak berbual even dengan kawan baik sekolah?".. Soal Amna tersengih.

Ashraf dengan tenang mengangguk.

"Dengan family pun?"..

"Sikit-sikit"..

"Macam boss bercakap dengan saya?"..

Ashraf mengangguk lagi.

"Boss memang tak suka bercakap ke? So, macam mana boss deal dengan syarikat untuk tender?"

"Cakap benda penting je"..

Amna mengangguk faham.

"Kenapa tanya?"

"Hehe, saja tanya. Sebab saya tengok boss kurang bergaul. So, kawan tak banyaklah kan?"

Ashraf mengangguk kepala.

"Lagipun saya pula seorang 'mulut murai'.. So, saya suka ajak orang bersembang kalau dah kenal rapat. Saya risau kalau boss tak selesa dengan saya je sebab banyak mulut..Kalau boss tak selesa bagitahu tau. Jangan diam je". Kata Amna sambil sengih segan.

"Okay je"..

"Serius eh boss?"

"Yelah, awak orang yang boleh memeriahkan majlis dengan mulut murai tu"..

Amna menjeling bossnya yang sedang senyum mengejek ke arahnya.

"Eh, takdelah murai sangat. Saya cuma peramah je. Tak salah kan? Tak macam boss, bisu sebisunya. Tak rasa alone ke?"

Ashraf mengangkat bahu . Dia suka Amna yang nampak polos tapi jujur dan sangat peka dengan keadaan.

"Eh ha, tadikan boss...." Amna mula ingin mengajak bossnya berbual. Saja buang masa sambil menunggu masa untuk balik. Bossnya pula nampak fokus kepada. Jadi, dia teruskan je.hehe

Ashraf mengangkat kening.

"Tadikan, waktu kita tengah makan. Saya perasan yang Cik Balqis sekejap-sekejap curi-curi pandang boss. Rasanya dia ada hatilah dekat boss".

Ahsraf mengangkat kening lagi. "Ye ke? Pandang orang lain kot"

"Eh, betul lah boss. Setakat ni saya tak gagal lagi dalam menilai orang. Rasanya dia ada hati dengan boss tapi dia segan"..

"Biar jelah kalau dia ada hati dengan saya pun, dah rasa itu hati dia"

Amna terkejut mendengar respon bossnya.
"Seriuslah boss? Boss langsung takde perasaan ke? Ish.. ish.. rugilah boss ni"..

"Rugi?".. Sesi berbual makin rancak. Ashraf pula berminat dengan topik itu kerana Amna kelihatan bersungguh-sungguh bercerita. Sejujurnya personaliti semulajadi Amna sedikit sebanyak menarik minat dia.

"Yelah boss, Cik Balqis tu dahlah cantik, sejuk je mata memandang..Lepastu lembut, sopan, alim ..Kalau saya jadi boss tentu dah jatuh hati". Kata Amna sambil tersenyum teringat senyum lembut wanita itu.

Ashrah tergelak melihat gelagat Amna. Kini ketawanya tak dapat dibendung lagi. Amna pula terkejut sebab pertama kali melihat wajah itu ketawa. Ketawa pun hensem!

"Eh boss ni boleh pulak ketawa! Apa yang kelakarnya. Saya cakap benda betul kot. Ish!".. Jawab Amna dengan tak puas hati.

"Kelakarlah awak Amna. saya terhibur!"..Ujarnya dengan sisa ketawanya.

"Dah lah tu boss!".. Kata Amna geram. 'Masa bila pulak aku buat lawak! tak faham lah aku dengan boss ni! sewel ke mereng? opss!' kutuk Amna dalam hati.

Ashraf hentikan ketawanya lalu berdehem. Riak wajahnya di kawal sambil menatap sepasang mata Amna.

"Satu hal awak gagal"

"Apa dia?" Soal Amna.

"Awak gagal dalam menilai saya"..

"Yelah, dah boss tu diam je lepastu bisu. Riak muka pun takde reaksi, macam orang takde perasaan. Saya nak menilai macam mana?! haih!".. Jawab Amna lagi dengan menyelitkan kutukan semasa bercakap.

Ashraf ketawa halus. Amna mendengus geram.

"Betul lah orang cakap, kalau orang pendiam ni bila dah mula bercakap. Confirm deep. Macam boss! Terkena saya kalini".. Jawab Amna sambil menepuk dahinya.

"So, menyesal banyak tanya?"..

"Malas layan boss! Baik saya sembang dengan akak Ika. Lagi best!".. Jawab Amna menyampah sambil menjeling tajam bossnya yang masih ketawa.

'Gelaklah gelaklah. Kalini je aku bagi boss ketawa , nampak kebodohan kau Amna! Argh!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience