"Amna, ambil kad ini. Lepastu order makanan untuk semua yang ada dalam office ni"..Arah Encik Ashraf.
Amna terus mendongak kepala lalu mata menatap wajah majikannya itu.
"Ha?..Betul ke boss?".. Mata Amna bersinar-sinar. Bab makan free, Amna takkan pernah menolak.
Encik Ashraf mengangguk kepala sambil tangannya menghulur kad creditnya.
"Boss nak saya pesan apa? Mcd? Kfc? atau makanan apa?".. Soal Amna laju. Ketika itu, terus kerjanya ditolak tepi.
"Anything. It's up to you"..
Amna mengangguk faham lalu terdiam sebentar memikirkan menu yang perlu dia tempah. Memandangkan ketika itu jam menginjak ke petang. Amna memikirkan menu yang sesuai.
"Saya order spaghetti okay ke boss?"
Encik Ashraf hanya mengangkat bahu. Tanda taktahu. Terus masam muka Amna melihat respon bossnya itu.
"Alah boss ni kan. Tak membantu langsung lah!".. Amna merungut perlahan.
Ashraf yang sedang tekun meneliti dokumen terus menahan ketawa. Lucu.
"Mana saya tahu selera semua. Kalau tahu senang saya suruh awak order terus".. Jawab Ashraf sambil membelek kertas pembentangan.
"Yelah, Kalau macam tu, saya tanya mereka dekat luar. Kalau dorang mintak makanan mahal takpe kan bosss".. Suara Amna meleret.
"Terpulang sebab kad dekat tangan awak".
"Yes! kalau macam tu saya nak order banyaklah. Spaghetti, Ayam Mcd, Aiskrim Mc Flurry.. Lepasstu..."
"Amboi, tak padan dengan badan kecik. Makan kuat".. Ashraf mengutuk Amna secara terang.
"Eh, hehe, memang saya kuat makan pun. Makan boleh membuatkan saya happy. Kalau stress saya makan. Tak susah nak jaga saya. Bagi je makan, confirm saya suka!"..Jawab Amna sambil tersengih.
"Confirm botak kepala calon suami awak, hari-hari keluar duit bagi awak makan''..
"Alahhh, boss nii.. Spoil mood saya tau tak..Ish, bencilah!".. Jawab Amna dengan muka masam sambil bergerak bangun untuk keluar. Terkeluar perlakuan manja Amna tanpa dia sedar.
Ashraf pula sudah ketawa mengekeh semasa melihat figura Amna keluar dari bilik itu.
"Akak Ikaaa, tengoklah boss tu.. dia kutuk Amna!".. Adu Amna kepada Kak Ika.
Akak Ika yang sedang membuat kerja terus terdongak apabila mendengar namanya diseru lalu dia melihat wajah Amna yang masam.
"Kenapa masam je ni? Apa boss dah buat?"..
"Boss kutuk Amna.. Dia kata Amna kuat makan lepastu tentu calon suami Amna botak kepala sebab bagi Amna makan hari-hari"..
"Hahahaha".. Bergema ketawa Akak Ika mendengar aduan Amna. Memang tidak dinafikan Amna seorang yang kuat makan.
"Betul lah boss cakap tu. Amna kan memang kuat makan?..Alah, biarlah calon suami Amna botak, asalkan dapat bahagiakan Amna .. Confirm sayangkan?" ..Jawab Akak Ika dengan hela tawanya.
"Dahlah, malas layan Akak.. Ini, boss ada bagi kad credit dia dekat Amna. Dia suruh Amna order makan untuk semua.."
"Wow! seriously?".. Akak Ika bukan teruja sebab majikannya belanja tetapi majikannya memberi kad credit kepada Amna. Tentu Amna merupakan insan yang dia paling senang dan percaya.
Amna mengangguk kepala. "Nak order apa eh Akak Ika?"..
"Amna order je apa-apa. Orang dalam ni semuanya tak cerewet bab makan. Lagi-lagi kalau boss belanja. Confirm mereka tak tolak"..
Setelah puas berbincang dengan Akak Ika. Akhirnya, Akak Ika membuat tempahan di restoran yang mereka pernah makan. Iaitu restoran kenalan boss, Cik Balqis.
Amna bergerak masuk semula ke dalam bilik bossnya lalu menyambung semula kerjanya. Amna langsung tidak memandang wajah bossnya. Merajuk!.
Dalam mereka masing-masing buat kerja dengan suasana sunyi. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ashraf mengangkat wajah memandang pintu. Baru sahaja ingin membenarkan orang tersebut masuk. Terus sahaja pintu terbuka.
"Ashraf!"..Razif masuk dengan gaya kelam kabut. Dia tak perasan yang Amna sedang melihat gelagat lelaki itu.
"Sorry lah weh, aku pikir kau dah nak balik..Itu yang aku kelam kabut masuk tadi. Ini ada fail kewangan yang perlu kau sign".. Ujar Razif lagi sambil menapak ke arah Ashraf.
"Ada copy tak?"..
"Alamak, aku lupa lah"..Jawab Razif sambil tersengih.
"Amna, awak tolong buat dua copy dokumen ni"..
"Baik boss".. Amna bergerak bangun lalu menyambut huluran fail dari bossnya.
"Eh, Cik Amna. Lama tak jumpa".. Tegur Razif sambil tersengih.
Amna sekadar menggangguk kepala lalu bergerak ke mesin fotostat diluar bilik tersebut.
Setelah selesai, Amna memberi semula dua salinan kertas tersebut lalu bergerak ke meja kerjanya. Setiap tingkah Amna diperhatikan oleh Razif.
Ashraf pula menyemak dokumen asli lalu menurunkan tandatangan. Semasa menunggu, Razif menegur Amna lagi.
"Amna, esok awak free?"
Amna mendongak kepala lalu menatap wajah lelaki itu. Amna hanya mengeleng sambil tersenyum nipis. Tidak ingin bersuara kerana baginya lelaki itu merimaskan.
"Nanti kalau awak free, bagitahu. Saya nak belanja awak makan..Sambil tu boleh sembang-sembang"..
"InshaAllah".. Itu sahaja jawapan dari Amna. Razif yang masih lagi dengan senyumnya terus memandang Ashraf apabila namanya diseru.
"Nah, aku dah sign"..
"Okay, terima kasih eh. Aku gerak dulu..Bye Amna.."
Amna hanya mengangguk kepala. Suasana menjadi hening semula. Ashraf pula hanya melirik sahaja perlakuan Amna. Kelakuannya yang diam membuatkannya tertanya-tanya. Tetapi, dia membatalkan niat untuk bertanya.
Tit, tit, tit..
Telefon office berbunyi, Amna mengangkat.
"Hello, Ace Holding bercakap..Apa yang boleh saya bantu?"..
"Amna, ini akak Ika lah"..
"Lah, Akak Ika.. Kenapa call nombor office".. Soal Amna pelik.
"Hahaha, saja Akak nak dengar operator customer service jawab call".. Usik Akak Ika.
"Akak Ika ni.. Saja je tau..Suka usik orang lah!"..
"Hehehe, cik adik manis. Jangan marah ye. Akak call ni sebab makanan dah sampai. Dan owner restoran nak jumpa boss. Boleh tak?"..
"Siapa kak? Cik Balqis ke?"
"Ye betul. Dia lah"..
"Okay sekejap, saya tanya boss".
Amna melirik mata melihat bossnya yang sedang sibuk. Nak taknak dia terpaksa tegur bossnya. Baru saja ingin melancarkan perang bisu dengan bossnya. Terus tak jadi.
"Boss, Cik Balqis nak berjumpa dengan boss"
Ashraf merenung wajah Amna yang tanpa riak tu. Dia tahu Amna masih merajuk lagi dengannya.
"Boleh tak boss?"
Ashraf hanya mengangguk kepala. Amna pula geram. 'Bercakap tak boleh ke? Haih!'
Selepas itu, Cik Balqis terus masuk. Dan Amna segera keluar untuk mengambil makanan yang telah dipesan oleh mereka. Amna lepak bersama Akak Ika. Sebenarnya, dia malas mengganggu dua merpati sejoli dalam bilik itu. Saja bagi privasi atau apa Amna?
Jam menunjukkan waktu balik, Akak Ika dan Amna bergerak untuk pulang. Sewaktu Amna menolak pintu perlahan, dapat dia mendengar suara Cik Balqis mengajak bossnya keluar makan.
Amna dengan tanpa perasaan, bergerak mengemas. Namun, telinga memasang mendengar perbualan dua manusia itu. Sesekali dia nampak mata bossnya melihat ke arahnya yang sedang mengemas.
"Saya ada urusan selepas ini"
"Oh, takpe lah kalau macam tu. Lain kali kita dinner sekali"
Ashraf mula mengemas. Baru Amna ingin melangkah keluar. Namanya di seru.
"Amna"
Amna menoleh, ''Yes boss?"
"Tunggu sekejap".. Amna pandang Cik Balqis yang sedang memandangnya dengan senyuman. Rasa serba salah menyelubungi hati Amna.
"Boss, saya balik dengan Akak Ika".. Jawab Amna laju lalu melangkah laju. Ashraf terlongo sendiri, dia boleh agak kenapa Amna berkelakuan seperti itu.
Balqis yang melihat wajah rakannya itu diam tanpa beriak. Terus sahaja dia bergerak pulang.
Amna yang masih di ruang lobi sedang mencari nombor grab. Akak Ika sudah bergerak balik. Baru sahaja telefonnya ingin melekap di telinga. Ashraf datang menarik tali beg tangan Amna mengikut langkahnya.
Amna terkejut. Dia sangka, bossnya akan berlama dengan Cik Balqis di atas. Rupanya salah sangkaannya. 'Cis, tak dapat elak!'.
"Eh..., boss...Saya boleh jalan sendiri"..
Tetapi masih lagi pegangan lelaki itu tidak dilepaskan. Amna mendengus perlahan.
"Kalau tali beg tangan saya putus, boss ganti baru.. Saya nak yang mahal".. Kata Amna geram semasa mereka sudah berada di dalam kereta. Niat ingin menyakitkan hati bossnya. Namun, dia silap.
"Boleh..Awak nak berapa nanti saya belikan".. Tenang sahaja Ashraf menjawab sambil memandu.
Amna terlongo. Dia cuba menahan rasa geram itu. 'Cis, aku kena balik'. Malas ingin berdebat. Amna ambil keputusan untuk diam.
Ashraf memandu ke restoran McD. Dia masuk ke drive-thru dan membuat pesanan. Amna hanya diam. Malas ambil tahu.
"Tolong pegang sekejap".. Kata Ashraf sambil menghulur makanan dan aiskrim. Amna menyambut huluran itu. Ashraf pula meletak separuh makanan di bahagian belakang.
Sampai sahaja di kediaman Amna, enjin kereta dimatikan. Amna memandang pelik ke arah bossnya.
"Kenapa mati enjin?..Eh, boss nak ke mana?".. Soal Amna pelik melihat bossnya menekan button off seat belt.
Tanpa jawapan, Ashraf keluar bersama makanan di belakang. Amna pula sedari tadi memegang minuman dan aiskrim.
"Eh, sampai dah Ashraf. Jemput masuk"..
Ashraf menggangguk lalu bersalaman sebelum mengikuti langkah Abang Amna itu. Dia mempunyai urusan dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu pegawai bank.
Selesai urusan bersama Syamil, Ashraf meminta diri. Dia tak ingin mengganggu keluarga itu berehat dan masa sudah menjelang waktu maghrib.
Sebelum berlalu, Amna menghantarnya keluar sehingga ke pintu pagar.
"Saya balik dulu. Assalamualaikum"..
Amna mengangguk kepala lalu melihat kereta bossnya berlalu pergi.
Seusai solat maghrib, Amna baringkan badan untuk berehat dengan telekung sementara menunggu solat Isyak.
Ting Ting Ting.
Telefon pintarnya berbunyi menandakan mesej baru masuk. Tanpa membuang masa, Amna terus mencapai telefonnya.
"Jangan lupa makan aiskrim tu. Itu untuk awak".. Mata Amna membulat. 'Seriuslah untuk aku? Aku pun lupa nak tanya'.. Desis hatinya .
Dengan pantas dia berlari keluar melihat ais krim. Pintu peti sejuk dibuka dan dia terus mencapai ais krim tersebut lalu disuap ke dalam mulut. Matanya terpejam. Sebenarnya dia dah lama teringin nak makan. Nak singgah tapi malas kerana retsoran McD berada di arah yang bertentangan dengan rumah.
Selesai makan, Amna masuk semula ke dalam biliknya. Telefon di capai.
"Jangan nak merajuk lama sangat. Saya tak reti pujuk". Sekali lagi mata Amna membulat.
Dalam beberapa saat, Amna terus ketawa. Tak sangka yang bossnya itu tahu yang dia sedang merajuk. 'Alahai boss aku ni.'
Happy reading.. Jangan lupa tinggalkan komen okay..
Share this novel