Bab 30

Romance Series 24827

Sampai sahaja di lapangan terbang, Dato Zack dibawa ke sebuah hotel yang telah menjadi tempat berehat Balqis. Dato Zack ralit melihat keindahan alam terasa segala beban yang dipikul seakan hilang apabila melihat keindahan sawah padi yang terbentang luas.

"Dato, kita dah sampai.."

"Oh ye? Ini hotelnya?".. Soal Dato Zack lalu melihat bangunan hotel bajet itu..

"Ini kunci bilik Cik Balqis. Saya dah dapatkan untuk Dato"..

"Okay, terima kasih..kamu boleh pergi..Nanti apa-apa saya hubungi kamu".. Kata Dato Zack sambil menghulur beberapa keping duit minum kepada penyiasat upahannya..

Setelah turun kereta, sempat dia menjeling jam di tangan. Masih awal pagi dan rasa mengantuk juga seakan menyapa dirinya apabila terasa angin pagi yang sejuk dan dingin.

Kaki melangkah masuk ke hotel. Di kaunter, terdapat seorang wanita muda sedang tidur pulas. Jadi, dia hanya meneruskan sahaja langkah menuju ke bilik Balqis mengikut pemberitahuan dari penyiasat upahan itu.

'Bilik No 132'

Sampai sahaja di bilik tersebut, tangannya dengan berhati-hati meletakkan kad scan di pintu. Secara automatik pintu terbuka.

Kakinya melangkah dengan perlahan sambil mencari tubuh wanita kesayangannya. Dengan perlahan, dia membuka kod baju dan kasut sebelum naik ke atas katil setelah dia melihat wajah lena Balqis.

Pinggang ramping milik Balqis dipeluk erat, sempat lagi Dato Zack mencium dahi wanita itu dan berbisik sesuatu. 'I love You'. Tangannya menyapu lembut perut kempis wanita itu. Setiap pergerakan dia langsung tidak mengganggu lena Balqis.

Dalam leka Dato Zack merenung wajah Balqis. Dengan tiba-tiba, lena menyapanya kerana berasa sangat selesa dan nyaman ketika berada bersama Balqis.

Balqis membuka mata perlahan-lahan apabila terasa berat dan sesak dibahagian dadanya. Dalam kegelapan Balqis terkejut dan menjerit lantas terus menolak sekujur tubuh yang sedang memeluk eratnya.

"Arghh, siapa tuu".. Tangannya terus menarik selimut untuk menutupi badan yang berbaju singlet.

"Aduhh, ganasnya U baby"..Tegur Dato Zack yang sudah terduduk di bawah katil.

Balqis terdiam sambil memejam mata mencuba untuk mengecam suara lelaki yang dia sangat rindui dan suara yang ingin dia elakkan. Dato Zack bangun dan berdiri memandang reaksi Balqis yang kaku di atas katil. Dengan senyuman kecil dia mendekati Balqis perlahan-lahan.

"Hai baby, How are you? U seksi sangat malam ni.. Macam selalu..I like it..Aumm"..Sapa Dato Zack nakal sengaja untuk mengucar kacirkan emosi wanita yang disayanginya itu.

" You buat apa dekat sini?" ..Tanya Balqis dengan nada garang.

Dato Zack ketawa kecil sambil merapati Balqis.

"I datang sini sebab rindu you lah..Jauh ye baby I ni lari hmm".. Jawabnya lagi sambil mengelus rambut Balqis.

Balqis menolak tangan sasa milik Dato Zack.

"You boleh keluar dari sini tak sebelum i jerit".. Jawab Balqis tanpa banyak fikir.

Dato Zack masih lagi ketawa melihat gelagat Balqis.

"Babyy, you jerit lah sekuat mana pun. Takkan ada seorang pun yang berani bantu you baby. Dekat luar pintu bilik tu ada orang-orang i yang sedang jaga" ..

"Please, go away Zack"..Jawab Balqis perlahan. Dia sudah tidak tahan lagi untuk melawan emosinya yang tidak stabil disebabkan pembawakan budak. Dalam kata lain RINDU!.

" No, i won't.. Because i want you to always be my side baby"..Pujuk Dato Zack perlahan. Dia tahu wanita itu sedang merajuk itu sebab dia melarikan diri.

Tiada respon dari Balqis membuatkan Dato Zack agak gelisah. Dengan perlahan-lahan Dato Zack memeluk Balqis erat dan dia merasakan tubuh Balqis mengeras menandakan wanita itu sedang protes.

"Baby, tolonglah jangan lari lagi daripada i... I rasa dunia i nak terbalik bila dapat tahu u nak larikan diri daripada i.. I tahu ini semua sebabkan you taknak hidup bermadu kan? Tapi, i tak boleh hidup tanpa U baby.. Dan i love you so much baby".. Dato Zack menurunkan egonya dengan memujuk Balqis. Lelaki itu mencium lembut bibir itu dan tiada balasan daripada Balqis.

Balqis dengan pantas mengigit bibir bawah Dato Zack. Hal itu membuatkan Dato Zack menjerit kuat sehingga anak buahnya terdengar dari luar bilik itu.

"Auchh, sakitnyaa baby.." Ujarnya selepas melepaskan tautan bibir itu lalu bibirnya disapu lembut oleh jarinya..

Balqis hanya memandang sahaja walaupun dia berasa gelisah melihat wajah Dato Zack dalam kegelapan lampu tidur yang sedang berkerut.

"Baby, you tak sayangkan i ke..Jauh-jauh i datang sini sebab you..Tapi, you hmm?"..Sayu sahaja suara lelaki itu. Kalini dia mengalah. Kerana dia tahu Balqis pasti tidak akan termakan pujukannya. Bukan mudah seperti biasa.

Balqis bangun lalu membuka lampu. Dan suasana yang gelap tadi cerah. Kelihatan wajah Dato Zack yang masih memandangnya sambil memegang bibirnya dan dia baru perasan dada Dato Zack yang terdedah tanpa baju hanya tinggal seluar sahaja.

"Sayang konon, siapa suruh you datang sini cari i ?".. Balas Balqis sambil mengambil air masak sejuk di dalam peti sejuk kecil lalu di letakkan dibibir Dato Zack.

Dalam hati Dato Zack berbunga mendengar suara comel dan tingkah Balqis yang caring sering membuatkan hatinya cair walaupun nampak garang.Manja!

Balqis menjeling lalu melihat jam di telefonnya. Jam 11 pagi. Balqis bangkit lalu mencapai kain tuala untuk berlalu mandi tanpa menghiraukan kewujudan Dato Zack di dalam bilik itu. Belum sempat pintu bilik air tertutup rapat, Dato Zack sudah tersengih sambil berdiri di hadapannya.

Balqis dengan wajah garang memandang wajah Dato Zack.

"Keluar, saya nak mandi".. Tegas suara Balqis menghalau Dato Zack.

" i nak mandi sekali dengan baby boleh?".. Jawab Dato Zack tanpa mengalah. Imannya telah tergugat melihat Balqis. Hanya mampu bersabar kerana masih dalam tempoh memujuk.

" Satuu....Dua....." Balqis mencapai botol shampoo sambil mengira nombor. Cukup sampai no tiga..Botol pasti melayang.

Dato Zack mengundur dengan wajah masam lalu pintu bilik air tertutup. Lelaki itu duduk di atas katil dan tiba-tiba dia teringat mengenai sesuatu. Telefon di capai dan menelefon anak buahnya.

"Hello, sediakan kereta. Sekejap aku nak keluar".. Suara garang memberi arahan kepada anak buahnya.

Beberapa minit kemudian, Balqis keluar dengan baju mandinya. Dato Zack bangun lalu merapat ke Balqis.

"Baby, sekejap lagi kita keluar ye"..

"Kalau saya taknak?".. Duga Balqis.

"Kena juga ikut i keluar. Kalau tak....Tahu lah i nak buat apa.." Ugut Dato Zack sengih nakal sambil matanya memandang atas bawah tubuh Balqis.

Kedengaran dengusan dari Balqis. Tanpa banyak soal, Dato Zack bergerak untuk mandi sambil ketawa kecil. Balqis pula sibuk bersiap sampai terlupa lelaki itu berada di belakangnya.

"Baby, boleh tolong carikan i baju dalam beg tak?".. Ujar Dato Zack sambil memintal hujung rambut panjang milik Balqis yang harum itu.

Balqis menjeling lalu bergerak ke beg lelaki itu. Tangannya dengan pantas menggeledah beg itu dan baju yang diambil diserahkan kepada lelaki itu. Dengan selamba Dato Zack menghadiahkan ciuman pada mimpi wanita itu sebelum memakai baju disebelah hujung katil.

Setelah selesai, mereka berangkat berdua menuju ke tujuan utama Dato Zack. Tapi, sebelum itu mereka sudahpun bersarapan di sekitar. Makanan di sana tidak mengecewakan dan sedap kena pada tekak mereka berdua.

Sampai sahaja di hadapan sebuah klinik. Balqis mengerut dahi.

"Jom baby"..Ajak Dato Zack sambil membuka seat beltnya.

Pintu disebelah penumpang dibuka oleh Dato Zack. "Come baby"..

"Buat datang sini? siapa yang sakit?".. Soal Balqis sebelum turun.

"I yang sakit baby.." Jawab Dato Zack sambil menggenggam erat jari jemari Balqis dan mereka menuju ke dalam klinik tersebut.

"Hai, selamat datang encik.." Sapa wanita manis di kaunter.

"Saya nak buat pemeriksaan kesihatan dekat sini..boleh?"..Jawab Dato Zack mesra.

"Boleh encik, boleh bagi ic encik"..

Dato Zack mengangguk kepala lalu meminta Balqis kad pengenalan milik wanita itu juga.

Balqis terkejut lalu memberikan kad pengenalan kepada wanita dikaunter.

Mereka menunggu giliran dan duduk di kerusi yang disediakan. Masing-masing mendiamkan diri. Apabila nama lelaki itu dipanggil. Tinggal Balqis diluar dan tiba-tiba wanita dikaunter menyapa sambil membawa bekas kecil.

"Maaf cik, boleh ke kami minta sample urine cik untuk kami buat test nanti?"..

"Untuk apa ye?"..Soal Balqis pelik.

Ketika itu juga, Dato Zack sudah selesai diperiksa dan keluar menuju ke Balqis. Dan lelaki itu dengar bualan mereka.

"Baby, go please.." Pujuk Dato Zack.

Balqis tanpa banyak soal bangun dan mengambil bekas kecil tersebut. Kemudian, dia memberikan semula kepada wanita itu setelah selesai..

"Encik dan cik tunggu sebentar ye.. Nanti Dr. akan panggil untuk lihat result".. Ujar wanita itu lagi..

Dato Zack menggangguk sambil tersengih manakala Balqis dengan wajah masamnya.

Dato Zack mengeluarkan telefon dan membuka aplikasi tiktok untuk mencari tempat makanan yang menarik.

"Baby, you ada nak makan apa-apa tak?" Soal Dato Zack. Balqis terdiam. Dalam fikirannya sudah terbayang sup tomyam thai putih dan somtam..

Dalam mereka leka duduk. Kedengaran suara wanita menyapa.

"Encik, Doktor panggil ye bersama cik"..Ujar wanita itu dengan senyuman..

Dato Zack menggangguk dan bangun bersama Balqis menuju ke bilik Dr.

Balqis membaca nama di pintu bilik tersebut. 'Dr, Maria'..

"Silakan duduk Dato dan Cik Balqis"..Dr. Maria menjemput kedua tetamu untuk duduk di hadapannya.

Balqis sedari tadi hanya diam membisu. Dato Zack menggenggam tangan kecil itu sambil senyum memandang wajah Dr. Maria.

"Okay, sebelum tu.. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Zack dan Cik Balqis kerana akan menimang baby"..

Balqis terkejut sambil memandang wajah Dato Zack. Lelaki itu pula membalas dengan senyuman mesra. Memang tidak silap kata hatinya.

"Jadi, saya ingin memberi beberapa nasihat dan perkara yang perlu dibuat oleh Dato dan Cik Balqis"..

Balqis hanya diam dan dia seakan berada di alamnya. Suara Dr. Maria tidak kedengaran. 'Aku mengandung? Bila masa pula aku bersama dalam masa terdekat?'

"Sayang! Termenung pulak!".. Sergah Dato Zack ketika mereka sudah mengetahui keputusan dan kandungan Balqis masih di fasa baru. Jadi, Balqis perlu berhati-hati.

Mereka sudahpun masuk ke dalam kereta. "Baby, kenapa banyak termenung ni?".. Soal Dato Zack risau..

"Boleh tak jangan panggil saya baby or sayang? Panggil Balqis macam biasa tak boleh ke?".. Jawab Balqis geram..

Dato Zack hanya tersengih.. Lalu, memandu ke kedai tomyam yang dia sudah cari tadi.

"Oh ye, mana saya punya kad pengenalan? Bagi balik?".. Soal Balqis..

"No! I takkan bagi balik dekat baby..Sebab i tahu niat baby lari ke sini untuk apa.. Baby jangan harap dapat lari dari i.. Sebab baby sedang mengandungkan anak i juga.."

Balqis mendengus geram kerana niatnya dapat dibaca oleh lelaki itu. Sampai sahaja di kedai makan untuk makan tengahari..

"Esok baby kena ikut i juga keluar. Esok ada majlis penting. Lepasni ni kita jalan-jalan cari baju untuk you"..

Balqis makan dengan berselera tanpa menghiraukan Dato Zack.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience