"Si*l kau orang semua! Macam mana dia boleh terlepas!.. Arghh, habis semua barang di atas meja jatuh ke lantai.
"Aku nak korang semua pergi cari sampai dapat dan cari siapa yang selamatkan dia..Kalau tak dapat, nyawa korang jadi galang ganti!".. Jerit lelaki yang tak dikenali.. Telefon di hempas di atas meja.
'Si*l kau Ashraf! Siap kau kalau aku dapat!' Cemuhnya di dalam hati.
Lelaki itu mula tak senang duduk kerana makin lama kejahatannya dapat dihidu oleh Ashraf dan dia tahu segala kes penyelewengan duit sudah dalam siasatan pihak berkuasa.
"Hello, makteh.. Tolong Amna.. Amna on the way rumah makteh ni. Nanti dah sampai Amna cerita".. Ujar Amna ketika di dalam kereta. Rupanya dia sudah berada di kawasan Selangor dan dia teringat rumah bapa saudaranya.
Amna memandu laju membelah malam itu dengan rasa berdebar dan seram memandangkan jam menunjukkan jam 11 malam. Telefonnya tak henti-henti berdering, panggilan daripada Abang dan Akak Ipar..
Matanya sesekali melihat bossnya yang telah pengsan di seat belakang..
Sampai sahaja di rumah bapa saudaranya. Terus Amna menjerit memanggil adik sepupu untuk membantu.
Pintu rumah kampung itu terbuka luas apabila mendengar kereta Amna masuk dan berhenti diperkarangan rumah.
" Assalamualaikum makteh ,pakteh..Faizal, tolong akak cepat!".. Amna kelam kabut lalu membuka pintu kereta di bahagian belakang. Sempat dia bersalam dengan mak dan bapa saudaranya yang kelihatan blur dimuka pintu. Sebenarnya, pakteh adalah adik kepada arwah bapanya. Jadi, dia boleh bersalam sebab pakcik dia ni boleh jadi wali untuknya jika Abang Syamil tiada. Tapi, minta simpang! Gerun Amna.
"okay ye kak".. Faizal turun membantu..
Membulat mata mereka melihat satu susuk tubuh lelaki yang kelihatan muka lebam dan berdarah yang tidak sedarkan diri.
"Siapa ni Amna?" Soal Makteh selepas merebahkan tubuh Ashraf di katil di dalam bilik tetamu itu. Amna mengeluh lega.
Mereka bergerak keluar lalu Amna mula bercerita apa yang terjadi..
"Cerita dia macam ni makteh pakteh..." Amna menceritakan dari awal sehingga akhir. Setelah selesai bercerita, Amna meminta adik sepupunya membawa kain dan air untuk dia mengelap sisa darah di wajah bossnya.
"Habistu kamu nak buat apa lepasni. Tentu penjahat tu cari kamu".. Pakteh bersuara setelah Amna selesai kerjanya.
"Esok Amna akan ke balai untuk buat report. Amna minta maaf sebab susahkan keluarga pakteh. Amna taktahu nak lari ke mana sebab nak balik KL macam jauh pula dengan situasi macam ni rasa macam tak selamat nak balik sana"..
"Takpelah Amna, Pakteh tak kisah.Yang penting kamu pun kena pandai jaga diri. Keselamatan kamu tu kena jaga. Pakteh risau lepasni kamu mesti jadi buruan mereka"
"Betul tu Amna, makteh pun risau nak.Kamu tu perempuan. Ni, kamu dah bagitahu Abang kamu? Tentu dia cari kamu"..
Amna menepuk dahi tanda dia terlupa. Telefon dikeluarkan. Button on ditekan tetapi telefon masih gelap. 'Sah! takde bateri!'.
"Telefon habis bateri lah makteh"..
"Dah pergi pinjam charger dengan Faizal. Baju pun mesti takde kan?"
Amna mengangguk kepala laju sambil tersengih. Benda tak dijangkakan?
"Nanti makteh bagi pinjam baju makteh"
"Okay makteh" Jawab Amna sambil tersengih. Badannya sudah melekit dengan peluh.
"Haa, ni kamu dah makan ke belum?" Sampuk Pakteh.
Amna mengeleng.
"Kamu pergi mandi, nanti makteh bagi baju. Makanan ada dekat dapur tu. Nanti kamu panaskan jelah. Buat macam rumah kamu sendiri".. Ujar Makteh lalu bangkit dari sofa ruang tamu untuk masuk ke bilik..
"Nanti kamu tidur dekat bilik satu lagi tu. Bersebelahan dengan bilik tetamu. Makteh dah kemas dah semalam. Nah bajunya"..
"Okay makteh, terima kasih makteh. Amna masuk bilik dulu nak mandi"..
Mereka mengangguk kepala. Sebelum bergerak ke bilik tidur, Amna singgah dibilik Faizal untuk meminjam charger. Setelah itu, dia terus mengecas telefon dan berlalu mandi.
Amna memakai kain batik dan baju kedah milik maktehnya. Dia menilik dirinya di depan cermin. 'Gadis melayu sangat ni. But, Not bad, hahaha'. Bisik.hati Amna sambil ketawa perlahan.
Keesokan paginya, Ashraf tersedar. Badannya terasa sakit dan lenguh. Matanya meliar melihat sekeliling bilik itu. 'Dekat mana ni?' . Tiba-tiba dia teringat semalam, dia seakan-akan melihat dan mendengar suara Amna menjerit memanggilnya. Dan, ketika itu dia separa sedar dan mampu untuk bergerak.
Pluk..
Pintu bilik dibuka dari luar. Kelihatan susuk tubuh budak remaja lelaki masuk.
"Eh, abang dah sedar? Kejap ye"..
"Akak, mak, abah.. Abang ni dah sedar".. Jerit Faizal dimuka pintu. Sebelum itu, Faizal disuruh oleh bapanya untuk menjenguk keadaan Ashraf.
Mereka bertiga yang sedang bersarapan itu terkejut lantas bangun dan bergerak ke bilik Ashraf. Amna sebelum itu, mencari tudung untuk disarung.
"Kamu dah sedar nak?" Soal Pakteh sebelum duduk berhadapan dengan Ashraf.
"Saya dekat mana pakcik? Macam mana saya boleh ada dekat sini?".. Soal Ashraf sambil cuba untuk bangun dari pembaringannya.
"Kamu berehat dulu nak. Kamu tak baik lagi tu. Anak saudara pakcik yang bawa kamu balik nak"..
Ashraf terus kembali baring. "Siapa pakcik?"
Amna masuk lalu dia berdiri dihujung katil. Ashraf terkejut. Jadi, semalam itu bukan khayalan dia melihat wanita itu.
"Boss? Okay ke? Ada sakit dekat mana-mana lagi?".. Soal Amna
"Apa kamu ni. Mesti lah sakit. Tengok tu muka boss kamu. Lebam-lebam. Kamu mesti lapar kan? Kejap lagi makcik suruh Amna bawa bubur untuk kamu".. Sampuk Makteh.
Amna tersengih. Ashraf pula hanya mendiamkan diri. Dia tak sangka wanita itu menyelamatkan dia. Rasa terhutang budi tinggi.
"Faizal, nanti kamu tolong boss kakak ni mandi apa semua boleh?" Soal Amna.
"Takpe, saya masih boleh bangun". Jawab Ashraf perlahan.
"Boss, jangan nak mengada-ngada. Luka tak sembuh lagi. Nanti kawan saya datang sini nak amik keterangan dari boss. Dia polis". Kata Amna sambil melihat tubuh lelaki yang lemah itu.
Ashraf hanya diam tidak membantah. Faizal telah menjalankan tugasnya membantu Ashraf mandi dan baju yang dipakai adalah baju pakteh Amna kerana baju Faizal kecil. Yelah, budak tingkatan 3 kan?
Bubur ditatang dengan perlahan dan Amna bergerak masuk ke bilik tetamu. Pintu dibuka luas untuk mengelakkan fitnah dan makcik pakcik berada di ruang tamu jadi mereka boleh memantau dari jauh.
"Boss, boleh bangun tak?"
Ashraf bangun perlahan. Kakinya sebelah kiri sakit dibahagian tulang betis dan luka berdarah.
Amna yang melihat jadi serba salah apabila kaki bossnya bengkak. Dia mula risau takut ada pendarahan dan tulang retak dibahagian itu. Dia jatuh kesian. Itu semua salahnya.
"Kaki boss bengkak teruk tu. Hmm, lepas makan dan lepas report polis. Kita ke hospital lah boss".
Ashraf masih lagi berdiamkan diri. Dia taktahu ingin merespon apa manakala Amna pula makin tak senang duduk melihat bossnya tidak memberi respon.
"Boss okay tak ni? Aduh, risau saya. Boss sedar ke tak ni?. Ini nombor berapa?".. Amna menunjukkan dua jarinya seperti membuat 'peace'. 'Sempat lagi Amna buat lawak dekat orang sakit!'
Hati Ashraf terhibur mengangguk kepala lalu menjawab.
"Dua".. Perlahan sahaja suara itu.
Amna mengeluh lega sambil tersengih. Pertama kali Ashraf melihat wajah kegelisahan Amna walaupun dia masih lagi mampu tersenyum.
"Takpelah kalau macam tu, Ini saya bawakan bubur. Bos, makanlah. Alas perut"
Ashraf masih mendiamkan diri.
"Atau boss nak saya suapkan?".. Tanpa fikir panjang. Amna menyoal. Bossnya masih lagi diam membisu. Dengan bacaan bismillah, Amna menyua sudu yang berisi bubur ke mulut bossnya.
Ashraf terkebil-kebil melihat tingkah Amna yang menurutnya agak berani. Amna mengangguk kepala tanda untuk menerima suapan darinya. Ashraf sebenarnya masih lagi tidak dapat berfikir dengan baik dalam erti kata lain masih berkhayal dan mamai. Mungkin kesan suntikan yang diberikan adalah ubat tidur oleh penjahat itu.
Sesi suapan berjalan dengan lancar. Dalam mereka berdua leka, kedengaran laungan salam diberikan oleh rakan Amna yang bertugas sebagai polis. Amna sudah ke balai awal pagi tadi dan memandangkan mangsa dirumah dan rakannya pula yang bertugas. Lelaki itu menawarkan diri untuk datang ke rumah Amna bagi meminta keterangan daripada mangsa iaitu Ashraf.
Setelah beberapa jam bersoal jawab.
"Saya rasa, Tuan Ashraf perlu dirawat dan berehat disini sehingga keadaan reda. Kerana sudah pasti penjenayah akan membuat pencarian disekitar kawasan Kuala Lumpur dan ditempat Tuan tinggal". Itu kata-kata rakan Amna sebelum berangkat pulang.
"Terima kasih Taufiq sebab sudi tolong dan datang rumah ambil keterangan boss aku"..
Taufiq tersenyum senang lalu mengangguk kepala.
"Nanti senang-senang kita keluar lepak. Lama dah kau tak balik sini".
"InsyaAllah, pape roger". Jawab Amna sambil tersengih.
"Aku balik balai dulu. Jaga diri. Ada apa-apa inform aku. InsyaAllah aku bantu".. Jawab Taufiq sambil gerak keluar.
Akhirnya, rakan Amna bernama Taufiq bergerak keluar untuk pulang ke balai bersama rakaman 'dashcam' kereta Amna. Amna bersyukur kerana rakaman itu sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis membuat siasatan.
Baru sahaja Amna ingin mengajak bossnya ke hospital untuk pemeriksaan, kelihatan bossnya tidur. Amna kembali tutup pintu dan dia berura-ura untuk ke farmasi mencari ubat tahan sakit dan ubat susut bengkak.
"Makteh, Amna nak keluar ke farmasi ni. Ada nak kirim apa-apa tak?". Diwaktu itu, hanya ada mak saudaranya sahaja kerana pakteh bekerja dan Faizal pula ada kelas tambahan memandangkan tahun ini ada peperiksaan PT 3.
"Takde apalah Amna, semua cukup lagi..Keluar nanti elok-elok tau"
Amna mengangguk lalu keluar dan memandu ke pekan yang berdekatan. Sempat lagi dia membeli beberapa kelengkapan baju untuknya dan bossnya. 'Bedal jelah saiznya, asalkan boleh pakai. Badan pun lebih kurang Abang je' .Bisik hati Amna lalu berjalan keluar dari butik pakaian itu.
Dia juga sempat singgah di pasaraya untuk membeli beberapa kelengkapan rumah seperti lauk dan lain-lain. Dan tak lupa juga Amna membeli makanan ringan untuk makan petang. Itu merupakan rutin bagi Amna dan Abangnya jika datang melawat bapa saudaranya. Memandangkan bapa saudaranya hanya bekerja sebagai guard di gudang sahaja.
"Ya Allah, banyaknya kamu beli"..Kata Makteh lalu membantu Amna mengangkat barang ke dapur.
"Apalah sangat makteh. Biasa je ni. Amna kan menumpang dekat sini. Apa salahnya kan Amna belanja sikit untuk orang dalam rumah ni".. Jawab Amna bersahaja.
"Semoga murah rezeki kamu nak. Makteh segan dengan kamu adik beradik sebab selalu bagi duit belanja dekat kami"
"Nak segan apanya makteh, Makteh kan mak saudara Amna juga. Takde apalah. Jangan fikir sangat pasal tu. Yang penting keluarga makteh dan pakteh bahagia. Ye dok? Hehe".. Jawab Amna
"Dah jom makan, Amna ada beli cendol ni. Ada beli jugak kuih karipap ,cempedak goreng dan macam-macam lah. Ada lebih boleh simpan nanti".
Makteh tergeleng melihat anak saudaranya yang kuat makan itu. Selepas makan, Amna berehat bersama maktehnya. Kira-kira jam 1 tengahari, Faizal balik dari sekolah.
Selesai makan tengahari bersama, Amna meminta Faizal untuk membantunya merawat Ashraf di bahagian kaki lelaki.
Petang itu, kedengaran kenderaan masuk ke perkarangan rumah. Amna terjenguk-jenguk dan dia terperanjat melihat wajah Abang dan kakak iparnya. 'Habislah aku!'.. Semalam sebelum tidur, Amna sempat call Abangnya dan dia terpaksa menadah telinga mendengar bebelan abangnya..
'Confirm harini Abang bebel lagi..Huarghh!'.. Lantas, Amna bangun untuk masuk ke bilik. Namun, langkahnya tergendala apabila mak saudaranya menahan diri dari berlalu..
"Amna, itu abang kamu datang. Sini".. Panggil Makteh..Amna terpaksa hadap wajah beku abangnya itu. Akak iparnya hanya tersenyum sahaja dengan anak buahnya yang sedang tidur di lengan Akak iparnya. Sejuk hati melihat.
Ketika mereka masuk, Amna bersalam dan ingin berlalu ke dapur..
"Nak pergi mana? Duduk sini".. Mula Abangnya menunjukkan sikap tegas dan garang. Tipu lah Amna tak takut. Of course takut! Gerun! Seram!..
Amna hanya diam dan menurut tanpa banyak soal. Menunggu singa mengaum.
"Mana boss adik?"
"Ada dekat bilik tu tengah tidur". Jawab Amna sambil menunding jari ke arah pintu bilik yang tak rapat.
"Semalam kenapa berani sangat? Nak jadi 'heroin'? "
Amna diam seribu bahasa..
Syamil pula menyambung kembali ayatnya..Dia masih tak berpuas hati dengan tindakan adiknya yang mampu menggugat keselamatan diri sendiri.
"Kenapa tak call polis? Kenapa berani sangat pergi tolong? Dah tahu ke umur panjang sampai suka ambil risiko dan bertindak sendiri?"..
Amna mengeleng perlahan. Akak Intan pula hanya berdiam diri. Dia juga tak berani menghadapi kemarahan suaminya itu dan itu kali pertama dia melihat suaminya marah. Tapi, dia tahu suaminya itu marah sebab bimbang dan sayang akan adiknya.
"Abang tahu sikap 'tolong' or 'selamatkan' orang adalah amalan yang baik. Tapi, kenapa tak fikir dulu sebelum bertindak? . Masalahnya sekarang, adik tolong orang dalam keadaan tak bersedia . Apa-apa jadi macam mana?. Adik boleh je call polis.. Kalau dibuatnya orang jahat tu bersembunyi dan berpatah balik? Nyawa adik pun tergugat sekali. Ada adik fikir benda tu?"
"Abang suka adik tolong orang. Tapi, please lah fikir dahulu sebelum bertindak. Faham?".. Syamil cuba untuk rasional dan tidak memarahi adik kesayangannya itu kerana dia tahu adiknya perlu ditegur dengan cara terbaik dan lembut.
Amna mengangguk perlahan.
"Duk terangguk-angguk tu. Faham tak?".. Usik Syamil
"Adik faham!"..
"Lepasni apa-apa bagitahu Abang. Buat orang risau je sampai tak boleh tidur abang dibuatnya"
"Sorry"..Amna serba salah..
Akak Intan tersengih melihat suaminya yang cepat sejuk itu. Itu yang membuatkan dia jatuh cinta kerana lelaki itu cepat 'cool' kalau dia marah.
"Dah-dah, ini bukan salah adik kamu. Dia pun tak sangka benda nak jadi macam ni. Semua ni pun dia tak minta"..
Amna memeluk pinggang makteh sebab 'backup' dia.
"Suka lah tu ada orang backup!".. Ujar Syamil menjeling geram..
"Kamu dah makan ke belum Syamil , Intan?"..
"Belum lagi makteh, ini semua Amna punya hal. Lepas breakfast , siap-siap apa semua terus gerak balik sini"..
"Dah-dah, pergi makan. Ada lauk lagi dekat dapur tu. Meh sini budak kecil tu makteh pegang.. Kamu pergi ajak suami kamu makan dekat dapur" .. Arah Makteh kepada Intan. Intan mengangguk lalu bangun selepas memberi anaknya kepada makteh.
Malam itu, selepas makan malam mereka melawat Ashraf dibilik tetamu.
Faizal keluar mengambil tongkat untuk diberikan kepada Ashraf atas arahan bapanya sendiri.
"Ini ada tongkat pakcik. Tongkat ni pakcik guna waktu pakcik jatuh motor dulu. Sekarang dah tak pakai, kamu boleh pakai kalau nak ke bilik air"
"Terima kasih pakcik". Jawab Ashraf sambil tersenyum. Dia berasa sangat dijaga dek kerana keprihatinan keluarga itu.
"Kamu macam mana harini nak? Ada rasa baik sikit?".
"Alhamdulillah berkurang sikit sakit lepas makan ubat tadi. Terima kasih dekat pakcik sekeluarga".
Pakteh mengangguk kepala. Syamil pula diam sambil memerhati keadaan Ashraf. Agak teruk.
"Takpelah, kamu berehat ye. Kalau ada apa-apa kamu panggil je kami ye. Jangan segan-segan."
"Terima kasih pakcik"..
"Sama-sama". Jawab Pakteh sebelum bergerak keluar hanya tinggal Amna sahaja disitu. Pintu pun masih terbuka..
Ashraf tahu, sudah pasti wanita itu ingin bertanya sesuatu sebab itu dia tidak berlalu. Itulah Amna. Siapa je taktahu kan?
Happy reading. 2k+ words untuk semua pembaca. Love!
Share this novel