Bab 32

Romance Series 12288

"ABANG tahukan semua ni melampau? Sampai hati abang buat keputusan tanpa berbincang dengan Ainan." Ainan menahan amarah. Dia tak mampu lagi pendam semua rasa.

Sesungguhnya dia merasakan dirinya tak ubah sebagai tempat persinggahan. Tempat melepaskan segala rasa sunyi Aazad.

"Ainan boleh faham tak, abang penatlah turun naik mahkamah. Kes dah berbulan. Ni je cara nak suruh dia berhenti." Aazad memandang Ainan yang berada dibirai katil.

"Abang tak pernah nak percaya apa yang Ainan rasa. Lepas ni dia akan tuntut lagi. Berapa banyak pulak abang nak tanggung hutang?" Berombak deras dada Ainan menahan geram.

Tanpa menunggu sebarang kata dari Aazad, Ainan segera keluar dari rumah. Sakit sungguh hatinya dengan tindakan Aazad.

"Kes dah selesai. Abang kena bayar RM 10,000." Ainan tercengang. Terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aazad.

Air mata yang semakin deras membasahi pipinya diusap kasar. Tidak langsung dipedulikan mata-mata yang memerhati.

Langkahnya laju menuruni anak tangga. Sakit dadanya ketika itu tidak dihiraukan. Biarkan saja. Sakit ini takkan pernah berakhir.

Aazad tidak pernah sekalipun cuba untuk mengubati hati Ainan yang sedia ada terluka. Malah, Aazad semakin menambah kelukaan di hati Ainan.

Sampai saja di bawah blok, Ainan segera menghantar pesanan ringkas kepada Syazana supaya menjaga anak-anaknya kerana ada urusan.

Langkah kaki Ainan di atur menuju ke jalan besar. Dia sendiri tidak tahu kemana arah yang ingin dituju. Dia hanya mengikut langkah kaki.

Sejam berjalan, akhirnya Ainan berhenti di satu stesen LRT. Dia melepaskan lelah di situ. Panggilan dari Aazad dan Syazana tidak dihiraukan.

"Bini abang tu gila ke apa?" Ainan membelek saman dari mahkamah. Buntang matanya melihat nilai tuntutan sebanyak RM67,800. Satu amount yang tak masuk akal.

"Abang tak tahu Ainan. Abang buntu. Ingat dapat RM7000 dah senyap. Ni tuntut lagi." Aazad serabut. Dia tak tahu apa yang harus dilakukannya.

"Kang Ainan cakap, abang marah Ainan balik. Nilah bahana dia. Sendiri cari penyakitkan? Sekarang ni apa pula? Nak menyusahkan Ainan? Tak cukup ke apa dia dapat selama ni?" Turun naik dada Ainan menahan marah.

"Abang buntu Ainan." Wajah Aazad kelihatan serabut. Ainan masih meneliti saman yang berada di tangannya.

"Apa ni abang? Yang dah bekerja pun nak dituntut dah kenapa? Betul-betul mata duitanlah! Yang dah besar-besar ni bukan tanggungjawab abang. Nak tuntut dari masa abang tak bekerja dulu. Otak dia letak mana? Abang jaga Shahril yang tengah koma. Ni pula yang dapat?" Semakin hilang kesabaran Ainan.

Setahun Aazad tidak bekerja akibat dibuang kerja akibat menjaga Shahril yang koma selepas kemalangan motor. Shahril sedar setelah hampir dua bulan koma. Itu pun tak lama. Lepas dua hari, Shahril kembali koma.

Kesabaran Ainan semakin memuncak. Imah benar-benar mencabarnya. Imah benar-benar ingin melihat rumahtangga mereka berantakan.

"Abang pandai-pandailah selesaikan. Ainan letih dengan permainan bini kesayangan abang ni." Surat saman diletakkan di atas meja. Ainan terus meninggalkan Aazad yang terkulat-kulat.

Ainan mengeluh. Hatinya sarat dengan rasa sakit. Aazad langsung tidak memikirkan dirinya dan anak-anak. Ainan tersandar lesu di perhentian bas yang berada di situ.

Lima bulan lepas Imah failkan tuntutan, Aazad pula failkan penceraian. Perbicaraan pertama, Imah tidak munculkan diri sehingga memaksa pihak mahkamah menangguhkan perbicaraan.

Perbicaraan kedua, akhirnya Imah menghadirkan diri dan ketika itu jatuhlah talak satu.

Satu masalah selesai, Ainan tarik nafas lega. Tapi hari ini dia tidak menyangka akan menerima perkhabaran yang merobek hatinya.

Bagaimana harus dia meneruskan semua ini? Hatinya bagai dicarik-carik. Betapa hebatnya dugaan ini dirasakan.

Jumlah hutang Aazad saja mencecah hampir RM50,000. Ainan sendiri terkejut apabila mendapat tahu perihal ini. Itu belum lagi termasuk hutang pinjaman berlesen yang dibuatnya.

Deringan telefon bimbit langsung tidak dihiraukan. Ainan bangkit sebelum meneruskan lagi perjalanannya. Entah kemana, dia sendiri tidak pasti.

Ainan keluar rumah sehelai sepinggang. Tanpa sesen duit. Yang ada cuma telefon bimbit dan juga kad pengenalan diri.

Ainan tersentak apabila menerima panggilan dari Ridhwan. Dikesatnya saki baki air mata.

"Hello..." Ainan gagal menahan sebak.

"You kat mana ni? Sarah called I cakap adik you cari you. You gaduh dengan husband you lagi?" Tembak Ridhwan bertalu-talu.

Ainan hanya berdiamkan diri. Dia tak mampu menjawab soalan Ridhwan.

Ridhwan mengeluh. Sepanjang dia mengenali Ainan, belum pernah Ainan bersikap begini.

"You, kita kahwin." Ainan tergamam.

"You dengar tak? Kita kahwin ye. I betul-betul sayangkan you." Ridhwan mengeluh apabila tiada sebarang reaksi dari Ainan.

"You..." Akhirnya Ainan bersuara.

"Kita tak boleh kahwin. I isteri orang." Ainan menahan sebak di dada. Lama mereka berdiam diri.

"Hurm... sorry. Bodohkan I ni. Jatuh cinta dan sayangkan bini orang. Bodoh betul I ni ajak you kahwin." Ridhwan kesal. Hatinya terluka.

Mengapa mereka dipertemukan begini? Kalaulah Ainan bukan isteri orang, pasti sudah dihantar rombongan meminang. Akan dia bahagiakan Ainan sepenuh hati dan jiwanya.

"You, balik ye. Kesian dekat anak-anak. Dorang cari You." Ridhwan memujuk.

"You bagitahu you dekat mana. I bagitahu Sarah." Ainan diam.

"Tak apa. I balik sendiri. Jangan risau. Terima kasih." Ridhwan menghela nafas panjang.

"Janji tau. Dah sampai rumah, bagitahu Sarah ye. I tunggu." Ainan terus menamatkan panggilan.

Terngiang-ngiang di telinganya lamaran Ridhwan. Ainan mengeluh.

'Kenapa aku perlu lalui semua ni? Tak ada sedikit ke ruang untuk aku rasa bahagia?' Sekali lagi air mata Ainan tumpah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience